Вы находитесь на странице: 1из 9

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0

Pengenalan

Bab ini membincangkan dengan lebih lanjut bagaimana tahap penguasaan muridmurid mengecam dan mengenal huruf atau abjad melalui kaedah nyanyian. Beberapa
hasil kajian lepas dan juga teori menjadi landasan penggunaan kaedah nyanyian dapat
meningkatkan penguasaan dan kefahaman murid terhadap abjad.

2.1

Teori berkaitan

Perubahan paradigma dalam sistem pendidikan menuntut dan menggesa kaum guru
membuat perubahan dimana salah satu elemen penting dalam perubahan ialah
kreativiti.(Hj.Mohd Ali, 1994). Seorang guru yang hebat bukanlah diukur berdasarkan
kepada kemahiran mengajarnya semata-mata, tetapi juga kreativiti yang ditonjolkan
dalam setiap sesi P&P yang disampaikan. Kaedah pengajaran yang kreatif dan
menyeronokkan bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah dapat
membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran
tersebut, selaras dengan kenyataan Yong & Biramiah (1996) iaitu Seorang guru yang
kreatif akan bertindak sebagai pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi para
pelajar.

Di antara teori asas pembelajaran yang dikaitkan dengan kaedah nyanyian dalam
pembelajaran mengecam abjad ialah teori pembelajaran konstruktivisme. Teori
pembelajaran konstruktivisme yang menyeimbangkan peranan guru dan murid yang
berperanan saling bersandar di antara satu sama lain. Teori ini diperkenalkan oleh
tokoh seperti Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Ahli konstruktivisme berpendapat
bahawa guru adalah pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai
individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana individu itu
1

dianggap penting dalam proses pembelajaran dan perlu diberi perhatian sewajarnya.
Pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk
memilih kaedah yang sesuai dan menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk
memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan.

Seseorang guru boleh mengamalkan pendekatan konstruktivisme dengan mengambil


kira beberapa faktor seperti:
(i)

Murid diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain;

(ii)

Murid diberi peluang mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep;

(iii)

Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah;

(iv)

Pembelajaran berpusatkan murid;

(v)

Guru mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir;

(vi)

Murid digalakkan merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya;

(vii)

Murid diminta menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang dibina;

(viii)

Murid digalakkan mengemukakan hipotesis;

(ix)

Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid;

(x)

Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru;

(xi)

Guru perihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid;

(xii)

Murid digalakkan bekerja secara kumpulan.

Suasana bilik darjah dimana amalan konstruktivisme dijalankan adalah berpusatkan


murid dan berpusatkan bahan. Di samping itu, guru akan menggunakan penyoalan
bukan untuk menguji kemahiran murid dalam membina konsep.

Jika suatu masa dahulu pendidikan itu lebih bersifat formal, serius serta bertumpu
kepada penguasaan ilmu semata-mata, tetapi pada zaman yang serba moden ini,
perubahan yang ketara telah berlaku terhadap sistem pendidikan negara. Pendidikan
sekarang lebih mementingkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
bermakna yang menurut guru untuk menjadi seorang individu yang kreatif dan
inovatif. Noor Azmi (1998) menyatakan bahawa pengembangan kreativiti yang
bermaksud aktiviti-aktiviti yang kreatif secara logik, membina daya imaginasi dan
boleh memberi pandangan merupakan fokus pengisian kurikulum abad ke-21 selain
daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas. Selaras dengan itu, pengkaji
terpanggil untuk menghasilkan satu kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran
dengan menyelitkan unsur muzik iaitu nyanyian. Selain dapat meningkatkan minat
murid untuk belajar, nyanyian juga dapat menguatkan ingatan murid terhadap apa
yang dipelajari.

Menurut Noraini (2003), iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi
daya ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan
minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini selari dengan kenyataan Hj. Ab.
Fatah (2000) yang menyatakan bahawa, pada biasanya maklumat yang boleh
menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada
maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri
seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu
diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka
panjang.

Penyelidik mengambil inisiatif untuk menggunakan kaedah nyanyian di dalam aktiviti


pengajaran dan pembelajaran dalam usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
murid-murid prasekolah ini. Banyak hasil kajian lalu (Colwell, 1994 dan Stanley &
Hughes, 1997) telah menunjukkan bahawa nyanyian dapat meningkatkan kemahiran
membaca dan mengingat. Menurut Drosher (2006) pula, pendedahan terhadap teknik
nyanyian dapat meningkatkan IQ dan perkembangan mental. Manakala bagi
pandangan Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) kaedah nyanyian dapat
mewujudkan hubungan antara pencapaian membaca dengan teknik nyanyian.
3

Maka dengan itu, pengkaji berasakan bahawa penggunaan unsur muzik melalui
kaedah nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid meningkatkan daya
ingatan mereka terhadap pelajaran. Menurut Eisner (2003), muzik penting dalam
pendidikan kerana sumbangannya kepada kognitif membolehkan seseorang pelajar
melahirkan perasaanya. Ini turut dijelaskan oleh Hermann (1991), yang menyatakan
bahawa integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan
perkembangan otak kiri dan otak kanan.

