You are on page 1of 3

KHILAF

Khilaf merupakan sebuah perkataan yang biasanya dinisbahkan kepada sebuah


perlakuan ataupun pandangan yang bertentangan dengan orang lain. Seringkali juga kita
mendengar dikawasan kediaman kita manusia bercanggah pendapat samada dari aspek politik
mahupun agama sehinggalah kadangkala menyebabkan perang saraf yang membimbangkan
penduduk sekitar. Sekiranya perkara khilaf ini tidak dijelaskan kepada masyarakat nescaya akan
berlaku kerosakan yang besar dimuka bumi sepertimana yang telah tersebut didalam Al-Quran :

               

              

30. dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata):
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana
dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak
mengetahuinya".1

Manusia akan berpecah belah dan mencetuskan banyak perang saudara hanya berpunca dari masalah
khilaf ini. Oleh itu, marilah sama-sama kita bincangkan permasalahan ini secara terbuka dan adil.

Allah SWT telah melarang para hambanya dari melakukan perkara yang boleh mendatang
perpecahan sesama umat manusia khususnya umat Islam, kerana Islam yang didatangkan kepada kita ini
bukanlah sebuah agama yang berpecah belah bahkan adalah sebuah agama kesatuan yang saling
membantu antara satu sama lain bagi mengekalkan beberapa Aspek penting dalam Islam seperti :

1) Mengekalkan kemasyarakatan Umat Islam


2) Menjayakan penyebaran risalah Islam
3) Mengekalkan pemerintahan Islam

Islam telah menggariskan sebuah larangan yang keras kepada umatnya dari mempelopori khilaf
dalam perkara asas dalam agama yang disebut perkara Usul. Manakala, Islam cukup terbuka dalam
membicarakan perkara ranting ang disebut perkara Furu`.

Agama Islam telah memberi penghormatan yang tinggi kepada jemaah dalam setiap
perlembagaannya. Contohnya: pahala bagi perbuatan yang dilakukan seorang amatlah kecil jika
dibandingkan dengan perbuatan yang dilakukan dengan jemaah , seperti solat dua rakaat subuh jika
dilakukan secara berjemaah akan mendapat pahala sebanyak 25 ataupun 27 pahala berbanding solat
berseorangan walaupun bilangan rakaatnya sama, perlakuannya juga sama tetapi ganjaran jemaah
amatlah tinggi bahkan lebih baik.

Beberapa ibadah khusus dalam islam juga telah diwajibkan untuk dilakukan secara berjemaah , seperti
solat sunat hari Jumaat, solat sunat hari raya, dan juga ibadah haji di Baitullah Al-Haram. Penghormatan
sebegini dilakukan kerana islam amat mementingkan aspek kesatuan dan menentang perpecahan kerana
dengan perpecahan yang diakibatkan oleh diri yang terlalu cintakan dunia akan mengakibatkan

1
Al-Baqarah : 30
penindasan dan fanatik kepada bangsa, warna kulit, negara dan mazhab sedangkan Islam tidak
membezakan seseorang manusia itu dengan fizikal dan materialnya, tetapi Islam menegaskan setiap
manusia itu berasal daripada Adam, dan Adam itu dicipta dari tanah dan manusia itu disukat darjat
ketinggiannya dengan tahap ketaqwaannya kepada Allah SWT.

Seperkara yang perlu diambil cakna dan difahami dalam masalah khilaf dalam mazhab-mazhab islam
adalah : khilaf dalam mazhab Islam itu tidaklah berpunca dari sifat hasad dengki dan penyataan yang
sesuka hati bahkan ia dibina atas dasar lumrah perlembagaan Islam itu sememangnya mengarah kepada
banyak pendapat dan pandangan bagi memudahkan manusia dalam beribadah dan bermuamalat. Islam
telah membuka seluas-luasnya pintu Ijtihad2 kerana syariat Islam itu tidak bersifat tetap tetapi ia bersifat
terbuka dan boleh berubah dengan perubahan masalah, keadaan tempat dan masa.

PERKARA KHILAF MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH

Ayat-ayat Al-Quran banyak menunjukkan bukti yang kukuh menunjukkan telah berlaku khilaf dalam
agama ini, khususnya khilaf dalam masalah Usul yang mengakibatkan seseorang manusia itu menjadi
Murtad3.

