You are on page 1of 14

INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )

Saufi bin Abdullah M20072000716

Pembinaan Modul Multimedia


Permainan Alat Muzik Dikir Barat : Satu Penilaian

Oleh:
Saufi bin Abdullah
Pelajar Program M.Ed (Music)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui penggunaan modul


multimedia bagi tajuk permainan alatan dikir barat sebagai
bahan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar-pelajar
menengah rendah. lanya dinilai berdasarkan kepada aspek
kurikulum, isi kandungan dan gaya persembahan. Aspek
kurikulum memperihalkan tentang ketepatan modul dalam
mematuhi sukatan pelajaran muzik. Aspek isi kandungan
modul membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan
isi pelajaran yang setaraf dengan tahap pelajar, manakala aspek
gaya persembahan pula mengisahkan mengenai keunikan ciri-
ciri modul. Proses penilaian dilakukan oleh responden yang
terdiri daripada 5 orang pelajar muzik Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampong Chengal, Kota Bharu, Kelantan. Kajian
dilaksanakan secara kaedah pemerhatian dan temu bual.

1
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

Latar Belakang Kajian

Komputer merupakan bahan bantu mengajar yang berkesan kerana ciri-cirinya yang
mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikan penggunaan multimedia, bersifat
interaktif dan menyeronokkan. Komputer juga mempunyai keupayaan untuk
memproses dan mempersembahkan data yang berbentuk teks, grafik, animasi, video
dan audio. Ini menjadikan komputer sebagai bahan bantu mengajar yang berpotensi
untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran
(Jamaluddin et al.2000).

Menyedari hakikat ini maka dalam pelaksanaan proses pengajaran dan


pembelajaran, guru perlulah melibatkan sebanyak mungkin pancaindera murid, agar
proses pembelajaran mereka dapat dijalankan dengan baik. Langkah-langkah positif
yang boleh diambil untuk melibatkan lebih banyak pancaindera mereka ialah dengan
menggunakan alat-alat bantu mengajar seperti komputer dan multimedia.

Pada masa ini, penggunaan komputer dalam pelbagai bidang telah menjadi satu
keperluan. Keadaan ini berlaku kerana komputer merupakan satu pakej peralatan yang
lengkap dan berupaya menjalankan pelbagai fungsi yang berguna dalam melaksanakan
pelbagai tugas. Dengan penggunaan komputer, penyelesaian urusan-urusan penting
menjadi semakin mudah dan pantas.

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang berikut :

i. Adakah kandungan modul selaras dengan pengajaran dan pembelajaran dikir


barat di peringkat menengah rendah?
ii. Adakah gaya persembahan modul ini bersesuaian serta menarik kepada pelajar?
iii. Adakah kaedah pengajaran modul berbantukan komputer mampu memberi
kesan bagi peningkatan pencapaian pelajar dalam ujian kemahiran bermain
alatan dikir barat?

2
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

Kepentingan Kajian

Saya memilih untuk membuat kajian Pembinaan Modul Multimedia Permainan Alat
Muzik Dikir Barat kerana :

i. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran alat muzik dikir barat. Pembinaan perisian
ini diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk belajar secara
individu.

Kajian Literatur

Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer membolehkan komputer dan


pelajar saling berinteraksi di antara satu sama lain tanpa gangguan emosi manusia
seperti marah atau rasa bosan (Rusdina, 1993)

Menurut Yakop, (1985) pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer


dapat membantu pengajar dan juga pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(dalam Lim Siew Heong, 1999).

Selain itu penggunaan komputer dalam proses pembelajaran juga membolehkan


pelajar belajar mengikut masa yang sesuai untuk mereka. PPBK akan memperuntukkan
masa yang berlainan bagi setiap orang pelajar bagi menghabiskan sesuatu pelajaran
bergantung kepada kadar kemahiran dan kefahaman pelajar. Dengan ini pelajar dapat
menentukan masa yang sesuai untuk mereka belajar (Rusdiana, 1993).

Daripada ketiga-tiga pengkaji di atas dapat disimpulkan bahawa interaksi di


antara pengguna dengan komputer, komputer membantu proses pengajaran dan
pembelajaran dan dapat mengurus masa dengan sebaiknya.

Perisian Komputer

Perisian komputer dapat dipersembahkan dengan melalui kemudahan grafik diikuti


bunyi yang menarik. Melalui pembelajaran yang berdasarkan perisian komputer,

3
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

pelajar boleh mencuba beberapa kali sehingga mereka menguasai kemahiran yang
diutarakan dalam PPBK. Menurut Watson (1987) untuk membina sesebuah PPBK
yang baik memerlukan kerjasama daripada guru, penggubal kurikulum, pengaturcara
profesional dan penganalisis sistem (dalam Lim Siew Heong, 1999).

