You are on page 1of 9

Jenayah Merentasi Sempadan

Membanteras Jenayah Rentas Sempadan


21 April 2016 6:25 PM

UTUSAN ONLINE

SUDAH bertahun-tahun jenayah seperti pencerobohan, penyeludupan senjata, pendatang asing tanpa izin
(PATI) dan barangan termasuk ternakan dan haiwan liar berlaku di sempadan Malaysia Thailand.
Walaupun pihak berkuasa sentiasa melakukan pengawalan, pengawasan dan menahan mereka yang terlibat serta
merampas pelbagai barangan seludup bernilai puluhan ribu hingga jutaan ringgit, tetapi kegiatan tersebut masih
berleluasa.
Yang paling menyayat hati adalah penemuan 28 kem haram yang mempunyai kurungan dan 139 kubur
mayat pelarian Rohingya dari Myanmar dan juga Bangladesh di Wang Kelian, Padang Besar pada Mei 2015.
Mereka ialah mangsa pemerdagangan manusia yang dijanjikan pekerjaan dan kehidupan di Malaysia oleh
sindiket yang tidak bertanggungjawab.
Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan pihak polis mengesan
sebanyak 14 sindiket penyeludupan manusia yang bergerak aktif di Johor, Perlis, Kedah dan Kelantan yang
membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara kita.
Di manakah kelemahan kita hinggakan kegiatan pencerobohan, penyeludupan dan pemerdagangan
manusia di sempadan masih berlarutan hingga ke hari ini? Sempadan Malaysia dan Thailand meliputi lima
negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Pulau Pinang dengan jaraknya dianggarkan 646km, di mana
551km adalah sempadan darat manakala 95km sempadan perairan atau sungai.
Keadaan geografi sempadan Malaysia-Thailand yang terdiri daripada daratan, sungai dan bukit-bukau
memberi cabaran kepada pasukan penguatkuasaan dan keselamatan negara untuk memantau pergerakan keluar
masuk dari kedua-dua belah negara.
Kewujudan banyak lorong tikus di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand meningkatkan ancaman
jenayah antara sempadan. Ini diburukkan lagi dengan perubahan strategi dan taktik baru yang digunakan oleh
penjenayah untuk menembusi kawalan dan pengawasan pihak berkuasa.
Akhir-akhir ini, kejadian jenayah yang melibatkan penggunaan senjata api dilihat semakin meningkat
walaupun di bawah undang-undang negara, pemilikan senjata api adalah haram. Kita syak senjata api di negara
ini telah diseludup masuk dari negara jiran.
Penyeludupan dadah melalui sempadan juga harus ditangani dengan lebih menyeluruh untuk
mengelakkan Malaysia daripada menjadi pusat transit kegiatan penyeludupan antarabangsa, memandangkan
negara ini berada tidak jauh dari kawasan pengeluaran dadah Segi Tiga Emas yang bersempadankan Myanmar,
Thailand dan Laos.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) memandang serius kejadian jenayah dan permasalahan
sempadan dan menggesa pasukan keselamatan negara supaya mengambil langkah-langkah yang wajar serta
pendekatan yang lebih berkesan untuk mengawal pergerakan manusia dan barangan di antara Malaysia dan
Thailand supaya keselamatan penduduk yang tinggal di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand akan lebih
terjamin.
Agensi penguatkuasaan yang berkenaan juga harus lebih proaktif dalam mengenal pasti lubang tikus di
sempadan kedua-dua belah negara kerana laluan ini dipercayai kerap digunakan oleh penjenayah dalam aktiviti
pemerdagangan manusia, penyeludupan minyak, makanan, senjata api dan lain-lain.
Di samping itu, cadangan pemasangan tembok batu di sempadan harus diterima pakai oleh Kerajaan
memandangkan pada masa ini, Malaysia dan Thailand hanya dipisahkan oleh pagar kawat berduri. Pagar dan
tembok yang sedia ada di sempadan kedua-dua negara adalah terlalu mudah untuk dibolosi. Malah, terdapat
lubang di pagar dan tangga di tembok di sekitar lorong tikus.
Memandangkan seriusnya kegiatan jenayah di sempadan, inilah masanya bagi Malaysia merumuskan
satu rangka kerja keselamatan di sempadan yang menggariskan dasar dan strategi keselamatan dan kawalan
sempadan yang teratur dan berkesan.
Strategi keselamatan dan pengawalan sempadan negara harus menghasilkan satu pelan tindakan yang
sistematik dan efisien serta boleh dinilai dari segi keberkesanan dan prestasinya. Ini membolehkan kita

