Вы находитесь на странице: 1из 25

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGM3073
PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

TUGASAN INDIVIDU

DISEDIAKAN UNTUK :

DISEDIAKAN OLEH :

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


NAMA

NO.MATRIK

Bulan dan Tahun

PUSAT

Pendaftaran
TUGASAN

PENTADBIRAN BURUH DI MALAYSIA

SOALAN TUGASAN :

TUBUHKAN SEBUAH KESATUAN SEKERJA YANG SAH MENGIKUT AKTA YANG BETUL DALAM SEBUAH
ORGANISASI IMAGINASI ANDA. BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH SETERUSNYA DAN PROSEDUR
YANG BETUL DI MANA KESATUAN ANDA BOLEH BERSAMA KE ATAS SATU (1) ISU YANG
DIKENALPASTI, SERTA HURAIKAN DUA (2) KEMUNGKINAN YANG BOLEH BERLAKU SEBAGAI HASI
DARIPADA PERUNDINGAN BERSAMA TERSEBUT.

Tarikh Serahan

Tarikh
Penerimaan

Nama Pensyarah

1.0

Pengenalan

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


Kesatuan sekerja merupakan suatu bentuk pertubuhan dalam tred, pekerjaan atau industri tertentu
yang berfungsi sebagai badan yang menjaga dan melindungi pekerja atau anggotanya melalui
perundingan dan perjanjian bersama dengan majikan demi menjamin hak dan faedah pekerja
dam memainkan peranan yang penting dalam perhubungan industri. Ianya pertubuhan yang tidak
sahaja terhad kepada pekerja-pekerja biasa malahan termasuk mereka yang berada dalam
kategori pengurusan, penyelia, eksekutif dan sebagainya. Secara umumnya, kesatuan sekerja ini
berfungsi sebagai orang tengah untuk mengatasi pelbagai masalah yang melibatkan tuntutan
perkeja dan majikan sekaligus mengimbangi perbezaan kedudukan antara majikan dan pekerja.
Selain itu, melalui kesatuan sekerja, pekerja juga akan menikmati faedah-faedah tertentu yang
dituntut oleh kesatuan seperti mana persetujuan yang dicapai dalam perjanjian bersama tanpa
mengira sama ada dia adalah ahli kesatuan ataupun tidak.

2.0

Definisi Kesatuan Sekerja

Merujuk kepada Seksyen 2(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang bermaksud seperti
berikut:
"apa-apa perhubungan atau gabungan pekerja-pekerja atau majikan-majikan yang
menjadi pekerja di mana tempat pekerjanya adalah di Malaysia Barat, Sabah atau
Sarawak mengikut mana yang berkenaan."
a) dalam mana-mana pertubuhan, tret, pekerjaan atau industri yang tertentu
atau dalam apa-apa industri yang serupa;
b) sama ada secara sementara atau tetap; dan
c) yang mempunyai antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuantujuan berikut.
Akta-akta yang berkaitan pula ialah:

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


1. Perkara 10(1)(c) Perlembangaan Persekutuan menjamin hak warganegara
untuk menyertai persatuan.
2. Akta Perhubungan Perusahaan

(APP)

1967

seksyen

dan

yang

memperuntukkan jaminan hak pekerja. Seksyen 4 menjamin kebebasan


kedua belah pihak iaitu tidak boleh ada campur tangan atau ancaman
daripada pihak yang satu lagi berhubung hak untuk menubuhkan atau
menyertai atau terlibat dalam aktiviti kesatuan pekerja. Seksyen 5(1)(a), 5(1)
(b), 5(1)(c), 5(1)(d) dan 5(1)(e).

3.0

Sejarah Penubuhan Kesatuan Sekerja

Sejarah penubuhan kesatuan sekerja bermula di Britain semasa revolusi industry


berlaku hasil daripada perkembangan pesat pembukaan kilang dalam pelbagai
bidang dan cabang industri. Kesatuan sekerja mula mendapat hak pada tahun 1915
seterusnya menjadi ikutan di seluruh dunia sehingga kini.

Perkembangan undang-undang perindustrian di Malaysia berlaku dalam dua peringkat iaitu


sebelum tahun 1940 dan selepas perang dunia ke-2. Tiada undang-undang buruh atau kesatuan
sekerja diperkenalkan walaupun pada masa itu Parlimen England telah pun menggubal Akta
Kesatuan Sekerja sendiri. Para pekerja ladang getah dan pelombong bijih timah yang terdiri
daripada masyarakat India dan Cina sekitar 1920-an tidak mengambil berat berkenaan kesatuan
sekerja kerana kurangnya pendedahan terhadap penglibatan dalam kesatuan sekerja disamping
taraf penempatan mereka di Tanah Melayu pada waktu itu hanyalah sementara. Walau
bagaimanapun, keadaan menunjukkan perubahan apabila pekerja Cina mula melibatkan diri
dalam berbagai-bagai persatuan dan petubuhan yang dipengaruhi oleh komunis di China.
Penglibatan kaum Cina dalam berbagai-bagai persatuan secara tidak langsung menghasilkan

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


suatu bentuk kerjasama dengan komunis. mewujudkan pergerakan buruh yang mula menuntut
hak-hak tertentu melalui beberapa peristiwa mogok yang berlaku pada masa itu. Sungguhpun
undang-undang kesatuan sekerja yang pertama telah diluluskan pada tahun 1940 di Negerinegeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, ianya tidak dapat dilaksanakan kerana
berlakunya pemerintahan Jepun.