Kajian Yang Berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan


Komputer (PPBK)

Kajian yang dibuat oleh Ayoub et al. (1998) mengenai keberkesanan penggunaan
komputer dalam kelas, didapati pelajar-pelajar mudah memahami subjek yang
dipelajari dan ini meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini
telah menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat berkesan dalam membantu pelajar memahami sesuatu konsep.

Pelajar-pelajar suka berinteraksi dengan komputer kerana pelajar boleh belajar


sendiri iaitu pembelajaran individu, mempelajari kesilapan tanpa diketawa orang,
mendapat maklum balas dengan cepat, belajar dalam persekitaran pembelajaran yang
seronok pada sebarang masa serta meningkatkan kemahiran dalam penggunaan
komputer.

Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) dapat


mempertingkatkan pencapaian pelajar-pelajar. Pelajar yang menggunakan komputer
sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka
kebanyakannya menunjukkan kesan yang positif (Barry & George 1994).

Kelebihan Menggunakan Pendekatan Multimedia dalam Proses Pengajaran dan


Pembelajaran

Terdapat banyak kajian yang telah menggariskan tentang kelebihan-kelebihan PPBK.


PPBK menjadi lebih berkesan kerana proses ini menekankan kaedah pembelajaran
individu, pembelajaran aktif, menarik dan menyeronokkan, kebolehsuaian
pembelajaran dan had masa pembelajaran yang tidak terbatas.

Program-program multimedia menyediakan kemudahan di mana pelajar dapat


kembali berulangkali kepada sesuatu subtopik dengan mudah untuk merujuk kembali
bahagian yang kurang jelas. Ini dapat membantu pelajar memahami seluruh isi
kandungan yang disampaikan.

4
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

Penggunaan multimedia dalam pendidikan boleh menjadikan proses pendidikan suatu


pengalaman yang menyeronokkan dan menarik. Penggunaan multimedia dalam proses
pendidikan juga dapat membantu pelajar memahami konsep muzik dengan cepat dan
mudah. Multimedia memudahkan pelajar menerima dan menikmati maklumat melalui
pelbagai media. Multimedia telah membawa satu perubahan asas dalam cara
bagaimana maklumat diproses, disampaikan, ditulis dan ditaksirkan oleh manusia.

Metodologi

Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah
mendapatkan maklumat dan mengumpulkan maklumat melalui kaedah pemerhatian
dan temu bual. Populasi kajian terdiri daripada 5 orang pelajar dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Kampong Chengal, Kota Bharu, Kelantan yang baru diperkenalkan
permainan alat muzik dikir barat. Pelajar ini ditemu bual dan dapatan temu bual
tersebut ditranskripsikan. Selepas itu pelajar ini akan diberikan Modul Multimedia
Permainan Alat Muzik Dikir Barat dan beliau belajar berpandukan modul tersebut.
Setelah pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpandukan Modul
Multimedia Permainan Alat Muzik Dikir Barat sekali lagi pelajar ini di temu bual
dan dapatan temu bual tersebut ditranskripsikan.

Pengumpulan Data

Kaedah Pemerhatian

Melalui kaedah pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek
berpandukan pembolehubah-pembolehubah yang telah dikenal pasti. Peranan
penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku,
mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.
Pemerhatian ini dilakukan sebanyak sekali sahaja iaitu semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berpandukan Modul Multimedia Permainan Alat Muzik Dikir Barat.
Melalui kaedah pemerhatian, saya dapat memerhatikan sampel dalam tempoh masa
yang tertentu. Ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini
menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat. Menurut Kerlinger, (1973) terdapat
beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras
tafsiran pemerhati, generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku.
Flanders, (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah
ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat.

5
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami


sendiri aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian
lebih sah dan boleh dipercayai dan berkemungkinan maklumat-maklumat yang
tersembunyi atau yang tidak tersembunyi dapat dikesan dengan tepat, sah dan betul
serta boleh dipercayai.

Dalam kaedah pemerhatian ini pengkaji akan menjalankan sesi perbincangan


dan penerangan. Demonstrasi tentang permainan alat muzik dikir barat telah dibuat
oleh guru dikir barat. Setelah mendengar penerangan dan tunjukcara, pelajar diminta
berlatih secara individu dengan menggunakan compact-disk interaktif cara bermain alat
muzik dikir barat. Pelajar akan dinilai tahap kemahiran mereka setelah diberi beberapa
sesi latihan secara individu dengan berbantukan komputer.

