Вы находитесь на странице: 1из 55

Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

E-Novel Siber

DENAI RINDU
Oleh
ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com

Hakcipta terpelihara. Penulis asal mengizinkan mana-mana individu menyebarkan


e-novel ini dengan syarat menyatakan sumber. E-novel ini boleh disebarkan melalui
sebaran e-mel, komuniti siber, blog, web dan forum siber.
Layari http://www.zamrimohamad.com

http://www.zamrimohamad.com
1
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Biodata penulis

ZAMRI MOHAMAD dilahirkan pada 17 November


1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan
komunikasi dalam pengkhususan kewartawanan dan
media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa
buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001.
Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi
isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

Beliau pernah muncul di dalam akhbar dan majalah


seperti Utusan Malaysia melalui ruangan Kampus,
Bicara Agama, Rencana dan Pendapat, KOSMO melalui
ruangan Akademik, Berita Harian melalui ruangan
Rencana, majalah I, Minda, Dewan Ekonomi, Dewan
Bahasa dan menjadi kolumnis bagi majalah Dewan
Siswa.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun


program secara separuh masa bersama sebuah
rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar
Channel, MITV. Menjadi pembantu koresponden
Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita
antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu. Pernah menjawat jawatan
pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada tahun 2002-2005, beliau pernah menjadi penyelidik bebas secara sambilan bagi sebuah
konsultan perunding perniagaan kecil, Sprint Marketing Concept di Kuala Lumpur. Melalui
konsultan perniagaan kecil yang telah beroperasi sejak tahun 1996 ini, tugas beliau melihat
trend dan perkembangan bisnes kecil khususnya dalam bidang francais dan F&B (Food and
Beverages) melalui kenyataan media.

Zamri Mohamad adalah jurulatih penulis dan pengendali bengkel penulisan buku non fiksyen.

Aktif melibatkan diri sebagai peserta dalam program-program seminar-seminar, kursus,


bengkel, pembentangan kertas kerja oleh pakar-pakar di peringkat tempatan, nasional, asia
tenggara dan antarabangsa. Ini untuk membantu beliau dalam menghasilkan penulisan yang
bermanfaat untuk dikongsi orang ramai.

Sertai komuniti Zamri Mohamad di Friendster klik logo ini

http://www.zamrimohamad.com
2
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Siri Buku tulisan Zamri Mohamad

http://www.zamrimohamad.com
3
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

http://www.zamrimohamad.com
4
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

P
engalaman hidupnya semakin aneh apabila Siddiq sedar beliau hidup dalam dunia
yang sama pada dua tempat yang berbeza. Pertemuan beliau dengan seorang
wanita Inggeris di Kuala Lumpur dan kemunculan wanita yang sama dalam dimensi
mimpinya menambahkan misteri dalam kehidupan Siddiq.

Dunia aman dan dunia perang, dua dunia yang mengubah sudut pandangnya
terhadap kasih sayang dan cinta yang dipandang sepi olehnya selama ini. Mampukah
Siddiq berhadapan dengan keanehan ini yang bakal mengubah suara hatinya?

http://www.zamrimohamad.com
5
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

 Satu (1)
 Mencari Diri (2)
 Keliru (3)
 Menerjah kebimbangan (4)
 Mencari (5)
 Tiada sunyi di Kuala Lumpur (6)
 Semangat Muda (7)
 Kenangan (8)
 Kumohon doa dan redha (9)
 Kembali ke tanah asing (10)
 Kabur (11)
 Sumpahan pagi (12)
 Semangat Iklan (13)
 Harap (14)
 Keraian Cinta (15)
 Adiwarna (16)
 Cinta bukan sendiri (17)
 Memoir Puduraya (18)

http://www.zamrimohamad.com
6
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Satu (1)

“Perlukah aku terus bermain dengan dilema ini, terus setia dalam gelanggang
cinta yang direka-reka atau sekadar mencampakan diri dalam gelombang kekalahan.”

http://www.zamrimohamad.com
7
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Mencari Diri (2)

"
Ummi mahu pesan apa-apa daripada pakcik Mehdi?" tanya anak kecil di
hadapan pintu rumahnya. Sesekali, ibu jari kaki kiri anak kecil ini menggaru-
garu belakang kaki kanannya yang kegatalan. Kuku ibu jarinya yang pendek,
diketip oleh adiknya, Fathemah semalam tidak menghilangkan rasa gatal kulitnya.

Pagi Ahad, lebih tenang dan jauh berbeza dari hari-hari lain. Iklimnya nyaman
dan sejuk. Enak sekali jika masih berbaring di atas katil sambil tangan menarik kain
selimut bagi menghangatkan tubuh. Makin dipejam mata, makin indah latar hitam yang
bertukar dengan warna-warni mimpi pagi.

Hujung minggu, bukan hari penuh kesibukan di sini. Di luar rumah Maryam
masih sunyi dengan derap tapak kaki manusia yang lalu lalang. Dihitungnya hari demi
hari, Isnin hingga Jumaat. Pasti bertali arus manusia yang berjalan sehinggalah yang
berkenderaan. Masing-masing akan memenuhi ruang jalan.

Anak-anak seusia lapan sehingga sepuluh tahun yang masih belum kenal apa itu
punch-card, beramai-ramai berjalan kaki ke sekolah. Tanpa baju seragam, di tangan
mereka ada beberapa batang pen warna yang digenggam erat sambil mengepit buku
catatan.

Adakalanya, seorang dua anak-anak nakal akan menyuruh teman-temannya yang


lain menggalas beg sandang membawa buku dan alat tulis mereka. Jadi mangsa rakan-
rakan. Disuruhnya bawa itu dan ini sehingga nampak kembung beg terisi. Ketawa riang
mereka berjalan berkumpulan.

Sesekali jalan kecil ini dilalui oleh mereka yang berbasikal. Jalannya agak curam
dan tidak lurus sehinggalah ke penghujungnya. Jika tidak berhati-hati, alamatnya terbabas
basikal ke tengah jalan besar.

Dahulu, ada seorang anak muda seusia 20-an, penjual sayur di pasar basah
menjadi mangsa kemalangan setelah basikal yang ditungganginya terbabas apabila
breknya tidak berfungsi. Mula-mulanya semua dalam keadaan baik. Kemudian, habis
bertaburan bertaburan sayur-sayur segar yang sentiasa dinantikan oleh para pembelinya.
Terkujur anak muda menjadi mayat di jalan besar.

Itu korban pertama dan terakhir, harapan penduduk sekitar. Masih teriang-iang
suara tangisan ibu dan ayahnya yang mengiringnya ke taman abadi. Genap tujuh tahun
pemergian anak muda itu, seingat mereka masih belum ada orang lain yang mengikut
jejaknya. Masing-masing rela menuntun basikal mereka sehinggalah melepasi jalan
besar.
http://www.zamrimohamad.com
8
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Nyawa mereka perlu untuk menyara perut-perut yang kekosongan di rumah.


Sekiranya mahu terkorban sekalipun, masih ada cara yang lebih baik lagi untuk mereka
menamatkan kisah hidup. Dengan pengakhiran yang lebih mulia dan besar maksudnya.
Itulah peristiwa besar yang sedang berlaku di perkampungan itu.

Waktu sesibuk begini, Maryam lewat membuka jendela. Habuk dan debu di sana
sini. Maryam tidak mahu debu-debu jalanan berterbangan masuk dan mengotori ruang
tamunya. Pantang dilihatnya debu di sana sini, pasti akan disapu sehinggalah dia berpuas
hati.

Rumahnya tidak sebesar mana, cuma ia memanjang ke belakang. Hanya ada dua
buah bilik untuk keluarga yang sederhana besar. Dua orang anak yang semakin
meningkat remaja, dua lagi sedang seronok dalam fantasi alam kanak-kanaknya, seorang
lagi sudah tahu apa itu tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga. Mereka inilah
penghuni rumah kecil itu.

Sebahagian daripada ruang dapur dijadikan ruang tidur anak-anaknya. Sebauh


bilik ditambah hanya sekadar menaikkan batu-batu tanpa dicat sepenuhnya. Selesa atau
tidak, itu bukan soalnya. Mereka tidak kisah dengan rekahan-rekahan kecil di dinding,
tidak peduli dengan warnanya yang semakin merayu untuk diganti.

Kebanyakkan mereka yang tinggal di sekitar menjalani cara hidup yang lebih
kurang sama, cuma saiz keluarga yang berbeza. Yang paling penting ada atap untuk
berteduh, dinding tempat berlindung. Itu keutamaan mereka dalam keadaan hidup
sebegini. Tidak mengapa sekiranya atap bocor sana sini. Hujan jarang sekali menjengah
perkampungan ini.

Paling penting kepada mereka adalah ketenangan. Di rumah ini Maryam


membesar. Dia cukup berpuas hati dengan hidupnya sehinggalah berkahwin. Jika di
tempat lain, sudah tentu besar dan gah ruang rumah mereka, hati Maryam cemburu.
Ruang hati mereka bagaimana, soalnya pula. Tenang atau tidak, gembira atau duka?
Soalan yang tidak terjawab.

Bila hari sudah meninggi, barulah Maryam membuka jendela, memberi izin jalur-
jalur cahaya masuk ke rumah beri sedikit tenaga. Pasu-pasu kecil yang tersusun di tepi
jendelanya di atur kemas kedudukannya.

Beberapa tapak di hadapan, rumah jirannya Walid dan Sharifah. Pasangan suami
isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga enam bulan lalu. Mereka gembira
dengan kehidupan yang dikecapi. Adakalanya, Maryam tersenyum sendiri mendengar
suara Syarifah memanggil Walid, seolah-olah membujuk suaminya.

Memang sengaja dibuatnya begitu. Walid, suami yang cepat merajuk. Sengaja
dijauhkan dirinya dan dimasamkan mukanya sambil memekakkan telinga. Apabila sudah

http://www.zamrimohamad.com
9
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

mendengar suara halus isterinya, sejuklah hatinya. Sudah berkali-kali Walid merajuk dan
mendiamkan diri. Sharifah sudah masak benar dengan sifat keanak-anakan suaminya.

Pada petangnya, Walid dan Sharifah akan menghabiskan masa melayan kanak-
kanak yang bermain bola di jalan kecil itu. Bola yang dibeli oleh Walid disepak mereka
sepuas-puasnya, melantun sana-sini.

Pernah sekali, tingkap rumahnya pecah terkena lantunan bola yang disepak keras.
Hampir menangis kebimbangan anak kecil yang menyepaknya. Tidak sesiapa yang
marah, malah rasa terhibur pula. Kasut dan seluar yang diselaputi debu tidak dipedulikan,
yang penting keseronokan bermain, rasa puas hati apabila rembesan peluh menitik ke
tanah.

Gembiranya Walid dan isteri melihat mereka bersuka ria, mereka sukakan kanak-
kanak, mereka masih sabar menunggu rezeki daripada Tuhan.

http://www.zamrimohamad.com
10
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Keliru (3)

A
nak mata Maryam terpandang seorang lelaki yang sangat dikenalinya.
Memang lelaki itu tinggal di kawasan tersebut. Cuma hairan sekali,
mengapa dia kelihatan keliru. Sejak tadi lelaki itu hanya duduk di anak-
anak tangga hadapan rumahnya sambil jari jemarinya memicit-micit kepala. Sakitkah
dia?

Pada mulanya Maryam tidak mengendahkannya. Bimbang teguran disambut


sergahan, malu sendiri. Maryam menyapu halaman rumahnya, mengutip sampah-sarap
kecil, sekali sekala membetulkan kedudukan pasu-pasu bunganya yang pelbagai saiz.

Anak matanya melirik ke arah jiran lama yang berkelakuan pelik sejak awal pagi
sebegini. Sekali lagi Maryam tertanya-tanya. Lama benar jirannya itu tidak kelihatan di
kawasan itu. Mahu sahaja dia mahu menyapanya. Kelakuan ganjil lelaki itu
membantukan keinginan Maryam untuk berbuat demikian.

Hampir tujuh belas tahun lamanya rumah itu tidak berpenghuni. Hanya Sabeeqah,
jiran sebelah pintu yang rajin keluar masuk dan membersihkan apa yang perlu, memang
diamanahkan kepadanya untuk berbuat begitu.

Tiba-tiba dia muncul kembali. Tanpa khabar, tiba-tiba dia datang dalam keadaan
misteri. Maryam masih belasan tahun ketika mengenali lelaki itu. Mindanya memainkan
wayang lama dengan warna-warnanya sekali. Umurnya sepuluh tahun ketika itu, masih
kanak-kanak lagi lelaki itu. Sama seperti kanak-kanak yang bermain bola di hadapan
rumah Walid dan Syarifah.