menambah baik atau mengubah suai pelan tindakan mengikut keadaan serta ancaman yang berubah dari semasa
ke semasa.
Isu rasuah dan kawalan longgar di kawasan sempadan Malaysia-Thailand boleh dikaitkan dengan wang
sogokan yang memudahkan penyeludupan masuk barangan dan PATI.
Di sini, MCPF mencadangkan pasukan keselamatan dan penguat kuasa supaya menggilirkan anggota mereka
yang bertugas di sempadan bagi mengelak daripada dipengaruhi untuk menerima sogokan dan menghindari
ancaman sindiket atau tekanan mana-mana pihak.
Tugas anggota pasukan keselamatan dan penguat kuasa di sempadan termasuk dalam kategori jawatan
sensitif dan mereka tidak harus dibiarkan bertugas di sempadan dalam jangka masa yang lama. Integriti yang
tinggi dan nilai moral yang baik harus ditanam dalam setiap petugas penguat kuasa di mana-mana sempadan
negara.
Di samping itu, peranan penduduk setempat terutama ketua kampung adalah penting dalam membantu pihak
berkuasa dan pasukan keselamatan untuk merangka langkah yang sesuai bagi mewujudkan keselamatan di
kampung masing-masing yang berhampiran sempadan.
Pasukan penguat kuasa harus melibatkan pemimpin masyarakat di penempatan sepanjang kawasan
sempadan dalam usaha menyusun strategi bagi membasmi pelbagai jenis jenayah merentasi sempadan. Dengan
cara mendekati pemimpin masyarakat tempatan, pasukan penguat kuasa boleh mendapat gambaran yang lebih
tepat mengenai keadaan di sekitar sempadan serta aktiviti kemasyarakatan penduduk di situ.
Untuk membanteras kegiatan jenayah, pencerobohan dan penyeludupan di sempadan MalaysiaThailand, pasukan keselamatan dan penguatkuasaan harus bergerak selangkah lebih pantas daripada penjenayah
dan sindiket haram. Untuk ini, kita memerlukan penyelarasan serta kerjasama di antara semua agensi kerajaan
yang terbabit.
MCPF menyeru agensi-agensi seperti Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM), pihak Jabatan
Kastam, Imigresen, Pasukan Keselamatan dan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kemajuan Kampung (JKKK)
bekerjasama mempertingkatkan semangat berpasukan untuk mengawal perbatasan negara daripada diceroboh
oleh anasir yang tidak diingini.
Penyelarasan diperlukan dalam kalangan agensi keselamatan sempadan dari segi perancangan dan pelan
tindakan. Satu pelan operasi menyeluruh yang jelas menyatakan peranan, bidang kuasa, misi, tanggungjawab
dan komunikasi di antara pelbagai agensi terbabit perlu dibangunkan.
MCPF juga berpendapat bahawa semua penduduk di kawasan sempadan harus menjadi mata dan telinga
pihak berkuasa dan sama-sama membantu membanteras jenayah serta mengurangkan masalah di sempadan.
Para penduduk digalakkan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika mereka mengesyaki apa-apa kegiatan
di sempadan yang melanggar undang-undang.
TAN SRI LEE LAM THYE ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Tapak Warisan Dunia UNESCO


