Вы находитесь на странице: 1из 10

Karangan Fakta

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Karangan Fakta : Faedah Bergotong-Royong
Tulis sebuah karangan mengenai faedah bergotong-royong.

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak faedah amalan bergotongroyong.

Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih
cepat.

Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Semasa
bergotong-royong, kita dapat berbual-bual dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Malahan kita juga
dapat menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan. Apabila kita melakukan
aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan surau, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan
yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang tiu terkena penyakit.

Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang seseorang. Dengan ini, kita
dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan budak
nakal.

Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak faedahnya. Oleh itu kita hendaklah
menjadikan gotong-royong sebagai amalan.

Sumber : http://karanganskk.blogspot.my/2015/08/karangan-fakta-faedah-bergotong-royong.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Fakta

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Karangan Fakta : Kebaikan Perpustakaan
Soalan : Sekolah kamu mempunyai perpustakaan. Tulis kebaikan-kebaikan menggunakan perpustakaan.
Perpustakaan merupakan sebuah tempat untuk membaca buku ilmiah, buku cerita, majalah dan sebagainya.
Perpustakaan juga dikenali sebagai pusat sumber atau kutubkhanah. Semua sekolah mempunyai
perpustakaan sendiri.Terdapat banyak bahan rujukan dan bacaan di perpustakaan sekolah. Banyak kebaikan
jika kita menggunakan perpustakaan sekolah.

Perpustakaan berguna sebagai tempat membaca. Perpustakaan akan memupuk semangat membaca
kita. Di perpustakaan disediakan pelbagai bahan bacaan seperti buku ilmiah, buku cerita, majalah dan surat
khabar. Kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan seperti ilmu bahasa, ilmu sains dan sebagainya.

Perpustakaan merupakan tempat untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Kita
boleh membaca pelbagai bahan bacaan di perpustakaan. Masa kita tidak dibazirkan dengan sia-sia. Ini juga
boleh mencegah kita daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat sperti merokok, merempit, melepak
dan sebagainya.

Kita boleh menjimatkan wang jika kita membaca buku di perpustakaan. Bahan bacaan di
perpustakaan tidak perlu dibayar untuk membacanya. Kita tidak perlu membeli buku rujukan atau buku
cerita. Kita juga tidak perlu membeli buku yang mahal-mahal, contohnya buku 'Harry Potter' kerana ia
terdapat di perpustakaan.

Kita boleh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Kita membuat kerja sekolah yang belum siap di
perpustakaan. Kita booleh membuat perbincangan berkumpulan dan mencari bahan pembelajaran di
perpustakaan. Ini akan meningkatkan kemahiran belajar kita.

Perpustakaan adalah gedung ilmu yang menyediakan pelbagai keperluan pembelajaran. Gunakanlah
perpustakaan dengan sebaik mungkin.

Sumber : http://karanganskk.blogspot.my/2015/02/karangan-fakta-kebaikan-perpustakaan.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Fakta

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Karangan Fakta : Cara-cara menjadi murid berdisiplin
Soalan : Disiplin amat penting untuk mencapai kejayaan. Tulis sebuah karangan "Cara-cara menjadi murid
berdisiplin".

Ramai antara murid yang mempunyai masalah disiplin. Oleh itu,pelbagai pihak perlu mencari jalan untuk
mengatasi masalah ini.

Antara cara-cara menjadi murid yang berdisiplin ialah dengan menghormati dan taat kepada
guru.Guru-guru wajar dihormati kerana merekalah mendidik kita sehingga menjadi manusia yang
berguna.Selain itu, kita sewajarnya membantu guru pada masa-masa yang perlu.

Selain itu,murid-murid yang berdisiplin akan mematuhi semua peraturan sekolah. Mematuhi peraturan
ini akan akan membentuk peribadi murid-murid agar lebih berdisiplin. Contohnya seperti memakai pakaian
seragam sekolah yang lengkap, berambut pendek, beratur dan sebagainya.

Seterusnya, untuk menjadi murid yang berdisiplin ,kita hendaklah sentiasa menepati masa.Kita tidak
boleh datang lewat ke sekolah, ke kelas atau mengikuti aktiviti kokurikulum. Orang yang sentiasa menepati
masa akan sentiasa dihormati. Tambahan pula, masa itu amat berharga.

Di samping itu, murid yang berdisiplin akan menumpukan perhatian semasa belajar.Mereka tidak akan
membuang masa dengan berbual-bual kosong atau menganggu guru semasa mengajar.Melalui cara ini, muridmurid lebih disayangi oleh guru dan akan sentiasa diberi perhatian.

Kesimpulanya, semua murid mestilah berdisiplin .Melalui didikan agama juga dapat melahirkan muridmurid yang berakhlak dan berdisiplin.

Sumber : http://karanganskk.blogspot.my/2015/01/karangan-fakta-cara-cara-menjadi-murid.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Fakta

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Karangan Fakta : Faedah Menyertai Kokurikulum
Soalan : Setiap pelajar seharusnya melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

Tulis tentang faedah-faedah menyertai kegiatan tersebut selengkapnya.

