Вы находитесь на странице: 1из 6

Zakat fitrah dan takbir

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya

tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat

 yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup

sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar

bagi mereka yang telah meninggal dunia.

Kebiasaannya orang Islam juga akan mula

membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula

dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila 

solat sunat Aidilfitri dimulakan.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam

akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran

Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah

antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan Ramadan)

sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi

1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga

malam.

[sunting]Persiapan

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah

. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma

, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai.

Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan

murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran

. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di

 televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan

Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan

premis-premis perniagaan akan ditutup selama


beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara,

kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga

bandar yang pulang ke kampung halaman untuk

menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara

dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali

sebagai Balik Kampung.

[sunting]Amalan lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri

ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan

dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari

Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah

menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam

yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi

pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah

atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan

berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.

Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan

yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk

bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan

tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping

meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat

popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan

oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul

 duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit

raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi

sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari

Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah


, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul

yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat

perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang

kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya

diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan

Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut

syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk

mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih,

bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah

tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan

mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke

surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan

Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan

mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada

masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.[1]

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada

bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan

kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur

Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [2],

dan juga riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada

masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula

baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [3]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari

Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal.

Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan

berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan

itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua


orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya

minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan

kereta dan menyebabkan jalan sesak.

Pakaian
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang

dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya.

Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan

songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi

kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan 

Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan

bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini

. Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju

kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan

komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri 

Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia,

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

[sunting]Aidilfitri dalam Kalendar Masihi

Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan

sama mengikut kalendar Hijrah. Namun begitu tarikhnya

sentiasa berubah mengikut kalendar Masihi kerana

kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran bulan 

manakala kalendar Masihi pula mengikut peredaran 

Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya

adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza

lebih kurang antara sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang

diramalkan akan jatuh pada tarikh-tarikh berikut.

Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakluk kepada perubahan.


 2008: 1 Oktober

 2009: 21 September

 2010: 10 September

 2011: 31 Ogos

 2012: 19 Ogos

 2013: 8 Ogos

 2014: 29 Julai

 2015: 19 Julai

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh

tersebut, bermula terbenamnya matahari.

[sunting]Perayaan lain

Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India.

Masing-masing menyambut perayaan Deepavali 

dan Tahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu

perayaan tersebut iaitu Deepavali

dan Tahun Baru Cina sering bertembung dengan

perayaan Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar Masihi

. Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang

mengadakan sebuah 'rumah terbuka' untuk dua perayaan

sekaligus. Disebabkan situasi itu, wujudlah fenomena "

DeepaRaya" dan "KongsiRaya".

Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan

perayaan umat Islam yang dikongsi dengan perayaan

keagamaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya"

dan "KongsiRaya" serta lain-lain kerana dianggap

menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah sama

sekali oleh Islam. Ini berdasarkan surah Al-Kafirun yang

menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu


(orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

Вам также может понравиться