Masalah pemutihan karang di Great Barrier Reef di tahap serius
Mac 20, 2016 22:18 MY

Terumbu karang The Great barrier Reef sedang diancam teruk akibat pemanasan global. - Gambar fail
SYDNEY: Pihak berkuasa Australia pada Ahad menzahirkan keb0imbangan mereka berkenaan
masalah pemutihan karang di The Great Barrier Reef yang kini mencapai tahap serius, dengan amaran
peringkat tinggi berikutan pemanasan air laut.
Menteri Alam Sekitar Australia Greg Hunt berkata walaupun perkembangan yang berlaku sekarang
tidak seteruk tahun 1998 dan 2002, namun keadaan di utara Tapak Warisan Dunia itu mencetus
kebimbangan besar.
Hamparan terumbu karang itu sepanjang 2,300 kilometer dan tiga perempat di bahagian bawahnya
dalam keadaan teguh, namun apabila kita meneroka ke bahagian utara, kawasan itu semakin terjejas
dengan pemutihan, ujar Hunt selepas mengikuti tinjauan udara.
Pihak berkuasa marin di lokasi itu berkata paras amaran tertinggi mengenai masalah pemutihan itu
membuatkan mereka menggiatkan penyelidikan.
Hunt berkata, pihak kerajaan akan menanggung kos penyelidikan di 40 lokasi yang antara lain menilai
tahap kesihatan terumbu karang serta memutuskan pelan pemulihan yang sesuai.
"Maklumat tersebut penting memandangkan impak pemutihan karang dan kejadian taufan tropika
diramal semakin meningkat pada masa akan datang, ujar Hunt dalam satu kenyataan.
Pemutihan adalah fenomena yang membuatkan karang bertukar putih atau pudar warna, seterusnya
akan mati. Jika berterusan, ia mengancam sumber biodiversiti berharga, selain menjejas sektor
pelancongan dan perikanan.
Fenomena pemutihan terjadi apabila hubungan simbiosis antara karang dan hidupan yang tinggal di
dalamnya terganggu berikutan peningkatan suhu laut, selain faktor-faktor penyumbang lain.
Selain perubahan iklim, terumbu karang sudahpun selama ini diancam pembangunan, penuaian haram
dan daripada tapak sulaiman berduri (crown of thorns).

Order baru Ekonomi Dunia (NEO)


Selamat Datang Neo Orde Baru
Published On: Sab, Nov 14th, 2015

WK Buruh yang tergabung dalam Konfederasi Serikat Pekera Indonesia (KSPI) menilai
pemerintahan era Jokowi- JK bak bersolek menjadi pemerintahan bergaya orde baru jilid II.
Hal ini tak terlepas dari segala macam kebijakan Pemerintahan Jokowi-JK yang selalu merugikan
rakyat terutama kaum buruh yang selalu dirugikan dengan diberlakukannya kebijakan upah murah
melalui PP 78/2015, demikian disampaikan Presiden KSPI Said Iqbal, Rabu (11/11/2015).

Kata Iqbal, buruh pun berpendapat kebijakan pemerintahan Jokowi-JK adalah orde baru jilid 2 atau
Neo orde baru. Yang dimaksud dengan neo orde baru yaitu persis sama ketika mantan Presiden
Soeharto dengan trilogi pembangunannya yang mengedepankan pertama, stabilitas keamanan dengan
tentara dan polisinya menghantam gerakan buruh, aktivis, masyarakat sipil. Berikutnya, demi
mengejar pertumbuhan ekonomi. Terakhir, dengan janji pemerataan pendapatan dan faktanya tidak
pernah tercapai.

Lalu apa bedanya kondisi sekarang dengan yang 1, mengejar pertumbuhan ekonomi melalui paket
kebijakan ekonomi mulai dari jilid 1-6 (termasuk jilid 4 dengan kebijakan upah murah persis spt rezim
soeharto), tegas Iqbal yang juga Dewan Presidium GBI.

