You are on page 1of 7

MESIN PERUNCITAN

AUTOMATIK
SYARIFAH FATIMAH BINTI SYED
ALI
FATIN NURUL AISYAH BINTI
KEMAT
NUR KARIMA BINTI AHMAD
NUR SYUHADA BINTI
MUHD.RAHIM

Mesin Peruncitan Automatik


Merupakan sejenis bentuk
perniagaan runcit yang
menjual barang terus kepada
pengguna.
Mesin ini diletakkan di
tempat tumpuan orang ramai
seperti di perhentian
bas,stesen kereta api,

panggung wayang, dan pasar


raya.
Mesin ini dimuatkan dengan
barang atau tiket dan
mempunyai lubang khas (slot)
untuk memasukkan wang.
Pelanggan hanya perlu
memasukkan wang yang cukup
dan memilih jenis barang yang
diingini.
Barang tersebut akan keluar
secara automatik setelah
pelanggan menekan barang
pilihan

BARANG JUALAN

KELEBIHAN

Beroperasi selama 24 jam


tanpa pengawasan dengan hanya
menggunakan tenaga elektrik.
Menjimatkan kos kerana
peniaga tidak perlu menggaji
ramai pekerja kerana
mengamalkan sistem layan diri.
Menjimatkan masa kerana
pelanggan tidak perlu berbaris
untuk membayar harga barang.
Tidak memerlukan ruang yang
luas kerana saiz mesin yang kecil.
Tiada risiko hutang lapuk
kerana peniaga mengamalkan
kaedah jualan adalah secara tunai
dan prabayar.
Memudahkan pengguna
kerana dapat membeli pada bilabila masa.

KEKURANGAN
Melibatkan kos pengendalian
yang tinggi kerana kos untuk
membeli mesin adalah mahal.
Jualan terhad kerana mesin
hanya memuatkan sedikit barang
sahaja.
Bergantung sepenuhnya
kepada bekalan elektrik kerana
tanpa bekalan elektrik,urus niaga
tidak dapat dijalankan.
Terdedah kepada risiko
kerosakan kerana mesin
ditempatkan di tempat awam dan
terdedah kepada aktiviti
vandalism.
Menanggung risiko kerugian
kerana pelanggan tidak dapat
menukar barang jika barang yang
dibeli mengalami kerosakan.