Вы находитесь на странице: 1из 18

Topik3X Pendidikan

Kesihatan
Keluarga

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menyatakan definisi pendidikan kesihatan keluarga;

2.

Menyenaraikan matlamat pendidikan kesihatan keluarga;

3.

Menjelaskan aspek-aspek pendekatan pendidikan kesihatan keluarga;


dan

4.

Menghuraikan kandungan dalam pendidikan kesihatan keluarga.

PENGENALAN

Institusi keluarga adalah tunjang kepada kekuatan sesebuah negara. Jika ia tidak
teguh maka lemahlah sesebuah negara. Keluarga yang sihat adalah tonggak
kepada pembangunan insan sesebuah negara. Menyedari hakikat itu, kerajaan
melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan Program Kempen
Cara Hidup Sihat yang mempromosikan keluarga sihat sejak tahun 2001.
Objektif kempen tersebut ialah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan
rakyat Malaysia mengenai aspek kesihatan pemakanan, senaman, kesihatan
pergigian, kesihatan reproduktif, kesihatan mental atau rohani.
Penghayatan kepada nilai dan norma yang terkandung dalam amalan
pendidikan kesihatan keluarga mampu melahirkan warga sekolah yang sihat.

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

27

Rajah 3.1: Kebersihan di sekolah


Sumber: Berita Harian, 13 Ogos 2007

AKTIVITI 3.1
Bincangkan kepentingan institusi keluarga dalam penjagaan kesihatan.

3.1
3.1.1

PENGENALAN
Definisi

Definisi pendidikan kesihatan keluarga adalah berkait dengan definisi


pendidikan kesihatan. Terdapat beberapa definisi berkenaan pendidikan
kesihatan yang diutarakan oleh beberapa orang pakar. Berikut adalah tiga
definisi pendidikan kesihatan.
Health education is any combination of learning experiences designed to facilitate
voluntary adaptions of behavior conducive to health. (Green, 1980).

Health promotion is the process of enabling people to increase control over, and to
improve their health. To reach a state of complete physical, mental and social wellbeing, an individual or group must be able to identify and realise aspirations, to
satisfy needs and change or cope with the environment. Health is therefore seen as a
resource for everyday life, not the objective of living. Health is a postive concept
emphasizing social and personal resources, as well as physical capacities. Therefore,
health promotion is not just the responsibility of the health sector, but goes beyond
health lifestyles to well-being. (Ottawa Charter for Health Promotion, 1986).

28 X

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Health promotion is social, educational and political action that enhances public
awareness of health, fosters healthy lifestyles and community action in support of
health and empowers people to exercise their rights and responsibilities in shaping
environment, systems and policies that are conducive to health and well-being.
(World Health Organisation, 1994).

Daripada definisi tersebut, kita boleh membuat


kesimpulan bahawa pendidikan kesihatan adalah proses
perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan
individu dan komuniti.
Pendidikan kesihatan keluarga bertujuan untuk
meningkatkan status kesihatan ke peringkat yang
optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya.
Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, kesihatan dilihat bukan sebagai
suatu matlamat yang ingin dikejar tetapi ia dijadikan sebagai suatu amalan
kehidupan seharian. Pendek kata, ia melibatkan usaha-usaha setiap ahli dalam
keluarga itu untuk mencapai tahap kesihatan yang baik demi untuk
kesejahteraan mereka. Berikut adalah elemen keluarga sihat yang menjadi teras
dalam pendidikan kesihatan keluarga:

Mengamalkan nilai moral dan agama


Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan
melakukan aktiviti senaman atau fizikal
Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan
kestabilan dan kesinambungan keluarga
Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang
Berkongsi masa lapang
Memupuk sokongan sosial
Mempunyai pendapatan yang mencukupi
Mempunyai keselamatan emosi
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001.

