Вы находитесь на странице: 1из 5

SCCA 1013

PENGANTAR KOMUNIKASI

ULASAN JURNAL PERTAMA


PENGENALAN
Jurnal yang digunakan di dalam analisis ini bertajuk impak media baru terhadap system nilai
masyarakat Melayu di Malaysia yang ditulis oleh Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff & Muammar
GhadDaffi Hanafiah dan diterbitkan pada tahun 2015 oleh Malaysian Journal of Communication
Jilid 31 cetakan kedua.
ISI
Di dalam jurnal ini menghuraikan perubahan system nilai masyarakat Melayu kini akibat
perkembangan teknologi media baharu. Kajian ini menggunakan teori modenisasi untuk
menjelaskan perubahan teknologi dan globalisasi yang memberi impak kepada sistem nilai
Melayu. Masyarakat tradisi hanya bergantung kepada maklumat yang hanya diterima atau
disampaikan daripada ketua masyarakat melalui secara lisan. Mereka dikatakan berinteraksi dan
berkomunikasi secara terhad iaitu di dalam lingkungan tempat atau wilayah yang berhampiran
dengan petempatan mereka sahaja.
Perubahan yang dialami di peringkat global seperti teknologi dan arus kemodenan turut
mempengaruhi kepada corak kehidupan masyarakat Melayu tradisi yang masih mengamalkan
cara

kehidupan

diwarisi

daripada

nenekmoyang

mereka

seperti

bersikap

jujur,

bertanggungjawab, menghormati dam berkongsi sama rata. Masyarakat Melayu yang mendiami
di kawasan kampung turut juga menerima tempias akibat daripada perubahan teknologi itu.

S218377

SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

Masyarakat Melayu perlu menghadapi situasi yang tabah dan teguh dalam menghadapi arus
perubahan yang berlaku secara pantas dan perlu mengikut selari dengan perubahan arus tersebut.
Perkembangan radio dan television serta filem telah banyak memberi kesan yang agak positif
dan negatif kepada masyarakat Melayu.
Sistem nilai yang bersifat perwatakan bersopan santun, berbudi bahasa dan lemah lembut
merupakan antara yang telah menghalang mereka untuk memajukan diri sendiri. Sistem nilai
masyarakat Melayu yang menjadi adat dan amalan amat selari dengan ajaran Islam. Masyarakat
Melayu sering menggunakan alasan itu untuk menyatakan kesukaran mereka untuk menghadapi
arus suasana kehidupan moden dan berteknologi.
Perkembangan teknologi media baharu telah menjadi satu cabaran kepada sistem nilai yang
diamalkan oleh masyarakat Melayu yang semakin ditinggalkan kerana dikatakan sistem ini
menghalang kemajuan dan pembangunan. Maklumat atau sumber pengetahuan amat mudah
diperolehi hanya di hujung jari atau papan kekunci komputar disebabkan kepantasan dan tanpa
tapisan yang mudah menimbusi budaya dan sistem nilai masyarakat. Pengaruh luar terutamanya
dari barat lebih mudah menyerap masuk dan diterima secara langsung tanpa penjelasan yang
sebetulnya.

S218377

SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

RUMUSAN
Di dalam jurnal ini menyatakan dimana media baru telah member impak di dalam system
masyarakat Melayu dan saya bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh penulis. Ini dapat
dilihat dimana penerimaan masyarakat melayu terhadap media baru agak memberangsangkan ini
dibuktikan dengan pelbagai faktor yang dikemukan oleh penulis di dalam jurnal ini. Sebelum ini
system masyarakat melayu yang lebih kearah tradisi mula terhakis dengan adanya media baru.
Tidak dinafikan media juga terdapat sudut positif tetapi ia lebih cenderung kearah negative jika
tidak dberikan pencerahan yang secukupnya.
ULASAN JURNAL KEDUA
PENGENALAN
Jurnal yang digunakan di dalam analisis ini Media Baharu yang Baharu: Trend Penggunaan
Jaringan Sosial Dalam Kalangan Pengguna di Malaysia yang ditulis oleh Siti Ezaleila Mustafa &
Azizah Hamzah dan diterbitkan pada tahun 2011 oleh Malaysian Journal of Media Studies Vol.
13, No. 2.
ISI
Dalam era kini, media baharu dilihat lebih dominan berbanding dengan media tradisional atau
media lama seperti media cetak, media elektronik, media siaran, dan media interpersonal yang
lain. Oleh sebab itu, bentuk masyarakat pada era ini juga turut menyaksikan perubahan. Yang
jelas, masyarakat kini tidak lagi hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil atau berpuak, malah era
masyarakat massa yang dikaitkan dengan pengaruh media massa semakin hilang dan mulai

