Вы находитесь на странице: 1из 2

Rakan Perbincangan topik ini adalah

1. En Mohd Arif
2. En Mohd Zaki
BAGAIMANA KAKITANGAN SEKOLAH MEMBINA HUBUNGAN YANG ERAT
DENGAN MASYARAKAT
Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh
masyarakat. Perhubungan sekolah dengan komuniti boleh diibaratkan bagai
isi dengan kuku kerana saling berinteraksi dan saling mempengaruhi antara
satu sama lain. Oleh sebab komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil di
mana semua anggota hidup bersama dalam kawasan sekolah bahkan juga
berkonsepkan sebagai suatu sistem sosial iaitu salah satu institusi pendidikan
yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggota masyarakat
supaya membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
untuk kemajuan dan perkembangan diri dan masyarakatnya.
Sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan
menghasilkan perubahan positif ke atas pelajar dan berperanan besar dalam
pembentukan sahsiah pelajarnya. Sekolah perlu memainkan peranan sebagai
agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan
kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam
Matlamat Pendidikan Negara.
Kerjasama di antara sekolah-sekolah adalah lebih diutamakan bagi memupuk
kesefahaman dan perpaduan. Konsep sekolah wawasan yang diperkenalkan
oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia, pada bulan Disember 1995 bertujuan memberi peluang
kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar dan berinteraksi
bersama dalam sesuatu kawasan yang sama demi memupuk dengan lebih
awal lagi perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat berbilang kaum.

Peranan sekolah amat besar dalam melahirkan pelajar-pelajar atau generasi


yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia untuk perkembangan dan
kemajuan masyarakat dan negara ke arah kejayaan dan kegemilangan. Oleh
sebab itu, dalam pelaksanaan Satu Malaysia remaja dijadikan sebagai aset
negara yang utama. Merekalah yang akan menentukan masa hadapan
negara.
Pendidikan yang berketerampilan, mempunyai daya saing, kreatif dan inovatif
mampu menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan juga
ketamadunan bangsa dan negara. Dalam merealisasikan Satu Malaysia
remaja seharusnya menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta
keharmonian antara kaum. Kepentingan hubungan kedua-duanya boleh
diibaratkan bagai aur dengan tebing.

Вам также может понравиться