Dalam pendidikan kesihatan keluarga, cara hidup sihat adalah satu aset untuk
kehidupan seharian. Kita perlu mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik
supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan yang
terbaik mengikut kemampuan kita. Oleh itu, pendidikan kesihatan keluarga
bukan setakat melihat kepada aspek kesihatan sahaja tetapi perlu melihat kepada
aspek ekonomi dan sosial.

TOPIK 3

3.1.2

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

29

Matlamat

Matlamat pendidikan kesihatan keluarga ialah untuk meningkatkan


pengetahuan, sikap serta kemahiran dalam mengamalkan tingkah laku yang
sihat supaya dapat menuju atau mencapai taraf kesihatan keluarga yang
optimum. Keluarga sihat ditakrifkan sebagai keluarga yang memenuhi
keperluan fizikal, psikologikal, sosial dan kerohanian ahli-ahlinya. Dengan
memenuhi keperluan asas ini, keluarga boleh mencapai kesejahteraan optimum
daripada segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial (Kementerian Kesihatan
Malaysia, 2001). Ini mampu melahirkan generasi rakyat Malaysia yang sihat dan
cergas pada masa akan datang.

3.1.3

Objektif

Apakah objektif pendidikan kesihatan keluarga? Antaranya ialah:


x

Mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan


amalan ke arah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan
dengan amalan cara hidup yang tidak sihat.

Melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu


pembangunan sesebuah negara. Jika institusi keluarga sihat, masyarakat
sihat dan negara pun sihat.

Keluarga sebagai salah satu segmen utama sesebuah masyarakat dalam


menyalurkan input berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada
pihak kerajaan, swasta ataupun pihak badan bukan kerajaan (NGOs).

Meningkatkan tahap literasi kesihatan (health literacy) dalam kalangan


rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga seperti ibu bapa dan
anak untuk mencapai, menilai dan memahami maklumat asas kesihatan
yang disampaikan serta bagaimana mereka menggunakan maklumat
tersebut ke arah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki
(Conttrell, Girvan & Mckenzie, 2002).

3.2

PENDEKATAN

Pendekatan pendidikan kesihatan keluarga merujuk kepada bagaimana usahausaha untuk mengubah tingkah laku atau penyampaian sesuatu maklumat,
sikap atau kemahiran itu dilakukan.

30 X

3.2.1

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Merentas Kurikulum

Amalan cara hidup sihat bukan setakat diamalkan dalam bilik darjah semasa subjek
Pendidikan Kesihatan atau Pendidikan Jasmani tetapi diamalkan dengan warga
sekolah dan dengan ahli keluarga di rumah. Pendek kata, sekolah dan rumah
umpama tempat untuk menanam benih amalan cara hidup sihat dalam kalangan
pelajar. Di sekolah, seseorang pelajar mempunyai peranan dan tanggungjawab ke
arah mencapai status kesihatan yang positif. Di rumah, mereka mempunyai peranan
untuk membantu ahli keluarga yang lain untuk memastikan suasana rumah adalah
sihat. Mereka bukan setakat mempelajari setiap ilmu yang berkaitan dengan
kesihatan semata-mata untuk lulus tetapi perlu mengamalkan apa yang dipelajari di
sekolah dan rumah. Nilai ini juga perlu dipupuk melalui sokongan sosial misalnya
melalui peranan persatuan ibu bapa guru (PIBG) serta persekitaran yang sihat dan
kondusif ke arah melahirkan warga sekolah yang sihat.
Jika dilihat secara lebih terperinci, skop pengajaran dan pembelajaran
pendidikan kesihatan keluarga secara tidak langsung disentuh juga dalam
matapelajaran seperti pendidikan moral, agama dan sains. Pendek kata,
pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan keluarga perlu dilihat secara
holistik dalam membina jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seseorang
pelajar.
Mari kita lihat bagaimana pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum
melalui dua pendekatan, iaitu:

Rajah 3.2: Pendekatan merentas kurikulum

(a)

Pendekatan Integrasi
Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam
konteks pendidikan kesihatan keluarga. Ini selaras dengan matlamat
pendidikan negara iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna
dan mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi
sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum (Mok Soon Sang, 2004).

