Вы находитесь на странице: 1из 10

KAUNSELING

PERGERTIAN KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua
orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang
luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung,
terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat
dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.

Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama
mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah
dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi
kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam
bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi,
sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan
penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia
juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini
berdasarkan kepada kepercayaan:

 Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada
kehidupan masing-masing.
 Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab
terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara
kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun
dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien
membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan
kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.

Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini
akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat
menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan
interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan
pada klien.

Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia
menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh
dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak
boleh dilakukannya langsung.

Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan
kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan
kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan
dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya
untuk hidup dengan lebih sempurna.

Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat
keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar
bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

1
KAUNSELING

TUJUAN KAUNSELING

Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang
kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan
terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan
proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa
klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal
sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya,
maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.

Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang
panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil
daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri,
penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir
merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai
masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna,
berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

Lima tujuan kaunseling iaitu:

1. Menolong mengubah tingkah laku klien.


2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang
terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.
3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan
dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan
mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia
menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi
masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan
yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.
Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya
dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan
seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan
kehidupan individu.
5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan
bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang
individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk
memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap
pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses
membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan
bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman,
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada
semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin
diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan
yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut
keperluan klien.

Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien:

 Memahami diri dan situasinya;

2
KAUNSELING

 Mengenal pasti keperluannya;


 Menerima realiti hidupnya;
 Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
 Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
 Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu
yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan
hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat
dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus
yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.

Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan
masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat
yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat
dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini
yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan,
psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri
kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik
terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan
hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya
diberi perhatian yang wajar.

Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan
perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi
kaunselor adalah sebagai ‘pemandu’ yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani
klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah
tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin
berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan
perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

PRINSIP KAUNSELING

Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan
ciri kaunseling adalah seperti berikut:

1. Kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan
kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan
kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.
2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak
individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini
ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan
semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar
merupakan kaunseling.
6. Kaunselor memahami kliennya.
7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien.
Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.

3
KAUNSELING

8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai
masalah psikologi.

Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:

1. Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri.


2. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi.
3. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang
dirinya sendiri.
4. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.

Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:

1. Kaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah atau
kerunsingan.
2. Kaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan
kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling.
3. Dalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan
proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal
ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan
tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala
faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan
fikiran yang kabur dan tidak rasional.
4. Orientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunseling
dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa
untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.
5. Kaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi
kesejahteraan diri sendiri.
6. Kaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang.
7. Kaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum
untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai matlamat itu.
8. Kaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

KETRAMPILAN PEMIMPIN BERWIBAWA

Membentuk Kejayaan Diri

 Menganalisa mengenali diri sendiri


 Menyediakan matlamat hidup
 Mempunyai wawasan sendiri
 Mengenalpasti nilai dan prinsip dalam hidup
 Sasaran – Perancangan dan matlamat untuk menjayakan sasaran bagi membolehkan berjaya
dalam kerjaya

Mengenal diri sendiri

 Anggapan kita mengenal diri sendiri

4
KAUNSELING

 Diri kita dari kaca mata orang lain


 Diri kita sebenar

Tiga jenis manusia

 Mereka yang menjadikan sesuatu berlaku


 Mereka yang melihat sahaja apa yang berlaku
 Mereka yang bertanya apa yang berlaku

Penilaian diri

 Memahami diri sendiri – kekuatan/kelemahan


 Motivasi – kemahuan, semangat membara, keyakinan
 Disiplin diri – menggunakan kekuatan diri dalam mengawal diri
 Keimanan – Pedoman dan Pegangan hidup
 Keyakinan – mempercayai kebolehan sendiri
 Daya tarikan – personaliti dan imej diri
 Perasaan – kebolehan mengawal perasaan
 Sikap – Positif atau Negatif
 Tenaga- tenaga yang berterusan
 Semangat, kecergasan, kesungguhan
 Berfikir kreatif – idea/strategi baru
 Sasaran – sasaran dan standart diri sendiri
 Matlamat – Matlamat dan perancangan sebagai kompas ke arah kejayaan
 Pengurusan masa – Keupayaan membezakan antara keutamaan , segera, kepentingan, tidak
penting segera.

