Вы находитесь на странице: 1из 10

10

CARA MENJAHIT JUBAH

Inilah bentuk jubah yang akan dijahit.


Sediakan sepasang baju kurung sebagai
baju contoh. Seterusnya, kita mulakan
dengan melukis pola
Letakkan baju contoh di atas pola. Bahagian
tengah baju berada betul-betul di garisan tepi
pola. Pin baju dan pola menggunakan jarum
peniti jika perlu.
Kemudian, tanda titik A, B, C, D dan E seperti
ditunjukkan dengan warna merah.
Titik A berada di bahagian bahu. Titik B dan C
berada di hujung lengan. Titik D dan E berada di
kekek (ketiak) baju.
Sediakan kertas minyak atau kertas surat
khabar. Saya cantumkan 2 helai kertas minyak
supaya pola dapat dilukis mengikut panjang
.

jubah

yang

dengan

dikehendaki. Garisan

ukuran

panjang

AB

jubah

sama
yang

Seterusnya, buka dan ukur bahagian kaki kain


dikehendaki. Kemudian, lukis garis lurus
baju kurung dan tanda bahagian tengahnya.
melintang
pada bahagian
dan satu
lagi
Kemudian
letak kainatas
tersebut
di bahagian
paling
garis melintang
pada bahagian
seperti tengah
di
bawah pola.
Pastikanbawah
bahagian
kain
di garisan
tepi
pola.
dalam berada
gambar.betul-betul
Lukis gunakan
pen atau
pensel.
Pola di dalam gambar dilukis menggunakan

Tanda titik F seperti ditunjukkan dengan warna

'marker'
untuk tujuan
pembelajaran
merah.
Seterusnya,
sambungkan semua titik-titik

yang telah ditanda.

Titik-titik yang telah disambung akan kelihatan


begini. Lihat titik D dan Titik E yang merupakan
bahagian kekek baju kurung. Sambung keduadua titik tersebut dengan melengkungkan
sedikit, seperti ditunjukkan di dalam gambar.
Lukis lengkung cukup sekadarnya. Lengkung di
dalam gambar dilukis menggunakan tangan
tanpa sebarang pembaris. Seterusnya, gunting
di sekeliling pola

10
Pola yang telah digunting akan kelihatan begini.
Sekeping pola untuk badan dan sekeping untuk
lengan.
Seterusnya, kita akan menggunting bahagian
badan baju.

Lipat kain kepada dua bahagian dan letakkan


pola di atasnya. Kedudukan pola adalah seperti
di dalam gambar. bahagian tepi pola berada
betul-betul selari dengan bahagian lipatan kain.
Pinkan pola bersama kain menggunakan jarum
peniti. Tanda dengan kapur setengah inci
melebihi ukuran pola pada bahagian tepi dan 1
inci melebihi pola pada bahagian bawah.
Gunting di sekelilingnya

10
Kain yang telah siap digunting akan kelihatan
begini.

Apabila pola ditanggalkan kain akan kelihatan


begini.
Ulang langkah yang sama untuk mendapatkan
sekeping lagi bahagian badan jubah.

Inilah dua keping bahagian badan jubah untuk


depan dan belakang. Seterusnya, kita akan
memotong bahagian lengan.

10

Lipat kain kepada dua bahagian dan letakkan


pola di atasnya. Kedudukan pola adalah seperti
di dalam gambar. bahagian tepi pola berada
betul-betul selari dengan bahagian lipatan kain.
Pinkan pola bersama kain menggunakan jarum
peniti. Tanda dengan kapur setengah inci
melebihi ukuran pola pada bahagian tepi dan 1
inci melebihi pola pada bahagian hujung lengan.
Gunting di sekelilingnya.

Kain yang telah


kelihatan begini.

siap

digunting

Apabila pola ditanggalkan


kelihatan begini.

akan

kain

akan

10
Apabila kain dibuka, ianya kan kelihatan
begini.
Ulang
langkah
yang
sama
untuk
mendapatkan
sekeping
lagi
bahagian
lengan jubah.

Dua keping
dipotong.
Seterusnya,
dicantum

lengan

jubah

bahagian

atas

telah

siap

jubah

akan

Cantumkan bahagian atas jubah seperti


ditunjukkan dengan garisan merah. Jahit
pada bahagian dalam.