Kenal dengan budi pekerti ibu dan ayahnya yang sangat mesra dengan penduduk
setempat. Mereka bukan orang sini, tetapi datang dengan tujuan yang sangat dialu-
alukan.

Tiba-tiba sahaja mereka menghilangkan diri, tanpa salam perpisahan. Selepas


tujuh belas tahun, dia muncul kembali. Budak itu sudah besar panjang. Di mana ayah dan
ibunya? Dengar khabar, dia sudah beristeri.

Pagi yang memeningkan, ditambah lagi bunyi kicauan burung sekawan yang
terbang dari satu pohon ke satu pohon yang sudah gugur daunnya. Biarlah dia di situ,
eloklah dia nanti, Maryam mengomel. Lekas-lekas dia menyapu apa yang dirasa perlu,
kemudian menghilang diri di sebalik dedaun pintu.

http://www.zamrimohamad.com
11
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Menerjah kebimbangan (4)

"
Di mana saya?" soal Siddiq kepada dirinya kembali.

Lama benar Siddiq duduk di anak-anak tangga di hadapan sebuah


rumah. Dia bimbang kalau-kalau tuan rumah terjaga dan menghalaunya, mana lagi dia
mahu melangkah di tempat asing itu.

Dipicit-picit kepalanya dengan harapan ingatannya menerjah kembali. Mahu saja


ditanya wanita yang sedang membersihkan halaman tidak jauh dari situ, tetapi bimbang
pula dikata gila kelak.

DAM!

Tersentak Siddiq dengan letupan yang menggegarkan. Ya Allah, bunyi apa itu,
sudah kiamatkah? Siddiq rasa tidak keruan dengan ketidak-pastian. Rasa ketakutan
semakin menjalar. Siddiq masih menanti-nantikan jawapan, matanya masih melilau
melihat keadaan sekeliling, mencari asal bunyi yang menggegarkan hatinya sebentar tadi.

Asap berkepul-kepul jelas kelihatan beberapa puluh meter dari penglihatan.


Semakin lama, semakin menebal. Bangunan-bangunan sekitar menghalangnya melihat
apa yang berlaku di hadapan. Dia perlu ke sana. Apa yang berlaku sebenarnya?

"Fathemah!" jerit Maryam memanggil nama anaknya.

"Ummi!" kedengaran suara yang membalas yang diiringi esakan dari hujung katil.
Seorang anak kecil sedang berlindung di tepi katil yang rapat dengan tingkap dan dinding
memanggil ibunya.

Maryam segera mendapatkannya, dirangkul dan dipeluk erat. Cuba ditenteramkan


Fathemah, diusap kepalanya, tidak lama kemudian tangisan bertukar sedu sedan. Suasana
di luar yang menggamatkan tidak dihiraukan Maryam. Rumah-rumah sekeliling yang
sunyi bertukar dengan kekecohan suara manusia.

"Ummi, di mana abang?" tanya Fathemah setelah menyedari ketiadaan abangnya.

Tersentak. Oh, di mana Talib ketika ini? Selamatkah dia? Kebimbangan menerjah
hati Maryam. Berdegup kencang jantungnya apabila mengingati keadaan Talib di luar
sana. Fathemah memeluk Maryam lebih erat lagi, seolah-olah tahu kegusaran ibunya.

http://www.zamrimohamad.com
12
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Maryam tidak ada pilihan, dia harus keluar. Dipegangnya kedua-dua belah bahu
Fathemah, direnung mata anak kecil yang masih bergenang air mata.

Perlahan Maryam bersuara, "Fathemah sayang dengar kata ummi."

"Tidak mahu!" bentaknya.

"Fathemah dengar kata ummi."

Senyap.

"Sayang, ummi nak keluar cari abang."

"Saya mahu ikut."

"Tidak boleh sayang, sebentar lagi ummi pulang bersama abang ya!"

"Tidak mahu. Saya mahu ikut!"

"Fathemah, bahaya di luar sana."

"Saya takut."

"Fathemah beranikan? Ummi mahu mencari abang Talib, sebentar nanti ummi
pulang."

"Janji?"

"Ya, ummi berjanji sebentar saja."

"Mmm," Fathemah tunduk sangsi dengan jaminan ibunya sendiri.

http://www.zamrimohamad.com
13
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Mencari (5)

M aryam mengucup dahi anaknya, diletakkan anak kecil itu di atas


katilnya semula. Dia segera keluar dan mengunci pintu bilik anaknya.
Bimbang Fathemah akan keluar mencarinya pula. Dia tidak mahu
kehilangan seorang lagi anak. Masih terdengar suara Talib di kotak pemikirannya.

Setiap kali suara itu berulang-ulang, hati Maryam makin berdebar-debar.

“Ibu mahu pesan apa-apa daripada pakcik Mehdi?” soal Talib sekali lagi, perlahan
sahaja suaranya pada pagi tu. Tidak mahu dia tinggikan suara, sedangkan dialah anak
Maryam yang paling nakal dibandingkan dengan adik beradiknya yang lain. Apa sahaja
yang tidak diperolehinya, sudah pasti diiringi dengan laungan suaranya. Adakalanya
dicubit oleh Maryam yang lemas dengan suara itu.

Talib mahu berubah. Malam semalam dia terdengar bacaan Al Quran oleh
pakciknya, Bila dikenang-kenangkan kembali, Talib rasa tidak selesa. Jiwa kecilnya
merasa takut dengan apa yang didengarinya.

Tangan kecil Talib menarik-narik hujung baju ibunya yang masih mengelamun
panjang. Agak lama menantikan jawapan, bosan pula rasanya.

“Ya anakku. Apa dia sayang?” dijawab lekas panggilan anaknya sambil
tangannya mengusap kepala Talib.

“Talib nak ke kedai pakcik Mehdi. Ummi nak pesan apa-apa?” si kecil masih setia
dengan dengan soalan yang telah tiga diulanginya.

“Mmm, tak ada apa-apa. Cuma, nanti Talib singgah beli roti dari abang Tareq
ya!”

Si kecil mengangguk girang. Dicium kedua-dua belah tangan ibunya. Kemudian


lekas-lekas dia menyarungkan kedua-dua belah kasutnya yang kesejukan di luar sejak
semalaman. Ligat Talib berlari, pasti ada sesuatu yang ingin dibelinya. Masakan tidak,
sejak semalam, beriya-iya benar dia nak ke kedai Mehdi. Ummi boleh atau tidak, itulah
yang disoalnya bertubi-tubi.

“Talib” jerit Maryam memanggil. Terhenti larian anaknya. Dia menoleh ke


belakang melihat ibunya tiga pintu jaraknya. Hampir-hampir Talib tersungkur ke tanah
apabila namanya dipanggil.

http://www.zamrimohamad.com
14
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

“Apa ummi ajar, Talib sudah lupa ya?” soal Maryam sambil sebelah kening
terangkat.
“Assalamualaikum ummi!” tersenyum Talib mengingati kembali apa yang diajar
ibunya dahulu. Jiwa kanak-kanak sering buat dia terlupa.

“Lagi?” Tanya Maryam sambil mencekak pinggang. Talib sudah terlupa agaknya.
Maryam tak mahu begitu. Dia perlu diingatkan agar jangan sampai jadi kebiasaan.

Lama juga Talib berdiri di situ. Apa lagi? Ditariknya kocek bajunya dengan jari
telunjuk sambil matanya mengintai-intai ke dalam, manalah tahu jawapannya ada di
dalam. Diseluknya kedua-dua belah poket seluar, mungkin ada yang terlupa dibawa
bersama.

Semuanya ada. Ada apa lagi? Getus hati Talib. Duit syiling dan kertas
menghasilkan bunyi apabila berlaga sesama sendiri mententeramkan jiwanya. Tak mahu
dia berhutang dengan pakcik Mehdi, senyum sindirnya menyakitkan hati.

“Apa yang saya terlupa, ummi?” Talib sudah mengalah. Dalam usia lapan tahun,
jiwanya tidak mampu menunggu lama.

Seketika kemudian dia teringat sesuatu. “Bimillahi, dengan namamu ya Allah,


saya bertawakal, tidak ada kekuatan melainkan-Mu,” Talib membacanya dengan kuat dan
jelas sambil tertib kedua-dua belah tangan ditadahkan memohon pertolongan terus
menuju langit ke tujuh. Talib tersenyum, mungkin ummi suka.

“Saya pergi dahulu ummi!” lariannya yang terhenti sebentar tadi laju kembali,
makin lama makin jauh. Dia melambai-lambaikan tangan kanannya tanpa menoleh ke
arah Maryam.

“Nanti dahulu!” panggilan ibunya tidak didengarinya lagi. Pipi Maryam masih
belum dikucup Talib.

Anak kecil selalu begitu. Maryam menggeleng-gelengkan kepala. Keletah Talib


menceriakan hidupnya sama seperti anak-anaknya yang lain. Melihat wajah Talib
membuat dia terlupa derita yang ditanggungnya. Maryam inginkan kebaikan untuk anak-
anaknya, mereka masih belum melihat warna-warna dunia yang luas ini Tuhan.
Peliharalah jiwa mereka. Doa ibu berseru dari dalam hati.

DAM!

Bunyi yang menggegarkan meresah hati Maryam. Asap hitam yang semakin
menebal mencemari langit muda. Mereka yang di dalam rumah keluar menuju ke tempat
kejadian, begitu juga Maryam. Dia tidak mempedulikan Siddiq yang masih di situ.
Maryam terus berlari ke sana, mungkin Talib di situ.

http://www.zamrimohamad.com
15
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Siddiq tidak mahu menunggu lama. Mencari jawapan yang tidak pasti. Dia
mengikuti Maryam dari belakang, harap-harap ada seorang dua yang dikenalinya di sana.

“Talib! Talib!” jerit Maryam tercungap-cungap keletihan.

Suasana gawat. Kelam labut di sana sini. Runtuhan beberapa kediaman dan rumah
kedai jelas kelihatan. Asap yang kelihatan dari jauh rupa-rupanya kesan dari kebakaran
bangunan-bangunan tersebut.

Api semakin marak. Orang ramai kelihatan bertempiaran mencari perlindungan


dari sesuatu. Pelbagai nada suara bercampur aduk sehingga hiruk piruk keadaan pagi itu.
Sebahagian lagi, seolah-olah memperjudikan nyawa sendiri. Mereka mengalihkan batu-
bata yang menghempap mangsa-mangsa lain yang cedera.

“Mehdi!” panggil Maryam kepada lelaki tua yang sangat dikenalinya.


Orang tua itu kelihatan lesu bersandar di balik tembok yang masih kukuh. Matanya
memandang runtuhan kedainya yang turut memerangkap beberapa orang lain di
bawahnya. Mungkin ada yang masih hidup lagi atau sudah nyawa-nyawa ikan kerana
kelemasan.

“Mehdi, di mana Talib?” tanya Maryam dengan keras.

Jari jemari Mehdi yang masih lemah menunjukkan sesuatu yang tidak jauh dari
runtuhan kedainya. Seorang kanak-kanak terbaring kaku di situ. Tidak ada sesiapa yang
datang membantu. Masing-masing sibuk dengan nyawa mereka sendiri. Ada yang ingin
membantu, tetapi teragak-agak.

Kaki Maryam lemah longai melihat objek besar yang berada di hadapan anaknya
yang masih tidak sedarkan diri. Sebuah kereta kebal betul-betul berada di tengah jalan
sedang bergerak perlahan melenyek apa sahaja yang menghalang di hadapan.

Siapakah yang berani berhadapan dengan kenderaan tempur berperisai, bertayar


rantai, yang direka dengan tujuan utama memusnahkan musuh melalui tembakan
langsung. Bersepai kepala bercerai dari badan.

Siddiq turut tergamam. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Beberapa
orang pemuda melemparkan batu ke arah kenderaan tempur itu. Seorang lagi perlahan-
lahan menghilangkan diri entah ke mana sambil membawa botol yang berisi minyak.
Siddiq tahu apa yang dibawanya adalah bom koktail. Hujung sumbunya yang
menggunakan kain perca akan dibakar dan kemudian dilemparkan.

Kereta kebal melalui sebuah van berwarna putih yang jelas kelihatan lubang-
lubang peluru yang menembusi kenderaan tersebut bersama-sama pemandunya terkorban
di dalam.

