Вы находитесь на странице: 1из 5

CABARAN KOMUNIKASI MEDIA BARU

Pn. Zarita Bt Hj. Kasim


Felo Pusat Perundingan & Latihan IKIM (PPLI)
www.zaritaz@gmail.com
017-3661496

PENGENALAN
Komunikasi merupakan intisari sosial. Selagi hidup, manusia menghabiskan banyak
waktu untuk berkomunikasi dalampelbagai cara dan situasi. Dalam proses
komunikasi, manusiaseringkali perlu menggunakan media sebagai alat untuk
berkomunikasi terutamanya dalam penyampaian maklumat dan informasi.
Untuk memperoleh informasi yang cepat dan terbaru, Internet merupakan media
komunikasi yang membuka era baru dengan membolehkan penggunanya
menghantar dan menerima informasi dari serata tempat ke seluruh dunia. Dalam
proses interaksi dan komunikasi, internet menyediakan beberapa laman sesawang
yang dinamakan sebagai media sosial. Media sosial yang dimaksudkan adalah media
dalam talian dan laman sesawang yang menyediakan layanan untuk berbagai
informasi berbentuk tulisan,gambar, video dan sebagainya. Blog, Facebook, Twitter,
Wordpress, LinkedIn, Google+, Instagram dan banyak lagi adalah di antara lawan
sesawang di Internet yang menyediakan layanan komunikasi secara dalam talian
(online).
Kemaraan komunikasi di media-media sosial, dihangatkan lagi dengan
perkembangan teknologi yang membolehkan ianya diakses dengan mudah iaitu
sama ada melalui komputer, telefon pintar atau gajet selainnya yang mampu
mengakses internet yang kini digelar media baru. Masyarakat menggunakan media
baru sebagai alat komunikasi untuk mempererat hubungan di antara satu sama lain

dan menambah jaringan perhubungan. Komunikasi melalui media baru ini menjadi
gaya hidup yang tidak dapat dihindarkan masyarakat sama ada di rumah, sekolah,
mahupun dalam organisasi. Bahkan penggunanya dari tahun ke tahun juga semakin
meningkat bukan sahaja di kalangan orang dewasa tetapi juga kanak-kanak. Ia juga
membawa pengaruh yang besar dan membentuk budaya baru dalan berkomunikasi.
Komunikasi secara face -to-face telah berubh kepada komunikasi di alam maya.
Persepsi dan emosi juga telah mendahului kesahihan dan kebenaran fakta.

MEDIA LAMA VS MEDIA BARU


Media lama (Old Media), merupakan media yang menyampaikan maklumat secara bertulis
melalui buku , majalah dan surat khabar , dan disampaikan melalaui televisyen dan radio
yang disampaikan secara lansung atau ditonton secara lansung. Kelebihan media lama ialah
media lama mengupas semua isu-isu yang berlaku daripada pelbagai sudut dan dapat
memganalisis berita dengan lebih kritis yang mana menyebabakan pembaca mampu melihat
sesuatau dangan lebih mendalam.
Media lama lebih banyak digunakan oleh golongan tua kerana golongan ini tidak pandai
menggunakan media baru dan media lama lebih mudah didapati oleh mereka untuk
mengetauhi berita semasa .Selain itu media lama ini lebih murah berbanding media baru
dan mudah untuk didapati,media lama ini juga mamapu untuk menghasilkan generasi
masyarakat yang memiliki minda yang kritis apabila membincangkan tentang sesuatu topik.
MEDIA BARU
Media baru (New Media) merujuk kepada kandungan yang tersedia atas permintaan melalui
internet, boleh diakses di mana-mana peranti digital, biasanya mengandungi maklum balas
pengguna secara interaktif dan penyertaan yang kreatif. Contoh media baru termasuk laman
web seperti akhbar dalam talian , blog, atau wiki, permainan video, dan media sosial.
Media baru seperti internet ,blog, telepon ,i-pod, dan radio satelit, merupakan media yang
amat berkesan menyampaikan maklumat berbanding media lama kerana ianya memainkan
peranana yang amat penting dalam pasaran masa kini.Dengan kewujudan negara yang
berdaya saing , kewujudan media baru ini amat penting dan perlu bagi memudahkan
masyarakat untuk mengetauhi maklumat,berita ,serta perkembangan terkini dengan kadar
yang segera .Oleh sebab itu media lama ditafsirkan tidak lagi releven pada masa kini ,selain
itu media baru ini juga menyebabakan terjejasnya kualiti media lama seperti radio ,
television, akhbar, majalah dan surat khabar kerana kepantasan media baru ini. Sebanyak
92% rakyat malaysai pembaca media baru seperti laman sosial seperti facebook , twitter dan
lain- lain lagi .
MOBILE MEDIA
Perkembangan teknologi secara umumnya telah banyak mengubah kehidupan manusia.
Dalam hal ini, saintis sains sosial percaya bahawa penyebaran teknologi adalah satu daripada
keadaan yang menyebabkan berlakunya perubahan budaya dalam sesebuah masyarakat.
Sejak budaya ICT khususnya mobile media tersebar kepada kebanyakan masyarakat di
seluruh dunia, sektor pekerjaan adalah satu daripadanya yang mengalami perubahan dari
segi corak penggunaan dan cara hidup secara amnya. Perubahan ketara yang dapat dilihat

