Вы находитесь на странице: 1из 12

DP. Jilid 5. Bil.

212005

Penulis Tamu

Cabaran-cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Era


Globalisasi dan Teirnologi Maklumat
JuriahLong
Fakulti Pendidikan, UKM

Biodata
Prof Datin Dr. Juriah Long dilahirkan di Bukit Mertajam,
Seberang Perai, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan
awal di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, Sekolah Convent
Bukit Mertajam dan St. Xaviers Institution, Pulau Pinang.
Beliau menuntut di Universiti Malaya dan menerima Ijazah
Sarjana Muda Sastera (Pengajian Melayu) pada tahun
1968, Diploma Pendidikan pada tahun 1969 dan Sarjana
Pendidikan pada tahun 1976 serta memperoleh Ijazah
Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia
pada tahun 1990 dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu.
Pengalaman
kerjaya dalam bidang pendidikan bermula
pada tahun 1969 sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah
Menengah Sultan Badlishah, Kulim, Kedah. Pada tahun 1971 beliau bertugas
sebagai guru bahasa di Pusat Bahasa, Universiti Malaya. Pada tahun 1976 beliau
bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pendidikan,
Universiti Kebangsaan
Malaysia hingga dilantik sebagai Profesor pada tahun 1998. Beliau telah
melibatkan diri secara aktif dalam seminar dan persidangan di dalam dan di luar
negara, penerbitan
dan penyelidikan.
Sehingga kini beliau telah menulis,
menterjemah dan menyunting lebih daripada 10 buah buku, yang berkaitan dengan
pendidikan dan pengajaran bahasa, selain telah menyumbang lebih daripada 50
buah rencana, bab dalam buku, jurnal, penerbitan ilmiah dan laporan-laporan
teknikal. Beliau juga telah menjalankan lebih daripada 20 projek penyelidikan
dalam bidang pendidikan, bahasa Melayu dan pendidikan bahasa Melayu, sarna
ada secara bersendirian mahupun berpasukan. Dalam bidang pentadbiran, beliau
pernah menjadi Ketua Jabatan Perkaedahan
dan Amalan Fakulti Pendidikan
pada tahun 1996 - 1997 dan Timbalan Dekan, Fakulti Pendidikan pada tahun
1997 - 2002. Beliau juga pernah dilantik sebagai penasihat dan perunding untuk
beberapa buah badan/institusi
di p eringkat kebangsaan
dan antarabangsa.
Antaranya ialah Dewan Bahasa dan Pus ta ka, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Universiti Brunei Darussalam dan International Baccaluarette, United Kingdom.
Beliau juga melibatkan
diri dalam beberapa persatuan profesional
sep erti
Persatuan Linguistik Malaysia dan Persatuan Pembacaan Malaysia.

Penulis Tamu

DP Jilid 5, Bi/. 212005

Pendahuluan
Pada dekad terakhir abad ke-20, beberapa perubahan pesat berlaku dalam kehidupan
rakyat Malaysia khususnya dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan budaya selaras
dengan perkembangan dalam dunia global. Keadaan ini disebabkan oleh kemajuan sains
dan teknologi serta perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi.
Pada masa yang sarna juga rakyat Malaysia telah dihadapkan dengan cabaran Wawasan
2020 yang berhasrat untuk menjadikan Malaysia negara maju sepenuhnya menjelang
tahun 2020 (Mahathir 1991: 2).
Pendidikan ialah asas utama dalam pembangunan negara. Justeru, Sistem Pendidikan
Kebangsaan perlu dimantapkan supaya berkeupayaan untuk merealisasikan Wawasan
2020. Dasar Pendidikan Kebangsaan yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961 telah
dikaji dan diteliti. Satu Akta Pendidikan baru telah digubal bagi menangani cabarancabaran abad ke-21 serta memenuhi tuntutan dan aspirasi Wawasan 2020. Akta
Pendidikan 1996 telah digubal bagi melahirkan satu sistem pendidikan yang akan
membolehkan masyarakat Malaysia, dengan berteraskan nilai mumi, menguasai ilmu,
kemahiran dan keterampilan yang diperlukan dalam dunia global (Najib, 1995).
Makalah ini akan membincangkan cabaran-cabaran pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu dalam era globalisasi dan teknologi maklumat berdasarkan dapatan-dapatan
kajian yang terdahulu. Cabaran-cabaran ini perlu ditangani oleh guru bagi menghasilkan
kecemerlangan pendidikan yang kualitinya bertaraf dunia seperti yang dihasratkan oleh
Kementerian Pendidikan.

