Вы находитесь на странице: 1из 4

KEPENTINGAN MENJALINKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK

Faktor-faktor Yang Membawa Jalinan Hubungan Diplomatik


Di dalam konteks moden, hubungan antarabangsa alaf ini adalah sangat kompleks. Berdepan dengan
cabaran polemik pertembungan tamadun di antara barat dan dunia Islam, masalah perkaumanan, budaya,
bahasa, kepentingan pertahanan serta ekonomi telah mendorong kebanyakkan negara-negara di dunia untuk
mewujudkan jalinan persahabatan dalam bentuk hubungan diplomatik yang boleh membawa manafaat kepada
kedua-dua negara. Antaranya faktor-faktornya ialah:

2.1

Kepentingan Keselamatan
Kebanyakkan negara-negara menjalin hubungan diplomatik dengan negara
lain adalah atas kepentingan menjaga keselamatan negara. Sebagai contoh
menyingkap tirai sejarah Jerman pada tahun 1870 1890, iaitu selepas penyatuan
negara Jerman, Bismarck iaitu pemimpin negara Jerman ketika itu telah mengambil
langkah strategik dengan mengadakan hubungan diplomatik di peringkat
antarabangsa iaitu di antara Jerman-Austria-Hungary dan juga negara Russia. Ini
kerana Bismarck beranggapan bahawa selepas Perancis tewas di tangan Prusia pada
1870-1871, (sebuah wilayah sebelum penyatuan negara Jerman dibentuk), Perancis
ingin menyerang balas terhadap Jerman. Dengan membentuk satu pakatan di antara
Jerman-Austria-Hungaray dan Russia, Bismarck berjaya menjaga kepentingan negara
Jerman daripada aspek keselamatan supaya tidak diserang balas oleh Perancis. [5]

2.2

Kepentingan Pertahanan
Terdapat juga negara-negara yang menjalin persahabatan dengan negara yang
mempunyai kekuatan ketenteraan supaya negaranya mendapat perlindungan daripada diserang
oleh negara yang lebih kuat pengaruhnya. Contoh yang jelas ialah apabila negara Arab Saudi,
Kuwait dan Bahrain dilihat menjadi rakan baik kepada Amerika Syarikat dikala terdapat
negara-negara Arab yang lain seperti Iraq dan Afghanistan yang telah diserang oleh Amerika
Syarikat. Amerika

2.3

Kepentingan Dan Kebergantungan Sumber Semulajadi


Terdapat juga sesebuah negara yang menjalinkan hubungan dengan negara luar atas
dasar menjaga kepentingan kebergantungan sumber semulajadi seperti air dan minyak.
Sebagai contoh yang paling klasik ialah tentang Perjanjian Bekalan Air Johor-Singapura.
Kedudukan Singapura dianggap sebagai water-stressed country kerana mengalami
kekurangan sumber bekalan air yang mana Singapura amat bergantung kepada Johor bagi
mendapatkan bekalan air tambahan untuk menampung keperluan negara tersebut dari segi
kepesatan ekonomi dan bagi menampung peningkatan populasi. Justeru itu pihak Jabatan Air,
Public Utilities Board, Singapore (PUB) telah merangka strategi untuk memastikan bekalan
air Singapura mencukupi untuk menampung keperluan masa depan dan mengurangkan
pergantungan kepada bekalan air Johor. [6] PUB merupakan agensi yang terlibat sepenuhnya
dalam menguruskan perbekalan dan sumber air di Singapura seperti mengintergrasikan
sumber air termasuk penyediaan kolam air, sistem pengaliran, kerja-kerja pengairan, sungai
dan penambakan.
Pergantungan ini dilihat sebagai liabiliti kepada kedua-dua negara Singapura dan
juga Malaysia. Ini kerana ia melibatkan beberapa isu politik yang menyebabkan hubungan
diplomatik antara Malaysia dan Singapura pernah tegang pada era pemerintahan Tun Dr.
Mahathir Mohamed. Namun begitu, kedua-dua negara terus menjalinkan hubungan diplomatik
yang baik bagi menjamin kepentingan ini tercapai serta keharmonian semangat kejiranan
diantara dua negara dapat dijayakan. Malaysia kini pada era pemerintahan Dato Seri Mohd
Najib Tun Razak sedang dalam usaha membuat kajian semula dalam perjanjian air JohorSingapura. Malaysia berkepentingan menarik pelabur Singapura untuk melabur di Malaysia

dan sebaliknya Singapura masih bergantung kepada Johor untuk membekalkan air kepada
republik itu.

