Вы находитесь на странице: 1из 7

NAMA:______________________

SENARAI PENANDA WACANA


Penanda wacana yang sesuai digunakan untuk menulis Ringkasan dan
Pemahaman, Karangan Respons Terbuka dan Karangan Berpandukan Bahan
Rangsangan pada peringkat PT3.
penanda -apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan:
wacana 1. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan,
percakapan; 2. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti
pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel, novel, cerpen): Ayat contoh:
Kita merindui dunia subur kritikan sastera yang dibajai oleh pengetahuan tentang
teori dan wacana sastera yang mendalam dan pembacaan karya sastera yang
banyak.
i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
1.

Pada era globalisasi ini,

2.

Dalam meniti arus kemodenan ini,

3.

Dewasa ini*Dewasa ini bermaksud pada masa ini, pada ketika ini, pada
waktu ini: Ayat contoh: Adat seperti itu tidak sesuai lagi dengan
keadaan dewasa ini.

4.

Pada masa ini,

5.

Kini,

6.

Sejak sedekad yang lalu,

7.

Sejak belakangan ini, ATAU Kebelakangan ini,

8.

Sejak akhir-akhir ini,

9.

Baru-baru ini,

10.

Umum mengetahui bahawa,

11.

Sejak zaman-berzaman

12.

Sejak dahulu lagi,

NAMA:______________________
ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan
pengenalan (untuk perenggan kedua dan ke seterusnya)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
yang
7.
8.
9.
10.

Antara,
Selain itu,
Di samping itu,
Sementara itu, (untuk unsur pertentangan/keadaan yang berbeza)
Dalam pada itu,
Lain daripada itu, (boleh digunakan, sebab ada ungkapan lain daripada
lain)
Dalam pada itu,
.. Seterusnya,
Begitu juga dengan.
Ahkir sekali, (untuk isi yang terakhir, bukannya untuk kesimpulan)

iii) Penanda wacana untuk menghuraikan isi karangan


1.
Saya berpendapat demikian kerana
2.
Hal ini dikatakan demikian kerana
3.
Hal ini berlaku kerana
4.
Hal ini terjadi kerana
5.
Hal ini disebabkan oleh
6.
Hal ini wujud akibat daripada
7.
Hal ini bersangkut-paut dengan
8.
Hal ini berpunca daripada
9.
Hal ini tercetus apabila
10.
Tindakan tersebut perlu dilakukan supaya..
iv) Penanda wacana untuk memberi contoh dalam karangan
1.
2.
3.
4.

Misalnya,
Contohnya,
Sebagai contoh,
Tamsilnya,

*tamsil 1. persamaan sebagai umpama (misal), misalan, contoh: satu tamsil lagi,
adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu
cerita, ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa
gurindam yg mengandungi ~ dan ibarat;
bertamsil menggunakan tamsil (contoh);

NAMA:______________________
5.
6.
7.
8.
9.

Seperti yang kita sedia maklum,


Antaranya adalah seperti
Satu contoh
Satu cara
Antara contoh

v) Penanda wacana untuk menghuraikan contoh


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Hal ini mengakibatkan


Hal ini menyebabkan
Oleh itu,
Maka,
Oleh hal yang demikian,
Oleh sebab itu,
Jelaslah bahawa
Justifikasinya,

*justifikasi -sesuatu alasan (yg kuat) yg menjadikan sesuatu wajar dilakukan


(diusahakan dsb) atau diberikan, hujah (pendapat dsb) yg dikemukakan sbg alasan
bagi sesuatu: RTM mungkin mempunyai ~ sendiri utk menyiarkan majlis itu secara
langsung; berbagai-bagai alasan atau sebab-musabab dikemukakan sebagai ~ kpd
kelemahan tersebut;
menjustifikasikan memberikan justifikasi kpd: mereka perlu memberikan bukti yg
nyata utk ~ permohonan pinjaman itu.
vi) Penanda menutup isi
1.
2.

