Вы находитесь на странице: 1из 5

2.

0 KRITIKAN SASTERA CERPEN MERENUNG SEJENAK


Penulis memilih untuk menganalisis karya sastera kanak-kanak atau remaja yang
menggunakan kaedah struktural. Dalam hal ini, penulis hanya mengkaji secara umum hasil
pembacaan karya Merenung Sejenak hasil karya Abdul Rauf. Kaedah struktural lebih
merujuk kepada struktur yang di ambil kira bagi menghasilkan satu karya yang lebih
bermakna. Karya Merenung Sejenak membawa persoalan mengenai agama dan sosial. Ia
berikutan dengan fitrah kejadian manusia untuk beragama. Namun, dek mengejar
keduniaan hingga lalai dalam menunaikan tanggungjawab beragama. Begitulah resam
hidup masyarakat hari ini di mana pada usia muda lalai dan apabila tua baharulah kembali
menunaikan kewajipan sebagai individu yang berharga. Karya ini berbentuk imbas kembali.
Bersesuaian dengan watak dan perwatakan yang dibawa oleh setiap watak
antagonis, protagonist dan sampinang memainkan perwatakan bagi mewujudkan persoalan
pembaca. Watak utama bagi karya cerpen ini ialah Datuk Hisyam yang merupakan seorang
ahli korporat yang berjaya tetapi leka dalam mengejar harta dunia sehingga pada satu ketika
beliau sedar akan kurangnya amal ibadat di samping kurang memberikan didikan agama
kepada anak-anak.Lalu berusaha untuk beramal ibadat ke surau. Watak protagonist dalam
dalam karya ini merujuk kepada isteri beliau Datin Sofiah yang disifatkan suka berleter
namun setia terhadap suaminya. Watak sampingan dalam cerpen ini merujuk kepada
setiausaha beliau. Setiap watak memainkan peranan masing-masing.
Melalui hasil pembacaan, pengkaji mendapat latar tempat karya ini tertumpu di
surau semasa Datuk Hisyam berusaha menginsafi diri. Apabila dilanda musibah, baharulah
ingat akan Tuhannya. Surau menjadi tempat di awal dan di akhir cerita. Walau
bagaimanapun, bayangan imbas kembali setiap perkara yang berlalu semasa dalam
solatnya adalah merujuk kepada rumah, pejabat dan bilik mesyuarat. Latar masa cerpen ini
mengambil masa 10 minit yang bermula sedari awal Datuk Hisyam mengangkat takbir
hingga selesai memberi salam. Namun, setiap bayangan beliau merupakan perkara yang
pernah berlaku sebelum ini.
Selain itu, plot cerpen digambarkan bermula sedari awal Datuk Hisyam menunaikan
solat sehingga selesai memberi salam. Setiap cerita digambarkan semasa beliau
menunaikan solat. Bermula dengan ingatannya terhadap isterinya Datin Sofiah yang kuat
berleter. Diikuti dengan Liza setiausahanya yang genit dan sentiasa menurut perintah.
Kemudian masalah perniagaan yang membelitnya serta sekilas bayangan akan mesyuarat
yang dijalankan bersama kakitangannya. Namun menjadi persoalan kepada pembaca
adakah Datuk Hisyam mengingat setiap urutan peristiwa hang dilaluinya semasa dalam
solat.

DI samping itu, teknik penulisan karya merenung sejenak ini sangat menarik di mana
mampu membawa pembaca untuk membayangkan sesuatu yang dibayangkan oleh Datuk
Hisyam. Bermula daripada awal sehingga selesai menunaikan solat. Penulis menggunakan
pelbagai teknik hingga mewujudkan persoalan kepada pembaca siapa dan apa kaitan setiap
watak yang hadir dalam bayanagn Datuk Hisyam semasa beliau menunaikan solatnya.
Sebagai contoh, hadirnya dua watak sampingan yang kurang jelas perwatakannya iaitu
siapa Zety dan Fendi yang sedang duduk berdua-duaan di Taman Bunga dan apa kaitannya
dengan Datuk Hisyam sehingga mengganggu solat beliau? Adakah mungkin mereka anak
Datuk atau sekadar watak bagi mewujudkan kekeliruan pembaca?. Pada pendapat
pengakaji, penulis seharusnya memberitahu watak kedua-dua anak remaja ini. Timbul
persoalan siapakah mereka kerana sehingga selesai salam masih juga tidak dijelaskan
watak mereka.