Akta Pendidikan 1996


Akta Pendidikan 1996 (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang 1998a) memperakui
bahawa kemajuan negara dari segi ekonomi, sosial, rahani, moral dan etika perlu dicapai
melalui satu Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu)
sebagai pengantar utama. Selain itu, perakuan-perakuan dalam Akta Pendidikan 1996
juga memberi maksud bahawa sebagai sistem pendidikan di negara maju, Sistem
Pendidikan Kebangsaan perlu berkemampuan untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu,
kemahiran dan keterampilan yang diperlukan dalam negara maju, di samping mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu, demokratik dan dinamik. Kualiti pendidikan yang dihasilkan
melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan pula perlulah bertaraf dunia. Justeru, bahasa
Inggeris sebagai bahasa global, diajar sebagai bahasa kedua dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan. Di peringkat sekolah menengah bahasa Arab, Jepun, Jerman, Perancis
dan bahasa-bahasa asing lain juga diajar.
Status bahasa dan kedudukan bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan 1996 temyata di
bawah Bahagian Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dalam Seksyen 15 dan 16 Akta
Pendidikan 1996, diperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada
pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi.
Sistem ini meliputi tiga kategori institusi pendidikan iaitu institusi pendidikan kerajaan,
institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta. Bahasa kebangsaan
ialah bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau mana-mana institusi yang diberi
2

DP Jilid 5, Bit. 212005

Penulis Tamu

pengecualian oleh Menteri Pendidikan (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang 1998a:


25). Institusi-institusi pendidikan yang diberi pengecualian oleh Menteri Pendidikan perlu
mengajarkan bahasa kebangsaan sebagai satu mata pelajaran wajib. Tegasnya, Akta ini
memperluaskan skop Sistem Pendidikan Kebangsaan bagi meliputi semua peringkat
persekolahan dan kategori sekolah. Akta ini juga memberi kelonggaran kepada institusi
pendidikan swasta yang terangkum dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan menggunakan
bahasa lain sebagai bahasa pengantar sekiranya diberi pengecualian oleh Menteri
Pelajaran.
Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan juga mewujudkan satu Akta Pendidikan khusus
untuk pendidikan swasta yang dikenali sebagai Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996
(Lembaga Penyelidikan Undang-Undang 1998b), yang bertujuan untuk mengawal segala
aspek tentang pendidikan swasta, termasuklah aspek penubuhan, pendafiaran, pengurusan,
pengawalseliaan serta kawalan kualiti pendidikan. Keadaan ini dianggap perlu oleh
Kementerian kerana institusi pendidikan swasta memainkan peranan sebagai pelengkap
kepada pendidikan di sekor awam bagi memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan
menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau yang menghasilkan
pendidikan yang kualitinya bertaraf dunia (Najib, 1996).
Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 juga memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama di institusi pendidikan tinggi swasta. Di samping itu, Akta ini
juga memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk memberi pengecualian kepada
institusi pendidikan tinggi swasta tertentu dalam pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan
sebagai pengantar utama.
Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pendidikan Swasta (1996) hang at dibincangkan oleh
ahli-ahli bahasa dan cendekiawan Melayu pada akhir abad ke-20. Mereka berpendapat
pelaksanaan Akta itu akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dalam sistem pendidikan (Zainal Abidin 1996; Shahrir 1996; Abdullah 1996;
Hassan 1996; Nik Safiah 1996; Abdul Rahim 2000; Abdul Ghani 2000).
Kajian Juriah et al. (2002) mendapati sebilangan besar daripada institusi pendidikan
tinggi swasta yang dikaj i bukan sahaja tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar tetapi institusi itu juga tidak menjadikan bahasa Melayu sebagai mata pelajaran
wajib kepada pelajar warganegara Malaysia. Keadaan ini berlaku kerana pihak berkuasa
di Kementerian Pendidikan tidak bersungguh-sungguh dalam pelaksanaan dasar ini di
IPTS. Jabatan Pendidikan Swasta dalam surat edarannya KP(JPS)518110 1/02(73)
bertarikh 19 Disember 2000 telah memberi pengecualian lagi kepada pengajaran Bahasa
Kebangsaan/Bahasa Melayu kepada pelajar warganegara Malaysia yang mengikuti
kursus peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah di IPTS sekiranya pelajar-pelajar ini mempunyai
kelulusan kepujian dalam bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan prinsipal pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Pengajaran Bahasa Melayu di IPTS pula dilaksanakan dengan cara yang sangat
mengecewakan. Pengajarlpensyarah Bahasa Melayu terdiri daripada kakitangan sepenuh
masa dan separuh masa. Sesetengah daripada mereka kurang berkelayakan. Kajian
3