Undang-undang dan pergerakan buruh mula menunjukkan perubahan selepas perang dunia
berlaku. Pertikaian dan mogok buruh semakin menjadi jadi akibat kekurangan makanan, inflasi,
kemiskinan. Mereka menuntut makanan, beras, kenaikan harga bijih, getah dan lain-lain. Pada
tahun 1946, Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dilaksanakan dan dikuatkuasakan ke seluruh Tanah
Melayu dan kemudian mewajibkan setiap kesatuan sekerja didaftarkan dengan Pendaftar
Kesatuan Sekerja. Sebuah Jabatan baru ditubuhkan bagi mengendalikan urusan pendaftaran dan
penyeliaan aktiviti kesatuan. Jabatan Penasihat Kesatuan Sekerja turut diwujudkan bagi
memberi khidmat nasihat berkenaan kesatuan sekerja. Kesatuan Sekerja Pan-Malayan
Kebangsaan kemudiannya diwujudkan yang mana sebilangan besar anggotanya dipengaruhi oleh
komunis.

Kerajaan British akhirnya membuat beberapa pindaan ke atas Enakmen Kesatuan Sekerja
berikutan peningkatan angka mogok dan pergerakan buruh yang lebih bermotifkan politik pada
tahun 1948. Ianya dipinda bagi menyekat keanggotaan kesatuan sekerja kebangsaan di samping
mengenakan syarat dan peraturan baru terhadap kesatuan yang sedia ada. Akibatnya aktiviti Parti
Komunis Malaya melalui kesatuan sekerja menjadi semakin lemah. Semenjak itu, pengawalan

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


undang-undang terhadap kesatuan sekerja masih diteruskan walaupun selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan. Ia bertujuan menghalang kesatuan sekerja daripada disalahgunakan bagi
perkara-perkara yang boleh mengancam dan menggugat keselamatan dan kemajuan ekonomi
negara. Pada hari ini Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Disemak 1981) digunakan oleh semua
kesatuan di seluruh Semenanjung Malaysia dan kemudian diperluaskan ke Sabah dan Sarawak
pada tahun 1965.

4.0

Peranan dan fokus kesatuan sekerja

Kebajikan pekerja menjadi fokus kesatuan sekerja kerana banyak perkara yang
melibatkan pekerja. Antaranya ialah:

perubahan struktur pekerjaan, terma dan keadaan pekerjaan.


pembangunan sumber manusia.
mobiliti antara kerja secara mendatar dan menegak.
kesihatan dan keselamatan pekerja.
kualiti kehidupan pekerja dan keselamatan sosial (PERKESO)

Balakrishnan (2003) menyatakan fokus kesatuan sekerja adalah seperti berikut:

Memperluas ruang antara pembahagian pendapatan dengan kekayaan


dalam masyarakat

Memperkembang sektor informal dalam pasaran buruh

Kemerosotan keselamatan dalam sistem pekerjaan, upah benar dan


faedah minimum pekerja menurut kehendak undang-undang

Isu pengangguran dan guna tenaga

Peningkatan dari segi kadar kemiskinan

Hilangnya ciri demokrasi dan juga hak kesatuan sekerja di tempat kerja

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

Penswastaan tanpa mengambil kira kesan-kesan sosial terhadap

golongan pekerja

Peningkatan marginal pekerja terutamanya pekerja wanita, golongan


pekerja asing dan peningkatan buruh kanak-kanak dalam pasaran
buruh.

Peranan kesatuan sekerja adalah mengikut kesatuan masing-masing. Sebagai


contoh, Awang Abdullah (2002) menegaskan bahawa perjuangan MTUC adalah lebih
tertumpu kepada:
a.
b.
c.
d.
e.

5.0

hak gaji minimum


hak pekerja
pembangunan kemahiran dan buruh asing
piawaian keselamatan dan kesihatan pekerja
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Motif menyertai kesatuan sekerja

Kuasa pekerja yang dikumpulkan daripada individu dalam usaha mendapatkan


faedah dan manfaat dari majikan memberi manfaat kepada setiap ahli dalam
perundangan ekonomi, perundangan kerja, perubahan sosial dan kepuasan diri
sekaligus memenuhi tuntutan peribadi mereka dari majikan masing-masing.
Maimunah (2007) menyatakan tiga motif utama pekerja ingin melibatkan diri dalam
kesatuan pekerja iaitu:
Motif Ekonomi
Motif Sosial
Perlindungan Hak