Kokurikulum ialah aktiviti di luar kelas. Contoh aktiviti kokurikulum ialah perkhemahan, bersukan,
berpesatuan dan sebagainya. Aktiviti kokurikulum mengajar kita untuk berdikari.

Kokurikulum dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Kita akan belajar tentang latar
belakang sukan atau persatuan, matlamat ia ditubuhkan, dan sebagainya. Aktiviti yang disertai seperti
pekhemahan, dan lawatan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman hidup.

Kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Kita tidak membuang masa dengan
melakukan perkara sia-sia. Aktiviti kokurikulum yang diadakan diluar waktu sekolah menghindakan murid
dari terdedah kepada unsur negatif yang terdapat di persekitaran.

Selain itu, aktiviti kokurikulum boleh menyihatkan badan dengan melalui aktiviti sukan. Bersukan
akan membuatkan badan kita sihat dan otak kita cerdas. Bersukan juga boleh meningkatkan pretasi diri.

Akhir sekali, kokurikulum mampu mendisiplinkan serta membentuk peribadi diri yang mulia untuk diri kita.
Ia mengajar murid menepati masa, bantu membantu antara satu sama lain, bertanggungjawab dan amanah
dalam melakukan tugas.

Setiap murid harus menyertai aktiviti kokurikulum kerana ia membentuk murid berakhlak mulia dan
memupuk jati diri. Aktiviti kokurikulum juga harus diperluas bagi memberikan lebih banyak faedah kepada
murid-murid.

Sumber : http://karanganskk.blogspot.my/2015/01/karangan-fakta-faedah-menyertai.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Fakta

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Karangan Fakta : Faedah Menabung
Soalan : Kita sentiasa digalakkan menabung.

Tulis sebuah karangan mengenai faedah menabung.

Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu perlu
dipupuk sejak kecil.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu kita
perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah.
Justeru baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan didalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk
menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga
boleh digunakan untu mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan apabila keluarga
ditimpa musibah.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang didalam bank,
kita akan mendapat sebahagian keuntungan bank. Wang ini boleh digunakan untuk kehidupan masa hadapan.

Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia. Oleh itu mulalah menabung dari sekarang kerana
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Sumber : http://karanganskk.blogspot.my/2015/01/karangan-fakta-faedah-menabung.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Fakta

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Karangan Fakta : Cara-Cara Menjaga Kesihatan Diri
Soalan: Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang cara-cara menjaga
kesihatan diri.

Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup
mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan
memakai pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang
paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera
perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin
kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan
peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang
tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang
berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan
nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan
penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi
memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga.

Sumber : http://panitiabmskbt.blogspot.my/2012/07/karangan-upsr-fakta-cara-cara-menjaga.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Fakta

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Karangan Fakta : CARA-CARA BERJAYA DALAM PELAJARAN

Setiap murid sudah pastinya ingin berjaya dalam pelajaran. Murid yang berjaya dalam akademik lazimnya
akan mempunyai pekerjaan yang baik pada masa hadapan. Terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam
pelajaran.

Jika ingin berjaya dalam pelajaran, murid mestilah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Murid juga
perlu ada jadual pembelajaran di rumah. Semasa di dalam kelas, beri sepenuh tumpuan kepada pengajaran
guru. Selain itu sikap suka bertanya juga penting dalam proses pembelajaran.

Murid akan berjaya dalam pelajaran jika sentiasa mendapat sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa
perlu memberi perhatian terhadap anak-anak di rumah. Bantulah anak-anak memahami pelajarannya dan
pastikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Selain itu ibu bapa juga digalakkan untuk memberi hadiah dan
kata-kata perangsang pada setiap pencapaian anak-anak dalam pelajaran.

Murid yang berjaya juga selalu mempunyai kawan yang baik. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya
sangat besar kepada mereka. Pilihlah kawan yang inginkan kecemerlangan, bukannya kawan yang yang hanya
inginkan keseronokan.

Murid akan berjaya dalam pelajaran jika mempunyai cita-cita yang jelas. Cita-cita yang dipilih akan
menjadi satu cabaran kepada mereka untuk mencapainya. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk
mencapai cita-cita tersebut. Selain itu, murid juga boleh menjadikan seseorang yang telah berjaya sebagai
idola mereka.

Sesungguhnya, terdapat banyak cara untuk berjaya dalam pelajaran. Namun begitu, usaha dan
kesungguhan perlu ada dalam diri murid jika mahu berjaya. Jangan mudah berputus asa jika gagal,
sebaliknya terus berusaha dengan gigih.

Sumber : http://panitiabmskbt.blogspot.my/2012/04/karangan-fakta-cara-cara-berjaya-dalam.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Fakta

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Karangan Fakta : Faedah Komputer
Soalan: Tulis sebuah karangan tentang faedah komputer kepada seseorang.

