Вы находитесь на странице: 1из 2

Keperluan Fizikal atau Infrastruktur Khas seperti peralatan, bahan, dan lain-lain.

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua


pendekatan, iaitu Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan
pendengaran, dan Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan.
Kedua-dua program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah
dan sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran secara pen-gasingan dan separa inklusif. Tempoh
belajar bagi murid-murid berkeperluan khas di peringkat rendah ialah 6 tahun,
manakala bagi pelajar berkeperluan khas peringkat menengah ialah 5 tahun. Namun
begitu, tempoh ini boleh dilanjutkan sehingga 2 tahun maksimum sama ada di
peringkat rendah atau menengah mengikut ke-perluan para pelajar berkenaan
(Jabatan Pendidikan Khas, 2004).
Justeru, terdapat beberapa keperluan yang penting dan perlu kepada individu
berkeperluan khas ini. Berikut merupakan keperluan infrastruktur dan fizikal yang
diperlukan oleh individu bekeperluan khas:
1. Sekolah Pendidikan Khas
Peranan untuk membina sekolah bagi inidividu bekerperluan khas merupakan
tanggungjawab pihak kerajaan dan bukan kerajaan. Menyedari hakikat kekurangan
yang dihadapi oleh individu bekeperluan khas ini, pihak-pihak tertentu haruslah
membina sekolah yang dikhaskan untuk mendidik individu ini. Tambahan,
penyediaan kelas dalam sekolah haruslah dalam bentuk yang kondusif dan ceria. Ini
bagi menarik minat individu berkeperluan khas ini untuk belajar dalam suasana yang
selesa.
2. Tenaga Pengajar
Pihak kerajaan harus menyediakan tenaga pengajar yang menjurus kepada individu
berkeperluan khas ini. Sebagai contoh, mendidik guru pelatih yang pakar dalam
bidang pendidikan khas ini. Hal ini demikian kerana, dengan adanya tenaga pengajar
yang pakar dalam bidang ini, keperluan pendidikan untuk individu berkeperluan khas
ini akan dapat dipenuhi. Maka, meskipun mereka mempunyai kekurangan, tetapi
mereka tetap memiliki ilmu untuk digunakan dalam sesuatu bidang

3. Bidang Pekerjaan
Menyedari hakikat bahawa setiap insan memiliki potensi yang tersendiri, pihak yang
bertanggungjawab haruslah menyediakan keperluan yang secukupnya untuk individu
berkeperluan khas ini. Sebagai contoh, pihak kerajaan dan swasta menyediakan
peluang pekerjaan mengikut kepakaran individu tersebut. Antaranya termasuklah,
membuat barangan kraftangan, kerja kilang, dan sebagainya. Setiap kerja yang
disediakan haruslah sesuai dengan kebolehan yang dimiliki oleh individu tersebut.

Вам также может понравиться