Hal ini, lanjut Iqbal, diperparah dengan diiringi tindakan represif atau seperti menjaga stabilitas
keamanan gaya mantan Presiden Soeharto melalui penangkapan buruh seperti dalam aksi di Istana
Negara 30 Oktober 2015 lalu. Belum lagi dikeluarkannya Pergub DKI nomor 228 (tentang Unjuk rasa)
,dan Surat Edaran Kapolri (SE Kapolri) tentang Hate Speech (ujaran kebencian) yang semua ini baru
permulaan.

Apalagi, sambung dia, sekarang kembali dengan janji pemerataan pendapatan padahal faktaya daya
beli buruh sudah turun 30% sejak naiknya harga BBM pada November 2014 dan diperparah dengan
naiknya harga barang, ongkos transportasi, gas 3 kg, buruh tidak bisa lagi beli rumah karena semuanya
serba mahal dan sebagainya.

Selamat datang Neo Orde Baru, yang kembali di supervisi oleh Bank Dunia dan IMF, jelas Said
Iqbal yang kini telah menjadi Governing Body ILO.

Menurut pantauan beritasatu.com diketahui, Rabu (11/11/2015), puluhan ribu buruh se-Bekasi dari
beberapa kawasan industri seperti Jababeka, EJIP, MM 2100, Hyundai, Delta Cikarang kembali
berunjuk rasa di kantor Bupati Kabupaten Bekasi dan di depan Gedung Sate, Bandung, Jawa Barat.
Aksi tersebut dilakukan sebagai bentuk penolakan terhadap PP No. 78/2015, dan menolak formula
baru kenaikan upah minimum (Inflasi+PDB-) serta meminta kenaikan upah minimum 2016 berkisar
Rp 500 ribuan.

Aksi ini adalah aksi lanjutan dari gelombang aksi di beberapa daerah sebelumnya, dan aksi didaerah
lainnya pun akan berlanjut di hari berikutnya sampai puncaknya yakni mogok nasional pada 18-20
November dengan 5 juta buruh di 20 Provinsi 200 Kab/Kota, pungkasnya. (*)

Tapak Warisan Dunia UNESCO


15 pencalonan diterima untuk menjadi tapak Geopark Kebangsaan di Malaysia
Bernama |

Februari 28, 2016 22:50 MYT

Kejayaan tapak geopark di Langkawi memberi inspirasi kepada negeri-negeri lain untuk mencalonkan tapak
geopark masing-masing. - Gambar fail
LANGKAWI: Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah menerima sebanyak 15 pencalonan dari seluruh negara
kecuali Melaka dan Negeri Sembilan untuk dipertimbangkan bagi mendapat pengiktirafan Geopark
Kebangsaan, kata ahli pakar jawatankuasa itu, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo di sini hari ini.
Katanya pencalonan-pencalonan ini dikemukakan berikutan minat yang semakin meningkat dalam kalangan
negeri-negeri berkenaan untuk mewujudkan tapak geopark berikutan kejayaan yang dicapai oleh Langkawi
sejak mendapat pengiktirafan Geopark Global oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan BangsaBangsa Bersatu (UNESCO).
"Kita sedang bekerja keras untuk membantu mereka mewujudkan Geopark Kebangsaan (di negeri masingmasing)," katanya kepada pemberita selepas pelancaran logo baharu Langkawi UNESCO Global Geopark dan
program Geokomuniti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri
Khalid
Ramli di sini.
Geopark merupakan sesuatu kawasan yang memiliki tapak warisan geologi yang boleh digunakan bagi tujuan
pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan secara lestari dan Prof Ibrahim berkata pengwujudan Geopark
Kebangsaan ini menjadi langkah permulaan sebelum menjadi geopark bertaraf dunia menerusi pengiktirafan

UNESCO.
"Ini adalah formula yang digunakan di Jepun dan China yang telah mewujudkan geopark kebangsaan dulu,
lepas itu barulah dinilai sebelum disyorkan untuk menjadi geopark global," katanya.