Selain itu, kenyataan Routier (2003) berkenaan dengan kesan muzik Mozart terhadap
kanak-kanak pula menyatakan bahawa terdapatnya hubungan di antara muzik dengan
membaca, menulis, kebolehan menghafal dan kemahiran matematik. Apa yang
menarik dalam dapatan tersebut kepada para pendidik ialah penggunaan muzik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kualiti pembelajaran.
Routier (2003) turut berkongsi pendapat dengan Prescott (2005) yang menyifatkan
integrasi muzik dengan mata pelajaran akademik yang lain dapat menyuburkan
seluruh kurikulum.

Menurut Yahya Othman (2005), membaca juga dikatakan sebagai keupayaan


seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi
dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan
bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif dan
pengalaman membaca.

Bahkan Brown (1980) dalam Saayah Abu (2008), menyatakan kanak-kanak lahir di
dunia ini ibarat sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitarannya yang
akan membentuknya secara perlahan-lahan bagi membuat pengukuhan pada tingkah
lakunya. Pengetahuan dan ketrampilan bahasanya akan diperoleh melalui pengalaman
dan proses pembelajaran. Dengan demikian, bahasa yang didengari akan dipindahkan
melalui pewarisan kebudayaan, sama seperti orang yang belajar memandu kenderaan.
4

2.2

Kajian Lepas (Dalam Negara)

2.2.1

Kajian kaedah nyanyian

Beberapa kajian lepas telah dijalankan dengan menggunakan kaedah nyanyian dalam
pengajaran telah berjaya meningkatkan penguasaan murid dan murid dapat mengingat
dan mengecam serta mengenal dengan cepat huruf tersebut.

Antara kajian yang telah dijalankan ialah mengecam abjad dalam kalangan kanakkanak prasekolah menggunakan kaedah nyanyian. Kajian ini telah dijalankan oleh
Puan Norma bt Ahmad (2014). Menurut beliau, pencapaian dan penguasaan pelajar
terhadap kemahiran mengecam dengan menggunakan kaedah nyanyian dapat
meningkatkan kemahiran mengecam dan mengenal huruf. Hal ini demikian kerana,
kanak-kanak secara fitrahnya lebih gemar akan hiburan khususnya muzik. Ini
membantu kanak-kanak di kelas prasekolah ini mengingat dan seterusnya mengecam
abjad yang diperkenalkan dan diajar oleh guru. Secara tidak langsung ia dapat
membantu kanak-kanak di prasekolah ini menguasai kemahiran membaca.

Berdasarkan kajian Puan Norma bt Ahmad (2014), didapati ada keberkesanan dan
peningkatan dalam mengecam dan mengenal huruf. Perbandingan daripada keputusan
sebelum dan selepas aktiviti dijalankan amat memberangsangkan. Bilangan murid
yang telah menguasai bacaan hasil daripada proses mengecam dan mengenal abjad
telah meningkat kepada belum mengecam dan mengenal huruf kepada menguasai
sepenuhnya abjad dari a hingga z. Tiada murid yang mendapat Gred C. Justeru,
tindakan yang diambil oleh beliau dalam kajian ini amat baik dan berkesan.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa proses dan pembelajaran yang lebih efektif
sekiranya melibatkan penggunaan pancaindera seperti mendengar, melihat, sentuhan,
rasa dan bau. Christoper Anak Barat dan Supli Affendi Rahim (2010), Heinich (1993),
menyatakan bahawa manusia belajar melalui penglihatan, memahami dan mengingati
5

sebanyak 20% daripada deria pendengaran dan lebih 80% melalui deria pendengaran
dan penglihatan.

Aras pengetahuan melibatkan hafalan dan ingatan (knowledge) adalah kemampuan


seseorang untuk mengingat-ingat kembali (recall) atau mengenali kembali tentang
nama, istilah, idea, rumus-rumus dan sebagainya,. Pengetahuan atau ingatan adalah
merupakan proses berfikir yang paling rendah. Untuk meningkatkan domain kogntif
di kalangan murid dengan lebih berkesan makanya domain affektif perlu diambil kira
bersama. Domain afektif atau intelektual adalah mengenai sikap, minat, emosi, nilai
hidup murid. Selaras dengan penyataan muzik dapat menarik minat dan membantu
manusia menyimpan dan mengingat kembali maklumat dalam bentuk memori, (Sara
2009)

Norlida Ahmad (2005), murid akan didorong untuk belajar dengan lebih berkesan dan
bermanfaat melalui lagu. Hal ini jelas menunjukkan penggunaan muzik dan kaedah
nyanyian mampu merangsang minat murid dan sekaligus meningkatkan daya ingatan
mereka sekiranya murid mula memberi tindak balas yang positif dan penumpuan
penuh semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas.