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

31

Kita harus ingat bahawa pelajar memiliki latar belakang yang pelbagai
daripada segi kumpulan etnik, taraf sosioekonomi, sekolah bandar atau
luar bandar, kemudahcapaian kepada kemudahan seperti internet serta
prasarana sekolah yang konduksif kepada pengajaran dan pembelajaran.
Dengan mengambil kira perkara ini dalam pengajaran dan pembelajaran
seseorang guru itu hendaklah sentiasa sensitif dan peka terhadap
perubahan yang berlaku dan mengubahsuai pengajaran dan pembelajaran
dengan keadaan setempat dan keadaan semasa. Ini bermakna pendekatan
yang kita gunakan tidak statik tetapi dinamik.
(b)

Pendekatan Bersepadu
Pendekatan bersepadu menggabungkan pelbagai kaedah dan cara untuk
menyampaikan sesuatu pengetahuan, sikap yang positif dan kemahiran.
Jangan lupa bahawa pendidikan kesihatan keluarga adalah berkisar
tentang peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga. Oleh itu, dalam
aspek pengajaran dan pembelajaran perkara ini mestilah diambil kira.
Pelajar hendaklah didedahkan dengan pengalaman seperti tingkah laku
kesihatan yang diingini atau positif.
Setiap pengalaman ini pula didedahkan dalam aspek pengajaran dan
pembelajaran supaya pelajar dapat membuat penilaian berdasarkan kepada
tahap jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) masing-masing.
Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, terdapat pengajaran dan
pembelajaran yang bersepadu dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat
(PBSS). PBSS adalah sebuah program kesihatan secara bersepadu yang
diusahakan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan
Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. PBSS merangkumi pelbagai
topik kesihatan seperti penjagaan kesihatan diri, program pencegahan
denggi, pencegahan HIV/AIDS serta amalan cara hidup sihat yang diajar
secara bersepadu di sekolah rendah dan menengah. Ia menjadikan
kesihatan sebagai satu aspek yang tidak diasingkan tetapi diterapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu akan melibatkan
kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Pendekatan bersepadu melibatkan aspek kesihatan disentuh dalam subjeksubjek lain seperti agama, moral, bahasa dan sebagainya. Setiap pelajar
mempunyai minat untuk belajar sama ada ianya dibuat secara individu
atau berkumpulan. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dapat memberi
peluang kepada setiap pelajar untuk menunjukkan bakat dan
memperkembangkan potensi masing-masing.

TOPIK 3

32 X

3.2.2

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Tumpuan kepada Teknik

Pemilihan teknik dalam pendidikan kesihatan keluarga bergantung kepada


banyak faktor. Ini termasuk faktor-faktor kemampuan pelajar untuk memahami
apa yang diajar, kemudahan alat bantu mengajar yang sedia ada serta latar
belakang keluarga.
Kepelbagaian teknik dapat meningkatkan daya penerimaan seseorang pelajar.
Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pendidikan
kesihatan keluarga.
Jadual 3.1: Teknik yang digunakan dalam pendidikan kesihatan keluarga
Teknik
Penerokaan

Keterangan
Pelajar mempelajari apa yang diteroka melalui kajian kes,
pencarian di internet, perpustakaan dan mendapatkan
maklumat daripada hospital dan klinik.
Proses pembelajaran melalui penerokaan akan memupuk
inquiry learning seseorang pelajar. Maknanya mereka akan
mencari, membentuk dan menguji andaian-andaian
mereka.
Penerokaan menjadikan pelajar bebas mendapatkan
maklumat. Guru adalah sebagai fasilitator.
Penerokaan memberi peluang kepada pelajar melakukan
sesuatu dengan kreativiti selain daripada daya intelek. Ia
juga dapat memupuk semangat kerjasama dengan orang
lain. Begitu juga menghargai ilmu yang mereka cari.