Ruang udara kelihatan 2 buah helikopter tempur jenis Apache berpatah balik
setelah melepaskan 2 buah peluru berpandu ke arah sebuah bangunan tiga tingkat.
http://www.zamrimohamad.com
16
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Mayat bergelimpangan, ramai tercedera. Di mana saya sebenarnya? Jerit hati


Siddiq. Ah, itu bukan soalnya. Di hadapan, ada sekujur tubuh yang masih bernyawa.
Siddiq tidak keliru terhadap apa yang perlu dilakukannya sekarang. Selamatkan budak
itu. Dia menerpa ke arah Talib dan diangkatnya tubuh ringan itu. Belum sempat dia
berpatah balik muncung meriam kereta kebal dihalakan betul-betul di antara kedua belah
biji matanya. Siddiq tidak melepaskan tubuh Talib, matanya merenung kereta kebal yang
kelihatan cukup menggerunkan

DAM!

http://www.zamrimohamad.com
17
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Tiada sunyi di Kuala Lumpur (6)

L RT Putra meluncur laju meninggalkan kesesakan Kuala Lumpur yang


menyeksakan. Bandar metropolitan yang semakin padat pernah di sebut-
sebut sebagai bandar yang pesat membangun kini sudah ada pesaingnya,
Putrajaya. Sebagaimana suasana di luar, begitu juga keadaan di dalam perut LRT.
Manusia pelbagai bangsa dan ragam berhimpit-himpit untuk ke destinasi.
Kebiasaannya, seawal 6.30 pagi hanya kakitangan Putra akan menggunakan
pengangkutan awam ini untuk ke stesyen perhentian masing-masing dari stesyen Putra
sehinggalah ke Kelana Jaya sebelum menyambungkan perjalanannya ke Subang, pusat
operasinya.
Siddiq duduk di kerusi paling hujung. Dia hanya mendiamkan dirinya di situ
tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling. Mungkin Siddiq adalah gambaran
warga Kuala Lumpur moden, hanya mempedulikan diri sendiri.
Dia banyak berubah sejak bertugas di bandaraya ini sejak 5 tahun lalu. Mindanya
bagai dibasuh untuk menerima ideologi kemajuan pelbagai rencah. Namun, Siddiq masih
ada jati diri yang menyelamatkan hidupnya.
Kebiasaannya, dia pasti membaca berita di awal dua muka surat pertama dari
akhbar yang dibelinya. Utusan Malaysia, akhbar arus perdana menjadi pilihannya untuk
mengetahui perkembangan mutakhir dalam dan luar negara.
“Apa cerita menarik bang?” tanya jejaka yang duduk di sebelahnya.
“Mmm?” Siddiq tidak dapat menangkap butir soalan semudah itu. Dia khusyuk
dengan dunianya sendiri.
“Cerita apa yang menarik hari ini?” tanyanya lagi.
“Oh, macam biasalah. Dua tiga minggu ni. Kes ragut lagi, hari ni peragut pula
yang mati.”
“Eh peliknya, minggu lepas mangsa ragut mati, hari ni terbalik pula. Dahsyat
betul orang sekarang nak cari wang mudah ya!”
“Manusia sekarang macam itulah. Yang haram, jelas berani. Benda halal, tak pula
dibuatnya.”
“Semakin berani sekarang.”
http://www.zamrimohamad.com
18
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Siddiq mengangguk setuju. Perkara-perkara baik dibuat, semuanya nampak ganjil.


Yang tak bersalah selalu jadi korban untuk kesenangan orang lain. Nyawa manusia sudah
murah harganya atau mungkin mereka tak pernah belajar erti kehilangan. Tidak
semestinya begitu. Adakalanya kehilangan yang memedihkan menjadi guru segala
jenayah hari ini.
“Saudara bekerja di mana?” tanya jejaka itu lagi yang memulakan perbualan.
Kemas lengan panjangnya kemas bergosok begitu juga dengan seluarnya. Kasut
hitam berkilat, mungkin bekerja sebagai pegawai. Tangannya erat memegang besi
pemegang yang menyambungkan bumbung dan lantai LRT. Topi keledar yang
dibawanya sekali diletakkan di atas pahanya.
Sesekali dia membetulkan gaya duduknya yang terpaksa bersempit di antara
Siddiq dan seorang wanita. Jelas dia kurang selesa.
“Saya penulis.”
“Saudara seorang wartawan.”
“Tidak, saya penulis bebas. Adakalanya menulis di akhbar, selain itu di beberapa
majalah juga,” ringkas saja jawapan Siddiq.
“Wah, hebat!” pujinya.
“Tidak juga. Asalkan saudara mahu belajar dan berlatih, saudara boleh menulis
juga,” Siddiq memberi galakan. Suka benar hatinya apabila melihat orang lain menulis.
Seolah-olah ibu yang gembira apabila anaknya lulus peperiksaan.
“Saya tidak ada bakat. Lagi pun saya seorang yang malas,” jawabnya.
Geram benar Siddiq mendengar kata-kata akhirnya. Mengapa cepat mengalah
sebelum mencuba. Sama sahaja di kampung mahupun di bandar. Itulah fenomena yang
melanda jiwa anak tempatan. Siddiq sedikit kecewa, mahu saja diherdiknya. Rasanya
tidak beretika pula. Sabar dalam diam sahaja.
“Maaf ya!”
Kedengaran bunyi telefon polifonik yang semakin meninggi nadanya dari beg
galas jejaka itu. Cepat-cepat dia mengeluarkannya dan melihat skrin telefon, dia
tersenyum.
“Hai Keisya. Belum lagi, nantilah bukan sekarang. Apa dia? Malam ini seperti
biasalah. Clubbing di tempat biasalah, Bangsar. Ada tempat baru yang menarik!”
Clubbing? Oh, kaki kelab rupanya, Siddiq memandang wajah jejaka itu dengan
anggapan negatif. Nanti dulu, hatinya berkata. Tak boleh menuduh sebarangan. Senang-
senang saja dapat dosa kering pula. Sekiranya ke Bangsar pada waktu malam, hanya dua
tempat utama, sama ada ke kelab atau kedai mamak di sekitarnya.

http://www.zamrimohamad.com
19
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Tiba-tiba sahaja Siddiq rasa kurang selesa duduk di sebelahnya. Ah kamu,


bukannya baik sangat. Mungkin sama saja macam dia atau lebih teruk lagi. Kenapa
negatif sangat? Siddiq mengangguk akur dengan bisikan-bisikan itu.
“Selepas waktu kerja nanti Vick telefon balik.”
Melayu bernama Vick tersenyum puas. Siddiq melihat sahaja dan mengambil
peluang menyambung perbualan yang terhenti sebentar tadi.
Siddiq mengajukan soalan yang sama kepada Vick, “Cerita tentang kerja ni, kau kerja di
mana?”
“Kerja biasa. Makan gaji seperti orang lain. Biasanya saya menunggang motor ke
pejabat. Pagi tadi cuaca mendung sahaja. Itu sebabnya saya menaiki LRT. Pulang ke
rumah nanti saya bonceng motosikal rakan pula.”
Kerja biasa. Kerja apa? Kerani kerja juga kerja biasa, menulis seperti saya pun
kerja biasa juga. Sekiranya dia seperti jutawan pengasas IKEA yang hanya menggunakan
keretapi kelas tiga untuk tujuan perniagaan, itu mungkin boleh dipanggil luar biasa.

http://www.zamrimohamad.com
20
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Semangat Muda (7)


Saudara tentu seorang pegawai bank” Siddiq sengaja serkap jarang.

“Tinggi benar jawatan itu. Saya dispacth saja, penghantar surat,”


tertawa Vick apabila Siddiq menyangkanya sebagai pegawai bank.

Ganjil benar sikap pemuda itu. Jika kerjanya menghantar surat, gunakanlah
motosikal. Walau apau pun cuaca di luar, sememangnya itulah tugasnya. Bagaimana dia
hendak bekerja, mahu dipinjam motosikal rakan-rakan sepejabatkah?

“Saya malas hendak lakukan kerja hari ini. Saya akan beritahu bos motosikal
rosak. nanti beliau arahkan saya selesaikan kerja dalam pejabat sahaja,” Vick seolah-olah
menjawab soalan yang tersirat di hati Siddiq.

“Boleh pula buat begitu?”

“Ada tiga orang lagi. Saya yang paling lama. Senior mesti kerja seperti ini!” ibu
jarinya menunjukkan tanda bagus bersama senyuman bangga.

Pengalaman anak muda yang baru setahun jagung memang menyeronokkan.


Sayangnya jika anak muda seperti Vick melihat hidupnya dengan pandangan biasa.
Hidup dilihat sebagai sesuatu yang hambar dan membosankan. Besar atau kecil, masing-
masing perlu berkongsi untuk mewarnai kehidupan dengan pengetahuan orang lain.

Perbualan singkat tetapi menyeronokan melekakan Siddiq yang asyik mengikuti


isi cerita Vick. Di tempat kerjanya, penghantar surat sepertinya digelar sebagai runner
berbeza dengan panggilan dispatch. Panggilan yang sinonim dengan tugas sebegitu.

Pada usia 25 tahun, Vick berpuas hati dengan kerjanya. Cukuplah apa yang ada,
itu falsafah kejayaan baginya. Tak lama lagi, ketua runner di firma tempat dia bekerja
akan ditukarkan ke cawangan lain di bahagian selatan. Secara tidak langsung, Vick pula
akan menggantikan tempatnya. Bangga benar apabila dia bercerita bagaimana ketuanya
yang dipanggil Ayah Boy mendidiknya bagaimana hendak menjadi runner yang cekap.

“Tidak ada cadangan mahu mencari peluang yang lebih baik?” soal Siddiq lagi.

“Mahu buat apa?”

http://www.zamrimohamad.com
21
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Siddiq menggeleng-gelengkan kepala, “Umur saudara lebih kurang sama seperti


saya. Rasa-rasanya, saudara mampu pergi jauh lagi.”

“Angan-angan semua itu. Susah pula mahu melakukannya.”


Matanya melilau melihat gadis-gadis muda di sekeliling. Sekali sekala gadis-gadis
yang melihat kerakusan biji matanya mengalihkan posisi mereka, rasa lemas dengan
pandangan nakal Vick. Sambil-sambil itu, Vick memainkan hujung jari jemari pada topi
keledar.

Siddiq menghela nafas panjang, kebosanan. Semalam, sesuatu yang aneh terjadi
telah memulakan cerita baru dalam kehidupannya. Dia tidak menyedarinya. Hari ini, esok
dan semalam adalah hari-hari yang sama. Tetap dalam lingkungan hari dan waktunya.
Adakalanya, dia meronta-ronta minta dilepaskan dari rantaian hidup ini. Entahlah, setiap
kali dia ingin mencuba sesuatu yang baru, terasa berat dan mudah sahaja jemu membelit.
Siddiq mula mempersoalkan dirinya kembali. Mungkin aku seperti Vick, senang dengan
apa yang ada.

“Saudara,” panggil Vick.

“Kenapa?”

“Rasa-rasanya, saya berpeluangkah menjadi seperti Datuk Azhar Mansur, Datuk


Malik Maidin. Jadi seperti mereka bawa kapal keliling satu dunia atau berenang melintasi
Selat Inggeris? Tidak pun jadi macam dua orang pelajar UiTM yang mendaki gunung
Everest.”

Lima minit dalam kesunyian membuat dia berfikir sendiri. Dari mana mahu ke
manakah hala tuju hidup selepas ini. Mungkin Siddiq telah mengetuk pintu mindanya
supaya jangan tidur lagi. Fikir, kita semakin tua bukan bertambah muda.

“Jika ada kesem…”

Gerabak LRT berhenti di stesyen Dang Wangi. Vick bangkit dan terus
meninggalkannya yang belum sempat berkata apa-apa. Orang ramai berpusu-pusu keluar
masuk. Manusia bernama Vick benar-benar menghancurkan semangatnya untuk bekerja
pada hari itu. Berapa ramaikah lagi manusia seperti Vick ini akan ditemui lagi?

Geram Siddiq masih belum reda lagi setiap kali mengingatkan kembali sikap
Vick. Pantang sekiranya dia bercakap kemudian orang meninggalkannya begitu sahaja.
Pintu gerabak LRT yang tadi terbuka sudah tertutup, beberapa saat kemudian ia bergerak
menuju ke stesyen-stesyen lain sebelum berpatah balik.

Seorang wanita Inggeris yang sejak awal perjalanan masih berdiri di sisi pintu.
Jari telunjuknya seolah-olah mencari sesuatu di atas helaian buku panduan pelancong
setebal kamus itu. Sehelai demi sehelai diselaknya. Mencari-cari tempat yang ingin
ditujui. Siddiq tertarik dengan apa yang dilihatnya.

http://www.zamrimohamad.com
22
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Selalu benar Siddiq melihat pelancong-pelancong berkulit putih bertandang ke


Malaysia. Tetapi wanita Inggeris ini benar-benar menarik perhatiannya. Sepatutnya
melihat dia lebih lama daripada melayan Vick tadi. Marah Siddiq pada dirinya kembali.

Entah apa istimewanya wanita yang berkulit putih kemerah-merahan dengan


bintik-bintik di pangkal hidungnya yang mancung. Adalah naluri lelaki suka benar
melihat sesuatu yang dianggap cantik pertama kalinya? Entahlah, dirinya tidak dapat
menjawab pasti.

