Вы находитесь на странице: 1из 3

PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2

Tema/Tajuk:
Masa:
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran:

Aktiviti:

EMK:
BBM:
Penilaian p&p:

Konsep pergerakan Kesedaran ruang


7.45 - 8.15 pagi
Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan
kesedaran ruang.
1.1.1 Melakukan pergerakan ke ruang am yang telah
ditetapkan.
2.1.1 Membezakan pergerakan mengikut ruang.
5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat.
1.
Memanaskan badan. (EK 1.2)
Melakukan aktiviti kesedaran ruang
Bergerak dalam ruang terbuka.
- Bergerak ke pelbagai arah tanpa melanggar kawan.
- Bergerak seperti haiwan dalam pelbagai arah
sambil mengeluarkan bunyi.
2
a)
Bergerak dalam petak sempit dan luas (EK 1.2 &
EK 1.5)
- Murid bergerak bebas dalam petak yang
ditanda.
- Isyarat diberi, murid berhenti dan mencari rakan
mengikut bilangan yang disebut.
b)
Bergerak berhalangan (EK 1.5)
- Murid bergerak bergilir-gilir melalui beberapa
stesen halangan.
3.
Permainan kecil Finding Nemo (EK 1.3 & EK 2.1)
4.
Menyejukkan badan.
Keusahawanan - EK1 dan EK2
Skital, gelung rotan,wisel dan lembaran kerja
Lembaran kerja Tandakan (/) pada gambar yang menunjukkan
ruang yang luas untuk bergerak.

Refleksi :

Nota:
Contoh Modul Pendidikan Jasmani ini menerapkan elemen keusahawanan dengan
pendekatan penyebatian. Aktiviti p&p ini memberi maklumat kepada murid tentang
kesedaran ruang.
Dalam aktiviti p&p 1: Elemen yang diterapkan ialah elemen keusahawanan pertama
(EK1 1.2 peka kepada peluang). Untuk aktiviti memanaskan badan, guru meminta
murid berlari seperti gaya burung dalam ruang yang terbuka tanpa melanggar kawan.
Murid bergerak seperti burung dalam pelbagai arah sambil mengeluarkan bunyi.
Dalam aktiviti p&p 2: Elemen keusahawanan (EK11.2, 1.5 peka kepada peluang
dan fleksibiliti). Dalam aktiviti ini, guru membahagikan murid-murid kepada empat
kumpulan. Murid akan melakukan aktiviti permainan petak sempit dan luas. Guru
menerangkan kepada murid tentang peraturan permainan. Dalam permainan ini, murid
akan bergerak bebas dalam petak satu yang ditanda dengan skital. Apabila isyarat diberi,
murid berhenti dan mencari rakan mengikut nombor yang disebut oleh guru. Aktiviti ini
dijalankan secara berulang.
Dalam aktiviti p&p 3: Elemen keusahawan (EK1 1.5 fleksibiliti). Dalam aktiviti ini,
murid akan melakukan aktiviti pergerakan berhalangan. Guru menyediakan beberapa
stesen halangan. Secara berkumpulan, murid akan melakukan aktiviti pergerakan
berhalangan dari stesen ke stesen. Stesen pertama murid akan melakukan aktiviti
melompat ke dalam gelung. Di stesen yang ke dua, murid dikehendaki berlari secara zigzag. Di stesen yang ketiga, murid akan merangkak seperti gaya buaya untuk melepasi
halangan. Manakala di stesen terakhir, murid melakukan aktiviti merangkak melepasi
gelung. Aktiviti ini dijalankan secara berulang.
Dalam aktiviti p&p 4: Elemen keusahawanan yang diterapkan ialah (EK1 1.3
berani mengambil risiko). Dalam aktiviti ini, murid akan melakukan aktiviti permainan
kecil Finding Nemo. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan. Satu kumpulan
dinamakan ikan bilis dan satu kumpulan lagi sebagai ikan jerung. Dalam permainan ini,
ikan bilis berada di dalam kawasan skital dan ikan jerung pula berada di luar kawasan
skital. Apabila isyarat diberi, jerung bergerak dan mengejar ikan bilis. Ikan bilis bergerak
dalam kawasan skital dan menyelamatkan diri ke dalam gelung. Jika ikan jerung dapat
menangkap ikan bilis, ikan bilis akan bertukar menjadi ikan jerung. Permainan berakhir
apabila semua ikan bilis berjaya ditangkap. Setelah tamat aktiviti, murid melakukan aktiviti
menyejukkan badan.

Вам также может понравиться