Вы находитесь на странице: 1из 2

KEWAJIPAN BERPUASA

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )


"Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertakwa".
Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah
bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat Islam,
memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak
manfaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang
cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.
KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang
fadhilat dan keutamaan puasa di bulan Ramadhan, bukan sahaja
untuk manfaat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi
faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia di dunia
ini.
ANTARA FADHILAT DAN KELEBIHAN BERPUASA DI
BULAN RAMADHAN.
1. Pintu langit dibuka
2. Pintu-pintu syurga di buka
FADHILAT YANG LAIN
1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah
SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan iaitu semasa
berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang
indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan 1700
kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70,000 malaikat
memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

AMAL IBADAH DI BULAN RAMADHAN


Dalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan
menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi
nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah
sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
Solat sunat Tarawih
Solat-solat sunat yang lain
Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan
seumpamanya
Memberikan hidangan berbuka puasa
Banyakkan membaca tahlil
Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan
kepada Allah swt
Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari
azab neraka
Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan
kesabaran.
Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan
kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala
ibadah kita.
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlasikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain
berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa.
Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di
dunia dan di akhirat.

Вам также может понравиться