Kaedah Temu Bual.

Melalui kaedah temu bual, pengkaji akan mengajukan beberapa soalan secara tidak
berstruktur kepada semua informant. Seramai 5 orang informant akan disoal tentang
pengetahuan asas mereka mengenai permainan alat muzik dikir barat. Temu bual
dijalankan sebanyak dua kali atau mengikut keperluan untuk setiap informant. Pada
sesi pertama informant akan disoal tentang beberapa aspek berkenaan dikir barat
seperti bentuk alatannya, bunyi yang terhasil, cara bermain alat dan kegunaan
persembahan dikir barat dalam masyarakat.

Setelah pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpandukan


Modul Multimedia Permainan Alat Muzik Dikir Barat sekali lagi pelajar ini di
temu bual dan dapatan temu bual tersebut ditranskripsikan. Pada kali ini informant
akan mendapat soalan tambahan seperti sejauh manakah anda berpuas hati dan apakah
kemahiran yang diperolehi setelah menggunakan Modul Multimedia Permainan Alat
Muzik Dikir Barat.

Temu bual digunakan sebagai alat pengumpulan data untuk memperolehi


maklumat-maklumat tentang fakta, perasaan, kepercayaan dan aspek-aspek lain yang
ingin diselidiki dalam kajian ini. Keadaan ini akan menyebabkan pengkaji dapat
memperolehi data secara langsung.

6
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

Perkakasan Yang Digunakan

Dalam pembangunan perisian ini, perkakasan yang digunakan ialah AMD Athlon XP
1100, Adobe Photoshop Cs, 640 DDRAM (Random Acces Memory), 60 GB Hard
Disc, pembesar suara, pemain CD ROM 56 Max, 17 inci monitor Hp, papan kekunci,
tetikus, mikrofon dan pencetak Lexmark X1270. Selain itu alat pengimbas (scanner)
juga digunakan. Pencetak pula digunakan dalam proses mencetak tesis dan modul.

Dapatan Kajian

Pendahuluan

Temu bual dan pemerhatian telah dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan
kajian. Temu bual dijalankan sebanyak dua kali. Seramai 5 orang informant telah
ditemu bual untuk kali pertama. Tiga orang informant dipilih secara rawak daripada
informant temu bual pertama untuk temu bual yang ke dua. Pemerhatian semasa
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dikir barat juga telah dilakukan sebanyak sekali
untuk mendapatkan maklumat untuk menjawab persoalan kajian.

Kandungan Modul Selaras dengan Pengajaran dan Pembelajaran Dikir


Barat Peringkat Menengah Rendah

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah meletakkan dikir barat dalam
Aspek 2: Pengalaman Muzikal dan juga Aspek 3: Penghargaan Estetik. Dalam
pengalaman muzikal pula ada dinyatakan pengalaman ensemble muzik tradisional dan
kemahiran bermain alat serta tanggungjawab sebagai performer dan audien. Dalam
Aspek 3: Penghargaan Estetik pula pelajar mampu mengenalpasti, menganalisis dan
memperkatakan ciri-ciri positif dan negatif hasil karya dan persembahan muzik dari
segi elemen muzik dan teknik persembahan. Keselarasan modul ini dapat dilihat
melalui kata-kata informant yang berbunyi;

Emm... pendapat saya ialah dikir barat berguna dalam masyarakat hari ini.
Ianya sebagai alat hiburan dan sering juga digunakan dalam majlis
perkahwinan. Bila ada majlis kenduri pihak tuan rumah akan menjemput
pasukan dikir barat untuk memeriahkan majlis...(Tengku Shahril Ikwan)

7
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

Kenyataan ini juga boleh dikuatkan lagi dengan pelajar boleh menyatakan ciri-ciri
positif pembelajaran dikir barat.