Jenis-jenis matlamat

 Matlamat jangka panjang


Matlamat yang memerlukan beberapa bulan atau tahun untuk dicapai

 Matlamat jangka pendek


Matlamat jangka pendek yang membawa kepada implementasi matlamat jangka panjang

Matlamat : Pendekatan "Smarter"

S - Specific Spesifik

M - Measuarable Boleh diukur

A - Attainable Boleh dicapai

5
KAUNSELING

R - Reasonable Berpatutan

T - Time bound Jangkamasa

E - Exciting Seronok / mengembirakan

R - Rewarding Ganjaran

Prinsip pembentukan matlamat

 Matlamat mestilah matlamat anda sendiri


 Matlamat mestilah positif
 Matlamat mestilah boleh di capai dan nyata
 Matlamat mestilah ditulis
 Matlamat mestilah specifik

Mengapa tidak mempunyai matlamat

 Boleh dijangkakan
 Telah ditetapkan
 Takut kehilangan / kekalahan
 Takut kemenangan
 Pengharapan yang terlalu tinggi

9 Fakta penting dalam mencapai matlamat anda

1. Kuasai masa anda


"Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk gagal"
2. Keputusan di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang anda.
"Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI hanya ada seorang sahaja yang boleh
melakukannya untuk selama-lamanya".
3. Hapuskan ketakutan.
"Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat
anda tidak akan berjaya".
4. Praktikan sikap positif
5. Gambaran minda
"Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda perlu gambarkan arah kemana tujuan
perjalanan tersebut".
6. Bina imej diri positif
7. Capai sebarang peluang yang mendatang
"Peluang hanya datang sekali"
8. Tuliskan matlamat anda dan semaklah ia selalu
9. Ambil tindakan sekarang – Jangan cakap-cakap kosong sahaja.
"Action speak louder than words"
"1 % dari kejayaan adalah kerana bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"

6
KAUNSELING

Keputusan ditangan anda, jangan biarkan sesiapa menghalang anda

Langkah 1

 Jelaskan kenapa anda membuat keputusan tersebut.


 Fikirkan berapa banyak masa yang anda ada.
 Tuliskan matlamat anda dan bila ia patut dicapai.

Langkah 2

 Fikirkan tindakan yang akan diambil


 Cari maklumat yang berkaitan dengan situasi tersebut
 Senaraikan pilihan yang terbuka untuk anda

Langkah 3

 Senaraikan implikasi dan akibat dari setiap pilihan


 Hapuskan pilihan yang tidak munasabah atau tidak anda perlukan

Langkah 4

 Ikut setiap pilihan sampai tamat


 Anda boleh mengikut lebih dari satu pilihan
 Jangan membuang masa jika anda menamui jalan buntu.

Langkah 5

 Tambah pilihan atau matlamat baru didalam tindakan anda

Langkah 6

 Bila anda telah mencapai matlamat anda tuliskan matlamat baru dan had masa baru. Ikut
langkah 2.

Langkah 7

 Bila anda telah mencapai matlamat yang terakhir, anda juga adalah kearah mencapai kejayaan
yang jitu.

Hilangkan ketakutan

Bagaimana untuk mendapatkan keyakinan diri.

Fasa 1 Kenalpasti diri anda

7
KAUNSELING

Langkah 1 : Bina fail kejayaan anda

Langkah 2 : Mempunyai sikap optimistik

Langkah 3 : Tukar sikap anda terhadap kegagalan

Langkah 4 : Berhenti dari menganggap kegagalan dimana-mana

Fasa 2 Ketegasan diri anda

Langkah 1 : Belajar menyatakan "TIDAK"

Langkah 2 : Bertanya

Bersikap positif

Apa itu SIKAP

 Sikap adalah tingkahlaku yang lahir dari emosi. Ia adalah kumpulan keterlaluan/perangagi yang
ditunjukan oleh seseorang terhadap orang lain.

