Вы находитесь на странице: 1из 2

MARILAH MEMBUAT BIDAAH!

Persoalan bidaah selalu ditimbulkan oleh kebanyakan orang pada masa


kini, namun ramai dikalangan mereka yang tidak mengetahui perihal bidaah itu.
Ramai orang suka bercakap berkenaan perkara ini, namun terlalu ramai juga
dikalangan mereka yang tidak mempunyai penjelasan terhadap perkara ini
lantaran ketegasan mereka mempertahankan perbuatan yang diwarisi oleh nenek
moyang mereka tanpa kesedaran memperjuangka Sunnah Rasulullah SAW.
Ramai juga dikalangan mereka yang keliru tentang hukum berbuat bidaah,
adakah ia dibolehkan mahupun tidak.

Bidaah dari sudut bahas arab bermakna : melakukan sesuatu perkara yang
baru , yang belum pernah wujud sebelumnya. , manakala bidaah yang
digembar-gemburkan pula bermakana : perbuatan baru dalam agama, yang
belum pernah wujud pada zaman Rasulullah SAW, pelakunya membuat perkara
itu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini adalah definasi yang saya berikan atas sedikit sebanyak yang saya baca dan
saya fahami dari kitab-kitab ulamak terdahulu seperti kitab Al-i`tisam karya
Imam As-Syatibi.

Jika kita dapat memahami dua definasi ini, maka kita akan lebih mudah
mengenalpasti perkara bidaah ataupun bukan, kerana persoalan ini bukanlah
ditimbulkan oleh mana-mana puak Wahabi, Salafi, mahupun Ahbasyie, namun
ia adalah sebuah persoalan yang ditengahkan oleh Rasulullah SAW :

“Jauhilah setiap perkara baru dalam Agama, kerana sesungguhnya Setiap


perkara baru dalam agama itu sesat, dan kesesatan itu tempatnya adalah neraka”

Maka, kita dapat memahami bahawa kita LANGSUNG tidak dibolehkan


melakukan bidaah dalam agama kerana agama itu telah lengkap pada zaman
Rasulullah SAW dan tidak perlu lagi kepada sebarang tambahan kerana wahyu
telahpun terputus.

Namun, saya ingin mengutarakan pandangan Dr Yusus Al-Qardhawi


yang menyatakan : ramai orang pada zaman sekarang ini terlalu sibuk
melakukan bidaah dalam agama, sedangkan peluang mereka membuat bidaah
dalam perkara dunia terbuka luas.
Cuba kita buka mata kita seluas mungkin, kita lihat pembangunan yang
dilakukan oleh kebanyakkan sahabat kita berbangsa cina di Malaysia, teman-
teman kita di Amerika dan Jepun, yang membangun dengan pesat sekali
lantaran terlalu optimis dengan perkara bidaah!, mereka melakukan perkara
baru dalam urusan dunia sehingga mereka dipandang tinggi dan masyhur, ramai
orang menjadikan mereka sebagai ikutan dan contoh teladan namun berapa
kerat sangatlah dikalangan umat Islam yang optimis dengan bidaah jenis ini?

Masyarakat Islam terdahulu amat mempelopori bidaah jenis ini kerana


mereka memahami akan persoalan bidaah dengan jelas, oleh itu , kita masih
dapat mendengar orang ramai menyebut nama-nama ulamak Islam yang
membuat bidaah dalam perkara dunia seperti Al-Khawarizmy, Ibnu Sina dan
selain dari mereka.

Di Malaysia, kita amat berterima kasih kepada Dato` Seri Abdullah Ahmad
Badawi dan Dato` Seri Najib Tun Razak yang telah memberi peluang
masyarakat malaysia membuat bidaah dalam urursan dunia, khususnya dalam
projek Angkasawan Negara yang berjaya menghantar Dr Syeikh Muzaffar ke
angkasa lepas. Walaupun ada yang mengatakan beliau hanyalah sebagai
pelancong sahaja, tetapi saya berpendapat, ia adalah satu perkara bidaah yang
membanggakan dan menarik minat masyarakat kepada ketamadunan dan
ketinggian ilmu pengetahuan. Oleh itu, saya mencadangkan agar kita tidak
melihat projek ini sebagai sebuah projek yang sia-sia hanya kerana kita
beraliran bertentangan.

Tuntasnya, saya menegaskan bahawa Bidaah itu ada dua jenis yang
berbeza. Pertama, bidaah dalam agama yang dilarang dan dikeji dan akan diazab
perlakunya di neraka, dan kedua, bidaah dalam perkara dunia yang amat
digalakkan dan amat dipuji dalam Islam. Oleh itu, saya menyeru kepada diri
saya dan sidang pembaca, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk
membuat bidaah dalam urusan dunia kita semoga kita akan dipandang tinggi
dalam masyarakat dunia seterusnya meninggikan nama Islam dan menggecap
Redha Allah SWT di syurganya kelak.

Вам также может понравиться