Penulis Tamu

DP Jilid 5, 8i/. 212005

mendapati hanya 15% daripada pensyarah/pengajar Bahasa Melayu di IPTS mempunyai


Ijazah dalam Bahasa Melayu. Justeru dalam pengajaran, Bahasa Melayu, pensyarah/
pengajar tidak inovatif; mereka menggunakan kaedah konvensional (syarahan) danjarang
menggunakan alat teknologi terkini dalam pengajaran (Juriah et al. 2002). Kajian Nor
Haslin (2004) juga mendapati pengajar-pengajar Bahasa Melayu di IPTS dalam kajiannya
juga menggunakan kaedah konvensional dalam pengajaran mereka.
Hakikat di atas menunjukkan bahawa Dasar Pendidikan Kebangsaan yang temyata
dalam Akta Pendidikan 1996 tidak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh di IPTS
sama ada sebagai bahasa pengantar ataupun sebagai mata pelajaran wajib. Keadaan ini
menjadi lebih membimbangkan kerana pada awal abad ke-21 budaya pengajaran dan
pembelajaran di IPTS telah mendorong sesetengah pelaksana Dasar Pendidikan
Kebangsaan di institusi pendidikan awam mengenepikan Dasar Pendidikan Kebangsaan
dan menukarkan bahasa pengantar di institusi mereka daripada bahasa Kebangsaan/
bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dengan alasan untuk mencapai kecemerlangan
pendidikan dan menghasilkan pendidikan bertaraf dunia (UiTM TNC (Akad) 211, 9/
2000); Berita Harian 2002,21 Mei: 6). Kita menerima hakikat bahawa pada era globalisasi
dan teknologi maklumat, penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa antarabangsa
lain amat penting. Namun, kita juga perlu sedar bahawa jati diri dan maruah bangsa di
tanah air sendiri memerlukan peningkatan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan negara kita dan bahasa pengantar ilmu.

Sekolah Bestari
Pada akhir abad ke-20 juga, Kementerian Pendidikan telah merancang beberapa dasar
pelaksanaan bagi menghadapi cabaran semasa. Kementerian Pendidikan telah merancang
dan memperkenalkan konsep Sekolah Bestari pada 1996 dalam kertas konsep kurikulum
abad ke-21 (Kementerian
Pendidikan Malaysia 1996). Selanjutnya konsep ini
diperkemaskan dan dimantapkan pada 1997. Pada 1999, sembilan puluh buah sekolah di
seluruh negara telah dipilih sebagai projek percubaan Sekolah Bestari bagi mengajar
empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Kementerian Pendidikan menjangkakan bahawa menjelang 20 I0, semua sekolah akan
menjadi Sekolah Bestari (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).
Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan Sekolah Bestari sebagai sebuah
institusi pembelajaran yang mengamalkan perubahan yang sistematik dari aspek
pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi membolehkan pelajar menangani
cabaran dalam era teknologi maklurnat. Kurikulum Sekolah Bestari memberi penekanan
kepada perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang, kesepaduan antara
pengetahuan, kemah iran nilai serta penggunaan bahasa yang betul merentas kurikulum,
pembelajaran yang mengikut keupayaan semua pelajar serta mengintegrasikan pelbagai
disiplin, ilmu pengetahuan kemahiran, nilai dan sikap yang sesuai dalam era maklumat.
Teknologi maklurnat pula digunakan bagi mengumpulkan, menganalisis, memproses dan
mempersembahkan maklumat untuk pembelajaran yang lebih bermakna bagi menyediakan
pelajar kepada dunia pekerjaan (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).
Tegasnya, pelaksanaan
4