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


5.1

Motif ekonomi

Dorongan dan harapan ke arah kehidupan yang lebih baik menjadi pilihan
pekerja dan cara untuk mendapatkan apa yang diingini ialah dengan
menyertai kesatuan sekerja yang ditubuhkan. Dengan menyertai kesatuan,
mereka dapat memperbaiki syarat-syarat perkhidmatan pekerjaan yang lebih
baik dan memuaskan di samping menyuarakan pendapat mereka masingmasing terhadap pentadbiran dan faedah yang mereka perolehi.
Contohnya tuntutan kenaikan gaji oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di
Dalam

Perkhidmatan

Awam

(CUEPACS)

awal

tahun

yang

lalu

telah

menyebabkan kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar gaji baru kepada


kakitangan kerajaan seluruh negara.
Peningkatan kuasa perundingan hasil daripada penyatuan dan penggabungan
pekerja untuk berunding secara kolektif dengan majikan berkaitan syaratsyarat pekerjaan yang lebih baik.

Faedah yang ditawarkan oleh majikan boleh dinikmati seperti ;

MTUC yang menyediakan pendidikan kesatuan dan latihan

NUEB menyediakan perlindungan insuran

NUPW memberi biasiswa kepada anak-anak ahli, dan

NUPCIW menyediakan pampasan kepada keluarga ahli yang meninggal


dunia, banjir, kebakaran atau mala petaka yang lain.

5.2

Motif sosial

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


Hidup secara berkesatuan menjadikan setiap individu merasa diri mereka
mendapat sokongan dan bantuan. Justeru, dengan menyertai kesatuan,
mereka akan dapat memenuhi keperluan sosial iaitu:
a)

Keperluan

untuk

dipunyai

dalam

kumpulan

Keperluan

(Teori

Hirarki
Maslow)

Dalam kumpulan, hubungan yang rapat, minat dan keperluan sosial


yang sama memberi semangat kepada pekerja untuk membina faedah
yang lebih banyak seperti polisi insuran, pusat jagaan dan lain-lain
faedah.
Contohnya MTUC menyediakan faedah yang diberikan merupakan
b)

keperluan sosial yang diperlukan oleh pekerja.


Pengaruh rakan sejawat
Perlu beberapa ahli untuk mendapatkan pengiktirafan supaya dapat
mendorong pekerja lain menyertai kesatuan bagi menyokong aktiviti

c)

rakan sejawat.
Memperlihatkan daya kepimpinan
Memberi peluang kepada pekerja mengamalkan sifat-sifat kepimpinan
dalam hirarki kesatuan. Seterusnya dapat membantu rakan sejawat
untuk membaiki syarat-syarat dan keadaan pekerjaan.

5.3

Perlindungan hak

Dengan melibatkan diri dalam kesatuan, masalah diskriminasi, diversiti,


eksploitasi dan layanan yang tidak adil di tempat kerja dapat dielakkan dan
diatasi dan keadilan terhadap pekerja tanpa mengira perbezaan genetik
mahupun persekitaran. Contohnya kes yang berlaku di Sea Firebricks di mana
pembayaran gaji yang berlainan berdasarkan gender untuk jumlah kerja yang
sama, Di sini jelas terdapat layanan yang tidak adil berdasarkan gender
pekerjanya.

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

Selain itu, penyertaan dalam kesatuan juga melindungi pekerja dari segi
jaminan kerja melalui kontrak kesatuan yang menuntut peraturan-peraturan
yang tegas bagi mengelakkan pekerja dari menjadi mangsa pembuangan dan
pemecatan yang tidak adil oleh pihak majikan.

Terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pekerja untuk menyertai


kesatuan sekerja telah dijelaskan oleh Farnham dan Pimplott (1995) sebagai:
i)

Pertukaran struktur di dalam corak pekerjaan kebangsaan (structural

changes in
the pattern of national employment)
ii)
Pertumbuhan dan penurunan di dalam ekonomi nasional (growth and
decline in
the national economy)
iii)
Politik, perundangan dan persekitaran sosial perusahaan perindustrian
(political,
legal and social climate of industrial relations)
iv)
Imej kesatuan, tarikan dan pemimpin (trade union image, appeal and
leadership)
6.0

Halangan penubuhan kesatuan oleh majikan

Walaupun penyertaan dalam kesatuan sekerja memberi lebih banyak faedah


kepada pekerja, namun ianya tidak membawa manfaat yang besar kepada majikan
berikutan peningkatan kos tenaga buruh, pekerja yang tidak cekap diberikan
perlindungan dan mengganggu perkhidmatan awam. Contohnya syarikat makanan
segera, McDonalds. R. Queenland (eksekutif dan pengurus) menyatakan bahawa
implikasi pertama berurusan dengan kesatuan sekerja ialah peningkatan kos gaji

10

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


dan lain-lain faedah sampingan telah membebankan majikan untuk mengekalkan
kebajikan pekerja untuk jangka masa yang panjang.