Lawatan

Contoh melawat ke klinik atau hospital.


Lawatan memberi peluang kepada seseorang melalui
pengalaman sebenar. Misalnya, pengalaman melawat
pesakit di wad akan memberi pengalaman baru berkenaan
penderitaan seseorang apabila menghidap sesuatu
penyakit.

Projek

Membuat projek seperti sudut pendidikan kesihatan di


sekolah.
Kemahiran yang diperlukan dalam kalangan pelajar ialah
mengumpul bahan, mengolah bahan dan memupuk
kreativiti untuk mempersembahkan bahan tersebut.

Penggunaan alat atau


bahan multimedia

Penggunaan poster, risalah, CD atau VCD yang berkaitan


dengan kesihatan.

TOPIK 3

3.2.3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

33

Kefahaman Diri dan Orang Lain

Pendidikan kesihatan bukan setakat berfokus kepada diri sendiri tetapi perlu
melihat kepada orang lain. Dalam pendidikan kesihatan keluarga, seseorang itu
perlu melihat diri beliau dikelilingi oleh individu atau kumpulan lain.
Individu berperanan sebagai seorang pelajar biasa atau
pengawas di sekolah dan sebagai seorang abang atau
kakak di rumah. Kita sedia maklum bahawa pendidikan
kesihatan keluarga melibatkan kita berinteraksi dan
bersosial dengan orang lain.
Dalam masyarakat berbilang kaum dan sistem
kepercayaan, pemahaman kita terhadap orang lain adalah unsur penting dalam
konteks proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Ia dapat mengelak sikap
etnosentrisme dalam kalangan pelajar dan guru iaitu satu sikap menilai cara
hidup orang lain berdasarkan pemahaman diri.
Pendidikan kesihatan keluarga menjurus kepada pemahaman kita terhadap
budaya orang lain. Justeru, ia juga dapat memperkayakan lagi pengetahuan kita
tentang diri kita sebagai rakyat Malaysia.

AKTIVITI 3.2
Huraikan pendekatan bersepadu dan integrasi dalam pendidikan
kesihatan keluarga.

3.3

KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN


KELUARGA

Mari kita tinjau kandungan pendidikan kesihatan keluarga. Ianya merangkumi:

Rajah 3.3: Kandungan Pendidikan Kesihatan Keluarga

34 X

3.3.1

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Tubuh Badan Manusia

Tubuh badan manusia terbahagi kepada beberapa sistem. Dalam setiap sistem
terdapat beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan tersendiri.
Sebagai sebuah sistem, setiap organ dan jaringan saling bergantungan di antara
satu sama lain tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu mengekalkan
keseimbangan.
Bahagaian Badan
Sistem Rangka
Sistem Penghadaman

Sistem Otot
Sistem Limfatik
Sistem Endokrin

Sistem Saraf
Sistem Kardiovaskular
Sistem Reproduktif
Sistem Perkumuhan
Sistem Respiratori

Peranan
x Memberi sokongan, perlindungan dan struktur kepada
organ-organ
x Memproses makanan yang diambil daripada mulut, perut,
pankreas, esofagus, hati dan usus. Segala zat makanan
diambil untuk digunakan oleh tubuh.
x Pergerakan anggota tubuh badan.
x Pemindahan limfa di antara tisu dan darah.
x Suatu bentuk komunikasi dalam badan menggunakan
hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar hormon seperti
hipotalamus, kelenjar tiroid, kelenjar adrenal dan
sebagainya.
x Mengumpul, menghantar dan memproses maklumat di
antara otak, saraf tunjang, saraf pheriferal dan saraf.
x Mengepam dan menghantar darah dalam badan.
x Mengandungi organ reproduktif lelaki dan perempuan.
x Keseimbangan bendalir dalam badan, perkumuhan air
kencing serta keseimbangan elektrolit.
x Membolehkan proses pernafasan dilakukan dengan
melibatkan organ seperti paru-paru.

