Вы находитесь на странице: 1из 2

Ukiran Kayu Warisan Melayu

Pengarang: Norhaiza Nordin


Imprin: Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, 2009
Mukasurat: 101
Lokasi Buku: Pusat Sumber KPKK (BSAS)

Kraftangan Malaysia sentiasa


berusaha untuk memulih dan
memelihara kraf warisan yang
terkenal dengan kehalusan dan
keindahan kerja tangannya.

Ukiran kayu antara kraf warisan


yang perlu dipelihara agar terus
dapat dinikmati dan dihayati oleh
golongan masyarakat.

Ukiran kayu ialah simbol kerajinan tangan, kemahiran dan ketinggian ilmu yang
diterjemahkan ke dalam pelbagai bentuk barangan yang mempunyai unsur seni.
Simbol dan identiti yang ditonjolkan pada ukiran kayu mencerminkan jati diri
masyarakat Malaysia. Ekspresi yang dipaparkan melalui ukiran kayu mewakili
watak dan budaya masyarakat Melayu di Malaysia.
Perjalanan sejarahnya yang cukup panjang menandakan kedewasaan seni kraf
Melayu itu sendiri. Kewujudan seni kraf Melayu sejak bermula tamadun di
Nusantara sehingga hari ini merupakan bukti kedewasaannya. Perjalanan
sejarah ini juga memperlihatkan perubahan demi perubahan berlaku ke atas seni
kraf Melayu dan menjadikannya warisan yang dibawa dari zaman ke zaman.
Buku ini ditulis oleh seorang pengukir terkenal di negara kita iaitu Norhaiza
Nordin. Beliau telah mula mempelajari seni ukiran Melayu sejak usia masih
muda lagi. Keinginan yang tinggi untuk mendalami ilmu ukiran kayu telah
membawa beliau berguru dengan tukang kayu ternama seperti Wan Mustafa
Wan Su, Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wok, Latif Long, Allahyarham
Abd. Rahman Long dan Allahyarham Nik Rashidin Nik Hussin. Buku ini
mengupas mengenai sejarah pengukiran kayu yang dibahagikan kepada
beberapa perkara seperti:

• Jenis Ukiran Kayu

• Liuk Lentuk Motif Ukiran Kayu

• Ungkapan Keperibadian Melayu Dalam Ukiran Kayu

• Senarai Bibliografi Bahan Rujukan

Jenis Ukiran Kayu


Mengukir ialah proses meluakkan kayu dengan menggunakan alat ukir yang
dibantu oleh kemahiran tangan. Bentuk ukiran kayu yang lazim dihasilkan oleh
pengukir Melayu adalah ukiran dua dimensi dan ukiran tiga dimensi. Jenis-jenis
ukiran seperti:

• Ukiran Timbul Tanpa Silat


Gaya teknik ini biasanya terdapat pada dinding, tebar layar, jendela, daun
pintu dan perabut.

• Ukiran Timbul Bersilat


Hampir sama dengan Ukiran Timbul Silat tetapi berbeza pada silat motif
atau corak ukiran. Ukiran teknik ini biasanya terdapat pada dinding, tebar
layar, jendela, daun pintu dan perabot.

• Ukiran Tebuk Tembus Tanpa Silat


Hampir sama dengan Ukiran Timbul Tanpa Silat biasanya terdapat pada
kekisi, pagar musang, sekatan ruang, perabut dan cucur atap.
Segmen Liuk Lentuk Motif Dalam Ukiran Melayu menerangkan dengan jelas
mengenai motif-motif hiasan yang digunakan dengan pengaruh dan kepercayaan
motif itu sendiri.
Ungkapan Keperibadian Melayu Dalam Ukiran Melayu dalam bentuk jiwa
yang diterjemahkan oleh Abdullah Muhammad (Nakula) dalam bentuk kata-kata
yang indah bagi memudahkan pemahaman masyarakat tentang makna yang
tersirat disebalik keindahan ukiran kayu.
Keindahan ukiran Melayu adalah manifestasi gambaran jiwa dan budaya yang
dimiliki oleh masyarakat Melayu dengan gabunggan ketinggian ilmu, kebolehan
minda dan kemahiran untuk mengerahkan deria disalurkan kepada ukiran kayu
sebagai satu nikmat yang boleh dihayati.

Вам также может понравиться