7.0

Reaksi majikan terhadap kesatuan

Kesatuan sekerja dilihat daripada perspektif positif dan negatif oleh majikan.
Biasanya, kekuatan kesatuan sekerja ialah berjaya dalam konflik yang dibuat secara
terbuka dengan majikan seperti yang berlaku di Perancis iaitu mogok pekerja kereta
api. Selagi permintaan mereka tidak ditunaikan oleh majikan, mogok akan
diteruskan. Apabila kerajaan bersetuju dengan beberapa tuntutan kesatuan, para
pekerja kembali bekerja dan perkhidmatan pengangkutan awam kereta api pulih
seperti

sedia

kala.

Pertelingkahan

secara

terbuka

tetapi

terkawal

dapat

mengurangkan tempoh konflik kerana kedua-dua pihak, pekerja dan majikan dapat
mengawal keadaan.
Apabila usaha CUEPACS menuntut bonus diberikan kepada kakitangan kerajaan
gagal, CUEPACS masih cuba mencari penyelesaiannya sehingga tuntutan yang
dibuat dipersetujui oleh kerajaan.
Permintaan kesatuan sekerja bagi sesuatu isu kadang kala diterima dengan senang
hati. Apabila majikan mendapati prestasi organisasi sangat memberangsangkan,
mereka memikirkan bentuk penghargaan yang boleh diberikan kepada pekerja.
Biasanya kesatuan sekerja memohon kenaikan gaji, bonus atau kebajikan pekerja
yang lebih baik. Jika permintaan berpatutan, majikan akan menunaikannya dengan
mudah. Suasana yang lebih mudah ialah wujud kerjasama di antara kesatuan
sekerja dan majikan. Kerjasama ini akan membantu golongan pekerja dan majikan
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi masing-masing. Maka, kedua-dua
pihak mendapat manfaat yang berkekalan dan berlaku win win situation.

11

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

8.0

Strategi majikan untuk menghalang tindakan kesatuan

Di sesetengah negara, majikan akan mencari jalan menghalang kesatuan sekerja


bertindak kerana imej yang dibawa kesatuan sekerja membawa trauma kepada
majikan. Keadaan ini akan menjadi

tegang jika kesatuan sekerja merancang

mengadakan demonstrasi atau mogok. Tindakan demonstrasi atau mogok akan


mencemarkan imej majikan dan memberi kesan negatif dan sekalgus menjejaskan
produktiviti dan prestasi organisasi.

Jadi, bagi mengelakkan kesatuan sekerja membuat tuntutan yang melampau, ada
beberapa cara yang digunakan oleh majikan seperti:
membayar gaji dan faedah yang lebih baik
melibatkan pekerja dalam proses pembuatan keputusan, pelaksanaan polisi
sistem terbuka secara efektif
menawarkan latihan, pembangunan dan jaminan tempoh jawatan
memupuk perasaan percaya dan setia dalam organisasi melalui maklum
balas terhadap ketidakpuasan pekerja terhadap organisasi.
Contohnya majikan di kilang-kilang elektronik di Malaysia berjaya mengelak
daripada pekerjanya menyertai kesatuan selama 15 tahun dengan mengambil
beberapa langkah berikut:
pembayaran gaji yang berpatutan
memberi khidmat nasihat kepada pekerja yang bermasalah

12

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


menyediakan persekitaran tempat kerja yang bersih dan selamat
menjaga kebajikan pekerja melalui penghargaan seperti sambutan hari lahir
dan anugerah pekerja contoh
menyediakan kemudahan pengangkutan percuma pergi dan balik pekerja

9.0

Contoh : Proses Penubuhan dan Pendaftaran kesatuan sekerja

Syarikat Humairah
9.1

Sdn Bhd

Sejarah / Latar Belakang Syarikat

Syarikat Humairah Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 03 Februari 2015,


beroperasi di No.2, Lot 32, Labuan Commercial Centre, 93250 W.P Labuan di
bawah tanggungjawab seorang pengurus besar, seorang penolong pengurus,
dan dilaksanakan oleh 32 orang pekerja. Syarikat Humairah Sdn Bhd
merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan tekstil di W.P Labuan .
9.2

Peraturan-Peraturan kesatuan sekerja

9.3

Prosedur Penubuhan

9.4

Isu Tuntutan Pengiktirafan

Kesatuan sebulat suara bersetuju untuk menuntut agar :


i)

proses pembayaran elaun lebih masa dibayar dengan jumlah

yang tepat

tanpa penolakan atas sebab-sebab kelewatan pada rekod

kedatangan yang

tidak melebihi satu jam lewat. Tuntutan ini dibuat

kerana terdapat ahli

kesatuan yang telah melakukan kerja lebih

masa tetapi tidak dibayar penuh

hanya kerana pekerja tersebut

lewat datang beberapa minit sahaja. Maka

13

ini dianggap diskriminasi

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


dan pekerja beranggapan bahawa majikan telah

mengambil

kesempatan ke atas pekerja ini.

