Вы находитесь на странице: 1из 4

Contoh Karangan SPM - Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-Anak

Memanfaatkan Internet

Marcapada, internet merupakan satu ciptaan manusia yang wajar


dikagumi dan dalam masa yang sama merupakan satu kepentingan dalam
kehidupan setiap individu. Hal ini kerana hanya internet yang memberikan
kepuasan bersosial, berniaga dan belajar secara meluas tanpa had kepada
pengguna. Bayangkan dengan hanya satu klik, kita mampu mengakses seluruh
alam maya tanpa perlu bermandi peluh.
Namun begitu, isu penyalahgunaan internet bukanlah suatu isu baharu.
Terdapat manusia sanggup melakukan penyalahgunaan internet untuk memuaskan
nafsu diri demi kepentingan diri dengan melakukan pencerobohan maklumat dan
menyebarkan berita palsu. Maka tidak hairanlah jenayah siber kian hari kian serius
bagai duri dalam daging. Oleh itu, setiap individu perlu tahu akan kelebihan,
keburukan dan cara mengakses internet, termasuklah ibu bapa.
Sebahagian besar ibu bapa masa kini handal menggunakan internet
manakala sebahagian kecilnya tidak. Namun begitu, sebagai mengambil langkah
berjaga-jaga, ibu bapa wajar untuk mempelajari secara khusus berkenaan dengan
internet. Sekiranya ibu bapa sudah mengenali internet, maka dengan mudah ibu
bapa mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet dan secara tidak
langsung, ibu bapa mampu mendidik anak-anak dalam memanfaatkan penggunaan
internet. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
memanfaatkan internet pada hari ini?
Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M
Tuah Iskandar, Seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam
kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke
jalan kebahagiaan. Oleh hal yang demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu
bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan
memberikan didikan agama yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana
agama merupakan benteng yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir
negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi.
Anak-anak yang diasuh dan dibesarkan dengan didikan agama yang
mantap dapat membezakan dosa dan pahala ketika melayari laman sesawang.
Sebagai contoh, anak-anak tidak akan melayari laman sesawang yang
mengandungi unsur pornografi yang mampu mencemarkan minda dan sekali gus
mampu mendorong meruntuhkan akhlak anak-anak yang masih separa matang.
Bukan itu sahaja, mereka juga tidak akan menggunakan internet untuk menjejaskan
keamanan dan keharmonian dalam masyarakat dengan menyebarkan fitnah
malahan mereka akan menggunakan internet untuk menyampaikan ilmu yang
berguna kepada masyarakat. Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai
murni, sudah pasti akan lahirlah insan yang berguna iaitu insan yang tahu nilai diri

dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh,
mereka dapat menggunakan internet dengan baik dan bijak.

Peranan lain yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik anakanak memanfaatkan internet pada masa ini termasuklah mendedahkan anak-anak
dengan segala maklumat berkaitan dengan internet. Hal ini disebabkan anak-anak
perlu diberitahu mengenai baik buruk penggunaan internet sebelum mereka
didedahkan dengan cara menggunakan kemudahan internet secara bijak. Sekiranya
anak-anak sudah diajar dari awal, sudah tentu anak-anak akan lebih berhati-hati
dan lebih bijak dalam menggunakan kemudahan internet pada masa-masa akan
datang bak kata pepatah,sediakan payung sebelum hujan. Melentur buluh
biarlah dari rebungnya, oleh itu sememangnya ibu bapa bertanggungjawab
dalam memberikan pengenalan kepada anak-anak mengenai penggunaan internet
dari kecil, yang ternyata amat penting dalam kehidupan masyarakat moden masa
ini. Jelaslah di sini bahawa pendedahan segala maklumat berkaitan internet
terhadap anak-anak merupakan tindakan yang wajar dilakukan oleh ibu bapa.
Selain itu, ibu bapa juga berperanan untuk memantau anak-anak
semasa menggunakan kemudahan internet. Alam maya ini tiada batasnya, oleh itu
internet ini mempunyai keburukannya. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu
mengelakkan anak-anak daripada mengakses laman-laman sesawang yang
berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber seperti mencetak
rompak bahan media, mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang.
Tindakan kecil yang dilakukan ibu bapa ini juga tanpa disedari mampu
menyelamatkan industri hiburan tanah air yang kerap kali dirompak oleh orangorang yang tidak bertanggungjawab, termasuklah mengurangkan jumlah
penggodam dan pencetus provokasi di internet yang semakin hari semakin
berleluasa. Anak-anak juga terselamat daripada terus terperangkap di dalam
kancah jenayah siber, yang juga merupakan salah satu kesalahan yang akan
dikenakan tindakan keras seperti yang termaktub di dalam akta jenayah negara.
Oleh itu jelaslah bahawa tindakan ibu bapa dalam memantau anak-anak semasa
menggunakan kemudahan internet dapat mendidik mereka dalam memanfaatkan
kegunaan internet.
Jika dikaji dari aspek yang lain, ibu bapa juga seharusnya menyekat
penggunaan internet oleh anak-anak. Ibu bapa kini mampu mengawal internet
dengan menyekat laman-laman sesawang yang berunsurkan negatif sebagai
langkah mengelakkan pengguna internet mengakses laman-laman tersebut dan
sistem yang sama digunakan pada peranti komputer yang disediakan di semua
alma mater milik kerajaan. Sistem sebegini bukan sahaja mampu mengawal aktiviti