Tubuh badan manusia juga terdiri daripada ciri-ciri luar yang dapat dilihat
seperti kulit, muka, hidung, telinga, mata, gigi, rambut, tangan, kaki dan kuku.

3.3.2

Kesihatan Diri dan Keluarga

Tunjang utama kepada kesihatan diri dan keluarga ialah amalan cara hidup
sihat. Perubahan penyakit pada masa dahulu dengan masa kini ialah daripada
penyakit berjangkit seperti malaria, kolera dan taun kepada penyakit yang
berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat seperti penyakit jantung, kencing
manis, darah tinggi, kanser dan buah pinggang.
Amalan cara hidup sihat dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti
ini. Amalan kesihatan diri dalam konteks sesebuah keluarga perlu melihat

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

35

peranan setiap ahli dalam sesebuah keluarga. Keluarga yang sihat melahirkan
anak yang sihat.
Kesihatan diri dan keluarga berfokus kepada:
(a)

Kebersihan Tubuh Badan


Kebersihan tubuh badan meliputi penjagaan kebersihan rambut, kesihatan
gigi, tangan, muka, kaki dan kulit. Penjagaan kebersihan tubuh badan ialah
melalui mandi, memotong kuku, memberus gigi serta membasuh tangan.

(b)

Amalan Pemakanan Sihat


Amalan pemakanan sihat dalam sesebuah
keluarga memerlukan perancangan, penyediaan
dan penyajian makanan yang seimbang untuk
keluarga. Makanan yang sihat tidak semestinya
makanan yang mahal.
Misalnya, buah-buahan yang penuh berzat tidak
semestinya buah-buahan import seperti epal atau
anggur tetapi buah-buahan tempatan seperti
betik, pisang dan limau.
Berikut adalah beberapa panduan pemakanan sihat yang perlu diikuti
berdasarkan piramid makanan:

36 X

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Rajah 3.4 : Piramid Makanan Malaysia


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001.

(c)

Melakukan Aktiviti Senaman dan Kecergasan Fizikal


Aktiviti fizikal ialah sebarang aktiviti yang
melibatkan pergerakan anggota badan serta
menggunakan tenaga. Ia amat penting untuk
meningkatkan tahap kecergasan dan mengurangkan
risiko pelbagai penyakit yang disebabkan oleh gaya
hidup sedentari seperti penyakit jantung, angin
ahmar, darah tinggi, kencing manis dan obesiti.
Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu dengan setiap sesi sekurang-kurangnya selama 30 minit. Jika kita
tidak dapat melakukannya kerana kesibukan di tempat kerja, jangan
berputus asa tetapi amalkan tabiat berjalan kaki, berkebun, mencuci kereta
atau naik tangga tanpa menggunakan lif. Amalan ini juga boleh merupakan
satu bentuk senaman.

(d)

Amalan Kesihatan Mental yang Baik


Pengurusan stres atau tekanan merupakan salah satu
komponen kesihatan yang amat penting. Stres perlu
diurus dengan bijak. Kita tidak dapat mengelakkan
stres sama ada di tempat kerja atau di rumah.
Amalkan pemikiran dan sikap sebagai salah satu
langkah ke arah kesihatan mental yang baik. Berikut
adalah beberapa kaedah pengurusan stres yang
dapat menjamin kesihatan mental kita sentiasa
berada dalam keadaan yang baik.

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

37

Bagaimanakah caranya untuk menangani stres? Ianya boleh dilakukan


dengan teknik penyelesaian masalah yang efektif. Berikut adalah kaedah
yang boleh digunakan untuk mengurus atau menyelesaikan masalah:

Rajah 3.5: Kaedah IDEAL untuk mengurus masalah


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001.