ii)

prosedur berkenaan sebab-sebab cuti kecemasan disemak

semula
Tuntutan berkenaan prosedur cuti kecemasan dibuat kerana
terdapat aduan

dari ahli kesatuan yang dipotong gajinya atas

sebab beliau mengambil cuti

kecemasan sungguhpun bukti yang

rasmi seperti sijil kematian atau surat yang

disahkan

perubatan yang diiktiraf. Hal ini dianggap tidak


pekerja

tersebut

terpaksa

mengambil

cuti

oleh

adil

pakar
kerana,

kecemasan

kerana

berlaku kes kematian di kalangan keluarga terdekat dan ada di


antara

sebab lain ialah anak atau isteri atau ibu bapa pekerja

yang jatuh sakit

secara tiba-tiba dan perlu dirawat di hospital

dengan segera. Maka,

kesatuan setelah berbincang dengan aman,

menuntut agar majikan lebih

teliti

dan

bertimbang

menjaga kebajikan pekerja. Selain itu, majikan


memotong gaji pekerja yang telah mengambil

dipohon
cuti

rasa

dalam

agar

tidak

kecemasan

dan mengemukakan bukti yang sahih.

9.5

Pengendalian Tuntutan Pengiktirafan Kesatuan Sekerja

Borang A iaitu Notis Tuntutan Pengiktirafan bertarikh 05 Mei 2010 telah


dilengkapkan dan dihantar kepada majikan. Pada 18 Mei 2010, surat
maklumbalas iaitu Keputusan Mengenai Tuntutan Pengiktirafan yang
telah dipertimbangkan dan diluluskan oleh majikan telah diterima.

14

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

9.6

Strategi Penyelesaian

1)

Aplikasikan Teori Motivasi / Keharmonian di Tempat Kerja

2)

Mengadakan Latihan dan Kursus kepada pengurus dan pekerja

3)

Menganjurkan team building, hari keluarga, makan malam,

menganjurkan
4)

anugerah pekerja contoh bulanan @ tahunan

Pemberian insentif kepada pekerja yang memberi komitmen

tinggi
5)

Melibatkan wakil kesatuan dalam proses pembuatan keputusan

atau

perkara

yang

melibatkan

penguatkuasaan

undang-undang

syarikat.

10.

Pendaftaran

Menurut seksyen 8 Akta Kesatuan Sekerja, setiap kesatuan mesti didaftarkan menurut undangundang dalam tempoh satu bulan ia ditubuhkan. Permohonan mestilah dikemukakan kepada
Ketua Pengarah yang akan memutuskan sama ada kesatuan tersebut boleh didaftarkan atau
sebaliknya. Dalam keadaan tertentu, Ketua Pengarah berhak melanjutkan tempoh pendaftaran
(tidak melebihi enam bulan) sekiranya perlu.

Bagi tujuan pendaftaran ini, setiap permohonan mestilah ditandatangani oleh sekurangkurangnya tujuh orang anggota kesatuan. Setiap permohonan mestilah disertakan bersama yuran

15

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


yang ditetapkan dengan satu salinan bercetak berkenaan kaedah atau peraturan kesatuan yang
ditandatangani oleh anggota kesatuan yang membuat permohonan tersebut.8 Di samping itu,
maklumat lain yang perlu disertakan adalah seperti nama, jawatan dan alamat ahli-ahli yang
membuat permohonan, nama dan alamat ibu pejabat kesatuan serta nama, umur, alamat dan
jawatan pegawai kesatuan. Sebaik sahaja kesatuan sekerja didaftarkan dengan sempurna, Ketua
Pengarah akan mengeluarkan pengakuan atau sijil pendaftaran kesatuan. Walau bagaimanapun,
dalam keadaan tertentu, Ketua Pengarah berhak menolak pendaftaran kesatuan. Keadaan ini
mungkin berlaku sekiranya Ketua Pengarah mendapati kesatuan sekerja yang mewakili pekerjapekerja dalam pertubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang sama sudah wujud sehingga tidak
lagi menjadi suatu kepentingan bagi mewujudkan kesatuan sekerja yang lain.

Selain daripada itu, Ketua Pengarah juga berhak menolak pendaftaran kesatuan sekerja sekiranya
dia berpendapat bahawa:
(a)

Kesatuan sekerja itu akan digunakan bagi tujuan yang menyalahi udang-undang atau
bertentangan dengan tujuan penubuhannya.

(b)

Tujuan kesatuan sekerja adalah menyalahi undang-undang.

(c)

Kesatuan sekerja gagal mematuhi Akta dan peraturannya.

(d)

Tujuan, kaedah dan keanggotaan kesatuan sekerja bercanggah dengan peruntukan Akta
dan peraturannya.

(e)

Nama kesatuan sekerja itu:

16

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


(i)

sama atau hampir sama dengan nama kesatuan sekerja yang lain.

(ii)

Tidak diingini (pada pendapat Ketua Pengarah), melainkan nama itu dapat diubah dan
diterima oleh Ketua Pengarah.

Dalam keadaan tertentu, kesatuan sekerja yang didaftarkan juga boleh memohon kepada Ketua
Pengarah supaya membatalkan kesatuan tersebut. Ketua pengarah juga dalam hal-hal tertentu
berhak membatalkan kesatuan sekerja atas alasan yang dinyatakan di bawah seksyen 15 iaitu
apabila:
(a)

Pengakuan pendaftaran diperoleh dengan cara yang salah atau menipu.