penggunaan internet anak-anak, malah mampu mengasuh mereka untuk hanya


mengakses laman-laman yang berguna sahaja.
Bayangkan, sekiranya ibu bapa melaksanakan sistem sebegini di rumah,
sudah tentu anak-anak akan menggunakan perkhidmatan internet dengan lebih
bijak, seterusnya dapat menghindari mereka daripada mengetahui mahupun
mencuba untuk mengakses laman-laman berunsurkan negatif seperti yang
kebiasaanya berlaku dalam kalangan remaja dan orang dewasa masa ini. Anak
ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya, persis kata peribahasa
tersebut yang secara tersiratnya menegaskan bahawa ibu bapalah yang perlu
mengawal ton-ton warna yang ingin diwarnakan di atas kain putih yang tidak
berdosa. Cukup ditegaskan di sini bahawa ibu bapa sebaik-baiknya mengawal
penggunaan internet oleh anak-anak sebagai cara mengajar mereka menggunakan
internet secara lebih bijak.

Akhir sekali, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam


mendidik anak-anak menggunakan internet secara pintar dengan memperkenalkan
kepada mereka dengan medium-medium pembelajaran menerusi internet. Seperti
yang ditegaskan, internet sememangnya memberikan banyak manfaat,
termasuklah dari segi pendidikan. Hari ini, kemajuan internet juga selaras dengan
kemajuan teknologi seperti tablet dan telefon pintar. Mengikut statistik juga, keduadua peranti ini merupakan peranti pilihan pengguna untuk melayari internet. Oleh
hal yang demikian, adalah lebih baik para ibu bapa memperkenalkan laman
sesawang atau aplikasi pintar yang berunsurkan pembelajaran kepada anak-anak.
Tanpa disedari, sudah banyak aplikasi dan laman sesawang yang
menyediakan aktiviti pembelajaran menggunakan kemudahan internet, namun
malangnya kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengguna internet masa
kini. Sebaik-baiknya anak-anak didedahkan dengan medium sebegini, sekurangkurangya mereka akan mula memanfaatkan penggunaan internet serta bijak
menggunakannya. Ibu bapa juga tidak perlu risau sekiranya anak-anak
menghabiskan masa dengan melayari internet mahupun menghadap peranti pintar
sepanjang masa, sekiranya peranti-perani di rumah diisi dengan aplikasi dan laman
pembelajaran yang berguna kepada anak-anak. Oleh hal yang demikian, jelaslah
sudah di sini bahawa tindakan ibu bapa memperkenalkan medium-medium
pembelajaran melalui internet kepada anak-anak adalah amat wajar dalam
mendidik mereka memanfaatkan penggunaan internet.
Secara tuntasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam
mendidik dan mengasuh anak-anak memanafaatkan penggunaan internet.
Perkhidmatan internet sememangnya memberikan manfaat kepada pengguna
walaupun secara minoritinya membawa kepada keburukan. Namun yang demikian,
semua ini bergantung kepada ibu bapa itu sendiri, sama ada bijak atau tidak
mendidik anak-anak dalam memanfaatkan penggunaan internet dalam kehidupan
seharian.

Walaupun demikian, kita tidak seharusnya mengharapkan peranan ibu


bapa sahaja kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu,
tindakan kerajaan mengambil pelbagai langkah dalam memastikan perkhidmatan
ini mampu digunakan oleh semua anggota masyarakat sama ada di bandar
mahupun di luar bandar membuktikan bahawa internet sangat penting kepada
semua. Kerajaan juga banyak berusaha untuk memastikan masyarakat
menggunakan perkhidmatan tersebut dengan sebaik-baiknya, namun usaha
kerajaan akan menjadi usaha yang sia-sia sekiranya ibu bapa dan pihak yang lain
tidak turut turun padang dalam membantu kerajaan melahirkan generasi yang celik
IT dan bijak menggunakannya.
Mencegah itu lebih baik daripada merawat, sememangnya jikalau
semua pihak mula bertindak dari awal, masalah-masalah penyalahgunaan internet
dan jenayah siber yang semakin menjadi-jadi ini akan mudah dicantas, dan secara
tidak langsung, negara kita akan dipenuhi dengan generasi-generasi yang berguna
dan berfikiran hadapan

Вам также может понравиться