Kecantikkan apakah yang dimiliki oleh dia sehingga tertarik melihatnya?

Walhal di hadapan Siddiq adalah seorang wanita yang mempunyai fizikal yang
lebih tegap dan tinggi berbanding dirinya. Lagak wanita Inggeris sepertinya memang
kasar. Pakaiannya ringkas, sesuai dengan panas lembab iklim di Malaysia, cuma tidak
ada ciri ketimuran. Lucu melihat wanita itu yang membawa beg kembara dengan kakinya
yang hanya beralaskan selipar. Bolehkah dirinya kukenali?

http://www.zamrimohamad.com
23
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Kenangan (8)

“Ada atau tidak?”

“Sabarlah ibu, masih belum lagi.”

Puan Jamilah menanti dengan sabar. Aini masih membelek-belek akhbar harian di
atas meja makan. Hujan renyai di luar tidak diendahkan mereka. Seketika kemudia rintik-
rintik hujan semakin lebat, membasahi tanah merah kampung Toh Pua.

Mata Puan Jamilah melihat kelompok demi kelompok huruf yang membentuk
perkataan. Dia buta huruf sejak kecil. Kehidupan di kampung dahulu tidak melahirkan
cerdik pandai di kalangan kaum wanita sepertinya. Itu bukan alasan untuk tidak ambil
peduli dengan apa yang berlaku hari ini. Aini, anaknya yang bongsu menjadi sumber
rujukan setiap hari.

Mata Aini galak melihat benda yang dicari-carinya, “Ibu, saya sudah jumpa!”

“Di mana?”

“Ini dia!”

“Bacakan, ibu mahu dengar.”

Aini mengemaskan cawan-cawan yang berada di atas meja itu, dibawanya semua
ke dapur. Seketika kemudian, dia kembali semula ke ruang makan dan mencapai kembali
akhbar yang disentuhnya tadi.

“Mencurah kasih tanpa batas.”

“Oh, itu tajuknya ya?”

“Yalah. Aini sambung semula’

Puan Jamilah mengangguk laju. Tak sia-sia Aini menunggu Lim, penjual akhbar
di hadapan rumah awal-awal pagi. Hari itu, artikel anaknya keluar sekali lagi di akhbar
itu. Puan Jamilah tidak memahami semua yang ditulis oleh anaknya. Tetapi, dia cukup
berbangga, anaknya mula belajar mahu mendidik masyarakat dengan bakatnya. Alangkah
baiknya sekiranya suaminya ada di sisi, sama-sama mendengar apa yang dibacakan oleh
Aini.

http://www.zamrimohamad.com
24
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

“Kamu semua mahu jadi pemalaskah!” herdik Haji Rahman. Marah benar dengan
perangai ke tiga-tiga anaknya. Tidak seorang pun yang berani mengangkat muka,
bertentang muka dengan ayah.

Haji Rahman tidak berhenti di situ. Dicerai-ceraikan helaian akhbar di hadapan


tiga orang anak lelaki yang semakin meningkat remaja. Sesekali anak matanya melirik ke
arah Aini yang berlindung ketakutan di belakang ibunya. Anak-anaknya yang lain
hairanan melihat tindakan ayahnya.

“Ambil seorang satu,” arah Haji Rahman. Cepat-cepat mereka mengambilnya dari
tangan ayah. Yang sulung sehinggalah yang bongsu, masing-masing masih tidak faham
apa yang mereka sedang lakukan. Seketika kemudian, helaian akhbar berada di tangan
mereka.

“Aziz, baca!”

“Err…” Aziz hanya memandang helaian akhbar di tangannya. Aziz mempunyai


kesukaran memahami bahasa Inggeris. Peluh mula kelihatan di liang-liang roma kulitnya.
Agak lama dia membatukan diri. Mulutnya cuba menyebut perkataan awal yang tertera di
muka hadapan News Strait Times.

“Apa yang kamu tunggu lagi? Bacalah! Tidak boleh?”

“Saya tidak tahu.”

“Apa yang kamu tahu?”

Aziz hampir sahaja mahu menangis, ditahan air mata dilihat oleh adik beradiknya
yang lain. Haji Rahman mendengus, dihampirinya Aziz dan menujal kepalanya beberapa
kali.

“Kamu yang sulung jika tak tahu apa-apa, bagaimana adik-adik yang akan
hormat? Perkara senang seperti ini sukar apatah lagi perkara besar lagi. Entah apa
dibuatnya. Tidak malukah?”

Aziz hanya diam. Kali ini dia mengalah. Dia membiarkan air mata mengalir,
biarlah dilihat oleh adik-adiknya. Dia tidak peduli lagi, biarlah Siddiq mengajuk-ajuknya
kelak. Memang perangai si bongsu sangat menyakitkan hati. Minta-minta dia ditimpa
perkara yang sama. Padan muka.

“Kamu buat apa di sana?” Haji Rahman menyergah.

http://www.zamrimohamad.com
25
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Kumohon doa dan redha (9)

A
khbar di tangan mereka direntap kembali. Helaian akhbar berbahasa
Inggeris, Melayu dan yang bertulisan jawi dikeronyoknya dengan geram.
Puan Jamilah hanya melihat ketiga-tiga anak lelakinya yang
memandangnya memohon simpati.

Haji Rahman tidak marah dengan kenakalan anak-anaknya. Sudah beberapa kali
mereka berkelahi di hadapannya tanpa mengira masa. Sama ada pagi atau pun petang ada
sahaja perang mulut sekadar hendak menyakitkan hati antara satu sama lain.

Cuma dia cukup susah hati apabila mereka tidak ambil pusing keadaan sekeliling,
jika dibiarkan lama-lama mereka akan jadi masyarakat yang tuli dengan susah senang
orang lain. Mereka bukan kanak-kanak lagi, masing-masing sudah masuk sekolah
menengah.

Haji Rahman sudah terbiasa dengan didikan ayahnya, seorang ahli politik zaman
sebelum merdeka. Kesannya, acuan didikan yang sama dicurahkan kepada keempat-
empat anaknya. Malangnya, cuma Aini yang mendengar kata. Entah apa daya lagi lelaki
tua berusia 50-an untuk menyedarkan mereka.

“Ibu.”

Puan Jamilah mengelip matanya berkali-kali seolah-olah baru tersedar dari


sesuatu. Aini tahu ibunya sedang mengelamun panjang, sengaja dia membisukan diri dari
membaca perenggan terakhir penulisan abangnya di dada akhbar.

“Aini bacakan tetapi ibu tidak mahu dengar. Apabila selesai, ibu minta diulang
baca lagi. Apa yang ibu menungkan?”

“Tidak ada apa-apa, bacalah lagi.”

“Sudah hampir selesai. Ibu dengar ya.”

“Yalah.”

Deringan telefon bertalu-talu minta diangkat mengejutkan dua beranak. Lekas-


lekas Aini mengangkat ganggang telefon. Puan Jamilah sudah biasa dengan keadaan ini.
Sudah tentu kawan-kawan Aini, sehari pun tak pernah diam telefon itu. Sudah beberapa
kali Aini dileteri. Kawan-kawannya jika dia tidak ke sekolah, pasti Aini jadi sasaran

http://www.zamrimohamad.com
26
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

bertanya itu dan ini. Aini tidak melawan, memang ibunya berhak menegurnya. Sudah jadi
perangai mereka, apa lagi yang boleh dibuatnya.

“ Waalaikumusalam, sebentar ya.”

“Siapa.”

“Kawan ibu agaknya.”

“Kawan?” Puan Jamilah hairan. Bukan kerana dia tidak berkawan, jika sekadar kawan
sekampung, tak perlulah menelefon. Panggil sahaja dari pagar, terpaculah dia nanti.
Tidak sedap hati puan Jamilah, ada kematiankah?

“Assalamuallaikum.”

“Adakah saya sedang bercakap dengan Puan Jamilah?” tanya suara di hujung
talian.

Pelik benar suara wanita yang didengarnya. Bercampur baur nadanya. Bunyi
seperti seorang perempuan muda, kadangkala nadanya seperti orang tua. Lebih
menghairankan suaranya serak-serak basah seperti lelaki. Siapa pula yang
menghubunginya?

“Maaf, makcik tidak kenal siapa yang bercakap di sana. Anak ini siapa?” Puan
Jamilah memanggilnya anak.

“Puan tidak kenal sayakah?”

“Tidak, anak salah nombor agaknya.”

“Ibu!”

“Astagfirullah, bertuah betul kamu Siddiq!”

Aini pelik, baru tadi dia mendengar suara wanita, tiba-tiba sahaja nama Siddiq
yang terpacul dari mulut ibunya.

“Ibu, siapa di telefon?”

“Abang kamu, sengaja mahu kenakan ibu.”

Siddiq ketawa berdekah-dekah mendengar suara Aini dan ibunya yang kehairanan
sebelum itu. Rakan-rakan sekerja yang sibuk menumpukan tugas masing-masing melihat
Siddiq yang masih tidak reda tawanya.Sahabatnya yang akrab, Tee Meng Fook hanya
menggeleng-gelengkan kepala. Waktu sesibuk begini, masih ada masa lagi nak bergurau
senda. Jika terpacul Dusuki, orang lama di situ, kelam kabut sibuk berpura-pura bekerja.

http://www.zamrimohamad.com
27
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

“Apa khabar ibu?”

“Alhamdulillah, ibu sihat. Ada masa pula kenakan ibu pula hari ini ,”jawab Puan Jamilah
dengan nada gembira.

“Sangka saya ibu cam suara tadi. Jangankan ibu, Aini pun tidak kenal. Selepas
ini, Usu mahu bertukar karier menjadi espionage. Jadi penyamar profesional,” bebola
mata Siddiq bergerak ke kiri dan kanan, bimbang jika Dusuki muncul tiba-tiba.

“Ada-ada saja. Yalah, jadilah penyamar ganggang telefon. Lama benar Usu tidak
bertanya khabar. Sudah ada buah hati sehingga lupakan orang tua di sini.”

Senyum Siddiq mendengarnya, “Buah hati yang mana satu. Saya sibuk sedikit.
Ada kerja belum diselesaikan lagi. Saya curi-curi telefon. Ibu sudah terima hadiah yang
saya kirim hari ini?”

Puan Jamilah hairan. Tidak ada apa-apa yang diterimanya sepanjang pagi tadi.
Hari sudah tengah hari, tidak ada satu hadiah pun yang dimaksudkan oleh anaknya.
Dijengah kepalanya keluar tingkap melihat kalau-kalau peti pos terisi sesuatu. Masih
kosong lagi. Entah-entah sudah hilang. Gusar hati Puan Jamilah. “Tidak ada, jangan-
jangan ada orang lain ambil tak?”

Siddiq sudah menjangkakan jawapan itu yang akan didengarnya. Ganggang masih
kemas terlekap di telinganya, “Jika satu hilang masih ada yang sama lagi. Ada beratus
ribu lagi.”

Bertambah hairan Puan Jamilah mendengar jawapan anaknya. Beratus-ribu


jumlahnya. Itu jumlah yang banyak? Makin dibiar makin keliru ibunya, “Hadiah apa
sampai beratus ribu?”

“Ibu sudah beli suratkhabar hari ni? Saya menulis mengenai hebatnya seorang
ibu yang istimewa dalam hidup seorang anaknya. Hari ini beratus ribu orang yang
membacanya tahu ibu di hadapan saya ini adalah manusia paling istimewa. Selamat hari
ibu,” jelas Siddiq bersungguh-sungguh. Ketawanya tadi berganti senyum yang lebar.
Siddiq membayangkan wajah ibunya di hadapan dirinya sedang galak berbicara.

Terharu benar mendengar ucapan dari anaknya. Usia senja selalu mula sensitif. Lebih-
lebih lagi terhadap sikap anak-anaknya cukup pandai mengambil hati. Sikap anak-anak
yang tak ambil peduli pun adakalanya cukup melukakan hati sebagai seorang ibu.
Mungkin memang fitrah manusia, semakin senja semakin cepat terasa dengan keadaan
sekeliling.

“Ibu, mengapa senyap sahaja?”

http://www.zamrimohamad.com
28
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

“Tidak adalah. Sebentar tadi Aini bacakan hasil tulisan kamu untuk mak. Nanti
ibu simpankan ya!” cepat-cepat dia menyeka air matanya agar tidak dilihat Aini.

“Jika demikian, ibu belikan bingkai gambar masukkan artikel ke dalamnya.


Kemudian gantungkan jadi perhiasan. Jika rindukan saya, iu tataplah rencana berbingkai
di dinding,” cadang dan gurau Siddiq.