(b)

Tujuan atau kaedah kesatuan sekerja menyalahi undang-undang.

(c)

Keanggotaan kesatuan sekerja menyalahi undang-undang.

(d)

Kesatuan

(e)

Kesatuan sekerja melanggar peraturan Akta Kesatuan Sekerja atau melakukan tindakan

sekerja

digunakan

bagi

tujuan

yang

menyalahi

undang-undang.

yang bercanggah dengannya.


(f)

Wang kesatuan sekerja dibelanjakan bagi tujuan yang bertentangan dengan undangundang atau peraturan kesatuan.

(g)

Kesatuan sekerja sudah tidak wujud lagi.

Ketua pengarah juga mempunyai kuasa menggantung mana-mana kesatuan sekerja yang
melanggar peruntukan AKS atau kaedah kesatuan. Dalam masa perintah penggantungan ini,
kesatuan sekerja dilarang sama sekali menjalankan sebarang aktiviti kesatuan sehinggalah
perintah ini dibatalkan. Kesatuan sekerja yang tidak berdaftar atau permohonannya ditolak atau
dibatalkan, jika masih menjalankan sebarang aktiviti, tindakan tersebut dianggap sebagai
menyalahi undang-undang. Pada dasarnya kesatuan tersebut tidak berhak menikmati sebarang

17

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


hak, kekebalan dan keistimewaan sebagaimana kesatuan sekerja berdaftar yang lain. Dalam
keadaan ini, kesatuan sekerja tersebut perlulah dibubarkan.

Persekutuan kesatuan sekerja yang terdiri daripada dua atau lebih kesatuan sekerja juga boleh
diwujudkan di mana anggotanya terdiri daripada yang bekerja dalam suatu tred, pekerjaan atau
industri yang sama. Persekutuan kesatuan ini mesti mendapat sokongan atau undi majoriti yang
dibuat di dalam mesyuarat agung atau mesyuarat wakil. Prosedur pendaftaran persekutuan
kesatuan11 ini hampir sama dengan pendaftaran kesatuan sekerja iaitu perlu didaftarkan dalam
tempoh satu bulan daripada tarikh ia ditubuhkan. Per-mohonan pendaftaran ini hendaklah
ditandatangani oleh setiausaha dan tujuh anggota bagi setiap kesatuan yang bersetuju
membentuk persekutuan kesatuan sekerja. Kesatuan sekerja berdaftar juga boleh bergabung
dengan persekutuan kesatuan sekerja yang mewakili tred, pekerjaan atau industri yang serupa.
Semua peruntukan dalam AKS termasuk penalti turut sama diguna pakai bagi persekutuan
kesatuan sekerja.

11.0

Keanggotaan

Setiap pekerja mempunyai hak membentuk dan melibatkan diri dalam kesatuan sekerja sama ada
dia seorang pekerja tempatan ataupun pekerja asing12 seperti mana yang dinyatakan di bawah
Akta Perhubungan Perindustrian 196113, iaitu:
(a)

Majikan tidak berhak meletakkan sebarang syarat dalam kontrak pekerjaan bagi
menghalang

(b)

pekerjanya daripada memasuki kesatuan sekerja.

Majikan tidak berhak menolak pengambilan seorang pekerja atas alasan dia adalah ahli
atau pegawai kesatuan sekerja.

18

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


(c)

Majikan tidak sepatutnya melakukan diskriminasi pekerja, contohnya dalam hal kenaikan
pangkat, atas alasan dia adalah ahli atau pegawai kesatuan sekerja.

(d)

Seorang pekerja tidak boleh dipecat hanya kerana dia melibatkan diri dalam kesatuan
sekerja atau aktivitinya.

(e)

Majikan tidak boleh mendorong seseorang supaya berhenti daripada menjadi ahli atau
pegawai kesatuan sekerja.

Apabila hak pekerja di bawah peruntukan ini diganggu maka pekerja tersebut boleh
mengemukakan aduan di Jabatan Perhubungan Perindustrian untuk siasatan. Penglibatan
seseorang pekerja dalam kesatuan sekerja tertakluk kepada dua perkara iaitu umur dan jenis
pekerjaan.14 Pekerja yang berusia tidak melebihi 21 tahun tetapi melebihi 16 tahun boleh
menjadi ahli biasa kesatuan sekerja berdaftar. Bagi pelajar politeknik, universiti, kolej dan
sebagainya, mereka tidak dibenarkan menyertai mana-mana kesatuan melainkan (a) dia secara
bona fide diambil bekerja sebagai seorang pekerja; dan (b) usianya melebihi 18 tahun.15 Di
samping itu, pekerja yang menganggotai kesatuan mestilah memastikan bahawa dia telah
memasuki kesatuan mengikut jenis pertubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang sama.
Undang-undang juga menetapkan pekerja yang berumur 16 tahun ke atas tetapi di bawah 18
tahun boleh melibatkan diri dengan kesatuan tetapi tidak berhak mengundi dalam sesetengah hal
atau perkara yang melibatkan keputusan kesatuan. Perkara-perkara tersebut adalah:
(a) Mogok dan tutup-pintu atau perkara yang berkaitan dengannya.
(b) Mengenakan suatu levi.
(c) Membubarkan kesatuan sekerja atau persekutuan yang berhubung dengannya.