Sekolah Bestari memerlukan

satu anjakan paradigma dalam

DP Jilid 5, Bi/. 212005

Penulis Tamu

pengajaran di dalam bilik darjah. Sekolah Bestari memberikan penekanan kepada


penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknologi maklumat
digunakan sebagai alat bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Ini
bermakna situasi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Bestari berbeza dengan situasi
yang wujud di sekolah biasa. Malah, guru-guru yang mengajar di Sekolah Bestari juga
berlainan dengan .guru-guru di sekolah biasa. Guru-guru di Sekolah Bestari perlu
dibekalkan dengan kecekapan, kemah iran, sikap, serta nilai bagi membolehkan mereka
mengajar dengan cekap melalui pendekatan terkini dan berasaskan bantuan teknologi
maklumat. Strategi penyerapan dan penggabungjalinan dalam KBSM terus dikekalkan
dalam pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Bestari. Ini bermakna guru-guru Bahasa
Melayu di Sekolah Bestari perlu mempunyai latihan ikhtisas yang mantap sebelum dapat
mengajar di sekolah-sekolah tersebut.
Untuk melicinkan pelaksanaan projek Sekolah Bestari pada peringkat awal, Bahagian
Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan telah mengadakan Kursus Latihan Guru
Sekolah Bestari selama 14 minggu bagi melatih guru-guru yang terlibat dalam Projek
Percubaan Sekolah Bestari.
Walaupun pelaksanaan Projek Sekolah Bestari masih dalam peringkat percubaan tetapi
dapatan kajian yang dijalankan menggambarkan pola-pola pendidikan bahasa Melayu
pada era teknologi maklumat. Dapatan kajian yang terdahulu (Mazlan 1999; Mohamad
Sani, Jamalullail & Mohd Izham 2001) menunjukkan bahawa guru-guru yang mengikuti
Kursus Latihan Guru Sekolah Bestari yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan,
mendapati kursus ini mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya, guru-guru mendapati
kursus ini terlalu singkat bagi membolehkan mereka memahami, menghayati dan
mengamalkan kemahiran dan ilmu yang diajar di dalam bilik darjah. Mereka juga
mendapati kursus hanya dapat membantu mereka secara sederhana sahaja (Mazlan
1999; Mohamad Sani, Jamalullail & Mohd Izham 2001). Guru-guru yang mengikuti
kursus latihan tersebut dapat menguasai konsep dan pedagogi bestari, tetapi lemah dalam
penggunaan perisian, kemahiran generik, terutama penerapan kemahiran berfikir aras
tinggi, perancangan dan pembinaan pakej pembelajaran, kemahiran teknologi maklumat
dan pelaksanaan Kurikulum Sekolah Bestari (Mohamad Sani, Jamalullail & Mohd Izham
2001, Arniza 2001). Kursus latihan Guru Sekolah Bestari pula pada umurnnya lebih
banyak memberi penekanan kepada aspek teori daripada amalan (Mazlan 1999).
Dalam pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Bestari, guru-guru didapati kurang
menggunakan alat teknologi maklumat, walaupun mereka sedar dan bersetuju tentang
kepentingan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran (Arniza 2001,
Zulkipli 2005). Guru Bahasa Melayu di Sekolah Bestari sering menggunakan strategi
sepadu melalui penyerapan dan penggabungjalinan serta strategi berpusatkan pelajar
berbanding strategi pengajaran melalui teknoJogi maklumat dan multimedia, pengajaran
dan pembelajaran melalui internet, pakej dan bahan perisian komputer (Arniza 2001;
Zulkipli 2005). Hakikat ini membuktikan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah
Bestari memerlukan masa untuk berlatih menggunakan inovasi dalam pengajaran sebelum
dapat mengamalkannya di dalam bilik darjah.

Penulis Tamu

DP Jilid 5, Silo 212005

Kajian-kajian tentang penggunaan teknologi maklumat dan komputer dalam pengajaran


dan pembelajaran Bahasa Melayu (Sabariah 2006; Sawamee 2006) di sekolah menengah
juga menunjukkan pola-pola data yang sama. Guru-guru Bahasa Melayu mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran, sementara pengetahuan dan kemahiran mereka tentang teknologi maklumat
adalah pada tahap sederhana. Sebaliknya, tahap penggunaan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran pula berada pada tahap rendah (Sawamee 2006). Dapatandapatan kajian ini memberi implikasi bahawa guru Bahasa Melayu perlu meningkatkan
penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran bagi meningkatkan minat pelajar serta
kecemerlangan pendidikan. Guru-guru juga perlu bersedia untuk menangani cabarancabaran dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana menjelang tahun 2010
semua sekolah akan menjadi Sekolah Bestari.

Semakan dan Pengubahsuaian Kurikulum Bahasa Melayu


Selaras dengan perkembangan pendidikan semasa, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah membuat beberapa pengubahsuaian terhadap kurikulum Bahasa Melayu.
Pada tahun 1999, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat semakan terhadap
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM dengan memasukkan Kesusasteraan Melayu
sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Kementerian Pelajaranjuga telah menetapkanjumlah waktu mengajar komponen Sastera
dalam Bahasa Melayu seminggu adalah dua waktu. Kementerian juga menyenaraikan
teks-teks kesusasteraan Melayu yang menjadi wajib kepada pelajar-pelajar tingkatan
empat dan satu pada tahun 2000.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menyemak semula Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah 1989 dan menghasilkan satu Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah yang baru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (Kementerian
Pendidikan Malaysia 2000). Kurikulum ini berhasrat untuk menyediakan pendidikan yang
bertaraf dunia, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta menyediakan
pelajar untuk menghadapi cabaran Pendidikan pada abad ke-21.
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Kementerian Pendidikan
Malaysia) ialah untuk melengkapkan pelajar dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi bagi memenuhi keperluan pelajar dalam bidang Pendidikan, pekerjaan
dan urusan harian (Kementerian Pelajaran Malaysia 2002: 2). Sementara objektif
kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah untuk membolehkan pelajar:
i)

melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui interaksi lisan dan penulisan;

ii)

mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber


yang didengar, dibaca dan ditonton;

iii)

menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan,


serta menyelaraskan maklumat dalam bentuk lisan dan penulisan;

iv)

mendengar, membaca, menonton dan memberi respons kepada pelbagai bahan


sastera dan bukan sastera;

DP Jilid 5, Bil. 212005

Penulis Tamu

v)

melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif
dan berkesan;

vi)

menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan
perasaan cintakan Negara.
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2000: 3)

Secara keseluruhannya, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM yang digubal semula
pada tahun 2000 mempunyai gabungan ciri-ciri yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu KBSM Sekolah Menengah 1989 dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
KBSM Edisi Sekolah Bestari (Kementerian Pendidikan Malaysia 1998). Kedua-dua
Sukatan Pelajaran ini memberi penekanan kepada pengajaran Bahasa Melayu secara
sepadu dan menyeluruh. Namun demikian, untuk memastikan hasrat yang terkandung
dalam Sukatan Pelajaran ini dapat difahami dan dihayati oleh guru dalam amalan
pengajaran di dalam bilik darjah Kementerian Pelajaran perlu memastikan bahawa guru
mendapat latihan yang cukup bagi membolehkan mereka memaharni kandungan kurikulurn
dan menguasai kemahiran-kemahiran generik (kemah iran berfikir, kemahiran belajar
dan kemahiran generik) yang perlu disepadukan dalam Bahasa Melayu. Kementerian
juga perlu memastikan bahawa semua sekolah dilengkapi dengan prasarana yang
diperlukan bagi menyepadukan kemah iran teknologi maklurnat dan komunikasi dalam
pengajaran bahasa. Di samping itu, guru-guru bahasa Melayu mempunyai pengetahuan
asas dalam bidang bahasa dan kesuasteraan Melayu serta kemahiran dan keterampilan
bagi mengendalikan alat teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Dapatan kajian terdahulu (Siti Normaniseh 2003; Hamidah 2004; Juriah et al. 2002)
menunjukkan bahawa sebahagian (28% - 37%) daripada guru-guru yang mengajar Bahasa
Melayu di sekolah menengah tidak mengkhusus dalam bidang Bahasa Melayu dan
Kesusasteraan Melayu semasa di maktab/universiti. Justeru, mereka menghadapi masalah
untuk mentafsir dan menterjemahkan kandungan kurikulum untuk dilaksanakan secara
tepat dan berkesan dalam pengajaran mereka.

Strategi Pembelajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu


Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM - Edisi Sekolah Bestari (Kementerian
Pendidikan Malaysia 1998) dan Huraian Sukatan Pelajaran KBSM: Bahasa Melayu
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2003) menggalakkan guru menggunakan pelbagai
pendekatan dan kaedah pengajaran. Namun demikian, strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam pendidikan Bahasa Me1ayu haruslah berpusatkan pelajar bagi membolehkan mereka
berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman mereka sendiri. Situasi
pembelajaran yang sedemikian dapat memberi pe1uang untuk maju mengikut kadar
keupayaan mereka sendiri (Kementerian Pendidikan Malaysia 2003: 7).
Burden dan Byrd (2003) menghuraikan strategi pengajaran sebagai cara isi pengajaran
disampaikan oleh guru kepada pelajar bagi mencapai objektifsesuatu pengajaran. Strategi
pengajaran yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran boleh
berpusatkan guru atau berpusatkan pelajar. Ahli psikologi (Woolfolk 1996; Santrock 2006)
menjelaskan bahawa dalam strategi pengajaran berpusatkan guru, guru mengarah dan
mengawal pelajar dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dirancang dalam
7

Penulis Tamu

DP Jilid 5,

su.