dalam sejarah perkembangan sistem komunikasi telefon bimbit (mobile phone


communication system) adalah daripada telefon yang besar dan berat yang pertama sekali
digunakan kepada telefon yang kecil dan ringan pada masa sekarang. Dari segi kegunaan,
telefon telah banyak mengalamai perubahan dan dilengkapi dengan ciri-ciri moden serta
canggih. Penggunaan telefon pintar sekarang bukan lagi untuk tujuan komunikasi sematamata sebaliknya sudah mula digunakan untuk tujuan professional. Telefon pintar
mempunyai potensi yang luas untuk digunakan dalam perniagaan khususnya dari segi
menggalakkan autonomi, perhubungan, dan perkongsian pengetahuan, keadaan ini boleh
meningkatkan kepuasan kerja dan penglibatan kerja seseorang individu.
CABARAN MEDIA BARU DARI PERSPEKTIF ISLAM
Perbincangan mengenai media baru sangat menarik kerana ia menawarkan pelbagai bentuk
maklumat baru seperti dialog dan perkongsian maklumat, blog, forum, wiki, chat, rangkaian
sosial, dan lain-lain perisian yang membolehkan pelbagai pilihan dilakukan.
Di Malaysia, media baru mula memainkan peranan penting sebagai agen transformasi
dakwah dan telah digunakan sebagai bahan rujukan dan pembelajaran agama oleh
masyarakat dengan keupayaannya menyediakan pelbagai maklumat mengenai Islam. Dalam
kalangan sarjana Islam, kegusaran mengenai fenomena dakwah dari laman sesawang
ini tetap ada. Medium dakwah ini mula berhadapan dengan perubahan ruang dan masa
serta beberapa nilai baru yang muncul dalam khalayak manusia. Masyarakat Islam perlu
sedar bahawa teknologi adalah pemudah cara, keberadaan teknologi maklumat menjadikan
dakwah dapat disampaikan dalam pelbagai bentuk dan ia dilihat lebih pantas dalam
menyampaikan sesuatu nasihat atau ilmu serta mampu dikongsikan kepada seluruh dunia
lantas bersifat lebih global. Penggunaan teknologi dalam dakwah bukan semata-mata
sebagai pengantara atau alat tetapi berfungsi lebih dari itu.
Media dakwah berkembang secara evolusi menjalani fasa-fasa tertentu dan sehingga kini
dilihat lebih sistematik dengan reka bentuk yang menarik dilengkapi dengan kombinasi
sumber-sumber manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan dakwah yang lebih efektif.
Media sememangnya diperakui sentiasa memainkan peranan penting sebagai alat sebaran
maklumat termasuklah media Islam. Kejayaan media Islam bergantung kepada usaha sejauh
mana pengamalnya menguasai medium penyebaran maklumat pada zamannya.
Apa yang dimaksudkan dengan media baru adalah alat untuk menyampaikan perkhabaran,
isi dan pemikiran kepada sasaran yang juga dalam bahasa Arab merujuk kepada perkataan
wasail. Alat dakwah haruslah digunakan sepenuhnya dalam aktiviti dakwah dan penentuan
samada baik atau tidak adalah diserahkan kepada pengguna. Persoalan berkaitan media
yang berfungsi sebagai medium pembelajaran agama perlu dibincangkan secara lebih
terperinci. Agama berkait rapat dengan kepercayaan dan pokok utamanya ialah masalah
kepercayaan serta keyakinan diri terhadap Allah swt. Kepercayaan dan keyakinan ini perlu
direalisasikan dengan ibadat, akhlak serta tingkahlaku sosial. Media baru sebagai alat
menyebarkan maklumat pada masakini dilihat begitu berbeza dengan medium pembelajaran
agama sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. Oleh itu, terdapat beberapa cabaran utama
yang menjadi perbahasan mengenai media baru dan dakwah serta pembelajaran dalam
agama Islam.