 Ia merupakan komponen emosi dan salah satu perkara yang sukar di fahami dan diurus.

Bagaimana Sikap di Perlihatkan

Perkataan yang digunakan - "Boleh saya tolong……."


"Maaf,……"

Air muka - senyum

Budi bahasa - Bersopan santun


Kurang sopan

Nada bahasa - Lembut, marah

Pembawaan diri (Imej) - Kemas, bersih

Pakaian - Kotor, bersih

Cara berjalan - Bertenaga, tak bermaya

Posture - Tegap, Bongkok

8
KAUNSELING

Sikap dan perhubungan manusia

Apa fungsi sikap terhadap persekitaran?

Sikap positif akan menghasilkan 3 matlamat:

 Ia akan melahirkan emosi yang positif/baik terhadap kerja dan rakan-rakan di sekitar anda

 Ia menambahkan sifat kreatif bagi menambah produktiviti anda

 Ia memperbaiki personaliti anda dalam berhubung dengan persekitaran

 Sikap dan sifat positif dalam pembentukan seseorang. Anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika
anda positif kerja di anggap mustahil boleh berjaya.

Kaedah mengubah sikap

 Tentukan dahulu samada sesuatu masalah itu berpunca dari sikap atau faktor persekitaran. Jika
berpunca dari faktor lain, usaha mengubah sikap tidak perlu dilakukan.
 Apakah diri sendiri orang yang paling sesuai untuk melakukannya dan apakah pengaruh yang
membawa kepada perubahan?Apakah kerana pengaruh ganjaran, kepakaran, paksaan, tauladan
atau simpati?
 Nilai diri apakah komponen yang paling mempengaruhi sikap untuk berubah? Apakah dengan
mengubah persekitaran, pemikiran, pandangan dunia, perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan
persekitaran untuk bertindak?
 Tentukan pendekatan yang diperlukan untuk mengubah diri samada dengan secara langsung
negatif; mengancam; mengkritik; menghina; mengenakan dendaan dan paksaan atau secara
tidak langsung; menunjukkan tauladan silaturrahim dan perlakuan.
 Mengenal pasti rintangan rintangan yang mungkin dihadapi serta cara mengatasinya,
menentukan cara pengukuhan setelah berlaku perubahan; galakan atau dorongan dan
mengubah suai pendekatan berasaskan kejayaan atau kegagalan.

17. Sikap

Sikap orang yang berjaya Sikap orang yang gagal

 Mengubah kelakuan sendiri  Cuba mengubah kelakuan orang lain


 Bekerja keras dan punya masa  Terlalu sibuk membuat apa yang patut
 Tahu bila mahu bersikap tegas dan  Mengalah bila disoal dan
mengalah mempertahankan perkara yang tidak
 Menghormati orang lain dan sanggup belajar penting
dari orang lain  Tidak mahu melihat kelebihan orang lain
 Menggunakan masa untuk maju cuma terhadap kelemahan mereka
 Penekanan terhadap kemungkinan /  Gunakan masa untuk mengelakkan

9
KAUNSELING

(peluang) kritikan
 Menerima pendapat orang lain  Penekanan terhadap masalah
 Tidak mahu menerima pendapat orang
lain