Dato Hisyam memerhati segenap ruang taman itu. Matanya tersangkut pada dua batang
tubuh yang sedang berdua-duaan di atas bangku panjang di satu sudut taman yang nyaman
itu. Dia mengamat-amati pasangan kekasih (tekanya) itu dari belakang. Kemudian, dia
mengetap bibirnya yang sedikit kering,
Dia tidak puas hati lantas melebarkan khittah menghampiri pasangan kekasih yang
kelihatan seperti sedang bergebang mesra itu. Gegendang telinganya semakin jelas
menangkap butir bicara perbualan mereka.
"Zety, aku cinta padamu," sang teruna memasang janji. Si dara melebar senyum,
merasakan detik-detk itu terlalu indah dan antara yang paling berharga dalam hidupnya.
"Fendi, aku juga mencintaimu," si dara pula mengukuh setia. Pasangan kekash itu hanyut
dalam kepalsuan percintaan. Terkebil-kebil mata Dato Hisyam memerhati gelagat mereka
berdua.

Seterusnya ialah melalui gaya bahasa yang digunakan. Karya ini merupakan karya moden
yang menceritakan budaya hidup masyarakat alaf 21 namun penulis berjaya membawa
pembaca dengan gambaran awal penceritaan yang sangat menarik. Ia bermula dengan
permulaan yang menarik dan berakhir dengan persoalan

Bermula dengan:
Dato Hisyam mengangkat kedua belah tangan ke paras telinga lantas memeluk tubuhnya
yang gempal dan berdaging pejal itu. Angin malam mencucuk-cucuk badannya dengan
kuku kedinginan
Dan cerpen ini diakhir dengan ayat berikut;
Dan malam itu, buat kesekian kalinya, Dato Hisyam menunaikan solat taubat lapan rakaat
empat salam. Datin Safiah ternanti-nanti kepulangan suaminya.
Namun pada pendapat pengkaji adalah lebih baik jika penulis tidak menggunakan
kata

..buat

kesekian

kalinya

yang

boleh

mengelirukan

pembaca

kerana

ia

menggambarkan Datuk Hisyam telah berkali-kali melakukan solat sunat taubat di mana
penutup ayat tidak bersesuaian ..datin safiah ternanti-nanti kepulangan suaminya. Kenapa
isterinya perlu menanti sedangkan perkara itu sudah menjadi kebiasaan beliau. Lebih baik
sekiranya ayat yang digunakan ..buat pertama kalinya... Tetapi adalah lebih baik jika Datuk
Hisyam melakukan solat sunat taubat itu di rumah bagi mewujudkan keinsafan kepada
seluruh isi rumah termasuk isterinya yang masih lalai dengan dunia.
Kesimpulannya, karya sastera Merenung Sejenak ini merupakan karya yang masih
mengekalkan elemen-elemen yang perlu ada bagi mewujudkan satu cerita yang menarik
dan bermakna dan berjaya menyampaikan mesej kepada pembaca. Penulis karya ini
sememangnya bijak menggarap jalan cerita dan tetap mengekalkan kewujudan nilai-nilai
murni dalam agama. Watak-watak yang ditonjolkan memainkan peranan penting dan
berhasil memberikan impak emosi kepada para pembaca. Sememangnya, penulisan karya
seperti ini perlu diteruskan di masa akan datang bagi memastikan sastera dan budaya
melayu dapat dikekalkan seiring perubahan zaman.