“Selepas ini ibu akan belikan bingkai. Lebih banyak hasil tulisan kamu, lebih
banyaklah bingkai ibu belikan. Lama kelamaan rumah ini bertukar menjadi arkib. Bila
kamu hendak pulang ke kampung? Masih tidak ada cutikah?”

“Saya bercadang mahu bercuti, tetapi biarlah selepas pesanan klien selesai. Saya
ambil cuti mungkin selama dua atau tiga hari. Kita sama-sama pergi makan ikan bakar di
Umbai. Lama benar tidak merasa manis ikan sungai.”

Agak lama Siddiq bersembang, Tee sengaja berdehem, “Ibu, lain kali saya
hubungi semula. Sampaikan salam saya kepada Aini. Sekiranya Along dan Angah
telefon, sampaikan salam saya kepada mereka juga.”

“Lakukan kerja baik-baik.”

“Insya Allah, ibu doakan saya! Redha sekali. Assalamuallaikum.”

“Ibu selalu doakan. Waalaikumussalam.”

Gembira benar hati puan Jamilah pada hari itu. Aina tahu, ibunya menantikan
panggilan anak-anaknya saban minggu. Cuma Angah dan Usu sahaja yang rajin mendail,
Along jarang sekali. Itu pun jika ada masalah, puan Jamilah jadi tempat mengadu. Aini
sekadar jadi pendengar setia bebelan ibunya.

“Peng yau, suka hati nampak?” usik Tee yang dari tadi menunggu Siddiq
menghabiskan perbualannya.

“Biasalah. Sekarang barulah bersemangat mahu bekerja!”

“Semangat apa? Laporan yang saya minta semalam sudah siap?” Kedengaran
suara yang paling tidak disukai Siddiq dan Tee iaitu suara Dusuki.

Masing-masing sibuk dengan kerja. Mengetuk-ngetuk papan kekunci dengan


mata merenung skrin komputer. Wajah dikerutkan seolah-olah sedang memikirkan
sesuatu. Siddiq meraba-raba himpunan fail di sebelah kanan mejanya, mencari-cari
laporan yang diminta Dusuki. Diserahkannya dalam keadaan gopoh.

“Lembab,” kata Dusuki meninggalkannya tanpa ucapan terima kasih.

Tee menunggu Dusuki jauh dari meja mereka, dengan perlahan dia membisikan

http://www.zamrimohamad.com
29
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

sesuatu, “Anak kesayangan ibu dimarah. Aduh!” belakang bahunya ditumbuk keras oleh
Siddiq.
Puan Jamilah masih di ruang tamu. Dia memanggil Aini semula dengan
membawa akhbar pagi itu. Puan Jamilah memintanya membacakan semula perenggan
terakhir tulisan anaknya hadiah sempena hari ibu.

“Mencium dahi dan tangan mereka mungkin dipandang remeh, tetapi apabila ia
dilakukan saban hari akan mengalir rasa hormat, sikap menghargai serta kasih antara
anak dan ibu. Adakah ia satu perkara yang merugikan andainya seorang yang masih
mempunyai ibu melakukannya saban hari sebelum ke tempat kerja atau pusat pengajian?
Sampai bilakah perlu kita menunggu untuk melakukannya? Inilah peluang daripada Allah
untuk kita mencari sekelumit keberkatan dan doa ibu dalam waktu mencari-cari pahala
sebagai bekalan. Itulah nilai seorang ibu, hanya seorang sahaja di dunia.”

http://www.zamrimohamad.com
30
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Kembali ke tanah asing (10)

K eadaan gelap berganti cahaya. Tetapi masih kabur, segalanya tidak jelas
kelihatan. Gegendang telinga menangkap suara-suara manusia yang
ditujukan kepadanya.

“Dia sudah sedar.”

“Alhamdulillah."

Siddiq menggosok kedua-dua belah matanya. Suara-suara asing tadi masih


menakutkannya. Kedengaran ucapan Alhamdulillah diucap berkali-kali. Siddiq melihat
wajah-wajah asing di sekelilingnya. Dia cuba bangkit dari katil, “Aduh, sakitnya
belakang badan ini!”

“Sabar.” Maryam cuba menenangkan. Senyumannya dengan nada bahasanya


yang lembut sangat menenangkan. Gerak lakunya persis ibunya. Cuma dia jauh lebih
muda. Siddiq masih ingat wajah wanita itu. Dialah orang pertama Siddiq temui di tempat
ini.

Belakang badannya masih sengal-sengal. Dia cuba mengingati perkara yang


berlaku sebelum jatuh pengsan. Kanak-kanak lelaki tadi, di manakah dia? Siddiq teringat
anak kecil yang terkujur pengsan di tengah jalan ketika kelam kabut yang berlaku tadi.
Pangkal kakinya disentuh tangan kecil.

Siddiq masih tidak mampu membuka matanya besar-besar, cahaya lampu agak
menyilaukan.

Syukur, kanak-kanak lelaki itu masih hidup. Gembira hatinya melihat Talib. Nanti
dahulu, bagaimana dirinya dan kanak-kanak lelaki itu terselamat dari muntahan peluru
meriam kereta kebal tadi? Mungkin ia cuma bayangan sahaja. Suasana ribut tadi mungkin
hanya bencana biasa, mungkin kebakaran biasa.

“Kamu terlalu terkejut dengan letupan kuat,” satu suara memberi jawapan.

Siddiq masih tidak dapat menangkap jawapannya. Lelaki berjambang putih


dengan cermin mata tebal menghampirinya. Tangannya disentuh, terasa kasar tapak
tangan lelaki itu.

“Terkejut?” ulang Siddiq.

http://www.zamrimohamad.com
31
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Orang tua itu mengangguk kecil. Matanya kelihatan kecil di sebalik kanta cermin
matanya, “Semasa kamu mendukung Talib tadi, kepala dan badan kamu hampir-hampir
saja bersepai dek kerana Merkava.”

“Merkava.”

“Ya, kereta kebal tadi”

Benar, kereta kebal tadi bukan ilusi. Siddiq semakin tidak percaya dengan apa
yang dilihat dan didengarnya sebentar tadi. Jika kereta kebal tadi benar, maka mayat-
mayat yang dilihatnya tadi pun benar, kebakaran dan bangunan-bangunan runtuh tadi
bukan benda kecil. Dia terperangkap dalam peperangan.

“Bagaimana saya boleh terselamat?”

“Disebabkan anak-anak muda inilah,” jari telunjuknya mengarah ke sekumpulan


anak-anak muda yang comot wajah dan berdebu pakaian mereka.

Sambil dipalingkan wajahnya ke arah mereka, orang tua itu menyambung bicara,
“Mereka sempat membaling bom koktel ke arah jip tentera musuh di belakang Merkava.
Apabila jip meletup, Merkava beralih arah ke belakang. Kamu sempat kami selamatkan.”

Siddiq rasa janggal mendengar perkataan Merkava diulang-ulang beberapa kali.


Mungkin orang tua itu sudah terbiasa memanggilnya sedemikian. Hati Siddiq tidak sedap
hati dengan keadaan ini.

Gaya bahasanya, bukan bahasa orang Melayu. Lenggok bahasa Arab sudah biasa
didengar Siddiq ketika di universiti. Kerana itu, dia masih bersoal jawab dengan orang itu
meskipun bahasa arabnya tidak sebaik mana. Ini bukan negara Malaysia. Itu jawapan
pasti buat Siddiq. Bukan sebarang jenayah membuat bom koktail dan membawanya ke
sana sini. Seratus peratus keadaan sekeliling tidak ada cirri-ciri negaranya, kecuali
dirinya yang berkulit Melayu.

Dalam kebingungan, Siddiq masih bersuara, “Di mana saya sebenarnya?”

“Kepalanya pasti bergegar ketika jatuh di atas batu-batu tadi,” jawapan seorang
anak muda yang disambut dengan derai ketawa. Maryam kasihan melihat keadaan Siddiq
yang masih terpinga-pinga mendengar jawapan itu. Gurauan apakah ini?

“Siddiq, kamu dah kembali,” beritahu Maryam.

“Kembali, ke mana?”

“Palestin.”

“Palestin!”

http://www.zamrimohamad.com
32
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Tergambar di kepalanya wajah Yasser Arafat. Teringat dia kepada panggilan


telefon Yasser kepada Mahathir ketika tentera Israel mengepung bangunan
pentadbirannya dan mengancam hendak membunuhnya tahun lalu. Terdengar pula suara
Yasser yang meminta sokongan OIC melalui rakaman video yang dihantar ke Putrajaya
ketika persidangan negara-negara Islam di Kuala Lumpur. Itu semua isu besar di sana.
Disebar luas dalam semua media pelbagai bahasa. Mustahil untuk dilupakan.

Siddiq menghitung. Jarak ke Palestin dan Malaysia beratus-ratus ribu batu


jauhnya. Hendak ke Palestin bukan perkara mudah, bukan seperti melancong ke mana-
mana negara di Eropah. Keadaan semakin menakutkannya. Ditoleh kiri dan kanan, tidak
seorang pun dikenalinya.

“Siddiq.”

“Ya, ya saya,” sahutnya kembali, cuba mengawal diri.

Masing-masing di dalam rumah itu saling berpandangan. Maryam, Syarifah,


Walid, Sabeqah, dan anak-anak muda di situ tertanya-tanya, kenapa dengan dia?

Orang tua disebelahnya seakan memahami apa yang berlaku, “Tidak mengapa.
Mereka tak akan sampai ke sini. Kamu berehatlah dahulu. Cukuplah dua hari kamu tidak
sedarkan diri, badan kamu masih lemah lagi. Jamah sedikit makanan yang Maryam
sediakan.”

“Talib.”

Talib menghampiri ibunya, “Ya, ummi.”

“Salam tangan abang Siddiq. Kita nak pulang.”

Seorang demi seorang meninggalkannya sendiri di rumah yang dikatakan


miliknya. Sabeeqah, jiran sebelah rumahnya menyerahkan kembali kunci rumah itu
kepadanya. Sididq menyambut gugusan kunci dengan pelbagai persoalan. Siddiq hanya
memandang mereka pergi. Sempat lagi orang tua berjambang memintanya
menyampaikan salam kepada isterinya. Syarifah, isteri Walid yang terakhir sekali keluar
dari rumahnya menutup pintu dengan cermat.

Syukur kepada Tuhan apabila si kecil bernama Talib selamat daripada dilenyek
kereta kebal dipanggil Merkava oleh orang tua itu tadi. Luka-luka di tangan dan kepala
Talib dibalut kemas sama seperti Siddiq. Calar-calar di muka dapat dirasa apabila
disentuh hujung jari. Sehari dua, sembuhlah. Siddiq pelik dengan dirinya sendiri. Diriku
yang mabuk darah. Bagaimana dapat bertukar menjadi sangat berani bagi selamatkan si
Talib?

http://www.zamrimohamad.com
33
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Kabur (11)

S
iddiq mengutip kembali ayat-ayat terakhir yang didengarinya. Kembali
semula. Siapakah yang Maryam maksudkan? Tempat ini asing buatku,
sejak bilakah aku mula berkampung di sini.

Di sini tiada padang lecak berlumpur tempat aku bermain bola dengan rakan-
rakan. Pokok rambutan tempat aku dan yang lain menikmati buah-buahan di atas dahan
juga tidak wujud di sini.

Rumah ini dikatakan rumahku. Ibu dan ayah tak pernah berpindah. Empat beradik
dibesarkan di rumah kampung yang sama. Tidak ada seorang pun yang bergelar warga
Palestin. Lebih menghairankan, lelaki tua berjambang putih memberitahu bahawa isteriku
akan kembali beberapa jam lagi dari pusat rawatan.

Siddiq masih terbaring, mematikan dirinya di atas katil. Keadaan lebih sunyi dan
aman berbanding tadi. Jauh dalam hatinya, masih ada rasa tidak senang dengan keadaan
ini. Dipejamkannya mata membayangkan segala kemungkinan. Hampa.

Kedengaran pintu seperti dibuka orang. Berkeriuk pintu berbunyi, seorang wanita
memberi salam. Lekas-lekas Siddiq menjawab. Mungkin Sabeeqah ingin memaklumkan
sesuatu. Siddiq keluar dari bilik tempat beliau ditempatkan sepanjang dua hari tidak
sedarkan diri. Ketika berdiri, rasa badan masih lemah lagi. Selama dua hari tanpa makan
apa-apa menjadikan tubuhnya tidak bertenaga. Dari pintu biliknya, beliau melihat
seseorang di situ. Susuk tubuhnya jauh berbeza. Keadaan cahaya lebih terang di luar
berbanding membataskan pandangannya, hanya bentuk fizikal dapat diamatinya. Pastinya
beliau seorang wanita, di tangan wanita itu memegang bungkusan.

