Вы находитесь на странице: 1из 3

EDU 3073

Tutorial 1
Bincangkan sejauh mana perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kanak-kanak
boleh meningkatkan kesejahteraan modal insan negara kita.
Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada
proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta
mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh
orang yang menerimanya. Manakala kaunseling merupakan suatu proses perhubungan
menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor
professional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik
dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat
berlandaskan

Etika

Kaunseling.

Kaunseling

adalah

proses

pertolongan

yang

professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam


sekelilingnya. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah untuk mengembangkan
potensi individu ke arah kecemerlangan dari pelbagai aspek termasuk pengetahuan,
sahsiah dan kemanusiaan bagi melahirkan generasi masa depan yang mampu berdaya
saing dalam arena antarabangsa. Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada
pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu,
berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Mereka
merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah Negara.
Berdasarkan kepada kaedah teori Adler, perasaan yang negatif yang tinggi
dalam individu akan menghalang potensinya untuk mencapai matlamat hidup. Dengan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat mengatasi masalah yang melibatkan
sosial dengan memberikan bimbingan ke arah mengatasi kekurangan diri dan mencapai
matlamat dan kesempurnaan diri. Bimbingan adalah untuk semua murid untuk
perkembangan diri mereka berdasarkan minat, keupayaan dan pencapaian murid
murid.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga membantu individu untuk
berfikiran matang dan berkualiti. Klien dapat memahami kepercayaan, motivasi, dan
matlamatnya yang ingin dicapai olehnya. Dengan perkhidmatan ini juga dapat
membantu klien memahami dan menyedari sebab-sebab mengapa matlamatnya tidak
kena, mengapa tingkah lakunya tidak sesuai dan mengapa gaya hidupnya tidak wajar.
Dengan itu, klien berkeupayaan untuk membina kehidupan yang lebih baik. Bimbingan

EDU 3073
akan meningkatkan kesedaran kepada murid murid dalam pembahagian sektor awam
dan sektor swasta.
Pendekatan Rogerian mengutamakan individu bertanggungjawab mengenal
pasti cara-cara untuk menghadapi realiti hidup. Individu dapat merefleksi dirinya dengan
berbeza dan menerima perasaan dan emosi dirinya dengan sepenuhnya. Seseorang
individu bermasalah yang melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat
berubah dirinya menjadi seorang yang berguna kepada dirinya sendiri. Dia juga dapat
mengubah tingkahlaku yang negatif kepada seorang yang matang dari segi
tindakannya. Contohnya, melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, murid
murid dapat berkomunikasi secara berkesan dan membina perhubungan yang baik
dengan anggota masyarakat yang lain.
Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling dapat membantu seseorang
individu untuk meneliti kekuatan diri yang dimilikinya dalam menghadapi masalah (Teori
Terapi Realiti). Dengan ini individu dapat menilai tingkah laku sama ada tingkah lakunya
dapat menghadapi masalah tersebut atau sebaliknya. Dengan itu, individu tersebut
dapat membuat penilaian yang betul dan bertanggungjawab ke atas keputusannya. Ini
akan membantu individu tersebut untuk menilai dirinya sendiri.
Idea terapi rasional-emotif (RET) pula membuat andaian bahawa individu
mempunyai kebolehan untuk bertindak sama ada secara rasional ataupun tidak rasional.
Dalam suatu jangka masa dapat membantu individu tersebut untuk bersedia untuk
menghadapi masalahnya dengan berfikir secara rasional. Dengan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling juga dapat membantu individu untuk belajar membuat pilihan
dan mengurus kehidupan secara efektif. Seseorang individu dapat belajar untuk
memikul tanggungjawab untuk dirinya pada waktu menangani segala masalah yang
dialami. Dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat membina pemikiran
yang positif dalam diri individu dan menyedarkan diri daripada alam tidak sedar kepada
alam sedar.
Terdapat beberapa jenis jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
boleh meningkatkan kesejahteraan modal insan Negara kita. Perkhidmatan penempatan
dapat membantu murid murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar
dengan kebolehan, minat dan kemampuan mereka. Dalam sesebuah sekolah rendah di
Malaysia terdapat tiga jenis aktiviti kokurikulum, iaitu unit beruniform, sukan dan

EDU 3073
permainan serta persatuan. Melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, murid
murid dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan masing masing dan juga boleh
meningkatkan kesejahteraan modal insan Negara kita. Contohnya, melalui aktivit
kokurikulum dapat memupuk dan mencungkil kebakatan murid murid yang ada pada
diri sendirinya misalnya melatih seseorang atlet yang berjaya dan mewakili Negara kita
untuk bertanding di luar Negara.
Perkhidmatan kaunseling boleh dilakukan secara individu atau kelompok tentang
pencapaian akademik dan masalah disiplin di sekolah rendah. Dalam kawasan sekolah
ibarat masyarakat yang kecil, kaunseling tunjuk ajar seperti guru bimbingan
mengadakan kelas untuk membimbing dan mengajar modal insan dari aspek JERIS
yang seimbang. Perkara perkara seperti penilaian kendiri, kemahiran komunikasi,
membuat keputusan, cara menangani tekanan dan sebagainya. Murid murid dididik
dengan baik dari segi sikap dan perlakuan serta akademik, ia dapat membantu Negara
lebih maju dan aman. Tanpa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, kemungkinan
murid murid akan berpendapat lewat ke sekolah adalah tindakan yang betul dan ia
akan menjejaskan pada masa depan terutamanya mereka mulai memasuki alam
pekerjaan pada masyarakat kelak. Mereka akan lewat ke syarikat untuk kerja dan akan
menjejaskan reputasi syarikat dan proses kerja akan tertangguh disebabkan kelewatan
kakitangan syarikat tersebut.
Kesimpulannya, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat penting untuk
meningkatkan kesejahteraan modal insan Negara kita dalam aspek JERIS. Modal insan
adalah tunjang Negara kita dalam pembangunan ekonomi Negara. Usaha dalam
pendidikan adalah salah satu arah membantu modal insan menjadi seseorang yang
berguna kepada masyarakat depan agar melahirkan generasi yang baru bersifat holistik,
pemikiran yang kreatif dan kritis dan mampu membuat keputusan sendiri.

Вам также может понравиться