Вы находитесь на странице: 1из 2

Yang Berusaha En Loren ak Setin

En Mahdi bin Hanafi, Guru Penolong Kanan 1,


Pn.Juwana Binti Rosli , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Dayang Sadiah bt Rashid Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru SK temiang , Para ibu bapa dan murid-murid, Sekalian
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Penutupan Minggu Transisi Tahun 1 sesi 2016.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ibu
bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak
dan pihak sekolah.
Tanpa membuang masa, kita menjemput EN Loren Ak Setin bagi menyampaikan
ucapan alu-aluan dan sekaligus merasmikan penutupan Minggu Program Transisi
Sesi Tahun 2016. Majlis mempersilakan.
Ucapan terima kasih kepada En Loren Ak setin Guru Besar Sk Temiang atas
ucapan tadi.
Program Transisi Tahun 1, telah dijalankan selama dua minggu bermula pada hari
pertama sesi persekolahan pada tahun ini. Program ini berobjektif
--------------------------------------------------------------

Sebelum, Program Minggu Transisi ini, melabuhkan tirainya, marilah kita samasama menyaksikan persembahan-persembahan yang akan dipersembahkan oleh
murid-murid tahun 1.

Persembahan pertama dimulakan dengan persembahan Fashion Show.


Persembahan kedua, merupakan persembahan Nyanyian Lagu Hello
Persembahan ketiga, nyanyian lagu abs versi gong xi f acai
Persembahan yang terakhir merupakan persembahan nyanyian lagu solo yang
akan didendangkan oleh adik Syumia

Terima kasih diucapakan kepada adik-adik tahun 1 kita atas sajian persembahan
yang menghiburkan sebentar tadi. Sebagai simbolik tanda berlabuhnya tirai
Minggu Transisi Tahun 1, majlis sekali lagi menjemput Guru Besar Sk Temiang,
EN. Loren akan Setin dan diiringi oleh_________________ Bagi menyempuranakan

sesi penyerahan buku teks kepada murid-murid tahun 1. Majlis


mempersilakan..
Terima kasih diucapakan kepada tuan guru besar atas penyampaian buku teks
kepada murid-murid tahun 1 sebentar tadi.
Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk saya selaku
pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh
jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara
sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Sekian terima kasih

Вам также может понравиться