Siddiq cuba menuju ke arahnya. Dirasakan sesuatu tidak kena. Badannya semakin
lemah, matanya semakin berat. Wanita itu semakin hampir, selangkah demi selangkah.
Suaranya tidak kedengaran lagi. Siddiq cuba menggapai tangannya. Terasa ia disambut,
halus tapak tangganya. Genggamannya tidak sekuat mana. Siddiq cuba bersuara, tapi dia
sudah hanyut jauh dalam dunia penuh kabur.

http://www.zamrimohamad.com
34
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Sumpahan pagi (12)

B odoh!

Geram benar apabila mengingati peristiwa tadi. Mahu ditujal-tujal sahaja kepala
mereka. Tidak tahu hormat langsung. Siddiq benar-benar naik angin pada pagi itu.
Mereka yang tadi bersama-samanya menaiki lif mula memperlahankan gerak langkah dan
hanya membiarkan Siddiq keluar terlebih dahulu.

Pintu pejabat dilepasinya. Mukanya masih merah menahan marah. Kenapalah


malang sangat pada hari ini. Hasdiana, penyambut tetamu yang sentiasa tidak lekang
dengan senyuman sedikit pun tidak gentar dengan sikap Siddiq pada pagi itu. Sempat lagi
dia menghadiahkan senyuman manisnya sedangkan disambut kembali dengan wajah
masam. Lesung pipit yang mengindahkan lagi seri senyuman tidak langsung menarik
perhatian Siddiq.

“Kenapa nampak marah sangat pagi-pagi ini?” sapa Hasdiana dengan suara
manjanya.

“Mengapa awak sibuk-sibuk bertanya?”

Siddiq memandang Hasdiana dengan renungan yang tajam. Penyambut tetamu


berwajah lembut tidak sedikit pun rasa gusar dengan renungan itu. Sebaliknya memang
dia sentiasa mengharapkan Siddiq melihatnya lebih lama. Hasdiana, pekerja yang
sentiasa murah dengan senyuman dan bijak menyusun kata.

Hasdiana hanya ketawa kecil melihat gelagat Siddiq. “Awak janganlah begitu.
Saya bertanya secara baik, dia marah pula.” Memang itu bukan sifat biasa Siddiq kecuali
apabila emosinya digugat sesuatu.

Benar katanya. Aku marah-marah pun tidak ada gunanya. Perkara sudah berlalu,
buat apa dipendam lagi. Siddiq memujuk dirinya sendiri. Peristiwa pagi itu cuba
diingatinya kembali. Peristiwa yang banyak membazirkan tenaga dengan rasa tidak tentu
arah.

“Pengotor!” marah seorang lelaki tua berbangsa Cina yang duduk berhadapan
dengannya dalam LRT pagi tadi.

Siddiq tidak mempedulikan kata-kata lelaki tua itu, sebaliknya dia terus angkat
kaki meninggalkannya. Tidak mengapa kalau orang tua tadi memarahinya jika bersebab.
Ini tidak, sudahlah suaranya serak-serak garau, nada tingginya menarik perhatian orang
http://www.zamrimohamad.com
35
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

lain melihatnya pula kira-kira empat stesyen perjalanan. Malu benar, seperti
diperbudakan sahaja rasanya.

http://www.zamrimohamad.com
36
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Semangat Iklan (13)


Siddiq,” satu panggilan mengejutkannya dari ingatannya yang tidak pergi
jauh melayang.

“Ya”

“Awak hari ini berbeza sedikitlah,” sengaja Hasdiana menambah bual bicara.

Siddiq hairan. Semua seperti biasa, apa yang yang berbeza. Ditoleh kiri kanan,
melihat dari hujung kasut kemudian menyentuh rambut yang disisir kemas. “Apa yang
berbeza?”

Jari telunjuk Hasdiana menunjuk ke arah tangan kanannya yang kosong, “Itu!”

“Ya Allah!” Siddiq menepuk dahinya beberapa kali kemudian tertawa, Matanya
tertutup rapat menahan tawanya sendiri. Hasdiana hairan terhadap sikapnya yang tiba-
tiba berubah.

Akhbar yang dibelinya tadi hanya tinggal beberapa helai sahaja. Selebihnya sudah
jatuh di atas lantai. Beliau tidak sedar perkara itu berlaku. Kekecohan dalam stesyen tadi
menjadikan Siddiq tidak tenang dan kelam-kabut mahu keluar daripada stesyen
berkenaan.

Wajar benar lelaki tua tadi marah sangat terhadapnya. Helaian demi helaian
akhbar yang dibelinya di hadapan stesyen rupa-rupanya terlucut dari tangannya tanpa
disedari langsung. Itu pun kerana Siddiq sibuk memerhatikan gelagat sekumpulan anak-
anak muda yang khayal dengan dunia mereka.

Sekumpulan remaja yang sama-sama dalam perut LRT itu tadi menganggu
ketenteraman dengan sikap mereka sahaja. Bercakap sesuka hati tanpa ambil peduli siapa
di sekeliling. Berbaur lucah sahaja isi kandungannya. Siddiq sensitif benar dengan
keadaan sebegini.

Mereka di dalam ruang LRT hanya menikus, mereka hanya memandang sahaja.
Gelagat budak-budak peringkat remaja yang sedang seronok dengan dunia mereka.
Ketawa sekuat hati tanpa mempedulikan orang lain yang rasa terganggu. Derai ketawa
mereka benar-benar mengejutkan mereka.

Semakin dibiarkan, semakin meninggi suara mereka bercakap. Siddiq mendengus.


Meluat melihat gaya sekumpulan remaja yang cuba menonjolkan diri mereka dengan

http://www.zamrimohamad.com
37
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

gaya pakaian dan karakter yang sengaja dibuat-buat. Mungkin mereka berharap dapat
menjengah umur seperti para penumpang yang lain.

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Jika anak-anak remaja ini tahu betapa
terdesaknya hidup dalam suasana pelumbaan tanpa garis penamat yang dihadapi oleh
golongan lebih tua dari mereka, sudah pasti, mereka lebih selesa dengan tingkat umur
yang dilaluinya kini.

Keadaan pagi itu tidak memberangsangkan buatnya. Dalam khayalnya melayan


rasa marah terhadap anak-anak remaja tadi, akhbar yang dibeli terlepas dari tangan.
Tergambar wajah seorang lelaki Cina tua yang duduk dihadapannya. Masakan tidak,
mulut orang tua itu lancang sekali.

Tertawa Siddiq mengingatinya kembali. Memang salahnya tidak mengutip


helaian akhbar yang terlepas dari tangannya. Hasdiana melihat dengan penuh tanda tanya.
Baru sebentar tadi masam bukan main, takut orang lain dibuatnya. Tiba-tiba sahaja
ketawa tanpa henti.

“Apa yang berlaku?”

“Tidak ada apa-apa. Cuma hari ini berpeluanglah kamu melihat akhbar paling
nipis dalam pasaran” kata Siddiq sambil menunjukkan akhbar harian yang dibelinya pada
hari itu. Hanya tinggal tidak kurang daripada lima helaian sahaja akhbar bersaiz kompak
itu. Siddiq jauh meninggalkan Hasdiana yang masih hairan dengan sikapnya yang
berubah-ubah pada pagi itu.

“Sebentar!”

“Apa yang kamu mahu?”

“Tengah hari nanti, kita pergi makan bersama-sama?’ pelawa Hasdiana, penuh
harap.

“Saya seorang saja?”

Hasdiana mengangguk-angguk. Pasti Siddiq berkata ya pada pelawaannya.


Hasdiana mula memikirkan di manakah tempat yang sesuai untuk dia dan Siddiq makan
tengah hari nanti. Dia tidak mahu gangguan. Banyak perkara yang ingin diluahkan.
Siddiq senyum mendengar pelawaannya. Semakin positif keadaannya, jangka Hasdiana.

“Boleh, tetapi ajaklah kawan-kawan lain sekali”

“Jika begitu, tidak perlu. Saya akan pergi sendiri,” rajuk Hasdiana, hampa.

Kadang-kala Siddiq tak memahami gelagat Hasdiana. Ada masanya dia kelihatan
manja dan seronok bercakap-cakap dengannya. Jika diminta bantuan, cepat benar dia

http://www.zamrimohamad.com
38
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

datang membantu, sedangkan ruang hadapan pejabat tidak boleh dibiarkan kosong. Kelak
sekiranya ada orang luar datang kepada siapa mereka hendak bertanya.

Idealis, sudah 8 tahun namanya mendapat reputasi yang baik dalam bidang
pengiklanan. Senaraikan apa sahaja bentuk iklan yang telah dihasilkan, semuanya
tersimpan kemas dalam rekod agensi pengiklanan ini.

Dari bersifat hiburan sehinggalah berbentuk korporat, nama Idealis akan disebut
dan dijaja sana sini sebagai pilihan utama untuk membawa produk, perkhidmatan dan
jenama mereka ke luar. Itulah Idealis, bermula dari gagasan idea Asmudi Yusof, seorang
insan biasa yang kerjayanya bermula sebagai seorang pelukis poster wayang.

“Ada projek barukah?” sapa Siddiq melihat Tee sejak tadi sibuk membelek
beberapa buah majalah yang menyempitkan ruang mejanya.

“Yalah, semalam Dusuki bawa fail daripada klien baru,” mata Tee masih tidak
lari dari melihat gambar-gambar dalam majalah yang dibeleknya.

“Bunyi menarik. Projek apa pula kali ni?” Siddiq tidak sabar-sabar mendengar.

Tee tidak menyahut. Satu demi satu majalah diambilnya dan dibeleknya pantas
dari depan ke belakang. Siddiq faham benar dengan sikap Tee. Cepat benar timbul rasa
gelisah apabila diberi tugasan baru. Majalah-majalah yang dibeleknya adalah majalah-
majalah yang yang dibawa dari rumah. Mereka menyewa rumah yang sama. Setahun
enam bulan, sifat dan perangai antara satu sama lain sudah boleh dijangka.

Siddiq mengambil majalah dari tangan Tee, “Besar sangatkah projek tu?”

“Tak juga. Cuma klien kita perlukan laporan setiap dua minggu sekali. Selagi
projek belum siap, selagi itu kita perlu sampaikan maklumat perkembangan. Ini yang
meresahkan aku,” Tee gusar dengan corak kerja baru yang perlu dihadapinya.

Berbeza dari dahulu, projek yang diberikan tidak diberi tekanan sebegitu. Cuma
dahulu, apa sahaja bentuk tugasan, mereka diberi kebebasan melaksanakannya. Apabila
sudah tiga puluh hingga lima puluh peratus siap, ia akan dibentangkan untuk pembetulan
atau sebarang perubahan.

“Kamu jangan bersusah hati. Inikan projek kumpulan. Maknanya, agihan tugas
pun mudah. Sekiranya kita sudah faham konsep yang klien mahukan, maknanya kerja
kita sudah separuh siap. Sepanjang minggu ini, kita hanya fokus pada fail. Usah sibuk-
sibuk cari benda lain,” cadang Siddiq.

Lama benar Tee hendak memberi kata akhirnya, seketika kemudian dia menutup
kembali majalah di tangannya, “Baiklah, sekiranya begitu, tenanglah sikit. Tetapi saya
bimbang jika klien kita kecoh apabila melihat kerja lambat sangat.”

http://www.zamrimohamad.com
39
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

“Tidak ada apa-apa. Masih ingat tak projek sebelum ini? Bayangkan betapa
payahnya kita mahu bawa budaya fikir kanak-kanak dalam bentuk iklan. Dengan gaya
umur macam kita, mudah sangatkah?” soal Siddiq membawa Tee mengingati projek yang
mereka lakukan bersama dahulu.

Kliennya terdahulu merupakan perunding sebuah konsultan pendidikan kanak-


kanak. Apa yang mereka mahukan bukan mudah. Mengaitkan dunia pendidikan yang
diwarnai tawa ria kanak-kanak. Mereka tahu, ibu bapa moden memaksa anak-anak untuk
belajar bukannya menghayatinya. Andai hendak diterjemahkan dalam bentuk iklan, ia
tidak akan terjadi sendiri melainkan ibu-bapa yang melihatnya dapat merasai semangat
iklan itu.

http://www.zamrimohamad.com
40
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Harap (14)

S
iddiq sudah menyandarkan tubuh pada kerusi biru di depan meja kerjanya.
Diambilnya pen dakwat basah berwarna hitam dan diconteng-contengkan di
atas kertas. Kemudian dihalakan ke wajah Tee. Seketika kemudian
dikeronyokan dan dibuang ke dalam tong sampah kecil yang semakin penuh. Tee
tersenyum melihat kertas itu dibuang jauh darinya. Benar apa yang ditulis oleh Siddiq,
‘perkara terbaik datang dari kepayahan’.