Jerebu Merentasi Sempadan


Malaysia, Indonesia adakan MoU baharu tangani jerebu rentas sempadan
Bernama |

September 12, 2015 13:51 MYT

Pemeteraian MoU itu juga memerlukan Indonesia mematuhi ketetapan yang dipersetujui di pihak mereka.
KUCHING: Malaysia dijangka menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) baharu dengan
Indonesia tidak lama lagi, bagi menangani masalah jerebu merentas sempadan yang sudah berlarutan sekian
lama.Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau akan
menemui rakan sejawatnya di Indonesia pada 18 Sept ini untuk membincangkan kandungan MoU itu, katanya
kepada akhbar harian berbahasa Inggeris, Borneo Post di Sibu semalam.
Wan Junaidi berkata, MoU itu akan menyentuh bagaimana kedua-dua negara boleh "membantu dan bertukar
idea mengenai kebakaran hutan dan tanah gambut."Beliau menegaskan "pemeteraian MoU itu juga memerlukan
Indonesia mematuhi ketetapan yang dipersetujui di pihak mereka."Wan Junaidi berkata ketika ini tiada sebarang
perjanjian antara kedua-dua negara berikutan yang terdahulu telah luput."MoU baharu ini akan diguna pakai
untuk tempoh lima tahun," katanya.
Wan Junaidi berkata perkembangan terkini akan diperoleh daripada kerajaan Indonesia dan tindakan
pencegahan, tebatan tanah dan kebakaran hutan serta juga jerebu.Kebakaran hutan bagi tujuan pertanian berlaku
setiap tahun di Indonesia yang dikatakan menjadi punca jerebu di Asia Tenggara terutama di Malaysia dan
Singapura.Wan Junaidi juga berkata kementeriannya akan memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara
tentang keperluan pembenihan awan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 150.
Katanya, kementerian dan Jabatan Alam Sekitar akan menasihatkan supaya sekolah-sekolah ditutup sebaik
bacaan IPU mencecah 200.IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak
sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Definisi Tapak Warisan Dunia (TWD)


Tapak Warisan Dunia bermaksud sesuatu yang mengandungi nilai sejarah yang
tinggi, yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Misalnya hutan, gunung, tasik,
padang pasir, monumen, bangunan, kompleks dan bandar.
Pemilihan Tapak Warisan Dunia
Pemilihan Tapak Warisan Dunia tertakluk di bawah Program Warisan Dunia Antarabangsa
UNESCO. Program ini ditadbir oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO yang terdiri daripada
21 buah negara.
Apabila kerajaan Malaysia menghantar pencalonan ke atas Melaka Bandaraya Bersejarah
dan Georgetown untuk dinilai oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO, kesemua 21 buah
negara yang terlibat telah bersetuju mengiktiraf kedua-dua bandaraya ini sebagai
Bandaraya Warisan Dunia.
Nota: UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) ialah
badan dunia yang ditubuhkan pada 16 November 1945 bagi mempromosi inisiatif kerja
sama antarabangsa bagi hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan kebudayaan. Badan
mempunyai 190 negara ahli termasuk Malaysia.
Kepentingan Tapak Warisan Dunia
Apabila sesuatu warisan itu telah diiktiraf sebagai TWD, hal ini akan dapat meninggikan
lagi nilai khazanah warisan itu. Warisan tersebut akan dilindungi sepenuhnya dan
dipelihara keaslian dan mutunya untuk tatapan generasi seterusnya.
Apabila kerajaan negara kita telah mendapat pengiktirafan TWD bagi Melaka dan
Georgetown, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan kedua-dua tempat
ini terus terpelihara dan dapat mengekalkan status tersebut. Jawatankuasa tersebut,

yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan untuk Tapak Warisan Dunia Melaka dan
Georgetown, dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Jawatankuasa inilah yang bertindak
memelihara dan memulihara kedua-dua Tapak Warisan Dunia tersebut daripada segala
bentuk tindakan yang boleh merosakkan nilai sejarah yang ada sehingga menyebabkan
pengiktirafan tersebut ditarik balik oleh UNESCO.
Sekiranya status tersebut ditarik balik, hal ini merupakan kerugian kepada negara
kerana tapak itu tidak lagi mempunyai daya tarikan kepada para pelancong, manakala
generasi akan datang tidak lagi dapat menatap sejarah yang pernah berlaku di negara
mereka.
Bagi memastikan Tapak Warisan Dunia dijaga dan dipelihara dengan rapi,Program
Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO sentiasa membuat lawatan dari semasa ke
semasa ke tapak-tapak tersebut.
Pemilihan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia
Untuk mendapat status Tapak Warisan Dunia bukanlah perkara yang mudah. Kerajaan
Malaysia sendiri telah berusaha sejak tahun 2001 supaya Melaka dan Georgetown
diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Selepas tujuh tahun, barulah negara kita
menerima pengiktirafan tersebut, iaitu setelah semua ciri-ciri yang diperlukan berjaya
dipenuhi.
Apakah keistimewaan Melaka dan Georgetown sehingga berjaya dipilih sebagai
Bandaraya Warisan Dunia?
Melaka dan Georgetown sememangnya mempunyai ciri-ciri sejarah yang istimewa.
Melaka dan Georgetown merupakan bandar di pinggir Selat Melaka yang telah
dibangunkan sejak lebih 500 tahun dahulu sebagai pusat pertukaran barangan dan
budaya antara Timur dan Barat.
Pengaruh Asia dan Eropah dapat dilihat di bandar ini sehingga ke hari ini, sama ada
secara langsung dan tidak langsung. Pengaruh ini dapat dilihat pada bangunan, tempat
ibadah dan kubu yang dibina.
Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf di Melaka merangkumi kawasan seluas 214.6 hektar.
Kawasan ini melibatkan zon sekitar Bukit St. Paul yang terdiri daripada bangunanbangunan kerajaan, muzium, gereja dan kubu tinggalan Portugis dan Belanda serta
Bukit Cina, serta kawasan kediaman dan kawasan zon perniagaan bersejarah yang

merangkumi 600 rumah kedai, premis perniagaan dan bangunan tempat tinggal, rumahrumah ibadat dan makam-makam.
Manakala di Georgetown, kawasan yang dipilih ialah kawasan seluas 259.4 hektar.
Kawasan ini termasuk Lorong Love, Pengkalan Weld Lebuh Pantai, Jalan Masjid Kapitan
Keling, Lebuh Light, Lebuh Bishop, Lebuh Pasar serta beberapa lebuh lain.
Komitmen Kerajaan dan Rakyat
Kita harus berbangga dengan pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak
Warisan Dunia. Dengan itu, wajarlah kita menyintai tanah air kita terutamanya
khazanah warisan negara yang cukup tinggi nilainya di kedua-dua tempat ini. Maka,
bersama-samalah kita memulihara khazanah ini supaya pengiktirafan ini kekal sampai
bila-bila.

Senarai Tapak Warisan Dunia


Sehingga kini, terdapat lebih 900 tempat yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan
Dunia di seluruh dunia.
Antara Tapak Warisan Dunia yang terkenal termasuk:
1. Angkor Wat di Kemboja
2. Candi Borobodour di Indonesia
3. Tembok Besar China di Negara China
4. London Tower di United Kingdom
5. Piramid Giza di Mesir
6. Great Barrier Reef di Australia
7. Sydney Opera House di Australia
8. Taj Mahal di India
9. Machu Picchu di Peru
10. Al-Hambra di Sepanyo