Kanak-kanak berkecerdasan muzikal atau irama pula peka kepada muzik, suka
menyanyi dan bermain alat muzik (Gardner 1980 ; Zainiah Mohammed Isa 2004).
Bagi kanak-kanak yang berkecenderungan kecerdasan muzikal ini, penggunaan
pantun-pantun tradisional dan bahasa berirama akan mendapat perhatian mereka.
Mereka sepatutnya digalakkan mencipta lagu-lagu mereka sendiri dan tuliskan lagulagu tersebut untuk dibaca oleh mereka. Guru perlu menyediakan buku-buku yang
berkaitan serta mengandungi bahasa berirama untuk dibaca oleh kanak-kanak pada
masa lapang mereka.

Sufian & Osman (2008), juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk Penggunaan
Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Hasil kajian mereka
6

mendapati penggunaan muzik dalam proses P&P dapat menimbulkan rasa seronok
belajar di kalangan murid serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir murid.
Dapatan mereka juga menunjukkan penggunaan muzik berkesan sebagai alat
pengurusan bilik darjah di samping sebagai saluran murid untuk melahirkan perasaan.
Hakikatnya, penggunaan muzik dalam mata pelajaran merupakan salah satu strategi
bagi memastikan P&P di bilik darjah menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan
dan secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Koleksi rakaman pantun-pantun, lagu-lagu ataupun bahasa berirama boleh disediakan


kepada kanak-kanak untuk dimainkan di dalam kelas. Aktiviti nyanyian dan bahasa
berirama akan merangsang kanak-kanak untuk membaca bahan bercetak yang
berkenaan. Kanak-kanak muzikal juga amat gemar bermain alat-alat muzik dan
mencipta irama dan lagu mereka sendiri. Mereka sepatutnya diberikan galakan untuk
mencipta irama dan lagu mereka sendiri. Ini akan memberi kepuasan bagi mereka
kerana memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk melahirkan idea dan kreativiti
mereka (Zainiah Mohammed Isa 2004).

Kajian terhadap penggunaan muzik (nyanyian) dalam P&P juga telah banyak
dijalankan oleh para penyelidik. Antaranya ialah kajian Edith & Kamariati (2005)
tentang Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran yang
dijalankan di Sekolah Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Hasil kajian ini menunjukkan
bahawa secara keseluruhannya, kumpulan sasaran menunjukkan reaksi positif . Murid
mempamerkan rasa seronok untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian yang disampaikan oleh guru.

Ternyata pelbagai kajian mengenai penggunaan muzik (nyanyian) dalam proses P&P
telah dijalankan selama ini dan telah menunjukkan tindak balas yang positif.
Walaupun banyak kajian telah membuktikan muzik dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, namun ianya tetap dipandang sepi oleh
guru-guru sekolah. Justeru, pengkaji akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan
kajian mengenai keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid,
7

sejajar dengan usaha untuk menjadi seorang guru yang kreatif. Bagi murid-murid
yang lemah, kaedah menghafal fakta dengan cara nyanyian didapati amat berkesan.
Aktiviti ini bukan sahaja dapat membantu murid menghafal fakta, malah dapat
menimbulkan suasana pembelajaran yang menghiburkan dan menyeronokkan.

2.3

Kajian Lepas (Luar Negara)

Kajian luar negara berkisar penggunaan kaedah nyanyian dalam P&P juga ada
dijalankan. Campbell (1990) dalam kajiannya bertajuk Multiple Intelligences In The
Classroom membuktikan bahawa kaedah muzik dan nyanyian yang digunakan dalam
proses P&P mampu meningkatkan pencapaian akademik murid. Dalam kajian ini,
Bruce Campbell menggunakan muzik bagi membantu respondennya mengingat fakta.
Hasilnya, keputusan ujian menunjukkan murid yang pada sebelumnya merupakan
murid yang kurang berjaya di sekolah telah menjadi seorang yang berjaya dalam
pelajarannya. Maklum balas positif juga diterima daripada responden dimana mereka
menyatakan bahawa mereka merasa terhibur belajar dengan kaedah ini. Keyakinan
serta motivasi diri murid juga meningkat secara tidak langsung.

Dalam kajian bertajuk The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom yang
dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi muzik dalam P&P
adalah sangat efektif dimana pendekatan muzik sesuai digunakan untuk semua
peringkat umur. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan kaedah
muzik dan nyanyian dalam P&P boleh membantu murid mengingati pengalaman
pembelajaran yang dilalui disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif murid
dalam P&P. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat
menguatkan memori terhadap fakta dan isi pelajaran.

Berdasarkan kajian-kajian tersebut dapat dirumuskan bahawa kaedah nyanyian ini


berjaya dalam menghasilkan murid-murid menguasai kemahiran membaca kelak.

2.4

Rumusan

Bab ini menghuraikan tentang teori-teori yang berkaitan dengan tajuk kajian iaitu
kaedah menyanyi dalam penguasaan kemahiran mengecam huruf. Berdasarkan teori,
pendapat dan kajian-kajian lepas, ia dapat menguatkan fakta yang ada dan para
pembaca akan mengetahui tentang keberkesanan kaedah menyanyi dalam pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih jelas lagi.

Вам также может понравиться