Komputer merupakan alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan. Penggunaan komputer semakin
popular di dunia dewasa ini. Terdapat pelbagai jenis komputer seperti komputer peribadi, komputer meja,
komputer mudah alih, komputer talapak dan sebagainya. Murid-murid terdedah kepada dunia komputer
sejak peringkat sekolah rendah lagi.
Pendedahan ini memberikan banyak faedah kepada mereka. Antaranya, murid-murid boleh meluaskan
pengetahuan dan minda mereka melalui penggunaan internet. Murid-murid dapat mencari maklumat terkini
dengan cepat dan mudah. Oleh yang demikian, dapat membantu murid-murid dalam proses pembelajaran.
Secara tidak langsung ini akan membantu murid-murid meningkatkan prestasi akademik mereka.
Di samping itu, komputer memudahkan tugas kita. Banyak kerja dan tugasan kini dilakukan dengan
bantuan komputer, seperti kerja-kerja penaipan, pelukisan grafik, dan penyediaan laporan. Komputer
membolehkan kita menyiapkan kerja tersebut dengan mudah dan cepat. Bagi murid-murid, penggunaan
komputer dapat menjimatkan masa dalam pembelajaran dan pengajaran sama ada di rumah mahupun di
dalam kelas.
Penggunaan komputer dalam pengajaran akan dapat menarik minat murid-murid mengikuti pelajaran.
Teknik kapur dan papan hitam yang digunakan pada hari ini mungkin akan membosankan para murid yang
dibesarkan dalam zaman teknologi maklumat ini. Komputer, dengan konsep multimedia, iaitu gambar, bunyi
dan warna, mampu menarik minat para pelajar. Sudah pastinya, setiap murid akan berasa seronok dan ingin
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran secara aktif. Justeru, akan memudahkan murid memahami
sesuatu pelajaran kerana mereka mendapat gambaran yang tepat tentang sesuatu topik yang dipelajari.
Komputer juga mempunyai program untuk memperkembang bahasa, contohnya tesaurus. Muridmurid boleh belajar makna perkataan dan penggunaannya. Justeru, murid-murid akan bijak menyampaikan
idea. Penulisan karangan juga akan menjadi lebih mantap dengan penggunaan kosa kata yang lebih meluas.
Kesimpulannya, komputer sangat berguna dalam kehidupan pada hari ini. Guru-guru dan juga muridmurid perlu menjadikan komputer sebagai alat teknologi yang berkesan dalam pembelajaran. Ibu bapa wajar
menggalakkan anak-anak menggunakan komputer sejak dari kecil lagi agar mereka dapat menggunakan
teknologi komputer sebaik-baiknya supaya tidak ketinggalan dalam arus globalisasi masa ini.

Sumber : http://panitiabmskbt.blogspot.my/2014/03/karangan-upsr-fakta-faedah-komputer.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Fakta

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Karangan Fakta: Cara Menggunakan Masa Dengan Berfaedah
Soalan : Tulis sebuah karangan tentang " Cara Menggunakan Masa dengan Berfaedah"

Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah
Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang
berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.

Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang
bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita
gunakan masa dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.

Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan
nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
dan persahabatan.

Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan
dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat
mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini.

Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat
kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita
membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung dapat
meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa
begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.
Sumber : http://panitiabmskbt.blogspot.my/2012/07/karangan-upsr-fakta-cara-menggunakan.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Karangan Fakta

HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Karangan Fakta: Faedah Membaca

Membaca jambatan ilmu. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil
lagi. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca seperti surat khabar, majalah, buku cerita, komik
dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini boleh didapati di perpustakaan ataupun membelinya di kedai buku.

Membaca dapat memberikan pelbagai faedah kepada kita. Antaranya membaca dapat menambah
ilmu pengetahuan. Dengan membaca buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang seperti bidang sejarah,
ekonomi, perubatan dan sebagainya, menjadikan kita pelajar yang berpengetahuan luas dan otak cair.
Secara tidak langsung akan membantu kita menjadi pelajar yang cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu
bapa serta guru-guru.

Dengan membaca juga kita akan dapat mengetahui isu-isu semasa. Apabila kita membaca surat
khabar, kita akan tahu berita semasa di dalam dan di luar negara. Contohnya berita tentang gempa bumi di
Jepun, peperangan di Palestin, Banjir di Johor dan sebagainya.

Di samping itu, membaca juga dapat menghiburkan kita. Apabila kita berasa penat setelah menelaah
pelajaran, kita boleh membaca buku-buku yang boleh menghiburkan kita seperti komik, majalah dan lain-lain
lagi. Dengan itu, kita dapat menghilangkan rasa penat.

Seterusnya, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Kita dapat mengelakkan diri kita daripada
bergaul dengan kacang hantu atau kutu embun. Secara tidak langsung, kita tidak akan terjebak dengan
gejala sosial seperti melepak, bergaduh, vandalisme dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, membaca amat penting kepada para pelajar. Oleh itu, kita haruslah tanamkan sikap
suka membaca pada setiap masa. Rakyat yang suka membaca adalah rakyat yang berilmu.

Sumber : http://panitiabmskbt.blogspot.my/2012/03/karangan-fakta-faedah-membaca.html

https://www.facebook.com/ShareBM/

Вам также может понравиться