Вы находитесь на странице: 1из 1

“Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada

seketul daging yang


apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan
apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati.”1 ,
Hadis tersebut diatas merupakan sebuah hadis yang memperincikan sasaran
tarbiyyah islamiyyah, hati adalah tempat jatuhnya perasaan cinta, hati jugalah
tempat dimana akal bermastautin , Allah menegaskan hal ini dalam Ayat 46 surah
Al-Hajj .

Oleh itu, bagi para penerima tarbiyyah, mereka seharusnya menyediakan hati
terlebih dahulu dengan membersihkan dari sifat cela dan keji. Seorang sahabat
saya pernah menggambarkan keadaan hati seperti air hujan , sungai Nil dan
Piramid di Mesir.

Jika air hujan yang lebat menimpa pyramid firaun yang berada di Giza, maka air
hujan tersebut pastinya payah mengalir dan memberikan manfaat kerana kekerasan
batu bata pyramid tersebut menghalang kelancaran perjalanan air hujan, namun
jika air hujan yang sama menimpa sungai Nil, necaya sungai Nil akan membawa
air tersebut ke seluruh bumi mesir dan memberi manfaat ke sekalian makhluk
yang memerlukan di bumi anbiya` ini.

Begitulah juga kaitannya dengan tarbiyyah, jika kita menyediakan hati dengan
kekerasan akibat dosa dan noda pastinya kita akan berasa cukup payah menerima
tiap buah tarbiyyah, namun jika kita menyediakan hati dengan penuh keikhlasan
dan ketaqwaan nescaya tarbiyyah dapat mengalir ke dalam jiwa seterusnya
bercambah menjadi pohon iman yang subur..

1
Hadis ke-6 dalam himpunan 40 hadis imam Nawawi ( hadis Sahih Muttafaqun Alaih )

Вам также может понравиться