10
Ini adalah bahagian atas jubah yang telah
dicantum. Lipat dan seterika bahagian itu
untuk
mendapatkan
titik
tengahnya.
Seterusnya, lubang leher akan ditebuk.

Saya tunjukkan cara paling simple untuk


menebuk lubang leher. Lubang leher yang
ditebuk dengan cara ini boleh terus dijahit
tepi. Inilah cara paling malas dan cepat
untuk menyiapkan lubang leher. Lubang
leher tidak kelihatan kerana boleh ditutup
dengan
tudung.
Buka dan lipat bulatan leher pada baju
contoh. Lipat di bahagian tengahnya, iaitu
bahagian yang ditunjukkan dengan garisan
hijau.

Lubang leher baju contoh yang telah dilipat


akan kelihatan begini. Pin menggunakan
jarum peniti supaya bahagian tersebut tidak
bergerak.
Seterusnya, bahagian ini akan diletakkan di
bahagian atas jubah yang telah dilipat dan
diseterika.

10
Bahagian atas jubah yang telah dilipat dan
diseterika
akan
kelihatan
begini.
Seterusnya, letakkan leher baju contoh di
atas jubah.

Leher baju contoh diletakkan selari dengan


bahagian leher jubah seperti di atas. Leher
baju contoh perlu diletakkan dengan betul
supaya potongan leher cantik dan baju tidak
terjungkit. Lihat langkah seterusnya untuk
teknik yang betul.

Letak lubang leher baju contoh selari dengan lipatan


kain
seperti
ditunjukkan
di
dalam
gambar.
Garis berwarna merah merupakan bahagian tengah
baju. Jarak bahagian tengah baju dengan bahagian
atas lubang leher pada baju contoh mestilah 2.5 cm.
Jarak yang kurang boleh menyebabkan baju
terjungkit. Garisan kuning di dalam gambar berukuran
2.5
cm.
Lihat garisan hijau di bahagian atas. Apabila lubang
leher baju contoh diletakkan, bahagian tersebut perlu
diluruskan.
Pin menggunakan jarum peniti supaya kedua-duanya
tidak bergerak. Kemudian, tanda di sekeliling separuh
bulatan tersebut. Tanda juga panjang leher yang
dikehendaki.

10
Tanda yang dibuat akan kelihatan begini. Ukuran
panjang
leher
ditanda
dengan
Titik
S.
Kemudian, gunting di sekelilingnya. Gunting juga
panjang lubang leher.

Lubang leher yang telah digunting akan kelihatan


begini. Gunting lurus pada garisan lipatan kain
mengikut panjang leher yang telah ditanda dengan
Titik S.

Lubang leher yang telah siap digunting akan


kelihatan begini. Jahit tepi bahagian
tersebut. Saya tunjukkan cara menyambung
piping pada bahagian lubang leher di lain
masa,
insyaAllah.
Seterusnya, bahagian badan jubah akan
disambung dengan lengan.

10

Seterika
bahagian
atas
lengan
bagi
mendapatkan titik tengahnya. Sambungkan
dan pin menggunakan jarum peniti.
Jahit dari bahagian atas lengan. Mulakan
jahitan
pada
garisan
merah
seperti
ditunjukkan di dalam gambar. Jahit dari atas
sehingga habis ke bawah. Kemudian, jahit
pula pada bahagian seperti ditunjukkan
dengan garisan hijau. Tindah jahitan yang
telah dibuat sebelum ini. jahit sehingga habis.

Bahagian lengan yang telah disambung


dengan bahagian badan akan kelihatan
begini.
Seterusnya, lipat bahagian atas jubah seperti
ditunjukkan dengan garisan merah untuk
menyambung bahagian tepi jubah.

Samakan
bahagian
ketiak
baju
dan
keseluruhan bahagian tepi baju. Pin
menggunakan jarum peniti. Kemudian, jahit
dari bahagian atas seperti ditunjukkan
dengan garisan merah. Jahit habis sehingga
ke bawah. Kemudian, jahit pada bahagian
lengan seperti ditunjukkan dengan garisan
hijau. Tindih jahitan yang telah dibuat
sebelum ini. Jahit habis hingga ke hujung
lengan.
Ulang langkah yang sama pada bahagian
sebelah lagi.

10
Kemudian, lipat bahagian hujung lengan
dan kaki jubah. Seterika dan jahit
bahagian tersebut. SIAP.

Вам также может понравиться