19

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


(d) Meminda kaedah kesatuan sekerja yang mengakibatkan tambahan kepada liabiliti anggota
untuk mencarum atau mengurangkan faedah yang sepatutnya ahli itu berhak.

Seperti mana yang dinyatakan, bagi pekerja yang berkhidmat di sektor awam, tidak semua
mereka boleh menganggotai kesatuan sekerja walaupun dalam pekerjaan, jabatan atau
kementerian yang sama. Polis, tentera, perkhidmatan penjara dan mereka yang terlibat dalam
kerja-kerja sulit dan keselamatan tidak dibenarkan sama sekali melibatkan diri dalam kesatuan.
Begitu juga bagi pekerja-pekerja kumpulan pengurusan dan profesional, melainkan sekiranya
mereka dikecualikan oleh Ketua Setiausaha Kerajaan.

12.0

Pegawai dan Pekerja Kesatuan

Kesatuan sekerja biasanya diuruskan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh ahli-ahli melalui
undian.Pegawai
(a)
(b)

kesatuan

hendaklah

mereka

yang

berkelayakan

seperti

berikut:

Warganegara Malaysia.
Bekerja sekurang-kurangnya satu tahun dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan
atau industri yang kesatuan itu bersangkutan.

(c)

Bukan pegawai atau eksekutif kesatuan sekerja yang pernah dibatalkan atau ditarik balik
pendaftaran menurut undang-undang.

(d)

Bukan pekerja atau memegang jawatan dalam parti politik.

(e)

Tidak disabitkan dengan pecah amanah, peras ugut atau kesalahan yang pada pendapat
Ketua Pengarah boleh menjadikannya tidak layak menjadi pegawai kesatuan sekerja.

20

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


(f)

Bukan seorang yang bankrap.

Syarat (a) dan (b) tidak digunakan apabila Menteri ber-pendapat kesatuan sekerja itu bertujuan
mewakili orang-orang yang bukan penduduk Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak.
Kesatuan sekerja juga boleh mengambil pekerja-pekerja tertentu yang terdiri daripada setiausaha,
bendahari dan lain-lain supaya bekerja secara sepenuh masa dengan kesatuan. Menurut seksyen
29, seseorang itu tidak boleh diambil bekerja dengan kesatuan sekerja sekiranya dia:
(a)

Bukan warganegara.

(b)

Disabitkan dengan kesalahan jenayah dan Ketua Pengarah beranggapan dia tidak layak
diambil bekerja kerana tuduhan itu.

(c)

Pekerja atau pegawai kesatuan sekerja yang lain.

(d)

Pekerja atau memegang jawatan dalam parti politik.

Walau bagaimanapun syarat (a) dan (c) tidak digunakan bagi kesatuan yang pada pendapat
Menteri ianya bertujuan mewakili orang-orang yang tidak tinggal di Malaysia.

13.0

Hak dan Liabiliti Kesatuan Sekerja

Kesatuan sekerja yang berdaftar akan mendapat hak, kekebalan dan keistimewaan tertentu
berbanding kesatuan sekerja yang tidak berdaftar. Hak dan keistimewaan tersebut adalah:
(a)

Kekebalan daripada pendakwaan sivil terhadap tindakan atau lanjutan daripada pertikaian
perusahaan yang menyebabkan berlakunya pelanggaran kontrak perkhidmatan, gangguan
dalam tred, perniagaan atau pekerjaan mana-mana orang lain.

(b)

Kekebalan daripada liabiliti berasaskan tort.

(c)

Kekebalan daripada liabiliti berasaskan kontrak yang tidak sah.

21

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


(d)

Tidak boleh dikenakan pendakwaan jenayah mengenai konspirasi atau komplot atas
sebab sekatan per-dagangan, contohnya mogok.

(e)

Hak mendakwa dan didakwa atas nama kesatuan itu sendiri.

14.0

Wang dan Akaun

Kesatuan sekerja biasanya mengenakan yuran tertentu kepada anggotanya. Wang ini perlu
digunakan bagi tujuan kesatuan sebagaimana yang disarankan oleh Akta Kesatuan Sekerja 1959.
Antara tujuan-tujuan itu termasuklah:
(a)

Pembayaran

(b)

Kos

(c)

Pendakwaan atau pembelaan prosiding undang-undang yang berkaitan dengan kesatuan

dan

gaji,

elaun

perbelanjaan

dan

perbelanjaan

pentadbiran

pegawai

termasuk

dan

pekerja

kesatuan.

mengaudit

akaun

kesatuan.

atau anggotanya.
(d)

Pampasan kepada anggota yang mengalami kerugian akibat pertikaianperdagangan yang


sah di sisi undang-undang.