212005

sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Sementara, dalam strategi berpusatkan


pelajar, guru merancang persekitaran pembelajaran yang dapat mendorong pelajar berfikir
serta melibatkan diri secara aktif bagi melaksanakan aktiviti pembelajaran yang telah
dirancang oleh guru. Burden dan Byrd (2003) juga menjelaskan bahawa aktiviti
pembelajaran dalam strategi berpusatkan guru termasuklah aktiviti penerangan, kuliah,
soal jawab, bacaan dan latihan. Sementara aktiviti strategi berpusatkan pelajar termasuklah
aktiviti perbincangan kumpulan kecil, pembelajaran koperatif, sumbang saran, main
peranan, pembelajaran secara inkuiri, penyelesaian masalah dan permainan. Tegasnya,
aktiviti pembelajaran dalam strategi berpusatkan pelajar pada umumnya lebih interaktif.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003) juga menjelaskan bahawa strategi pengajaran .
KBSM iaitu strategi penggabungjalinan dan penyerapan masih memainkan peranan
penting dalam pengajaran bahasa pada abad ke-21. Strategi penggabungjalinan yang
diutarakan dalam KBSM 1989 melibatkan penyepaduan beberapa kemahiran bahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis) dengan aspek tatabahasa dan penjodoh
bilangan. Penggabungjalinan boleh dibuat antara kemahiran bahasa dengan kemahiran
belajar. Strategi penyerapan pula ialah proses menyepadukan pelbagai bidang ilmu, nilai
mumi dan kemahiran bemilai tambah dalam pengajaran Bahasa Melayu. Kementerian
Pendidikan Malaysia (2003) menjelaskan bahawa kemahiran bemilai tambah merupakan
kemahiran-kemahiran lain diperlukan dalam kehidupan pada abad ke-21, iaitu: kemahiran
berfikir, kemahiran telnologi maklumat dan komunikasi, kemah iran belajar seumur hidup,
kajian mas a depan dan kecerdasan pelbagai juga perlu disepadukan dalam pengajaran
Bahasa Melayu.
Dapatan kajian terdahulu menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah
Bestari dan Sekolah Menengah tidak menggunakan strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran yang disaran dalam Sukatan Pelajaran. Dapatan kajian Arniza (2001)
menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Bestari yang dikaji kerap
menggunakan strategi penggabungjalinan dan penyerapan dalam pengajaran Bahasa
Melayu tetapi kurang kerap menyepadukan kemahiran teknologi maklumat dalam
pengajaran. Sementara Zulkipli (2005) pula mendapati guru-guru di Sekolah Bestari
yang dkaji menggunakan strategi berpusatkan pelajar bersama-sama dengan strategi
berpusatkan guru dalam pengajaran mereka.
Kajian Siti Normaniseh (2003) dalam Hamidah (2004) juga mendapati guru-guru sekolah
menengah yang menjadi responden kajian mereka kerap menggunakan strategi
penggabungjalinan dan penyerapan. Dapatan ini dijangkakan kerana kedua-dua strategi
telah digunakan dalam KBSM sejak tahun 1989. Selain itu, mereka juga mendapati
guru-guru di sekolah menengah kerap menggunakan strategi berpusatkan guru bersamasarna dengan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar.
Tegasnya, bukti-bukti daripada dapatan kajian di atas memberi implikasi bahawa guru di
Sekolah Bestari dan di Sekolah Menengah Harian yang dikaji tidak mempunyai asas
pedagogi yang mantap bagi membolehkan mereka mernilih kaedah dan aktiviti pengajaran
yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran untuk digunakan dengan berkesan dalam
pengajaran Bahasa Melayu mereka.
8