“Satu lagi,” kata Siddiq. Diambilnya satu lagi kertas kajang dan diconteng-
contengkan dan dihalakan ke wajah Tee semula. Kali ini mereka tertawa.

Nama Dusuki ditulis besar-besar bersama-sama wajah kartunnya di atas kertas


kajang kedua. Mereka kenal benar dengan Dusuki, sempurna kerja mereka pasti akan
dicari salah silapnya. Bukan satu perkara yang menyeronokan melihat Dusuki mundar
mandir di hadapan meja mereka. Matanya tidak lepas daripada mengawasi.

“Nanti dahulu,”

“Ada masalah lain pula?”

“Bukan masalah, saya cuma mahu minta pertolongan daripada kamu. Boleh atau
tidak jika kamu tumpang saja kereta saya ke tempat kerja. Ini tidak, LRT juga yang jadi
pilihan. Jika kita ke pejabat bersama, mudah bagi kita berbincang. Pasti jimat masa.
Boleh atau tidak? ” belum Siddiq menjawab, lekas-lekas Tee menyambung, “Melainkan
jika kamu sedang tunggu bertemu jodoh dalam LRT. Saya tidak dapat kata apa-apa.”

Siddiq kurang selesa dengan permintaan Tee, “Kamu tahu, saya lebih senang
menggunakan khidmat LRT. Bukan jauh, stesyen depan rumah kita sahaja. Banyak benda
yang dapat dilihat dan dengar. Bertambah idea menulis. Lagi pun sudah sebulan aku tak
menulis. Tak ada isi untuk majalah keluaran bulan depan.”

Tee faham benar, Siddiq tidak suka menyusahkan orang. Satu dua perkara yang
disebutnya sebelum ini memang ada kebenaran. Sejak dari universiti, Siddiq konsisten
dengan penulisannya meskipun dia pernah bercerita, bagaimana setiap hasil penulisannya
ditolak mentah-mentah ketika awal penglibatannya. Setiap kali dia ditolak, selagi itu
Siddiq akan melawan. Setiap tidak yang diterimanya akan di sambut ya berkali-kali.

Hatinya kuat untuk mengatakan sesuatu untuk masyarakat. Dalam masa yang
sama dia belajar banyak perkara dari kritikan dan dorongan para pembacanya. Hari ini
Siddiq mempunyai ruangan kolum sendiri dalam akhbar dan dua majalah tempatan,
kerjanya di sini tidak sedikit pun diabaikan. Mungkin kerana itu Dusuki kurang senang
dengannya. Cemburu.

http://www.zamrimohamad.com
41
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

“Ada satu perkara lagi,” banyak benar soal Tee hingga meresahkan Siddiq.

“Jangan bincang isu LRT lagi boleh?”

“Bukan. Saya sekadar hendak tahu, kamu pulang ke kampung pada cuti Sabtu
pertama nanti?”

“Mengapa?”

http://www.zamrimohamad.com
42
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Keraian Cinta (15)

T ok tok tok…!

Sekali lagi tiada jawapan dari dalam.

Tok tok tok…!

Kali ini lebih keras, cuma ia tidak sekuat mana. Lekas-lekas Siddiq membuka
pintu. Talib menyapanya dengan gembira. Siddiq menantikan Talib memulakan kata-
kata.

“Abang Siddiq,” suara manja anak kecil memulakan bicara.

“Ada apa Talib?” kali ini Siddiq dapat mengingati namanya. Gembira benar Talib
apabila namanya disebut. Suasana malam tidak begitu kelihatan. Seolah-olah ada pesta di
luar, ramai benar yang mundar-mandir di hadapan rumahnya. Dari rumahnya sahaja
sudah kelihatan sekelompok manusia berkumpul mengelilingi unggun api yang semakin
marak menjulang.

“Pak cik Muhsin ajak abang pergi ke sana.”

“Ada apa di sana?”

Talib menarik tangannya keluar dari rumah, “Marilah.”

Realitinya Siddiq masih belum tenang selagi dia tidak mendapat jawapan yang
dicari-carinya. Sudah berapa lama dia di sini, dia tidak tahu. Dia hanya berlagak tenang
dan membalas senyuman mereka yang memandangnya. Kali ini dia perlu lebih berhati-
hati dengan tindak tanduknya jangan sampai orang lain rasa curiga. Dia dan Talib
semakin menghampiri kelompok manusia yang sedang menghangatkan diri dengan
bahang unggun api.

“Assalamualaikum.” Muhsin menyapanya, tongkat di tangan kirinya menguis-uis


membentuk tulisan atas tanah berpasir. Muhsin duduk tanpa alas sambil dikelilingi oleh
beberapa kanak-kanak yang agak mesra dengannya. Dipelawanya Siddiq duduk di
sebelah. Beberapa orang yang lain memberi ruang.

Salam yang dihulur disambut Siddiq. Pelawaan orang tua wajar dihormati,
perlahan-lahan dia melalui celah-celah orang lain yang duduk mengelilingi Muhsin.
Seorang kanak-kanak yang duduk diriba Muhsin bangkit dan mengejar rakan-rakannya

http://www.zamrimohamad.com
43
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

yang lain. Talib yang tadi membawanya ke sini sudah hilang ke mana. Mungkin pergi
mencari kawan-kawannya yang lain.

“Lama benar pakcik tidak bertemu kamu,” ujar Muhsin, lelaki tua berjambang
yang digeruni Siddiq ketika awal pertemuannya.

“Oh, saya ada perkara perlu penting yang hendak diuruskan,” dalih Siddiq, moga-
moga Muhsin percaya apa yang dikatakannya.

“Isteri kamu tidak balik bersamakah dari kem?”

Siddiq mula lemas dengan soalan-soalan bertalu-talu. Pembohongan hanya


memberi masa bukan penyelesaian, “Err, dia minta saya pulang dahulu. Dia menyusul
kemudian,” jawapan diberi dengan rasa ragu-ragu. Siddiq menggaru wajahnya, baru dia
sedar, tiada lagi calar balar dan balutan di wajah dan tubuhnya.

“Kami semua merindui kamu Siddiq. Lama benar kamu tidak menziarahi kami.”

“Sudah berapa lama?” Siddiq cuba mengorek rahsia. Ini mungkin jawapannya.

Lorekan di atas tanah berpasir diratakan Muhsin. Matanya tepat memandang


Siddiq, “Tujuh belas tahun.”

Dihitung berkali-kali, tujuh belas tahun. Itu ketika aku berumur sepuluh tahun.
Tidak ada satu memori pun tentang tempat ini. Mahu dikatakan ayah kerap membawanya
ke sini, rasanya mustahil.

“Kenapa kamu kembali?”

Siddiq terperangkap dengan soalan yang dilontarkan kepadanya. Mahu berbohong


lagi, makin terperangkap rasanya. Siddiq membisukan dirinya. Moga-moga ada jawapan
untuk aku balas kembali. Mengapa aku kembali? Itukah jawapan yang perlu aku cari?
Siddiq rasa segala-galanya sempit. Semuanya dirasainya jauh dalam hati.

Mahu sahaja Siddiq bertanya tentang kehidupannya di sini, bagaimana dia boleh
terlontar jauh ke sini, ke Palestin. Dunia asing baginya. Mahu sahaja dia mencari
jawapan, bagaimana ibu dan ayah mengenali Muhsin dan mereka yang berkampung di
sini. Itu tidak mungkin setakat ini. Silap gaya, dikatakan hilang ingatan pula. Tetapi cuma
satu perkara yang boleh ditanyanya. Soalan yang tidak akan menimbulkan rasa curiga
Muhsin.

“Pesta apakah ini? Gembira benar suasananya,” pantas Siddiq cuba mengalih
perhatian Muhsin.

“Malam ini, malam kegembiraan buat mereka yang hidup di El-Shuja'eya.


Meraikan ikatan cinta antara semua yang saling bersama sejak dahulu lagi.”

http://www.zamrimohamad.com
44
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Adiwarna (16)

J
awapannya benar-benar tidak memuaskan hati Siddiq. Cinta apa sehingga ia
diraikan sedemikian rupa. Mereka benar-benar gembira malam ini. Jauh
sekali wajah-wajah Arab ini risau dengan kehadiran musuh yang boleh
menggegarkan kemeriahan majlis keraian ini.

Mereka tidak gentar dengan kehadiran tentera Israel dengan senjata perang
mereka memusnahkan mereka di tanah lapang ini. Unggun yang dibakar memudahkan
mereka untuk dihujani peluru bila-bila masa.

Dalam suara yang bergetar Siddiq cuba mencari penjelasan, “Cinta, apa maksud
pakcik?”

“Lihat di sana,” pinta Muhsin.

Siddiq akur melihat beberapa orang pemuda berdiri dan menghampiri unggun api
di tengah-tengah. Masing-masing yang tadi berbual sesama sendiri mula mendiamkan
diri, anak-anak yang bermain mula duduk bersama-sama ahli keluarga mereka. Setiap
pasang mata memerhati empat orang pemuda yang sudah berdiri mengelilingi unggun
api. Keadaan kembali sunyi.

Tanahairku
tanahairku
gemilang dan indah
menakjubkan dan penuh keindahan
di sebalik bukit bukau ini
kehidupan dan pembebasan
kesenangan dan harapan
ada di langit kamu.
Dapatlah aku melihatmu?
Selamat dan selesa
aman dan disanjungi.
Dapatlah aku melihatmu?
Dalam kemasyhuranmu
menggapai bintang-bintang.

Bait-bait sajaknya cukup mudah dihayati. Punya maksud yang mendalam untuk
dijiwai. Ia benar-benar menyentap setiap hati merasainya. Setiap kata membawa getaran
demi getaran.

http://www.zamrimohamad.com
45
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Pemuda yang menyampaikannya kemudian kembali dalam kumpulan orang ramai


yang mendengar. Tinggal mereka bertiga sahaja yang masih belum berkata apa-apa.
Siddiq memerhatikan mereka dengan penuh minat. Membiarkan cuping telinga menerima
gelombang suara mereka terus masuk menyentuh gegendang. Biar jatuh terus ke dalam.

Tanahairku
tanahairku
para pemuda tidak akan lelah
matlamat mereka ialah kemerdekaan
atau kematian.
Akan kita menghirup dari kematian
tetapi bukan menjadi hamba musuh-musuh.
Kami tidak mahu
kehinaan abadi
apatah lagi kesengsaraan hidup
akan kami kembalikan
kegemilangan
tanahairku
tanahairku.

Kesejukan malam benar-benar mengigit. Terasa dingin pada kulit apabila


disentuh. Aras suhu malam di sini lebih rendah berbanding di Malaysia. Tetapi ia tidak
meleraikan mereka pergi menuju ke rumah masing-masing. Sesekali, seorang dua yang
asyik dengan bait-bait sajak yang diperdengarkan malam itu mencampakan ranting-
ranting kayu yang dikutip entah di mana.

Setidak-tidaknya hangat unggun api dapat mengurangkan kesejukan yang dirasai.


Siddiq tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan keadaan malam itu.

Adiwarna. Itu mungkin ungkapan paling tepat untuk menyifatkannya. Tidak ada
bangunan-bangunan yang canggih rekabentuknya di sini. Keindahan yang teramat sangat
dapat dilihat melalui manusia di sekeliling. Jauh dari ketakutan.

Sekali sekala, Siddiq memerhatikan keadaan sekeliling. Di sebalik unggun api


yang semakin marak, kelihatan Sharifah merapatkan tubuhnya pada Walid. Sehelai kain
tebal membaluti tubuh mereka, menambahkan lagi ketebalan pakaian yang sedia ada.
Erat genggaman tangan mereka yang saling bertautan berselang jari-jemari. Sharifah
perlahan-lahan meletakan kepalanya di bahu suaminya. Mata Sharifah dipejam erat
apabila tangan kiri suaminya menggosok-gosok lengannya sekadar untuk memanaskan
tubuhnya.

Maryam pula berdiri sambil mendukung Fatimah yang sudah lena. Talib masih
setia di situ bersama adik beradiknya yang lain. Selalu mencuri perhatiannya apabila
sesekali Talib melambai-lambai tangan ke arah Siddiq. Dia membalasnya.

http://www.zamrimohamad.com
46
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Cinta bukan sendiri (17)

P edang dan pena


simbol kami
bukan sekadar bicara atau sengketa
kegemilangan dan janji setia kami
dan tugas untuk dipenuhi
menggoncang kami.
Penghormatan kami
adalah jalan penghormatan penuh kemuliaan
kibaran bendera
oh, penuh keindahan
dalam keunggulan
kejayaan atas musuh-musuhmu
tanahairku
tanahairku.