Dikir barat memang berguna. Dia sebagai alat untuk mengeratkan perpaduan
dalam sesebuah sekolah, kampung, daerah dan sebagainya. Sesetengah ahli
dikir barat menjadikan aktiviti ini sebagai sumber pendapatan mereka apabila
setiap persembahannya mendapat bayaran daripada penganjur…(Muhammad
Faizal bin Mustafa)

Dalam kehidupan hari ini yang masyarakatnya semakin bijak untuk mendapatkan
kepuasan dalam hidup. Penggunaan modul ini akan menjadikan pelajar akan lebih
mengetahui dan mempunyai penghargaan estetik yang tinggi. Penghargaan dan
kepentingan dikir barat dapat dilihat daripada kata-kata berikut;

Ohh... dikir barat? Memang berguna dalam masyarakat hari ini. Ianya sebagai
alat untuk hiburan, pendidikan, mendapatkan sumber kewangan dan sebagainya.
Salah satu kegunaan dikir barat ialah dapat menjadikan kampung kita terkenal
dan dikenali oleh orang lain. Contohnya kumpulan Dikir Barat Melor Lama
sangat terkenal dikalangan penduduk tempatan…(Muhammad bin Yahya)

Secara keseluruhannya, kandungan modul selaras dengan pengajaran dan pembelajaran


dikir barat peringkat menengah rendah di mana pelajar akan mempunyai pengalaman
muzikal dan juga tahu menghargai atau pun mempunyai panghargaan estetik terhadap
khazanah muzik tradisional terutamanya permainan dikir barat. Melalui pemerhatian
juga, penyelidik mendapati setiap orang pelajar yang menggunakan Modul Multimedia
Permainan Alat Muzik Dikir Barat mampu mempersembahkan permainan alat muzik
dikir barat dengan baik. Keadaan ini menunjukkan kandungan modul ini selaras
dengan pengajaran dan pembelajaran dikir barat peringkat menengah rendah.

Gaya Persembahan Modul Bersesuaian dengan Pelajar

Perkembangan teknologi masa kini telah banyak mempengaruhi aspek kehidupan kita.
Dalam bidang pendidikan, penggunaan teknologi telah digabungkan dalam kurikulum
sekolah sebagai satu usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap positif
terhadap perkembangan teknologi. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menggalakkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Komputer digunakan sebagai alat untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Robert Taylor, (1980) telah mencadangkan tiga peranan penggunaan
komputer dalam bidang pendidikan iaitu;

8
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

a) Komputer sebagai subjek - Pelajar didedahkan untuk mempelajari teknologi


komputer agar boleh memahami serta tahu menggunakan komputer secara
berkesan sebagai seorang yang celik komputer.

b) Komputer sebagai alat - Komputer dijadikan alat untuk membantu kita dalam
memudahkan kerja dengan lebih cepat dan berkesan.

c) Komputer sebagai tenaga pengajar - Komputer dijadikan kad imbasan


elektronik yang telah diprogramkan untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran secara individu dan kumpulan agar lebih berkesan.

Cadangan peranan penggunaan komputer oleh Robert Taylor amat bertepatan dengan
pengakuan yang telah diberikan oleh ketiga-tiga informant dalam kajian ini mengenai
gaya persembahan Modul Multimedia Permainan Alat Muzik Dikir Barat yang
bersesuaian dengan pelajar. Tengku Shahril Ikwan menyatakan gaya persembahan
modul ini sesuai untuknya. Begitu juga pengakuan Muhammad bin Yahya yang
menyatakan gaya persembahan modul sesuai dan banyak membantunya dalam
mempelajari dikir barat. Menurut seorang lagi pelajar yang ditemu bual iaitu Muhamad
Faizal bin Mustafa telah menyatakan modul ini sesuai untuknya walaupun beliau telah
mempunyai pengetahuan asas tentang permainan alat muzik dikir barat.

Kesesuaian gaya persembahan Modul Multimedia Permainan Alat Muzik Dikir


Barat ini dapat dibuktikan melalui catatan nota lapangan yang menyatakan pelajar
akan sentiasa membuat latihan di rumah, tambahan pula dengan adanya modul yang
amat membantu semasa membuat latihan nanti. Apabila gaya persembahan modul
bersesuaian dengan pelajar, secara tidak langsung pelajar akan bermotivasi untuk
membuat latihan yang berterusan biarpun di mana mereka berada.

Gaya Persembahan Modul Menarik Minat Pelajar

Salah satu kajian yang telah dilaksanakan di daerah Sacramento, California pada tahun
1987 melibatkan 60 buah sekolah. Hasil penyelidikan ini menunjukkan multimedia
telah mengakibatkan proses pembelajaran menjadi lebih memuaskan. Ini kerana bahan
pengajaran lebih mudah difahami dan kaedah penyampaian juga lebih menyeronokkan
serta berjaya menarik minat pelajar. Pernyataan ini boleh dibuktikan melalui ungkapan
berikut;

...modul tersebut mempunyai mutu gambar dan suara yang baik.


