Вы находитесь на странице: 1из 10

KERTAS KERJA DASAR

PBTUM
2009
TARIKH : 5 APRIL 2009

MASA : 7.30 MALAM – 11.30 MALAM

TEMPAT : HOTEL PUTERI PARK,


JALAN
RAJA LAUT, KUALA LUMPUR
1.0 PENDAHULUAN

Malam Penghargaan merupakan satu projek yang dianjurkan oleh


Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya (PBTUM). Projek ini diadakan untuk
mengeratkan perhubungan di antara ahli-ahli PBTUM dengan bekas pelajar
Universiti Malaya. Pada dasarnya, projek ini merupakan satu majlis makan malam
bersama ahli-ahli persatuan, bekas pelajar UM, pihak pentadbir serta pihak-pihak
yang merupakan nadi penggerak PBTUM dari segi kewangan, masa dan tenaga.
Tujuan utama projek ini adalah untuk menyampaikan anugerah kepada bekas
pelajar UM yang telah berkhidmat kepada PBTUM dengan cemerlang. Pada
tahun ini kami bercadang untuk menjemput semua bekas ahli jawatankuasa
PBTUM dari tahun 1959 hingga 2008 untuk meraihkan Jubli Emas PBTUM.
Untuk makluman anda, PBTUM adalah persatuan Bahasa Tamil universiti
tertua yang mencapai usia 50 tahun pada tahun ini.

2.0 NAMA PROJEK

MALAM PENGHARGAAN 2009

3.0 TUJUAN

3.1 Memohon kebenaran dan persetujuan pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti
Malaya bagi mendapat kelulusan untuk mengadakan projek ini.
3.2 Mengeratkan hubungan silaturahim mahasiswa/i UM dengan bekas pelajar
UM.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mewujudkan interaksi di antara ahli-ahli PBTUM dengan bekas pelajar
UM
4.2 Memberi penghargaan kepada bekas pelajar UM yang menyumbang
kepada PBTUM.
4.3 Mengiktiraf dan mengenang jasa dan bakti bekas pelajar UM.
4.4 Memberi dorongan kepada ahli-ahli PBTUM agar terus mengejar
kemajuan serta mencapai kecemerlangan.
4.5 Mendedahkan ahli-ahli PBTUM secara langusung kepada formaliti majlis
formal serta tatacara komunikasi dengan masyarakat luar.
4.6 Menyediakan platform kepada bekas ahli-ahli PBTUM untuk berjumpa
semula di suatu majlis PBTUM yang bersejarah.

5.0 JUSTIFIKASI

5.1 Mengeratkan hubungan silaturahim ahli-ahli PBTUM dengan bekas


pelajar UM.
5.2 Mewujudkan keharmonian serta mengukuhkan jalinan kerjasama dan
muafakat di antara ahli-ahli PBTUM dengan bekas pelajar UM.
5.3 Wang yang dikumpulkan dapat digunakan untuk menaja projek-projek
lain yang dijalankan oleh PBTUM.

6.0 ANJURAN

PERSATUAN BAHASA TAMIL UNIVERSITI MALAYA

7.0 TARIKH

5 APRIL 2009

8.0 TEMPAT
Hotel Puteri Park, Jalan raja Laut, Kuala Lumpur

9.0 CARTA ORGANISASI

Sila Rujuk Lampiran A

10.0 TENTATIF PROGRAM

Sila Rujuk Lampiran B

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila Rujuk Lampiran C

12.0 ULASAN MENTOR

Sila Rujuk Lampiran D


13.0 PENUTUP

Sesunggunya usaha ini merupakan satu aktiviti yang amat berguna kepada
mahasiswa/i dalam memperluaskan kenalan di luar kampus serta mengeratkan
hubungan silaturahim di antara masyarakat luar kampus dengan masyarakat
dalam kampus. Kami berharap bahawa majlis ini dapat menyedarkan ahli-ahli
PBTUM tentang kemjuan yang dicapai oleh PBTUM dalam sejarah 50 tahun ini.
Kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan projek ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

....................................................
(PARVENTHAN A/L PERIASAMY)
Pengarah
Malam Penghargaan (Jubli Emas) 2009
Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya.
LAMPIRAN A