Sajak menjadi hiburan di sini, bukan radio dan televisyen. Dua orang pemuda
yang mendeklemasikanya bagai terpukau dengan ayat-ayat mereka sendiri. Mata mereka
dipejam erat setiap kali kalimah demi kalimah keluar dari bibir. Gema suara yang penuh
pengharapan yang sangat tinggi. Siddiq kagum sehingga terlupa masalah sendiri.

Kanak-kanak yang seronok bermain kembali kepada Muhsin. Seorang hampir dan
berpaut di bahunya Kepuasan terpancar di mata mereka. Siddiq melihat seorang lagi
pemuda tadi kembali ke tempat duduk masing, tinggal berdua.

“Merekah yang menulis sajak tadi?” soal Siddiq. Sungguh kuat rasa ingin
tahunya.

“Tidak, itu karya Ibrahim Tukan,” ringkas jawapan Muhsin.

Gelojak ingin tahu Siddiq bertambah lagi. Siapa Ibrahim Tukan? Wujudkah dia di
sekeliling mereka. “Siapa Ibrahim Tukan?”

Muhsin meleraikan pegangan kanak-kanak yang berpaut dibahunya. Dipangkunya


dia. Dia menarik nafas panjang dan menyambung kata-kata, “Ibrahim Tukan bukan
berasal dari sini. Bukan dari El-Shuja'eya atau mana-mana kampung di sekitar Gaza. Dia
lahir dan mati dalam lipatan sejarah perjuangan kami. Asalnya dari Nablus, dilahirkan
pada tahun 1905. Beliau pendidik sama seperti pakcik dulu. Mengajar di Universiti Al
Najah dalam bidang kesusasteraan Arab sebelum bertukar ke Universiti Amerika di
Beirut.”

http://www.zamrimohamad.com
47
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Memang dia seorang yang hebat. Kagum Siddiq. Berapa ramaikah lagi orang
sehebat dia di tanah gersang ini? Bukan semua kata-kata boleh menawan hati dan fikiran
kecuali manusia yang lahir luhurnya penuh keikhlasan terhadap sesuatu.

Senyap seketika, Mushin kembali berbicara dengan tongkat yang masih setia
dalam genggaman tangan kirinya, “Sajaknya yang pertama diterbitkan ketika berumur 18
tahun. Mungkin kau dapat rasakan kekuatan dalam setiap kata-katanya. Itu kelebihan
Ibrahim meskipun dia mempunyai tubuh yang lemah dan sensitif. Pada tahun 1941, dia
meninggal dunia akibat masalah organ dalaman.”

“Kenapa sajaknya diperdengarkan?”

“Sajak Ibrahim adalah lagu rasmi kami. Itu bukan satu-satunya. Sudah jadi tradisi.
Dahulu ia disampaikan ketika revolusi 1936 hingga 1939 dalam usaha menentang
penjajah British. Hari ini ia akan terus bergema selagi perjuangan kami belum berakhir.
Siddiq, kamu lihat mereka berdua.”

Mereka berdua yang hanya berdiri bersama dua yang lain sebelumnya sedang
enak berbual sesama sendiri. Mereka masih di tengah-tengah kumpulan, lebih hampir
dengan unggun api yang perlu dimarakan lagi. Ketawa, senyuman saling bersilih ganti di
wajah mereka.

“Siapa mereka?”

“Itu Hashim dan adiknya Jamal. Adik beradik ini bakal meneruskan perjuangan
kami. Hari ini hari perpisahan buat mereka. Tetapi itu hanya di sini sahaja,” jawab
Muhsin.

“Maksud pakcik, mereka penyambung revolusi Ibrahim Tukan?”

“Bukan revolusinya. Dia hanya penyambung perjuangan yang sedia ada.”

“Mereka sudah berkeluargakah?”

“Nampak wanita yang duduk di tembok sana. Ya, yang berjubah merah itu,”
anggukan Siddiq meyakinkan Mushin yang dia sedang melihatnya. “Itu isteri Hashim.”

Dia bagaikan tidak percaya. Wanita yang dimaksudkan kelihatan tenang melihat
suaminya dari jauh. Dia memegang sesuatu yang dibalut kemas. Hashim masih rancak
dengan Jamal. Wanita usia semuda itu akan berpisah dengan suaminya kelak, mereka
mungkin tidak akan bertemu lagi. Entah mengapa Siddiq merasakan tidak keruan dengan
keadaan itu.

“Mereka berdua masih muda. Tidakah perpisahan ini akan menyakiti mereka?”

http://www.zamrimohamad.com
48
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Muhsin tersenyum, faham dengan rasa tidak puas hati Siddiq. Dia terus tenang
menjawab, “Jika perpisahan itu menyakitkan. Mengapa Hashim sedia pergi? Mengapa
tidak isterinya menahannya dia dari terus berjuang? Bukankah selamat untuk mereka
hidup bersama?” bertalu-talu soalan yang memenuhi benak pemikiran Siddiq.

Dia bangun dari tempat duduknya. Siddiq masih dalam keadaan yang sama. Cuma
ada masanya dia melunjurkan kakinya yang kekebasan. Muhsin tidak membiarkan Siddiq
mencongak-congak jawapan yang dia sendiri tidak pasti.

“Jika tidak kerana ikatan cinta yang ikhlas, belum tentu berdirinya kekuatan.
Perpisahan bukan bererti kebencian. Mungkin kamu boleh memanggilnya pengikat
perasaan. Manusia yang bercinta sentiasa ikhlas jiwanya. Semakin lama semakin tersemai
semangat. Hashim mungkin salah seorang yang kamu lihat hari, di setiap rumah di sini,
cinta menjadikan mereka tabah dan terus setia. Bukankah begitu anakku?”

Agak sukar untuk Siddiq menerima kata-kata Muhsin. Ganjil benar kenyataannya.
Bukankah perjuangan boleh pergi sendiri dengan semangat. Mengapa perlu diiringi cinta.

Bagi Siddiq, cinta boleh dibuang jauh-jauh kerana semangat boleh berdiri dengan
sendiri selagi ada kebenaran. Lebih parah bila cinta bersemi di hati, manusia takut dengan
istilah perpisahan. Bertentangan benar kata-kata Muhsin dengan pendiriannya.

Mushin meninggalkan Siddiq yang masih leka dengan jawapan tadi. Hashim
sudah tidak kelihatan di situ lagi. Jamal menghampiri mereka yang lain dan bersalam-
salam saling mesra berpelukan.

Kedua-dua belah tapak tangan Siddiq seolah-olah terpasak di bumi menahan


tubuhnya. Duduk dalam jangka masa yang lama tanpa bersandar memang melenguhkan
sendi-sendinya.

Tapak tangannya menggengam butir-butir pasir dan tanah yang kasar disentuh.
Dalam suasana yang masih riuh dengan suara, keadaan semakin lama semakin terang,
cahaya unggun api semakin menyilaukan pandangan, memaksa Siddiq menahan cahaya
dengan lengannya.

“Siddiq, bangun!” badannya terasa digoncangkan berkali-kali. Siddiq tidak


membuka mata kerana silauan cahaya masih dirasainya.

“Siddiq, bangun!” kali ini dia memaksakan diri akur dengan arahan itu.

Lampu kalimantang putih di siling bilik bertentangan dengan katil tempat Siddiq
berbaring menjadikan matanya sedikit silau. Tee menggoncang-goncangkan tubuhnya
lebih keras lagi. Suaranya yang aku dengari tadi, kata Siddiq.

“Ya Allah, kenapa dengan kamu?” soal Tee, nada tidak puas hati.

http://www.zamrimohamad.com
49
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

“Apa masalahnya?”

“Lihat, apa di atas katil? Mesti kamu balik tidak mandi kemudian terus tidur!” marah
Tee. Siddiq memalingkan penglihatan ke katilnya. Marah benar Tee melihat tilam
dikotori debu tanah dan pasir yang banyak. Siddiq melihat tangan kanannya yang masih
tergenggam. Dibukanya genggaman itu, ada tanah dan pasir.

http://www.zamrimohamad.com
50
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Memoir Puduraya (18)

L agu yang berdendang di corong radio tidak dipedulikannya. Dia masih


melayan perasaannya, membawa emosinya jauh dalam sempadan. Dia
berfikir jauh, ada punca tetapi tiada penghujung. Keresahan makin kuat
terasa. Mahu sahaja lari dengan perasaan yang tidak enak ini. Wajarkah dia duduk diam,
membiarkan ia menjajah diri. Hasdiana tidak pasti.

Perlukah aku terus menerus begini. Soalnya kembali pada diri. Bermain dengan
emosi kasih yang tidak bersambut memang menyakitkan. Penuh tanda tanya dari soalan
yang belum terungkap. Kesimpulan yang dibuat sering mendukacitakan. Perlukah aku
terus bermain dengan dilema ini, terus setia dalam gelanggang cinta yang direka-reka
atau sekadar mencampakan diri dalam gelombang kekalahan.

“Perlukah aku?” Hasidana cuba mencari penyelesaian. Semakin difikirkan


semakin hilang punca. Bantal kecil yang ditangannya terus mengecil dalam pelukannya.
Matanya merenung jauh sesuatu yang tidak ada. Bayangan Siddiq terus bermain, dengan
senyuman dan pandangan mata yang cukup menggegar nalurinya.

Apakan daya, dia seorang wanita, kecantikan semata-mata tidak dapat


menundukkan hati Siddiq untuk terikat dengannya. Sesuatu telah menyekatnya. Hasdiana
menyusun kembali kisah-kisah lamanya, pertemuan pertama yang membawa kepada
episod pertemuan yang kekal sehingga ke hari ini.

Jam sepuluh malam, Puduraya masih rancak dengan suara orang ramai. Dari
pekedai sehingga penumpang-penumpang yang baru tiba dan yang masih menunggu
perjalanan ke destinasi. Hasdiana tiba sedikit lewat, sepatutnya perjalanannya dari Perak
ke Kuala Lumpur sekadar mengambil masa paling kurang empat jam sahaja. Entah
mengapa, bas yang tidak berhawa dingin tiba-tiba sahaja meragam sehingga tersadai di
lebuh raya membuat mereka menyesal menaikinya.

Ini pertama kali Hasdiana tiba di Kuala Lumpur. Dengan baju kurung yang mulai
basah dengan peluh, dia mundar-mandir berjalan di sekitar Puduraya mencari teman yang
berjanji menantinya di sana.

Batang hidungnya masih belum kelihatan. Tangannya memegang kad yang


diberikan Lydia. Dia menghampiri telefon awam yang masih diguna pakai oleh seorang
pemuda, lenggok bahasanya seperti orang Indonesia. Lekas-lekas dia menyambut
ganggang telefon yang dihulurkan oleh orang Indonesia itu. Tanpa ucapan terima kasih,
dia mendail dengan baki syiling yang masih ada di dalamnya.

“Lydia, di mana kamu?” soal Hasdiana tanpa salam apabila Lydia menjawabnya.

http://www.zamrimohamad.com
51
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

“Lama benar saya menunggu awak tadi. Katanya tiba pada waktu petang.
Sehingga jam tujuh malam masih tidak lagi lagi. Ingatkan tidak jadi datang. Saya
baliklah!” marah Lydia dengan sangkaan Hasdianan sudah mungkir janji.

Hasdiana cuba mengendurkan keadaan, ini semua berpunca dari bas itu. Dia cuba
memujuk dengan alasan, “Maaflah, bas rosak tadi. Dua jam tunggu di tepi lebuh raya.
Janganlah marahkan saya, marahlah pemandu bas tadi. Awak tidak kasihankan sayakah?”

“Macam inilah. Kalau nak jemput awak pun, rasa-rasanya tak sempat. Petang tadi
kawan saya yang tumpangkan. Jika mahu minta tolong daripada dia pun sukar sikit. Apa
kata awak ambil saja LRT Masjid Jamek. Jalan kaki sikit saja. Kemudian berhenti di
Wangsa Maju. Sudah tiba nanti kamu hubungi saya semula,” cadang Lydia.

http://www.zamrimohamad.com
52
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

Persoalan (19)

Apakah yang sebenarnya berlaku kepada Siddiq. Mampukah pertemuan


beliau dengan pelancong wanita berbangsa Inggeris memberikan jawapan?
Bagaimana Siddiq dapat keluar daripada hidup dua dimensi yang dilaluinya?
Mungkinkah Hasdiana menjadi permata hati Siddiq?

Adakah anda merasakan e-novel ini perlu disambung semula.

Hantarkan jawapan anda ke e-mel zamrimohamad@gmail.com atau


hantarkan sebarang maklumbalas, cadangan dan kritikan ke
http://www.zamrimohamad.com

http://www.zamrimohamad.com
53
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

http://www.zamrimohamad.com
54
Denai Rindu (2004) ©Zamri Mohamad

http://www.zamrimohamad.com
55

Вам также может понравиться