DP Jilid 5, Bil. 212005

Penulis Tamu

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris


Pada 19 Jun 2002, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa mata pelajaran Sains dan
Matematik diajar dalam bahasa Inggeris mulai tahun 2003. Pelaksanaan ini dijalankan
secara serentak untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah. Kerajaan
berpendapat bahawa pendedahan awal kepada Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk menguatkan asas bagi memperoleh
maklumat dan ilmu terutama dalam bidang Sains dan Matematik, selain menambah masa
konteks dalam bahasa Inggeris (Kenyataan Akhbar Menteri Pendidikan, 20 Julai 2002).
Guru-guru yang terlibat dalam pengajaran Sains dan Matematik diberi kursus intensif
dan elaun kritika1. Elaun khas juga diberi kepada guru-guru Sains, Matematik dan Bahasa
Inggeris yang mengajar di luar bandar. Kementerian Pendidikan telah menjelaskan bahawa
pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik ini berteraskan komputer dan teknologi
maklumat dan komunikasi (lCT) dan apabila perubahan pengajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris ini dilaksanakan guru hanya bertindak sebagai pemudah cara
(Utusan Malaysia 10 Oktober 2002: 3).
Tegasnya, dasar pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
mewujudkan pelaksanaan dasar dwibahasa dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Kerajaan berpendapat dasar ini akan membolehkan pelajar menghadapi cabaran-cabaran
dalam era globalisasi dan teknologi maklumat. Namun demikian, bukti-bukti daripada
dapatan kajian terdahulu menunjukkan bahawa sikap dan motivasi pelajar juga perlu
diarnbil kira dalam menjayakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Kajian Juriah et a1.(2005) mendapati pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris tidak berjaya memberi kesan yang positif terhadap konteks
penggunaan bahasa Inggeris pelajar. Kajian mendapati guru-guru tidak dapat
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik secara interaktif.
Pelajar-pelajar tidak dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar didapati kurang yakin, kurang bersedia dan sentiasa bimbang dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, terdapat perbezaan yang
signifikan dari segi penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta pencapaian pelajar mengikut latar belakang, kumpulan etnik dan
kumpulan status sosio-ekonorni. Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar kumpulan
beruntung iaitu pelajar-pelajar di bandar, kumpulan etnik bukan Melayu dan pelajarpelajar daripada kumpulan status sosio-ekonomi tinggi lebih ban yak menggunakan bahasa
Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan lebih berjaya dalam peperiksaan
daripada pelajar daripada kumpulan tidak beruntung (pelajar luar bandar, kumpulan etnik
Melayu dan kumpulan status sosio-ekonomi rendah).
Dapatan kajian ini berbeza dengan motivasi dan sikap pelajarterhadap Sains (Maternatik)
dan Teknologi dalam kajian Robiah et a1. (2000). Dapatan kajian Robiah et a1. (2000)
menunjukkan pelajar-pelajar sekolah menengah dan maktab (yang diajar dalam bahasa
pengantar bahasa Melayu) mempunyai sikap yang positif terhadap Sains (Matematik)
dan Teknologi. Mereka juga bersikap positif terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Mereka berpendapat pengajaran dan latihan guru mereka dapat membantu mereka
9

Penulis Tamu

DP Jilid 5. Bil. 212005

menjalankan kajian dan penelitian saintifik.


AWi sosiolinguistik tempatan (Nik Safiah Karim 2004) telah menjelaskan bahawa situasi
dwibahasa di Malaysia mempunyai kesan tertentu terhadap pengguna bahasa. Pengguna
bahasa berkecenderungan
untuk menggunakan kedua-dua bahasa serentak dalam
pertuturan mereka. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti bahasa yang digunakan. Laporan
peperiksaan PMR 2005 bagi kumpulan pertama pelajar yang mengikuti mata pelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris menunjukkan kesan dwibahasa terhadap
pencapaian Bahasa Melayu. Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu pada tahun
2005 menurun (92.3%) berbanding dengan keputusan pada tahun 2004 (93.2%) (Star 23
Disember 2005: 16). Tegasnya, penekanan terhadap dasar dwibahasa Kementerian dalam
Sistem Pendidikan Kebangsaan pada abad ke-21 mempunyai kesan terhadap penggunaan
bahasa Melayu baku dalam sistem persekolahan.
Penutup
Sejak dekad terakhir abad ke-20, negara Malaysia telah menghadapi beberapa perubahan
bagi merealisasikan hasratnya untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun
2020. Usaha untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya tidak terlaksana sekiranya
Sistem Pendidikan Kebangsaan tidak berubah selaras dengan perubahan dalam bidang
ekonomi serta berkeupayaan untuk melengkapkan sumber manusia yang diperlukan
dengan pengetahuan kemahiran dan keterampilan yang diperlukan bagi pembangunan
negara. Makalah ini telah men genal pasti dan membincangkan lima cabaran dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu dasar-dasar pelaksana pengajaran
dalam Akta Pendidikan Sekolah Bestari, penyemakan dan pengubahsuaian dalam
kurikulum Pengajaran Bahasa Melayu, strategi pengajaran Bahasa Melayu dan
pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Cabaran-cabaran
yang dibincangkan ini perlu ditangani dengan teliti oleh guru Bahasa Melayu kerana ia
mempunyai kaitan yang rapat dengan status bahasa Melayu dalam sistem pendidikan
dan hasrat Malaysia untuk menyediakan kualiti pendidikan yang bertaraf dunia kepada
generasi pada masa kini dan masa akan datang.
Kita tidak boleh menolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa
dan kunci untuk mencari ilmu baru pada zaman teknologi maklurnat ini. Penguasaan
kedua-dua bahasa itu, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, adalah sarna penting dan
perlu dilaksanakan secara seiring dan dipastikan keberkesanan pengajarannya.
Dasar pelaksanaan Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris dalam sistem Pendidikan amat baik. Namun, seperti yang seringkali disuarakan
oleh para ahli bahasa dan pejuang bahasa, walaupun penguasan kedua-dua bahasa itu
sarna penting tetapi martabat dan kedudukan kedua-duanya berbeza. Dalam bahasa
kiasan dan dalam konteks pendidikan di negara kita, bahasa Melayu dijunjung, bahasa
Inggeris digendong. Kedua-dua tidak boleh kita lepaskan.