2.4

Kepentingan Untuk Mendapat Pengiktirafan Diperingkat Antarabangsa


Menurut Juegen Kleiner di dalam bukunyaDiplomatic practice between tradition
and innovation kedaulatan dan pengiktifaran sesebuah negara itu dapat dicapai apabila
negara tersebut mendapat pengiktirafan hasil daripada mengadakan hubungan diplomatik
dengan negara lain. Menurutnya lagi sebagaimana yang terkandung di dalam Article 14 of
the Charter of the Organisation of American States yang telah dipinda pada tahun 1997,
pengiktirafan adalah apabila sesebuah negara yang menjalin hubungan diplomatik itu diterima
oleh masyarakat antarabangsa dengan mematuhi undang-undang antarabangsa sebagaimana
seperti yang ternukil didalam perjanjian bilateral kedua-dua negara[7].
Dengan ini jelas bahawa antara faktor yang membawa kepada hubungan diplomasi
adalah apabila sesebuah negara itu menginginkan negaranya mendapat pengiktirafan daripada
masyakat antabangsa yang mungkin atas sebab-sebab politik mahunun ekonomi. Contohnya
kewujudan negara Israel yang mana pemimpin Israel yang meraih simpati masyarakat
antarabangsa khususnya Britain dan Amerika Syarikat bagi menyokong penempatan kaum
Yahudi di Palestin agar dapat ditubuhkan satu negara yang berdaulat. [8]

2.5

3.0

Kepentingan Mewujudkan Aspek Keseimbangan Kuasa


Terdapat juga hubungan diplomatik yang dijalinkan atas dasar mewujudkan
kesimbangan kuasa. Memetik sejarah berkenaan dengan sumbangan Bismarck dalam
menjamin keselamatan Jerman selepas penyatuan negara tersebut antaranya ialah
Bismarck tindakannya bagi memastikan bahawa Perancis tidak mempunyai rakan
sekutu di kalangan negara-negara Eropah. Stategi Bismack dengan memencilkan
Perancis ini adalah bagi memastikan Perancis tidak membalas dendam selepas kalah
dalam peperangan terhadap Jerman. Pada masa yang sama Bismack telah
mengadakan hubungan yang baik dengan negara-negara Eropah yang lain seperti
Rusia, Austria-Hungary. Pihak British ketika itu iaitu pada tahun 1872, melihat
terdapat peralihan dalam aspek keseimbangan kuasa di Benua Eropah. Ini kerana
Kerajaan British berpendapat bahawa Bismarck adalah seorang yang lebih
berpengaruh berbanding Napoleon III dan Odo Russell. [9]

Manafaat Yang Boleh Dicapai Melalui Hubungan Diplomatik


Seterusnya penulis akan membincangkan manafaat yang boleh diperolehi dari aspek
kemakmuran dan kesejahteraan hasil daripada hubungan diplomatik yang dijalin oleh sesebuah negara
dengan negara yang lain. Antaranya ialah:

3.1

Aspek Keselamatan dan Keamanan


Hasil daripada jalinan diplomatik yang telah diwujudkan diantara dua negara, aspek
keselamatan dapat dicapai dengan strategi mengadakan hubungan berbaik-baik diantara dua
negara tersebut. Contohnya dalam kejayaan dan peranan Bismarck mengekalkan keselamatan
Jerman dengan mengadakan polisi luar negara dengan mengadakan hubungan diplomasi
dengan Rusia, Austria-Hungary. Bismarck juga mempromosikan bahawa Jerman adalah
sebuah negara yang sukakan keamanan dengan menawarkan Berlin sebagai hub rundingan
damai kepada konflik negara-negara Balkan dengan Kerajaan Uthaminyah di Turki. Hasilnya
Bismarck mendapat manafaat hasil daripada usahanya dan strategi beliau dengan dalam
menjamin keselamatan Jerman sebagai sebuah negara yang baru diwujudkan selepas
penyatuannya pada tahun 1890 an.

3.2

Aspek Ekonomi
Selepas Peperangan Dunia ke-2, terdapat pertumbuhan ekonomi yang pesat terutama
sekali selepas tahun 1973. Pada ketika itu dunia menghadapi krisis minyak yang teruk kesan
daripada perang teluk. [10] Oleh sebab permintaan minyak yang menjana kepentingan dan
keperluan ekonomi sesebuah negara, maka kerjasama ekonomi dibentuk dengan tujuan untuk
mengawal selia kestabilan harga minyak dunia.
Kerjasama ekonomi juga dapat dilihat dengan mengadakan perjanjian Free Trade
Agreement (Perjanjian Perdagangan Bebas) diantara negara-negara terbabit. Contohnya
Malaysia telah mengecapi pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dengan
mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara-negara maju seperti Jepun. Jepun
menjadi rakan pelabur yang utama di era Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi Perdana
Menteri Malaysia. Berikut adalah senarai-senarai perjanjian yang telah dicapai oleh Malaysia
melalui hubungan diplomatik:

3.3

Aspek Pendidikan dan Pemindahan Teknologi


Ukuran kesejahteraan dan kemakmuran hasil hubungan diplomatik yang baik
juga dapat dilihat dengan terdapatnya peluang-peluang melanjutkan pelajaran oleh
rakyat daripada negara-negara membangun ke negara-negara maju seperti UK,
Australia, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan. Umpamanya Malaysia telah
mengorakkan langkah dengan mengadakan Dasar Pandang Ke-Timur oleh Tun Dr
Mahathir Mohamed. Idea Dasar Pandang Ke Timur adalah bertujuan menjadikan
Jepun dan Korea Selatan sebagai model kejayaan Malaysia. Apatah lagi kedua buah
negara tersebut mempunyai ciri-ciri yang seakan sama dengan Malaysia iaitu
lokasinya yang terletak di Asia. Negara-negara tersebut juga adalah merupakan
negara pertanian pada peringkat awalnya. Melalui evolusi pendidikan, kedua-dua
buah negara tersebut telah mampu menyediakan rakyatnya dengan pelbagai
kemahiran yang diperlukan di samping mengubah mereka menjadi lebih progresif.
Apa yang menarik ialah sikap taat setia kepada negara yang menjadi sasar
pembangunan di samping penghargaan kepada nilai budaya tradisional yang menjadi
jati diri kepada kedua-dua bangsa di Timur Jauh itu. [11]

Melalui hubungan baik ini, Jepun dan Malaysia mendapat manafaat bersama dalam bentuk:
a) Jepun mendapat bekalan sumber bahan mentah untuk sektor pembuatannya seperti getah, bijih
timah dan petroleum;
b) Malaysia dapat menarik minat pelabur-pelabur Jepun untuk melabur di Malaysia. Manafaatnya,
Malaysia dapat meningkatkan pertumbuhnan ekonomi melalui peningkatan KDNK negara dan menyediakan
peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia
Hubungan bilateral ini secara tidak langsung melatih rakyat Malaysia untuk mempelajari teknologi Jepun dan
Korea Selatan untuk mencapai impian Malaysia menjadi negara maju menerusi wawasan 2020.

3.4

Aspek Membenteras Isu Keganasan


Dengan adanya hubungan diplomatik yang terjalin erat antara negara-negara di
peringkat global, ianya dapat membenteras isu kegananasan. Aspek membenteras kegananasan
ini telah dipromosikan oleh Amerika Syarikat bahawa keganasanan perlu dihapuskan. Dengan
adanya kerjasama daripada negara-negara yang menyokong idea Amerika Syarikat tersebut
ianya dapat dijayakan demi kesemalatan negara tersebut. Idea untuk menyekat kegiatan
keganasan ini adalah rentetan daripada peristiwa 11 September iaitu selepas dua bangunan
World Trade Center dibom oleh pengganas. Baru-baru ini adalah dilaporkan bahawa agen
perisikan Amerika Syarikat telah berjaya membunuh Osama bin Laden yang dikatakan dalang
disebalik peristiwa 11 September itu. Osama dikaitkan dengan keganasan sejak pemerintahan
Geoge Bush Sr dan dikatakan dibunuh ketika Obama menjadi Presiden Amerika
Syarikat. [12] Malahan banyak negara didunia juga menikmati kesejahteraan yang sama.
Negara-negara ASEAN contohnya menikmati keamanan daripada lanun ialah dengan adanya
perjanjian dengan semua negara ASEAN untuk secara bersama menjaga perairan negara
masing-masing daripada masalah lanun dan penceberohan oleh puak pengganas.

3.5

Aspek Menanggani Isu Imigrasi dan Aliran Tenaga Buruh Asing


Mendepani isu imigrasi diperingkat antarabangsa adalah amat rumit. Antara faktor
yang menyebabkan aliran imigrasi adalah kerana tarikan peluang pekerjaan oleh negaranegara maju. Malaysia umpamanya mengalami masalah kedatangan golongan imigran yang
tidak mendapat passport perjalanan yang sah ataupun imigran yang tinggal melebihi tempoh
yang ditetapkan. Ini termasuklah kepada warga asing terutamanya dari Indonesia dan
Bangladesh yang menyalahgunakan pas perjalanan sebagai pelancong untuk bekerja di
Malaysia. Masalah kedatangan warga asing tanpa permit yang sah ini dapat diselesaikan
dengan wujudnya hubungan dua hala yang baik diantara kedua-dua pihak. Demi menjaga
keamaanan negara, Malaysia telah mengambil pendekatan dengan berunding dengan kerajaan
Indonesia bagi menanggani isu ini. [13]

Вам также может понравиться