S218377

SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

digantikan dengan struktur masyarakat jaringan yang menyaksikan komunikasi bersemuka


semakin digantikan dan ditambah dengan komunikasi berperantaraan.
Kehadiran teknologi web 2.0, iaitu web generasi kedua menawarkan pilihan yang menarik dalam
aktiviti komunikasi dan interaksi manusia kerana dilihat berbeza daripada teknologi sebelumnya
yang terdiri daripada laman-laman web yang statik dan menawarkan sedikit interaktiviti yang
berorientasikan informasi yang dihasilkan oleh sebilangan kecil orang untuk jumlah pengguna
yang ramai. Ini kerana web 2.0 melibatkan sekumpulan aplikasi yang berpusatkan pembangunan
komuniti dalam talian yang berdasarkan darjah interaktiviti, inklusif, kolaborasi, bahan tulen,
dan kemahiran literasi digital yang lebih tinggi.
Dengan

jumlah

pengguna

Internet

di

dunia

sebanyak

2,095

juta

orang

(www.

internetworldstats.com), ruang siber kini menjadi tempat untuk orang ramai berkumpul dan
membentuk kumpulan berdasarkan kepentingan dan minat masingmasing sehingga terbentuknya
komuniti dalam talian. Mereka memasuki ruang siber ini untuk pelbagai tujuan seperti mencari
sahabat, pendidikan, berseronok, dan mendapatkan sokongan atau bantuan daripada komuniti
dalam talian dari semasa ke semasa. Dengan perkembangan teknologi pengkomputeran dan
jaringan Internet serta pelbagai aplikasi baharu, media baharu yang baharu ini menjadi media
sosial yang semakin tidak dapat diketepikan oleh orang ramai kerana sifat interaktifnya sehingga
menjadi fenomena global pada masa kini, dan Asia merupakan pasaran terbesar dari segi
partisipasi pengguna.
RUMUSAN
Dari analisis yang dilakukan merujuk kepada jurnal yang dirujuk, saya menyokong apa yang
diperkatakan oleh penulis. Ia dapat dibuktikan dengan peningkatan trend penggunaan oleh

S218377

SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

pengguna-pengguna di Malaysia. Jaringan soial yang mucul di alaf ini menarik perhatian rami
pengguna di Malaysia kerana ia lebih memudahkan segala urusan komunikasi yang boleh
dilakukan dengan cepat dan berkesan. Oleh sebab itu, jelas bahawa trend ke arah komunikasi
berbentuk jaringan boleh dilihat di Malaysia apabila semakin ramai yang menggunakannya
media baharu yang baharu ini. Dengan kadar penembusan jaringan sosial di Malaysia yang agak
tinggi, iaitu 67% dan masa yang diluangkan oleh setiap pengguna, iaitu antara satu hingga dua
jam, malah ada yang melebihi dua jam pada satu-satu sesi log masuk atau sehingga 20 jam
seminggu, ini menunjukkan masyarakat di Malaysia sama seperti yang dialami di peringkat
global mengalami transisi dalam bentuk komunikasi atau interaksi sosial mereka yang
menyaksikan pembentukan masyarakat jaringan dengan meluasnya penggunaan jaringan sosial
dalam talian yang merupakan salah satu platform media sosial hasil daripada perkembangan
teknologi media baharu yang sentiasa berubah.

S218377

Вам также может понравиться