10

DP Jilid 5, Bil. 212005

Penulis Tamu

Rujukan
Arniza Mokhtar. 2001. Pelaksanaan strategi pengajaran Bahasa Melayu sekolah bestari di Negeri
Sembi Ian. Tesis SarjanaPendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM.
Burden, P.R. & Byrd, D.M. 2003. MethodsforefJective

teaching. Boston: Pearson Education Inc.

Hamidah Minhad. 2004. Strategi pengajaran komponen sastera dalam bahasa Melayu di SMK
dan SMJK di negeri Melaka. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM.
Juriah Long, Puteh Mohamed & Hamidah Yamat. 2002. Strategi pengajaran komponen Sastera
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Inggeris: Satu perbandingan. Projek 00/006/
2002, Fakulti Pendidikan, UKM.
Juriah Long, Khalid Abdullah, Zaini Mahbar, Puteh Mohamed, Zarin Ismail, Raja Fauzi Raja Musa
& Wamoh Katiman. 2002. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
bagi memenuhi dasar pendidikan dan dasar sumber manusia abad ke-21. Projek IRPA 0702-02-0049. FakultiPendidikan, UKM.
Juriah Long, Khalid Abdullah, Nooreiny Maarof, Zaharani Ahmad, Teo Kok Seong, Morhashimah
Jalaluddin, Mustafa Mohamad, Puteh Mohamed, Zarin Ismail & Zanaton Hj. Ikhsan.
2005. Kajian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris dalam konteks kepelbagaian pelajar. 2005. Projek 00 00712004, Fakulti
Pendidikan, UKM.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1989. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSM. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1996. Kurikulum abad ke-21. Kertas Konsep. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1996. Buku panduan penilaian kendalian sekolah menengah.
Kuala Lumpur: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. The Malaysian SMART School: Implementation plan.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSMEdisi Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Sukatan pelajaran
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

KBSM: Bahasa Melayu. Kuala

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Huraian sukatan pelajaran kurikulum bersepadu


sekolah menengah Bahasa Melayu tingkatan empat. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang
Law Book Service.

1998a. Akta Pendidikan 1996. Kuala Lumpur: National

Mahathir Mohamed. 1991. Malaysia: The way forward. Kuala Lumpur: Biro Tatanegara, Jabatan
Perdana Menteri.
Mazlan A. Aziz. 1999. Persepsi guru-guru Bahasa Melayu terhadap latihan guru bestari. Kertas
Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan.
11

Penulis Tamu

DP Jilid 5, Bil. 212005

Mohd Sani Ibrahim, Jamalullail Abdul Wahab & Mohd Izham Harnzah. 200 I. Kajian keberkesanan
program latihan guru bestari dan irnplikasinya terhadap intergrasi teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Proceeding Technology and Vocational Technical
Education: Globalisation and Futurer Trends, Vol. I, Fakulti Pendidikan, UKM: 199 - 202.
Najib Tun Abdul Razak. 1996. Teks ucapan YB Menteri Pendidikan di Majlis Perasmian Hari
Kualiti Kementerian Pendidikan, 2 Disember 1996.
Nik Safiah Karim. 2004. Bahasa Melayu sedekad lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Haslin Mohd Adnan. 2004. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS di negeri
Melaka. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM.
Robiah Sidin, Juriah Long, Khalid Abdullah & Puteh Mohamed. 2000. Socialisation for science
and technology: The case of education and training for Malaysian youth. Bangi: Faculty
of Education.
Sabariah Samsuri. 2006. Kesediaan guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa
Melayu di sekolah menengah daerah Seremban. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, UKM.
Santrock, 1.W. 2006. Educational psychology. Boston: MacGraw Hill.
Siti ormaniseh Zakaria. 2003. Strategi pengajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu:
satu kajian kes. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan.
Star. 2005. Students still prefer to use Bahasa. 23 December: 14.
Suwamee Md. Solah. 2006. Persepsi pelajar terhadap kesediaan dan tahap penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam cadangan guru Bahasa Melayu di Sek. Men. Kebangsaan
di bandar dan luar bandar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM.
Woolfolk, A. 1996. Educational psychology. Needham Heights: Allyn and Bacon.
Zulkipli Md. Aros. 2005. Strategi pengajaran Bahasa Melayu berpusatkan pelajar di Sekolah
Bestari Negeri Selangor Darul Ehsan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, UKM.

12

Вам также может понравиться