Вы находитесь на странице: 1из 15

Fonetik ialah kajian yang diperhatikan berdasarkan organ atau anggota tubuh manusia

yang mewujudkan bentuk ucapan. Manakala,fonemik ialah proses pengeluaran bunyi


yang melibatkan bunyi –bunyi bahasa di mental dan belum dilafazkan. Kajian ini
melibatkan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik) dan pendengaran (auditori).

Manakala definisi bagi fonetik adalah merupakan bidang yang mengkaji segala
bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan
lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah
kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-
kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu
dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik pula memakai data
deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan
pengucapan buniyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai
mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik
bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi marginal, dan memberikan simbol
fonetik untuk masing-masing bunyi, yakni menurut Drs. Lufti Abas (1985).

Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979) pula, “The
study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics.”
Pernyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan kira-kira seperti berikut:
“Pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah
fonetik.”Di sini, terdapat tiga pendekatan yang boleh dirumuskan, yakni penyebutan,
pendengaran, dan sifat bunyi iaitu pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik
dalam pengkajian fonetik. Pertama sekali ialah pendekatan penyebutan. Dalam
pendekatan ini, para pengkaji akan meneliti cara bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan oleh
alatalat artikulasi. Sehubungan dengan itu, cabang fonetik ini juga turut dikenali sebagai
fonetik artikulasi.

Kemudiannya ialah pendekatan pendengaran. Dalam pendekatan ini pula


melibatkan penggunaan alat-alat yang canggih untuk mengkaji pendengaran dan
tanggapan bunyi bahasa. Melalui cara pendekatan sebegini, bunyi-bunyi letupan,
letusan, sengauan, geseran, dan sebagainya juga dapat dikesan dengan lebih efektif.

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 1


Seterusnya pula, deskripsi mengenai bunyi-bunyi tersebut dapat dilakukan. Akhir
sekali merupakan pendekatan dalam sifat bunyi. Dalam pendekatan sebegini, alat-alat
tertentu seperti palatogram, letromiografi, dan laringoskopi adalah digunakan untuk
mengkaji sifat-sifat bunyi fizikal bunyi bahasa yang diucapkan. Dengan penggunaan
alat-alat tersebut, bunyi-bunyi bahasa itu tadi dapat digolongkan dalam kategori
masing-masing. Cabang fonetik ini juga dikelali sebagai fonetik akustik.

FONEM-FONEM BAHASA MELAYU

Vokal

Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-paru keluar
berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal
dibahagikan seperti di bawah boleh dibahagiakan kepada tiga bahagian, iaitu:

i. Vokal hadapan

ii. Vokal tengah

iii. Vokal belakang

Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah:

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 2


Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah
mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian
hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala
bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah.

Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-
bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah
lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di
bawah :

Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian
jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi
vokal yang akan dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri
dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir
boleh berbentuk seperti berikut:

· Hampar

· Separuh hampar

· Bundar

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 3


· Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan
separuh bundar.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis
vokal adalah seperti berikut:

KONSONAN

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat
gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan
terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara.

Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara


yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara
adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita
suara.dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan
konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia
ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh
penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

Daerah Bibir Gusi Gusi- Lelangit Lelangit Pita

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 4


sebutan Lelangit Keras lembut suara
(Palatal)
Cara Keras
sebutan

Letupan p b t d k g ʔ

Letusan c j

Sengau m n ɲ ŋ

Geseran f v Θ đ s z Š ẑ χ ɣ h

Getaran r

Sisian l

Separuh w y
Vokal

Carta Konsonan Melayu

Bunyi konsonan di sebelah kiri = konsonan tidak bersuara

Bunyi konsonan di sebelah kanan = konsonan bersuara

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti


dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung.

TUGASAN :

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 5


Transkripsikan satu ayat yang terdiri daripada lebih kurang lima patah perkataan dan
huraikan cara pengeluaran setiap bunyi bahasa yang sekurang-kurangnya terdiri
daripada 10 bunyi yang berbeza berserta gambar rajah pengeluarannya.

“ Fonetik adalah kajian bunyi pertuturan”.

Dalam ayat di atas, terdapat 19 bunyi yang terdiri daripada 5 vokal dan 13 konsonan.
Bunyi-bunyi tersebut adalah [ f ], [ o ], [ n ], [ e ], [ t ], [ i ], [ ˀ ], [ a ], [ d ], [ l ], [ h ], [ k ],
[ j ], [ b ], [ u ], [ y ], [ p ], [ ə ] dan [ r ]. Bunyi-bunyi di atas merupakan bunyi yang terhasil
daripada pelbagai cara pengeluaran baik konsonan mahupun vokal.

Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ]

Udara dari paru-paru keluar berterusan melaui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Lelangit lembut pergi ke belakang tekak
untuk menutup rongga hidung. Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah
lelangit keras tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam
keadaan dihamparkan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan. Contoh
kehadiran vokal ini dalam perkataan adalah :

Awalan Ikan, insan, ikhlas, irama


Pertengahan Jelita, cantik, minum, air
Akhiran Juri, tepi, beli, cari

Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ]

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 6


Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah
dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah
sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula
dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan
keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu
juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan. Contoh kehadiran vokal ini dalam
perkataan adalah seperti berikut :

Awalan Ekor, enak,


Pertengahan Kekok, belok, petak, mereka
Akhiran Tauge, kole

Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ]

Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan bunyi
vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian
lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya
udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil menggetarkan
pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang keluar ini tidak mengalami sebarang
halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan yang melampau
(hampar) dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a]. Contoh kehadiran vokal [a]
dalam perkataan adalah :

Awalan Angsa, alis, atur, alam

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 7


Pertengahan Satu, patah, markah, luas
Akhiran Dua, liga, raya, lupa

Vokal Tengah [ ə ]

Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian
pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dan
anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga hidung. Pita suara
dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar.
Bibir pula dalam keadaam biasa. Bunyi /ə/ akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya
terdapat di bahagian awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja.

Awalan əmak, əmas


Pertengahan bəlah, cəlah

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 8


Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ]

Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding
belakang rongga tekak. Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan
tersekat di belakang pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta merta
dengan mengetarkan pita suara. Contoh kehadirannya dalam ayat adalah :

Awalan Bayang, bulat, bijak, busuk


Pertengahan Sabtu, lumba, labu
Akhiran Kelab, maktab, tiap, adab

Konsonan letupan pita suara (hentian glotis) [ ˀ ]

Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara pita suara dirapatkan serapat-rapatnya
dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari
paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara. Rapatan itu kemudiannya
dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru terhasillah bunyi

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 9


hentian glotis. Hentian glotis di akhir perkataan-perkataan yang dieja dengan huruf /k/.
Hentian glotis hanya hadir pada akhir perkataan seperti :

Akhiran budaˀ, kakaˀ, pokoˀ, kapaˀ

Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ].

Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan
daerah artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini
menyekat arus udara dariparu-paru. Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan-
lahan, menghasilkan bunyi letusan.(berbanding dengan letupan yg dihasilkan dgn serta
merta ). Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut
dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, arus udara daripada
paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang
pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu
dilepaskan dengan perlahan-lahan dengan menggetarkan pita suara. Contoh kehadiran
[ j ] dalam perkataan adalah seperti berikut :

Awalan Jambu, jamu, jual, jari


Pertengahan Laju, panji
Akhiran Kolaj, kolej, caj

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 10


Konsonan geseran bibir – gigi tak bersuara [ f ]

Konsonan /f/ adalah konsonan pinjaman. Cara menghasilkannya ialah dengan


merapatkan bibir bawah ke gigi atas supaya menjadi sempitan. Lelangit lembut
dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan sempitan bibir bawah dan gigi
atas. Glotis direngangkan dan pita suara tidak bergetar. Contoh kehadiran konsonan
pinjaman ini dalam perkataan ialah :

Awalan Feri, fasa, faham


Pertengahan Nafas, lafaz, kafir, safari
Akhiran Mualaf, khilaf, alaf

Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ].

Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat
artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara
menggetarkan lidah. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran,
iaitu konsonan getaran gusi [r]. Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan
lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 11


yang keluar daripada paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah
ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan. Sebagai contoh:

Awalan Rambut, rumah, rakan, rotan


Pertengahan Arah, kerap, perap, seru
Akhiran Getar, malar, gusar, cakar

Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n].

Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan
daerah artikulasi di dalam rongga mulut. Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus
udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Satu perbezaan antara bunyi-bunyi
sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-
bunyi sengau, arus udara keluar melaui rongga hidung oleh sebab lelangit lembut
diturunkan. Bahagian hujung lidah dirapatkan ke bahagian gig-gusi. Kemudian, lelangit
lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga
tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga
hidung sambil pita suara digetarkan. Semua bunyi sengau dalam bahasa Melayu
adalah bunyi bersuara. Contoh sengauan dalam pemakaian perkataan adalah :

Awalan Nasi, nenas, naga, niaga


Pertengahan Kena, benam, tanak, senam
Akhiran Segan, makan, ikan, perawan

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 12


Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ].

Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam
rongga mulut. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian
gusi, [ l ]. Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah diangkat ke arah
gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus
udara yang dikeluarkan dari paru-paru disalurkan melalui rongga mulut, tetapi hanya
dapat keluar melalui tepian lidah (sisi lidah). Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Contoh kehadiran [ l ] dalam perkataan:

Awalan Langit, lapar, lima, lemon


Pertengahan Balik, bila, villa, nila
Akhiran Katil, pukul, kerdil, cekal

Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y].

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 13


Bibir dan lidah mengambil kedudukan vokal [ i ]. Bahagian depan lidah diangkat agak
tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri
terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil
lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai
contoh:

Awalan Yuran,
Pertengahan Bayar, tayar, sayu

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (2005). Linguistik Am Siri Pengajaran Bahasa Melayu. Pahang: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd

Abdul Hamid Mohamad (2002). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media
Printext (M) Sdn.Bhd

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. ( 2006 ). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa
Melayu Kertas 1. Ipoh: Pearson Malaysia Sdn. Bhd

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 14


Nor Hisham Osman. (2001). Pengenalan Linguistik dan Bahasa-bahasa Austronesia.
Shah Alam : Al-Hikmah

Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin (2002). Bahasa Melayu Stpm (Kertas Satu Dan
Dua). Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn.Bhd

Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu STPM. Ipoh:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 15

Вам также может понравиться