Satu lagi cara untuk mengamalkan kesihatan mental yang baik ialah menangani
kemarahan. Kaedah 3B boleh digunakan untuk menangani kemarahan.

38 X

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Rajah 3.6: Kaedah 3B untuk menangani kemarahan


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001.

(e)

Tidak Merokok
Merokok merupakan salah satu amalan yang
meningkatkan risiko seseorang itu mendapat
penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan
kencing manis. Di samping itu, amalan merokok
yang tidak sihat ini juga membazirkan!
Merokok bukan setakat membahayakan si
perokok tetapi orang lain di sekeliling mereka. Ini
dinamakan sebagai perokok pasif.

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

39

Walaupun mereka tidak merokok tetapi boleh menghidu asap rokok yang
dihembuskan oleh perokok. Mereka mungkin ahli keluarga seperti anak
atau isteri atau mungkin rakan pejabat. Mari kita lihat apakah kebaikan
yang akan diperolehi oleh seseorang yang tidak merokok.

Rajah 3.7: Panduan Berhenti Merokok


Sumber: Risalah Tak Nak Merokok
(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2003)

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat atau panduan berhenti merokok


daripada klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran. Anda juga boleh melayari
laman web di www.infosihat.gov.my

Rajah 3.8: Merokok membawa maut


Sumber: Berita Harian, 16 November 2007

40 X

(f)

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak


Komponen-komponen dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak ialah:
(i)

Perancangan Keluarga
Pasangan suami isteri perlu bijak
mengurus dan merancang keluarga
mengikut kemampuan ekonomi dan
sosial. Khidmat nasihat secara profesional
berkaitan perancangan keluarga boleh
diperoleh daripada pakar kesihatan
keluarga di klinik kesihatan kerajaan,
hospital kerajaan atau hospital swasta.
Pada masa kini, tanggungjawab kepada keluarga bukan setakat
memenuhi keperluan asas tetapi memberi pendidikan dan penjagaan
kesihatan yang secukupnya kepada anak-anak. Anak-anak mesti
mempunyai pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan menyeluruh
dan mengamalkan tingkah laku yang sihat.

(ii)

Kesihatan Ibu Hamil dan Selepas Bersalin


Pemeriksaan secara berkala semasa hamil amat
penting. Masalah awal atau komplikasi semasa
hamil boleh dirawat jika dikenal pasti dengan
lebih awal.
Amalan pemakanan sihat penting untuk si ibu
dan bayi dalam kandungan dan selepas
bersalin. Begitu juga dengan sokongan suami
dari segi emosi sebelum dan selepas isteri
bersalin.
Ibu-ibu terutamanya yang pertama kali hamil perlu mendapatkan
maklumat yang secukupnya berkaitan penjagaan kesihatan ibu hamil
dan cara-cara bersalin. Mereka tidak harus terpengaruh dengan petua
atau pantang-larang yang boleh memudaratkan kesihatan ibu dan
bayi yang dilahirkan. Penyusuan susu ibu harus diberi kepada bayi
untuk sekurang-kurangnya enam bulan pertama.

(iii) Kesihatan bayi


Penjagaan kesihatan bayi untuk dua tahun pertama memerlukan
mereka dibawa ke klinik kesihatan secara berkala untuk mendapat
suntikan imunisasi dan pemeriksaan fizikal.