CABARAN DAKWAH MEDIA BARU


1. Kaedah Pembelajaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran Islam sebelum ini secara berkesinambungan telah
dilakukan mengikut tradisi yang penuh dengan nilai-nilai agama. Penyampaian berita dalam
Islam pada asasnya telah dibuat dengan teliti dan disampaikan dari satu generasi kepada
generasi berikutnya berdasarkan kitab-kitab muktabar yang diturunkan secara mutawatir.
Masyarakat Islam menyanjung tinggi nilai kandungan maklumat keagamaan yang
menyebabkan maklumat Islam itu sendiri sentiasa berada pada tempat yang paling
berintegriti sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran melalui surah al-Hujuraat, ayat 6.
Dalam menuju matlamat dakwah, kandungan maklumat agama melalui internet dilihat
terlalu terbuka dan bebas tanpa tapisan serta boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan
cara memuat turun berita secara bebas. Keadaan ini sudah tentu mencabar konsep
mutawatir dan integriti maklumat dalam Islam. Maklumat yang benar dan tepat
kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan
fakta .
2. Kebanjiran Maklumat & Kesahihan Sumber
Ruang internet yang terbuka dan bebas sehingga boleh menjadikan semua penjelasan
agama begitu mudah didapati menyebabkan berlakunya penumpukan maklumat agama
secara berlebihan yang membawa kepada masalah kebanjiran maklumat. Masalah
kebanjiran maklumat boleh mewujudkan suasana huru-hara dalam mencari maklumat yang
dapat dipercayai. Antara tanda-tanda lebihan muatan maklumat ialah rasa cemas (anxiety),
kecewa, marah, lemah semangat, kacau bilau, keliru dan hilang kawalan diri bersangkutan
maklumat. Justeru, alam media baru seperti wikis dan blog memerlukan ukuran dan metrik
yang tepat untuk menentukan kewibawaan (credibility) maklumat dan tanggungjawab
(trustworthy). Maklumat pengajaran Islam juga dilihat telah mengalami fasa ini di mana
pengguna semakin dihimpit oleh timbunan maklumat agama atas talian secara tidak
terkawal yang menyebabkan berlakunya kecelaruan maklumat agama yang membawa
kepada implikasi fobia terhadap kandungan maklumatnya. Kegagalan menggunakan media
baru dengan cara yang betul dan bermanfaat hanya akan menjerumuskan diri ke kancah
kekeliruan dalam kehidupan.
3. Adab
Islam adalah agama yang mementingkan adab berguru antara guru dan murid. Pengajaran
dan pembelajaran Islam meletakkan masalah kepercayaan dan keyakinan diri terhadap Allah
swt. sebagai pokok utama. Kepercayaan dan keyakinan ini perlu direalisasikan dengan
ibadat, akhlak serta tingkahlaku social. Pendidikan Islam memerlukan proses dan sentuhan
guru bagi menjamin dan menjaga adab pembelajaran sesuai dengan kehendak syariat dalam
memberikan pendidikan terhadap anak didik. Walau bagaimanapun, media baru yang dilihat
semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dewasa ini jelas tidak
menggambarkan hubungan langsung adab berguru antara murid dengan guru sebagaimana
yang ditekankan agama.
4. Pelayaran Web Negatif
Melawati laman-laman web tidak bermoral dan tidak berfaedah memberi kesan negatif
dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Pendidikan dan pengajian dalam Islam

jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Bagi pengguna yang
mempunyai pengetahuan asas agama yang cukup sudah tentu mereka boleh membaca,
membanding, membuat pertimbangan serta menganalisis maklumat berdasarkan ilmu
agama yang dimiliki untuk diamalkan. Tetapi keadaannya berbeza dengan pengguna yang
mempunyai latar belakang pendidikan agama yang minimum. Golongan ini dilihat
menghadapi kesukaran tertentu untuk menilai maklumat agama menerusi media baru ini
lebih-lebih lagi dalam menilai maklumat yang bermakna.
Pendidikan akhlak menurut Islam membentuk jiwa dan peribadi Muslim yang mampu
menjaga dan menjauhi amalan-amalan buruk termasuk melayari laman web lucah.

Вам также может понравиться