Вы находитесь на странице: 1из 2

BIDANG : KEMAHIRAN PROFESIONALISME 1

TAJUK : KEPIMPINAN GURU

PENGARANG : ABDUL RAHMAN ABDUL MAJID KHAN


PENERBIT : PENERBITAN MULTIMEDIA SDN. BHD.
CETAKAN : CIPTA PRINTING & PUBLISHING (M) SDN BHD

TERBITAN PERTAMA : JAN 2010

1) INTISARI BAB

1.0 Guru sebagai sumber terbanyak kepimpinan sekolah dan kepimpinan terkongsi
1.1 Ciri-ciri guru pemimpin
1.2 Ruang dan peluang untuk kepimpinan guru di sekolah

1.0 Guru sebagai sumber terbanyak kepimpinan sekolah dan kepimpinan terkongsi

 Guru adalah sumber terbaik dan terbanyak kepimpinan untuk sekolah


 Sekiranya sekolah distrukturkan semula dengan sempurna – guru-guru haruslah
memikul tanggungjawab penting kepimpinan instruksional ( Pellicer & Anderson,
2001:14)
 Manakala Glickman (1989: 6) pula menyatakan Pengetua bukanlah satu-satunya
pemimpin instruksional tetapi adalah “ketua kepada para pemimpin instruksional di
sekolah).
 Kepimpinan instruksional terkongsi melibatkan kolaborasi Pengetua dan guru-guru
berkaitan kurikulum, pengajaran & pentaksiran, perkembangan staf, penyeliaan
tugasan pengajaran demi penambahbaikan sekolah.

1.1 Ciri-ciri guru pemimpin

 Wujud jawatan-jawatan formal peranan kepimpinan di sekolah seperti ketua


bidang, guru kanan mata pelajaran, ketua panitia dan sebagainya.
 Apalah erti gelaran tersebut jika dibandingkan dengan fungsi sebagai pembawa
perubahan yang berkesan.
 Ciri-ciri kepimpinan dalam konteks personal;
 Melibatkan diri dalam organisasi-organisasi profesional guru; termasuk
memegang jawatan-jawatan berpengaruh.
 Mengambil bahagian dalam membuat keputusan berhubung sekolah seperti
bekerjasama bersama pentadbir untuk merancang penambahbaikan
persekolahan
 Terlibat dalam piawaian kurikulum dan pentaksiran di sekolah; sehubungan
keperluan murid dan apa yang murid sepatutnya laksanakan
 Berkongsi idea dengan rakan-rakan, termasuk menggerak program-program
perkembangan professional untuk rakan-rakan.
 Menjadi mentor kepada guru-guru baru
 Membantu dalam urusan-urusan berkaitan penstafan
 Menambah baik peralatan dan teknologi
 Bekerjasama bersama-sama ibu bapa, termasuk memajukan jalinan sekolah-
rumah.

Disediakan oleh: Pn Norizan Bt Awang @ Rashid


BIDANG : KEMAHIRAN PROFESIONALISME 2
TAJUK : KEPIMPINAN GURU

 Mewujudkan rakan kongsi dengan komuniti, termasuk badan-badan bisnes


dan organisasi dalam memajukan sekolah
 Mewujudkan jalinan dengan kolej-kolej dan university dalam menyediakan
guru-guru yang masa hadapan
 Menjadi pemimpin dalam komuniti
 Terlibat dalam aktiviti politik parti
 Menerajui usaha-usaha dan penyiaran maklumat positif berkaitan guru

 Goldberg (2001), selepas menemubual 43 orang pemimpin pendidikan mendapati 5


kesamaan di kalangan mereka
 Ada kepercayaan kukuh bahawa apa yang mereka buat adalah baik dan
penting
 Daya tahan dalam mengekal kepercayaan mereka walaupun dikritik atau
ditentang
 Ada keprihatinan tentang isu-isu perkauman dan kemiskinan
 Serius dalam matlamat tanpa penyelewengan dalam perjuangan walaupun
lama
 Berkemahiran situasi; pandai menggunakan kemahiran yang ada dengan
peluang

1.2 Ruang dan peluang untuk kepimpinan guru di sekolah

 Program-program sokongan guru permulaan


 Musyawarah keputusan berasaskan sekolah
 Penglibatan dalam pengembangan institut professional
 Pemantap pengajaran dan kepimpinan penyeliaan di kelas
 Mengorganisasi dan menggerak inkuiri berasaskan sekolah
 Pemantap pengetahuan dan kepimpinan pengurusan kurikulum
 Penyertaan dalam penilaian prestasi guru-guru / rakan sekerja

KESIMPULAN

 Sebut saja kepimpinan sekolah, maka terbayanglah wajah seorang ‘pengetua’. Dalam
konteks institusi sebagai pengupayaan kepimpinan dalam kalangan warga sekolah,
penglibatan menyeluruh dan terancang dalam urusan kepimpinan bermatlamatkan;

 Perkembangan komuniti sekolah ( pibg, komuniti ) sebagai pemimpin yang reflektif


dan mahir
 Pencapaian yang mantap dan penambahbaikan berterusan prestasi dan
perkembangan murid
 Pembangunan sekolah dan daerah sebagai organisasi yang mampan

 Apabila kepimpinan dalam konteks ini melibatkan sokong-menyokong, pembelajaran


bermakna dalam komuniti yang melibatkan visi terkongsi, inkuiri, dialog dan refleksi yang
menjurus kepada penekanan pembelajaran di sekolah mewujudkan komuniti yang berilmu
yang dapat mencambahkan ramai pemimpin di kalangan anggota organisasi.

Disediakan oleh: Pn Norizan Bt Awang @ Rashid

Вам также может понравиться