Kesannya,
Natijahnya,

*natijah -Ar keputusan (daripada sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat:


kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik natijahnya; natijah
daripada perkembangan ekonomi kolonial sepertr itu amat buruk padahnya kepada
masyarakat Melayu.
3.
Akibatnya,
4.
Akhirnya, (menegaskan kesudahan kesan dan akibat sesuatu perkara.
Bukannya untuk isi yang terakhir)
5.
Dengan itu,
6.
Kesudahannya,
7.
Dengan berbuat demikian,
8.
Dengan keadaan sedemikian,

NAMA:______________________
vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang
memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
1.
justeru (membawa maksud malahan, bahkan, sebaliknya. BUKANNYA
bermaksud oleh itu -justeru itu)
2.
juga(mesti di belakang frasa nama; Contohnya; Ibu saya guru juga .
Bukannya: Ibu saya juga doktor. .)
3.
malah
4.
malahan
5.
tambahan pula
6.
sementelahan
7.
bahkan juga
8.
sekali gus
9.
di samping
10.
bahkan
viii) Penanda wacana untuk memulakan perenggan penutup
1.
2.

Kesimpulannya,
Intihanya,

*intiha -Ar akhir, penghabisan, penutup.


3.

Secara tuntas,

*tuntas 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2.
meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, selesai, sempurna: saya sarankan
supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yang bersifat
~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek
tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas;
menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2.
menyelesaikan semuanya atau segala-galanya;
ketuntasan- perihal (keadaan, sifat) tuntas;
ketidaktuntasan -keadaan yg tidak tuntas.
4.
5.

Tuntasnya,.
Konklusinya,

*konklusi -keputusan pendapat (berdasarkan keterangan, kenyataan, dll),


kesimpulan.

NAMA:______________________
6.
7.
8.
9.
10.

Sebagai penutup wacana,


Sebagai penghias bicara akhir,
Sebelum mengakhiri wacana ini,
Secara keseluruhan,
Secara total,

*total 1. bp jumlah; 2. seluruhnya, semuanya; ~ jumlah semuanya;


11.

Akhir kata,

ix) Penanda wacana untuk menerangkan huraian atau pendapat yang


berbeza
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Walau bagaimanapun,
Namun demikian,
Namun begitu,
Meskipun,
Daripada perspektif yang berbeza,
Jika dilihat dari sudut lain,
Dengan kata lain,
Kontradiksinya,
Di sebalik itu,
Dalam pada itu,
Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan ungkapan menarik termasuk


peribahasa, slogan dan kata-kata hikmat
1.
___bak /seperti kata peribahasa, (bak bermaksud sebagai, seperti: bak kata
orang tua-tua, tak ada gading yang tak reta. Bak tidak boleh digunakan untuk
memulakan ayat selepas tanda noktah, sebaliknya selepas tanda baca ( , ).
Sesungguhnya tiada sesuatu yang betul-betul sempurna, bak kata orang tua- tua,
tak ada gading yg tak retak.
2.
___bak kata peribahasa Melayu,
3.
___bak kata pepatah Melayu,
4.
___bak kata pepatah Cina/Inggeris/dll
5.
___bak kata mutiara,
6.
___bak peribahasa,
7.
___bak pepatah,
8.
___bak kata cendekiawan,/ pujangga
9.
___persis kata peribahasa,

NAMA:______________________
*persis 1.- kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang
diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi
meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari;
kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg
tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran
masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai.
10.
___persis kata peribahasa Melayu,
11.
___persis kata orang tua-tua,
12.
___persis kata mutiara,
13.
___persis peribahasa,
14.
___persis kata cendekiawan,
15.
Hal ini boleh disamakan dengan peribahasa yang bermaksud
16.
Senario ini persis peribahasa Melayu, yakni..
17.
Fenomena ini dikatakan
18.
Masalah ini ada persamaan dengan peribahasa
19.
Saya yakin kalau slogan _________ diamalkan . janganlah nantislogan
tinggal slogan.
20. Saya berharap agar slogan _________ dijadikan pegangan oleh semua, jangan
hanya menyebutnya saja.

NAMA:______________________

Rujukan: https://guruselamanya.wordpress.com/2011/03/02/penanda-wacana/

Вам также может понравиться