Pengendaliannya juga senang untuk dimainkan. (Tengku Shahril Ikwan)

9
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

Ungkapan di atas merupakan pengakuan Tengku Shahril dalam temu bual bersamanya
yang menyatakan gaya persembahan Modul Multimedia Permainan Alat Muzik Dikir
Barat berjaya menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Pengakuan beliau di
sokong pula oleh Muhammad bin Yahya dalam temu bual bersamanya yang
menyatakan;

Modul tersebut telah memberikan kelainan dan pilihan cara yang terbaik untuk
saya belajar memainkan alat muzik dikir barat.(Muhammad bin Yahya)

Menurut Baharuddin & Mohd, (1995) komputer banyak memberi kebaikan dalam
pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam memberi peluang kepada pelajar untuk
belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. Penerokaan kendiri oleh
pelajar dapat memudahkan dan mempercepatkan kefahaman mereka tentang sesuatu
teknik permainan alat muzik serta membekalkan lebih banyak maklumat dan
pengetahuan melalui inkuiri penemuan. Ini menjadikan aktiviti pembelajaran sesuatu
yang menarik dan menyeronokkan seperti yang telah dinyatakan oleh Muhammad
Faizal bin Mustafa dalam temu bual bersamanya yang berbunyi;

Melalui modul tersebut saya memperolehi sesuatu yang baru tentang teknik
permainan alat dikir barat. Di samping itu juga audio visualnya juga berjaya
menarik minat saya untuk menggunakan modul tersebut. (Muhammad Faizal
bin Mustafa)

Daripada pemerhatian yang telah dijalankan oleh penyelidik, penyelidik mendapati


gaya persembahan modul amat menarik minat pelajar untuk menggunakannya.
Keadaan ini terbukti apabila pelajar tidak jemu mengulangi tayangan dan membuat
latihan pada bahagian yang sama sehinggalah mereka boleh bermain alat muzik dikir
barat berpandukan Modul Multimedia Permainan Alat Muzik Dikir Barat.

Kesan Kepada Peningkatan Pencapaian Pelajar

Johaimi Abdullah, (1993) menyatakan antara kelemahan dalam perlaksanaan program


muzik di sekolah ialah kualiti pengajaran muzik boleh dikatakan kurang memuaskan
pada keseluruhannya kerana sebahagian besar tenaga pengajar muzik yang terlibat
tidak menerima latihan yang mencukupi. Kelemahan yang kedua ialah bukan semua
guru muzik yang dilatih itu mempunyai kebolehan muzikal dan kecenderungan yang
tulin terhadap muzik. Melalui pendedahan tersebut jelaslah kepada kita bahawasanya
pelajar tidak boleh mengharapkan guru semata-mata dalam meningkatkan kemahiran
muzikal. Pelajar perlu didedahkan dengan pelbagai cara lain untuk mempelajari muzik
seperti permainan alat muzik dikir barat.

10
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

Kaedah lain yang dimaksudkan ialah pembelajaran menggunakan Modul Multimedia


Permainan Alat Muzik Dikir Barat. Melalui penggunaan modul ini, segala ilmu
berkaitan alat muzik dikir barat boleh disampaikan oleh orang yang betul-betul pakar
dalam sesuatu bidang. Keadaan ini terbukti dengan kenyataan Tengku Shahril Ikwan
yang menyebut;

... modul yang menarik telah berjaya menarik minat saya untuk mempelajari
muzik dikir barat dan kemahiran kian meningkat. (Tengku Shahril Ikwan)

Kenyataan Tengku Shahril Ikwan ini pula mendapat persetujuan daripada rakan
sepasukannya yang menyatakan;

Setelah menggunakan modul tersebut saya dapati ilmu berkaitan permainan


alat muzik dikir barat telah meningkat. Kalau dahulu saya agak sukar untuk
bermain gendang ibu, tapi... setelah menggunakan modul ini saya lebih yakin
untuk memainkan gendang ibu. (Muhammad Faizal bin Mustafa)

Kemudahan infrastruktur serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai


seperti penggunaan Modul Multimedia Permainan Alat Muzik Dikir Barat dalam
pengajaran dikir barat dapat meningkatkan kemahiran permainan alat muzik dikir barat
seperti yang dinyatakan oleh Muhammad bin Yahya dalam temu bual bersamanya.

