Вы находитесь на странице: 1из 3

melintas di fikiranku.. satu sms yang ku terima tak lama dahulu..

"mengapa tiada maaf darimu"

Sms ini sebenarnya telah lama. Telah lama juga ku buang dari inbox ku. Malah
nombornya telah tiada dalam simpananku. Namun sms dari insan ini pernah benar2
menyentap ketenanganku. Lebih2 lg sms yg bagai ada bau2 kesedihan. Atau
terkilan. No matter what it is, kami masing2 perlu masa untuk mengubati luka...
luka yang sudah terlalu lekat dalam kehidupan kami. Allah, mengapa cinta ini
akhirnya begini...?

Salah aku. Salah dia. Cinta ini juga buta. Cinta yang langsung tidak membawa aku
lebih dekat kepada Allah..

Hati aku sentiasa menangis. Menangisi perpisahan itu. Apa yang terzahir pada
luarnya adalah sisa kekuatan diri.. ku paksa untuk tabahkan hati. Aku tak menangis
sehebat waktu dulu. Namun kali ini, perpisahan ini, benar2 telah menggugat.
Menggugat segalanya yang dulunya aku masih mampu pertahankan. Cinta!
Mungkin ada yang tersenyum membaca keluhan hati yang pernah jatuh cinta ini.
Mungkin ada yang turut sama mengerti apa yang aku lalui kini. Ah, aku sendiri tega
tersenyum sinis membaca, melihat dan mendengar keluhan2 hati yang bercinta.
Selalunya tak masuk akal. Selalunya tak rasional. Hanya pada emosi semata2.
namun cepat2 aku letakkan diri andai aku ada pada tempat dan situasi mereka.
Apa yang pasti, mana2 yang silap yang mereka lakukan, aku takkan ulangi, malah
lebih berhati2.. belajar dari pengalaman org2 sekeliling. Walau apapun, percayalah.
Bila ia berkaitan dengan hati dan perasaan, ..kita akan sentiasa berdepan dengan
risiko salah memilih..

Hari itu, aku selongkar barang2 ku dalam laci2, kotak2, dan almari. Banyak juga
yang masuk tong sampah. Sayang juga sebenarnya. Ada yang aku da simpan
bertahun2. Tapi, maafkan aku wahai kenangan.. akhirnya aku terpaksa menghukum
kau lantaran kau banyak mengingatkan aku pada manusia itu.
Sofrie.. semenjak perpisahan kita, sudah banyak malam aku tak dapat lelapkan
mata. Cuma bila hampir siang sahaja aku mampu untuk tidur. Terlalu banyak
persoalan mengasak fikiranku.. mengapa begitu, mengapa begini.. namun aku tahu,
aku takkan lagi menemui jawapannya.

Mungkin kau tak tahu, walaupun aku mengatakan benci.. walaupun aku kata mau
mula hidup baru.. dan walaupun aku sedar hakikat yang cinta kita payah untuk
menyatu, jauh di sudut hati ini, aku sentiasa membisikkan namamu. Anehnya masih
ada ruang untuk aku mencintaimu tanpa sedikit pun rasa sakit hati. Ada sesuatu
yang indah yang dapat aku rasai hanya bila denganmu. Ianya masih terasa hingga
kini. Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan sekelip mata. Aku sebetulnya tak pernah
menemui kata2 indah yang cukup untuk mengungkapkan betapa dalamnya rasa ini.
Halus menusuk.. pedih, namun indah.

Walau jauh manapun aku berlari dan bersembunyi, dalam hatiku tetap terukir
namanya. Meskipun kepercayaan hilang sekalipun, kasih ini tak pernah ada tanda
untuk tergugat...

Masih tidak tergugat, walaupun begini akhirnya.

Setia sungguh aku. Kesetiaan yang memakan diri.

Selepas bertahun2, aku menyedari, kasih yang kita bina sejak lama dulu sudah
tidak seutuh mana. yang kini kau sebenarnya sudah tidak bahagia bersamaku. Dan
menyedari, sebenarnya aku yang tak boleh jadi seperti yang kau idamkan dalam
diam.

Aku tak mau dirimu rasa terperangkap.. menanggung rasa bersalah.. atas kesilapan
lalu. Terasa hiba kerana apa yang dirimu lihat dalam diriku kini adalah hasil luka
lampau.. kau bersamaku kini hanyalah untuk menebus kesilapan lalu.. stop blaming
urself, sofrie! I love u.. ~so much. Tak kira bagaimanapun caramu, paling penting
adalah, kaulah Mohd Sofrie. Empunya nama yang sering bertakhta dlm hati.... Tp
cinta aku tak bisa buat kau bahagia.

Hingga akhirnya aku memilih untuk pergi. Mungkin lebih baik aku mencintaimu
secara diam2. biarkan ia mekar subur jika Tuhan masih sayang pd hubngan kita..
ataupun biar ia tenggelam dibawa arus masa jika itu yang terbaik.. mungkin dirimu
akan temui bahagia yang sungguh indah di luar sana.. Cuma pesanku, carilah
kebahagiaan yang hakiki, sofrie. Jangan cari kebahagiaan yang bersifat sementara
cuma. Supaya dirimu akan lebih mampu menghayati erti percintaan sebenar. Cari
cinta yang boleh bawa dirimu makin dekat kpd Tuhan. Kerana aku juga akan
mencari cinta yang boleh buat aku makin dekat pd-Nya.. Moga kau dan aku
menemuinya kelak. Dengan itu, mungkin kita akan berhenti menyalahkan diri.

Berat jemari ini mengungkap kata2 akhir. Tapi, apalah erti andai diteruskan?
Darimu aku belajar untuk membiarkan segalanya berlaku sendiri. to let it be by
nature. Silap aku, aku sentiasa ingin cepat.. kini, kau sudah bebas, aku juga sudah
bebas walaupun buat masa ini kita mungkin akan masih dibayangi kisah lalu..
apapun ia, kita sampai di sini saja.

Apa yang ingin aku katakan di sini cuma satu, sofrie. Syarat utama membina
hubungan kasih ialah dgn hadirnya cinta. Aku pergi, dan perlahan2 lepaskan kau
pergi kerana aku sedar, ada antara kita yang sudah hilang rasa cinta.

Doa dan harapanku untuk melihat dirinya bahagia akan sentiasa mekar mewangi...

Вам также может понравиться