(e)

Pengendalian pertikaian perdagangan yang tidak bercanggah dengan undang-undang.

(f)

Elaun kepada anggota kesatuan dan tanggungan mereka akibat kematian, kemalangan,
penyakit, atau tiada pekerjaan.

(g)

Perbelanjaan berhubung dengan percetakan, penyuntingan dan pengedaran jurnal atau


majalah kesatuan.

(h)

Perbelanjaan dalam mengadakan aktiviti sosial, sukan, pelajaran dan kebajikan anggota.
Bagi memastikan kesatuan sekerja menggunakan wang mengikut tujuan yang dibenarkan
sahaja, seksyen 56 menghendaki kesatuan menyerahkan akaun yang sudah diaudit kepada
Ketua Pengarah setiap tahun bagi tujuan semakan. Buku-buku akaun dan rekod yang

22

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


berkaitan hendaklah disimpan bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota kesatuan yang lain
sekiranya perlu.

15.0 Isu yang dikenal pasti , serta huriakan dan (2) kemungkinan yang
berlaku sebagai hasil daripada perundingan tersebut.
15.1 Isu mengenai keselamatan pekerja
Majikan iaitu syarikat Humairah Sdn Bhd harus menyediakan kondusi pekerjaan
yang selesa kepada pekerja. Melalui penyediaan suasana pekerjaan yang selesa
dan selamat. Pekerja dapat melakukan kerja dengan selesa dan sekaligus dapat
meningkatkan tahap kepuasan dan motivasi pekerja. Melalui perbincangan dengan
majikan syarikat Humairah Sdn Bhd dengan kesatuan sekerja. Didapati majikan
akan memberikan jaminan kepuasan bekerja kepada pekerja dengan menyediakan
alat-alat keselamatan dan kemudahan tempat kerja yang terjamin dari segi
keselamatan harta benda dan sosial para pekerja.

15.2 Isu mengenai pemberian bonus atau ganjaran yang sama adil kepada
pekerja
Melalui pemberian bonus atau ganjaran yang setimpal. Pekerja melalui kesatuan
sekerja dapat memberikan satu perkhidmatan yang terbaik. Pemberian bonus oleh
syarikat Humairah Sdn Bhd ini bukan saahaja dapat meningkatan tahap kepuasan
bekerja malah dapat meningkat motivasi pekerja. Melalui perbincangan yang telah
diadakan memalui kesatuan sekerja Humairah Sdn Bhd, majikan bersetuju akan
memberian ganjaran dan bonus yang setimpal dan adail berdasarkan pencapaian
dan prestasi tahunan pekerja. Melalui pemberian ganjaran ini, pekerja dapat
memberikan prestasi pekerjaan yang memuaskan.

23

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

15.0 Kesimpulan
Di bawah Dasar Pandang Ke Timur, kerajaan Malaysia menggalakkan kegiatan
kesatuan sekerja dalaman. Ini kerana ia amat praktikal kerana golongan pekerja dan
majikan dapat membuat sesuatu keputusan dengan segera demi meningkatkan
produktiviti syarikat. Elemen-elemen baru hubungan industri seperti kerja dalam
pasukan, penglibatan pekerja, perkongsian keuntungan akan menjadi perhatian
utama kesatuan sekerja dan majikan pada masa depan. Satu kesimpulan yang boleh

dibuat ialah peranan kesatuan sekerja adalah penting dalam menjaga kepentingan tiga pihak iaitu
pekerja, majikan dan kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup supaya negara
dapat membangun dengan pantas dalam merealisasikan wawasannya. Pergerakan kesatuan
sekerja berpendapat bahawa pekerja-pekerja bukan semata-mata faktor pengeluaran. Mereka
sewajarnya dihargai sebagai rakan kemajuan dan perlu dilayan berdasarkan pengiktirafan dan
status mereka dalam masyarakat.

Kesatuan sekerja berharap kerajaan dan majikan tidak meminta kesatuan sekerja menjadi rakan
hanya pada waktu-waktu sukar dan mengenepikan atau mengabaikan pekerja-pekerja apabila
keadaan ekonomi memuncak. Walau bagaimanapun untuk menjayakannya, semua kesatuan
sekerja yang wujud di negara ini perlulah bersatupadu dan mengelakkan pertelingkahan
sebagaimana yang terjadi dalam perlantikan wakil ke persidangan Pertubuhan Buruh
Antarabangsa (ILO) seperti tahun-tahun sebelumnya. MTUC, CUEPACS dan Pertubuhan Buruh
Malaysia (MLO) masing-masing berebut peluang untuk menjadi wakil Malaysia ke persidangan

24

194707

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia


tersebut sedangkan urusan perlantikan wakil ke persidangan itu terletak pada budi bicara Menteri
Sumber Manusia.

5. Rujukan
Garis panduan penubuhan kesatuan sekerja oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja(JHEKS).
Akta Kesatuan Sekerja 1959

25

194707

Вам также может понравиться