CARTA ORGANISASI

PENGARAH

TMBALAN PENGARAH

SETIAUSAHA BENDAHARI

PEN.PENGARAH PEN.PENGARAH PEN.PENGARAH PEN.PENGARAH


PROTOKOL TEKNIKAL PERSEMBAHAN MAKANAN

PEN.PENGARAH PEN.PENGARAH
TAJAAN & IKLAN PUBLISITI
CARTA ORGANISASI
AHLI JAWATAN KUASA MALAM PENGHARGAAN (JUBLI EMAS)
PERSATUAN BAHASA TAMIL UNIVERSITI MALAYA 2009

Pengarah : Parventhan A/L Periasamy (BEE070038)

Tim. Pengarah : Ilanchelvan A/L Sivanadhan (REB080005)

Setiausaha : Sarasvathy A/P Gunnasegaran (AEA070384)

Bendahari : Anjali Dewi A/P Krishnan (AEA070024)

Penolong – Penolong Pengarah :

Publisiti : Shanmugam A/L Kumaran (VES080044)


Aturcara dan Protokol : Nalini A/P Thangaraj (REB070014)
Teknikal : Pavethira Kumar A/L Manokaran (KEA080038)
Cenderamata : Gaythri A/P Thergarajan (SEN080007)

Tajaan dan Iklan : Jagannathan A/L Ellomalay (MEM080047)


Makanan : Roja Rani A/P Appalanaidu (BEE070039)
Pengangkutan : (CEB050093)
Keselamatan : Kalidevan Kavundan a/l Kerishnan (TEA040031)
Tugas-tugas Khas : Sivananthan A/L Munusamy (BEE070045)
LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM
MALAM PENGHARGAAN PBTUM 2009

7.30 malam – Ketibaan Para Tetamu-tetamu

7.45 malam – Ketibaan Dif-dif Kehormat

8.15 malam – Ucapan Alu-aluan

8.20 malam – Kadavul Vaalthu

8.25 malam – Lagu Universiti Malaya

8.30 malam – Ucapan Pengarah Projek

8.35 malam – Ucapan Presiden PBTUM

8.40 malam – Ucapan Naib Canserlor

8.50 malam – Ucapan Perasmi Projek

9.00 malam – Perasmian

9.10 malam – Tarian Pembukaan

9.30 malam - Makan Malam

9.45 malam – Penyampaian Anugerah 1

10.00 malam – Persembahan 1

10.10malam – Penyampaian Anugerah 2

10.30 malam – Persembahan 2

10.40 malam – Penyampaian Cenderamata Kepada VIP

10.50 malam – Penyampaian Anugerah 3

11.30 malam – Majlis Bersurai


LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN PENDAPATAN RM
Yuran Tetamu
(RM30 X 300 orang) 9,000.00

Subsidi HEP 1,500.00

Iklan dan Tajaan 14,500.00


________
JUMLAH 25,000.00

ANGGARAN PERBELANJAAN RM
Aturcara dan Protokol 2,500.00

Cenderamata 7,000.00

Teknikal 5,000.00

Pengangkutan 2,000.00

Seketeriat 2,500.00

Kecemasan 3,000.00

Telekomunikasi 1000.00

Tugas-Tugas Khas 2,000.00


________
JUMLAH 25,000.00

LAMPIRAN D

Y.Bhg.Dato’Prof.Dr.Razali Agus
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Universiti Malaya

Y.Bhg.Dato’

SURAT SOKONGAN MENTOR PERSATUAN BAHASA TAMIL

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya selaku Katua Jabatan Pengajian
India dan Penasihat Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya menyokong dengan
sepenuhnya projek Malam Penghargaan anjuran PBTUM.

Projek ini merupakan satu projek yang amat penting kerana ianya merupakan suatu usaha
untuk menyatupadukan bekas pelajar dengan mahasiswa/i Universiti Malaya.

Projek ini memainkan peranan penting dalam menghargai jasa-jasa bekas pelajar kepada
PBTUM pada masa sebelumnya.

Segala kerjasama Y.Bhg.Dato’ amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

..............................................
(Prof.Madya Dr.S.Kumaran)
Penasihat
Persatuan Bahasa Tamil
Universiti Malaya

Вам также может понравиться