3.0 KEUPAYAAN SASTERA KANAK-KANAK MENJANA PENDIDIKAN MALAYSIA

Cerpen merupakan salah satu bahan sastera yang utama dalam pengajaran bahasa Melayu
terutamanya di peringkat sekolah menengah. Namun begitu, jarang sekali kita dengari
cerpen dijadikan sebagai bahan sastera dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah.
Sebenarnya, penggunaan cerpen sebagai bahan pengajaran amat relevan untuk digunakan
di dalam bilik darjah bagi murid-murid sekolah rendah. Hal ini demikian kerana bahan
sastera seperti cerpen ini dapat membantu merealisasikan hasrat yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari sudut yang pelbagai.
Cerpen sebagai bahan sastera sememangnya dapat menjana proses pendidikan
murid di sekolah rendah. Namun persoalannya, bagaimana? Salah satunya adalah dengan
menerapkan sastera dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah. Penerapan sastera
dalam pengajaran bahasa secara tidak langsung dapat membantu merealisasikan potensi
murid sepenuhnya serta memperkembangkan minat mereka terhadap pembelajaran
sepanjang hayat.
Tinta idea dan pandangan dari Othman Puteh (1996) menyatakan beberapa
matlamat pengajaran sastera iaitu untuk pengukuhan pengajaran bahasa, menanam minat
suka membaca bahan-bahan sastera, menekankan aspek-aspek moral dan pengajaran
yang diperolehi dari karya-karya sastera yang dibaca dan melatih penghayatan ke atas
aspek-aspek seni dan estetika dalam bahasa sastera. Selain itu, pendedahan pada genregenre lain haruslah dipupuk oleh ibu bapa dan guru-guru sejak kanak-kanak ini di bangku
sekolah rendah lagi.
Oleh yang demikian, amatlah wajar cerpen dijadikan sebagai bahan pengajaran
sastera. Melalui aktiviti-aktiviti sastera, murid dapat memantapkan lagi pengetahuan,
pemahaman dan penguasaan terhadap bahasa Melayu. Menerusi wadah ini juga, minat
membaca dalam diri dapat dipupuk, kefasihan bahasa dapat dibina dan budaya Melayu
berjaya dihayati dalam kalangan murid.

Peranan guru adalah penting dalam menjadikan sastera sebagai wadah untuk
menjana pendidikan. Guru boleh mengasah bakat murid dalam bidang akademik dan
kesenian melalui pembelajaran mengapresiasi karya cerpen yang secara tidak langsung
diharapkan dapat merealisasikan potensi mereka sepenuhnya serta mengembangkan minat
murid terhadap pembelajaran sepanjang hayat. Melalui bahan sastera seperti puisi,
diharapkan guru dapat membentuk yang tahu bagaimana untuk menghargai penulisan
kreatif, mencari jawapan serta sanggup berfikir, menyelesaikan masalah dengan cara
baharu dan juga menjana peluang baharu untuk masa hadapan.

Di samping itu, penggunaan puisi-puisi dan lagu-lagu Melayu dapat membantu murid
memiliki nilai-nilai murni supaya mereka berwatak teguh dan mampu menangkis cabaran
hidup yang tidak dapat dielakkan. Dalam proses menguasai bahasa, murid akan dilatih agar
mempunyai

keupayaan

untuk

menerima informasi,

menjana idea dan

berkongsi

pengetahuan serta pengalaman. Justeru, dengan adanya peluang untuk melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti sastera, guru dapat menyemai nilai-nilai murni seperti kepercayaan
terhadap diri-sendiri, menjalin persahabatan dengan orang lain, menghormati dan
menyayangi rakan-rakan serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
Tuntasnya, cerpen boleh dijadikan bahan utama dalam pengajaran bahasa kerana
penerapan sastera dalam pengajaran bahasa juga amat penting dalam memupuk sifat ingin
tahu. Keinginan murid untuk mendapatkan pengetahuan tentang sesuatu adalah menerusi
pembacaan buku-buku cerita Melayu dan hal ini sekaligus dapat menarik minat murid
mempelajari bahasa Melayu.

Вам также может понравиться