Saya dapati kemahiran saya bertambah baik dalam permainan alat muzik dikir
barat. Permainan saya menjadi lebih santai dan meriangkan.(Muhammad bin
Yahya)

Pernyataan di atas adalah bertepatan dengan kata-kata Johami Abdullah, (1993)


menyatakan sifat-sifat pelajar dan persekitaran adalah memainkan peranan yang utama
dalam perkembangan muzikal setiap individu dan sebagai seorang pendidik semestinya
peka terhadap fenomena yang timbul dari situasi persekitaran. Antaranya ialah keadaan
sekolah atau bilik dan kemudahan infrastruktur yang disediakan serta tingkahlaku
pendidik dalam menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran, serta tindak balas
dan motivasi pelajar-pelajarnya.

11
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

Rumusan

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah


mewujudkan masyarakat berteknologi. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu
dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencapai matlamat pendidikan di Malaysia. Malaysia
masih baru didedahkan dengan kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) dalam Pendidikan Muzik. Didapati PPBK memberi banyak manfaat
kepada guru dan pelajar. Modul Multimedia Permainan Alat Muzik Dikir Barat
membolehkan pelajar mempelajari sesuatu dengan lebih cepat dan boleh diulang-ulang
sehingga murid boleh menguasai sesuatu kemahiran, meningkatkan daya ingatan,
meningkatkan kemahiran bermuzikal dan memperolehi sikap positif terhadap
kecanggihan teknologi komputer serta mampu berinteraksi dengan komputer secara
aktif.

Penggunaan Modul Multimedia Permainan Alat Muzik Dikir Barat yang


menggunakan komputer sebagai aset pengajaran dan pembelajaran secara tidak
langsung telah memberi peluang kepada pelajar untuk belajar permainan alat muzik
dikir barat walaupun tidak berkesempatan untuk belajar terus dengan guru. Penggunaan
Modul Multimedia Permainan Alat Muzik Dikir Barat juga merupakan satu usaha
untuk menjadikan institusi pendidikan sebagai wadah terpenting dalam merealisasikan
harapan negara untuk melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berpotensi tinggi
dalam semua bidang.

12
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

RUJUKAN

Abeles et al, (1984). Foundations of Music Educations. New York: Schirmer Books.

Henderson, R. W. & Landesman, E. M. ( 1992 ). The integrative videodisk system in


the zone of proximal development: Academic motivation and learning
outcomes in pre-calculus. Journal of Educational Computing Research, 21 (3),
33-43.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2003). Pedagogi Untuk Asas
Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1993). Sukatan Pelajaran KBSR & KBSM. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Johami Abdullah, (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ismail Zain, (2001). Kecerdasan Muzik Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Malaysia. Utusan Publication.

Marsha Tambunan (2004). Sejarah Muzik Dalam Ilustrasi. Jakarta: Penerbit Progres.

Mastor Jarkaseh (2007). Asas Pendidikan Muzik 1. Teluk Intan: Tabuh Emas
Productions

Mohd. Ghouse Nasuruddin (1989 ). Muzik Melayu Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur.

______________________ (2003). Muzik Tradisional Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2001). Pendidikan Di Malaysia Edisi Ke-8. Subang Jaya: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Nik Aziz Nik Pa (1989). Komputer Dalam Pendidikan. Proceedings of The Nasional
Syimposium on Educational Computing. USM:MCCE.

13
INKUIRI NATURALISTIK ( UKP 6043 )
Saufi bin Abdullah M20072000716

Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp dan Rose Alinda Alias (1996). Pengajaran
Bantuan Komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhudaya Mohamad Ali (2001). Keberkesanan Penggunaan Multimedia


Interaktif Dalam Pengukuhan Konsep Mol. Tesis Sarjana Muda Pendidikan
Sains UPSI.

Nurul Ainain Omar (2002). Kepentingan Multimedia Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran. Dewan Kosmik.

Omar Farouk Bajunid (1989). Warisan Kesenian Kelantan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya Lembah Pantai.

Poh Swee Hiang (1997). Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ramlah Jantan & Mahani Razali (2002). Psikologi Pendidikan. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rozlih @ John Samud (2001). Kajian Kesan Penggunaan Pension Multimedia Dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Biologi Tingkatan 4. Tesis Sarjana Muda
Pendidikan Sains UPSI.

Walter Dick & Robert A. (1994). Merancang Pengajaran Yang Efektif (Abdul Rahim
Mohd Saad, Terjemah). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. (Karya asli
diterbitkan 1937).

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.

Yong Soe Han, Chong Jon Fong, Lim Soo Kheng, Hatim Mohamad Tahir (1993). Literasi
Komputer. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

14