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

41

Amalan pemakanan yang sihat, kebersihan dan pemberian imunisasi


secara berkala amat penting untuk menjamin kesihatan bayi. Dalam
tempoh usia satu tahun pertama bayi amat mudah dijangkiti
penyakit. Pemberian imunisasi dapat memberi mereka perlindungan
daripada penyakit berjangkit seperti polio,
tetanus (kancing gigi), difteria, campak,
hepatitis B dan tibi.
Pemeriksaan berat badan bertujuan untuk
melihat perkembangan bayi mengikut bulan.
Di samping itu, doktor atau jururawat akan
menguji gerak balas bayi terhadap rangsangan.
(g)

Peranan Keluarga
Andaian kita terhadap sesebuah keluarga ialah bapa sebagai ketua
keluarga manakala ibu sebagai penjaga. Anak perempuan atau anak lelaki
mempunyai peranan untuk mengikut apa yang disuruh oleh ibu bapa.
Namun peranan ini semakin berubah dengan bertambahnya kes-kes
perceraian. Ini mewujudkan istilah ibu tunggal atau bapa tunggal. Di
samping itu, isu-isu seperti remaja lari dari rumah kerana pelbagai faktor
seperti penderaan, perpecahan rumah tangga, inginkan kebebasan atau
terjebak dengan gejala yang tidak sihat.
Isu anak-anak menghantar ibu bapa yang sudah tua atau meninggalkan
mereka di rumah orang tua atas alasan tidak ada masa untuk menjaga
mereka sering berlaku.

(h)

Institusi Perkahwinan
Perkahwinan menjadi isu apabila ia tidak dilakukan mengikut nilai dan
norma sesebuah masyarakat. Antara isu-isu tersebut adalah seperti
berkahwin atas dasar paksaan, kahwin lari kerana tidak dipersetujui oleh
ibu bapa serta perceraian. Persoalan juga timbul seperti ingin berkahwin
tetapi tidak bersedia dari segi kewangan dan emosi. Individu sama ada
lelaki atau wanita yang semakin lewat berkahwin atau langsung tidak
berkahwin juga merupakan salah satu isu yang kerap dibincangkan.

3.3.3
(a)

Nilai Moral Dan Agama

Seksualiti
Isu-isu berkaitan dengan masalah kesihatan seksualiti seperti kehamilan
remaja, kes membuang anak, kes rogol, pencabulan, homoseksual dan
sumbang mahram sering menjadi topik hangat perbincangan.

42 X

(b)

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Gender
Isu-isu yang berkaitan dengan peranan gender pula adalah seperti
bertingkah laku melampaui batas dari nilai dan norma yang ditetapkan
oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan.

SEMAK KENDIRI 3.3


Huraian isu-isu sosial yang berkait dengan masalah keruntuhan
rumah tangga.

Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut:

Pendidikan kesihatan secara umumnya bertujuan untuk memberi maklumat


dan memupuk sikap positif terhadap sesuatu perkara.

Melalui pengetahuan dan sikap positif, seseorang itu akan cenderung untuk
berubah kepada suatu bentuk tingkah laku yang positif atau tingkah laku
yang dikehendaki.

Pendidikan kesihatan keluarga merupakan satu bidang yang berteraskan


peranan dan tanggungjawab setiap ahli dalam institusi keluarga.

Aspek-aspek pendekatan pendidikan kesihatan keluarga merentas


kurikulum merangkumi pendekatan integrasi dan pendekatan bersepadu.
kesihatan
(health literacy
)
Kesihatan
diri
Literasi
Kandungan
pendidikan
kesihatan
keluarga
merangkumi
tubuh badan
Pendekatan
bersepadu
Kesihatan
keluarga
manusia, kesihatan diri dan keluarga serta nilai moral dan agama.
Pendekatan integrasi
Cara hidup sihat
Pendidikan kesihatan
Penjagaan kesihatan
Kesihatan
Piramid makanan

TOPIK 3

PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

43

Cottrell, R. R., Girvan, J. T., & Mckinzie, J. F. (2002). Principles and


foundations of health promotion and education. Boston: Pearson
Education.

Green, L. W. (1980). Health education planning. A diagnostic approach.


Palo Alto: Mayfield Publishing Company.

Mok Soon Sang. (2004). Pengantar pendidikan teras. Subang Jaya:


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2001). Sihat sepanjang hayat. Kuala


Lumpur.

Вам также может понравиться