Antara ayat Al-Quran yang menyebut hal ini adalah ayat 213 surah Al-Baqarah :

           

                

               

       

213. pada mulanya manusia itu ialah umat Yang satu (menurut ugama Allah Yang satu, tetapi setelah
mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-
orang Yang beriman Dengan balasan syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang Yang ingkar
Dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab suci Yang
(mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia
mengenai apa Yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada Yang melakukan perselisihan
melainkan orang-orang Yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab suci itu, Iaitu sesudah datang kepada
mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki
sesama sendiri. maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang Yang beriman ke arah kebenaran
Yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), Dengan izinNya. dan Allah sentiasa memberi
petunjuk hidayahNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya ke jalan Yang lurus (menurut undang-undang
peraturanNya).

Ayat ini menjelaskan bahawa manusia itu pada permulaan kejadiannya bersekutu dalam sebuah
agama yang sahih dan betul iaitu Islam, kemudian berlaku khilaf dikalangan mereka sehingga mereka
menyekutukan Allah dengan menyembah berhala yang mereka cipta sendiri dengan tangan mereka , oleh
itu Allah telah mengutuskan nabi Nuh sebagai Rasul untuk mengajak manusia kembali kepada jalan
kebenaran.

2
Mengeluarkan pandangan
3
Terkeluar dari agama Islam
1

Manakala menurut Sunnah pula, agama yahudi , Kristien dan Islam akan berpecah kepada beberapa
kumpula akidah, dan yang betul cumalah satu sepertimana yang diterangkan dalam hadis dibawah ini :

Daripada Anas bin Malik RA telah berkata, bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda ;
sesunggunya bangsa Israel akan berpecah kepada 71 kumpulan, dan umatku akan berpecah kepada 72
kumpulan dan kesemuanya akan dicampakkan ke neraka kecuali satu , iaitu yang berada dalam jemaah.

KHILAF YANG DIBENARKAN

tidak semua khilaf diharamkan oleh Islam kerana tidak semua khilaf yang membawa perpecahan.
Oleh itu, Islam telah membenarkan khilaf dalam perkara Furu` ang diberikan keistimewaan kepada ulmak
untuk membahaskannya kerana hukum hakam itu tidaklah mudah bagi semua orang oleh itu, ulamak
akan menggunakan kecerdikan masing-masing dalam mensabitkan sesuatu hukum yang tidak terdapat
secara jelas dalam Al-Quran. Oleh kerana itulah, terdapat khilaf sesama mereka kerana mereka berbeza
dalam cara mensabitkan hukum dan pengambilan bukti dan inilah menjadi punca penyebab perkara khilaf
ini berlaku.

SEBAB-SEBAB KHILAF DALAM KALANGAN AHLI FEQAH

Antara perkara khilaf yang boleh saya berikan melalui penelitian ringkas saya terhadap kitab

2
"‫ "أحكام العبادة دراية فقهية مقارنة في فقه العبادات‬:

1. Hadis tidak sampai kepadanya


2. Hadis sampai kepadanya tapi tidak sabit disisinya
3. Beliau berpendapat hadis itu lemah
4. Hadis sampai kepadanya, dan sabit juga disisinya namun beliau lupa
5. Berbeza dalam kaedah membaca hadis
6. Berbeza pendapat tentang kecenderungan sesuatu hadis, adakah ia menyuruh kepada wajib
atau sunat atau sebagainya
7. Berbeza dalam perkara rajieh3
8. Syak dalam kesabitan hadis
9. Berpendapat hadis yang sabit tersebut tidak boleh dijadikan hujjah.

PENDIRIAN KITA KETIKA MEMBAHASKAN PERKARA KHILAF

Dalam menghadapi perkara khilaf ini, kita semua disarankan untuk mengikut beberapa tips yang
amat berguna ini, agar kita tidak terjerumus kedalam perpecahan:

1) Kita tidak sesekali boleh berkompromi dengan khilaf Usul ataupun khilaf aqidah
2) Kita berlapang dada dalam perkara khilaf feqah Islam
3) Tidak tergesa-gesa menyesatkan dan mengkafirkan umat islam
4) Tidak beremosi dalam menyampaikan hujjah
5) Kita mesti menjaga hubungan sesama muslim ketika berhujjah kerana ia adalah perkara wajib
6) Bersiap sedia menerima kebenaran yang akan terpancar dari hujjah lawan
7) Tidak membesar-besarkan perkara furuk sehingga memutuskan persaudaraan Islam.

Semoga, sedikit perkongsian ini akan lebih mengingatkan kita akan erti sebuah perpaduan .
WaAllahuAlam.

1
Ibn Kathir
2
Kuliah syariah Islamiah, tahun pertama , Universiti Al-Azhar, Dumyat , Mesir
3
Pendapat yang lebih kuat pada dirinya