10

Вам также может понравиться

  • Teknik Sumbangsaran
    Teknik Sumbangsaran
    Документ4 страницы
    Teknik Sumbangsaran
    norkamayana
    Оценок пока нет
  • Modiul 6 Strategik Pengurusan
    Modiul 6 Strategik Pengurusan
    Документ52 страницы
    Modiul 6 Strategik Pengurusan
    Mohamad Shuhmy Shuib
    100% (1)
  • Perundingan Kaunseling Ibu
    Perundingan Kaunseling Ibu
    Документ84 страницы
    Perundingan Kaunseling Ibu
    Mohamad Shuhmy Shuib
    100% (6)
  • Modiul 3 Kemahiran Berfikir JPA
    Modiul 3 Kemahiran Berfikir JPA
    Документ124 страницы
    Modiul 3 Kemahiran Berfikir JPA
    Mohamad Shuhmy Shuib
    100% (1)
  • Perintah Am Bab E, F, G
    Perintah Am Bab E, F, G
    Документ22 страницы
    Perintah Am Bab E, F, G
    Mohamad Shuhmy Shuib
    100% (9)
  • Pengenalan Bimbingan Dan Kaunseling
    Pengenalan Bimbingan Dan Kaunseling
    Документ20 страниц
    Pengenalan Bimbingan Dan Kaunseling
    Mohamad Shuhmy Shuib
    100% (1)
  • Jadual Kursus
    Jadual Kursus
    Документ1 страница
    Jadual Kursus
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Definisi Visi
    Definisi Visi
    Документ4 страницы
    Definisi Visi
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Kemahiran Penyeliaan Yang Berkesan
    Kemahiran Penyeliaan Yang Berkesan
    Документ6 страниц
    Kemahiran Penyeliaan Yang Berkesan
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Judul Minit Mesyuarat
    Judul Minit Mesyuarat
    Документ4 страницы
    Judul Minit Mesyuarat
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Saidatul Afiqah
    Saidatul Afiqah
    Документ2 страницы
    Saidatul Afiqah
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Cabaran Profesion Keguruan
    Cabaran Profesion Keguruan
    Документ92 страницы
    Cabaran Profesion Keguruan
    arthurjeo
    83% (6)
  • Untitled
    Untitled
    Документ3 страницы
    Untitled
    ramlanhj
    Оценок пока нет
  • TIPS Menghalang Kecurian
    TIPS Menghalang Kecurian
    Документ2 страницы
    TIPS Menghalang Kecurian
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Alam Mahsyar
    Alam Mahsyar
    Документ3 страницы
    Alam Mahsyar
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Amalan Di Bulan Rajab
    Amalan Di Bulan Rajab
    Документ6 страниц
    Amalan Di Bulan Rajab
    YantoPrieAnto
    Оценок пока нет
  • Sol at
    Sol at
    Документ1 страница
    Sol at
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Ciri Person Ali Ti Lima Utama
    Ciri Person Ali Ti Lima Utama
    Документ4 страницы
    Ciri Person Ali Ti Lima Utama
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Serambi Indon
    Serambi Indon
    Документ38 страниц
    Serambi Indon
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Akhir Hayat Wanita Taat
    Akhir Hayat Wanita Taat
    Документ5 страниц
    Akhir Hayat Wanita Taat
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Adapun Tanda
    Adapun Tanda
    Документ3 страницы
    Adapun Tanda
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Serulah
    Serulah
    Документ3 страницы
    Serulah
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Tentang Sujud Syukur
    Tentang Sujud Syukur
    Документ2 страницы
    Tentang Sujud Syukur
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Solat 1
    Solat 1
    Документ1 страница
    Solat 1
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Serambi Indonesia
    Serambi Indonesia
    Документ7 страниц
    Serambi Indonesia
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Solat Ied
    Solat Ied
    Документ3 страницы
    Solat Ied
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Serambi Indonesia2
    Serambi Indonesia2
    Документ26 страниц
    Serambi Indonesia2
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Serambi Indon1
    Serambi Indon1
    Документ16 страниц
    Serambi Indon1
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Sek DLM Perkahwinan
    Sek DLM Perkahwinan
    Документ3 страницы
    Sek DLM Perkahwinan
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет
  • Sekedudukan
    Sekedudukan
    Документ2 страницы
    Sekedudukan
    Mohamad Shuhmy Shuib
    Оценок пока нет