Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
SUBJECT/CLASS: ENGLISH 1
___________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________
_____________________________________________
SUBJECT/CLASS: MATEMATIK 5
TOPIK: PERPULUHAN
STANDARD KANDUNGAN: PENDARABAN PERPULUHAN
STANDARD PEMBELAJARAN: MENDARAB NOMBOR PERPULUHAN HINGGA TIGA TEMPAT
PERPULUHAN DENGAN NOMBOR HINGGA DUA DIGIT, 100 DAN 1000.
AKTIVITI:
1. MURID MENDARAB PERPULUHAN SEPERTI MENDARAB NOMBOR BULAT.
2. GURU MENEGASKAN BAHAWA KEDUDUKAN TITIK PERPULUHAN PADA JAWAPAN BERGANTUNG
KEPADA BILANGAN TEMPAT PERPULUHAN PADA SOALAN.
3. MURID MENDARABKAN NOMBOR BULAT DAN MEMBERIKAN JAWAPAN.
4. MURID MENGGERAKKAN TITIK PERPULUHAN 1 TEMPAT KE KANAN MENGIKUT BILANGAN
SIFAR.
5. CERDAS MINDA PAGE 98 BUKU TEKS.
6. LATIHAN PENGUKUHAN CELIK MINDA PAGE 98 BUKU TEKS. SOALAN 1 DAN 2.
BBM:
0.2 x 6.03=?
Cadangan: Abaikan titik perpuluhan. Tukarkan nombor perpuluhan
kepada nombor bulat.
2 603 = 1206
Sekarang, kita semak semula kedudukan titik perpuluhan. 0.2
mempunyai satu tempat perpuluhan dan 6.03 mempunyai dua
tempat perpuluhan menjadikan tiga tempat perpuluhan semuanya.
Jadikan 1206 kepada nombor yang mempunyai tiga tempat
perpuluhan dengan mengerakkan titik perpuluhan bermula
dari kanan nombor.
= 1.206
Contoh 2:
0.04 x 0.011=?
Cadangan: Abaikan titik perpuluhan. Tukarkan nombor perpuluhan
kepada nombor bulat.
4 11 = 44
Sekarang semak semula kedudukan titik perpuluhan. 0.04
mempunyai dua tempat perpuluhan dan 0.011 mempunyai tiga
tempat perpuluhan menjadikan lima tempat perpuluhan semuanya.
Jadikan 44 kepada nombor yang mempunyai lima tempat perpuluhan
dengan mengerakkan titik perpuluhan bermula dari kanan
nombor.
= 0.00044
Contoh
3:
200 0.012
Cadangan: Abaikan titik perpuluhan. Tukarkan nombor perpuluhan
kepada nombor bulat.
2 00 12 = 24 00
Untuk mendarabkan 200 dengan 12, abaikan 0 terlebih dahulu
menjadikan 2 x 12 = 24. Letakkan semula dua '0' yang diabaikan tadi
dibelakang nombor selepas operasi pendaraban menjadikan 2400.
Semak semula kedudukan titik perpuluhan. 200 tidak mempunyai
tempat perpuluhan dan 0.012 mempunyai tiga tempat perpuluhan.
Ini menjadikan tempat perpuluhan yang patut ada ialah tiga dan
gerakkan sebanyak tiga kali dari kanan nombor.
= 2.400 atau 2.4
SELAMAT MAJU JAYA
SUMBER:
http://chekguisza.blogspot.my/2010/04/perpuluhan-tips-darabkan-nombor.html
SUMBER:
http://azimatmate.blogspot.my/2013/03/perpuluhan-darab-cara-murid-lemah.html
REFLEKSI:
______________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________