Вы находитесь на странице: 1из 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHEMPAKA

21030 KUALA NERUS


TERENGGANU DARUL IMAN

KERTAS CADANGAN :
ENGLISH BOARD
TEMPAT :
Papan Kenyataan Di Laluan Pejalan Kaki

TEMPOH PELAKSANAAN :
1 minggu (17 Julai - 21 Julai 2016)

ANJURAN :
Guru Internship IPG Kampus Dato Razali Ismail
dengan kerjasama
Panitia Bahasa Inggeris SK Bukit Chempaka

1. 0 TAJUK KERTAS CADANGAN


Cadangan English Board Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka.

2.0

PENGENALAN
Kertas

cadangan

ini

disediakan

bertujuan

untuk

memohon

kebenaran dan peruntukan bagi menubuhkan English Board Sekolah


Kebangsaan Bukit Chempaka. Aktiviti ini merupakan serampang dua mata
sebagai aktiviti internship guru pelatih IPG Kampus Dato Razali Ismail dan
aktiviti pengayaan dan rangsangan Panitia Bahasa Inggeris untuk muridmurid SK Bukit Chempaka.

3.0

RASIONAL
Proses pembelajaran tidak berlaku dalam kelas semata-mata.

Persekitaran

sekolah

yang

kondusif

merupakan

wahana

bagi

merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Persekitaran


yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru,
kakitangan sekolah serta murid-murid. Sebagai satu cara supaya muridmurid lebih meminati Bahasa Inggeris, English Board ini diwujudkan agar
murid-murid lebih terdedah dengan persekitaran yang menggunakan
Bahasa Inggeris. Melalui pelaksanaan English Board ini diharap dapat
meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

4.0

LATAR BELAKANG
Nama program

: English Board SK Bukit Chempaka.

Tempoh pelaksanaan

: 1 minggu (17 Julai - 21 Julai 2016)

Tempat

: Papan kenyataan di laluan pejalan kaki.

5.0

OBJEKTIF

1. Menjadikan English Board sebagai tumpuan murid menambah ilmu


pengetahuan.
2. Menanam minat murid-murid untuk mendalami Bahasa Inggeris.
3. Menggalakkan pembelajaran Bahasa Inggeris secara tidak langsung
dan santai.
4. Mewujudkan kawasan sekolah lebih ceria dan berilmu.

6. 0 KOS PELAKSANAAN*
ANGGARAN
BIL
1
2
3
4
5

ITEM
Kain warna pink
Laminating film
A4 coloured paper
polistrina
Dawai kokot bersaiz
besar

KOS SEUNIT

KUANTITI

JUMLAH

(RM)
7.00
30.00
11.00
4.00

(unit)

(RM)

2 meter
1 pek
1 rim
3 keping

14.00
30.00
11.00
12.00

9.00

1 kotak

9.00

JUMLAH BESAR
* Mohon peruntukan dari pihak sekolah

80.00

7.0

JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung

Pn. Hjh Fatimah binti Embong (Guru Besar SKBC)

Penasihat

Pn. Rusimah binti Ibrahim (Ketua Panitia


B.Inggeris)

Pengarah Program

Penolong Pengarah Program :

8.0

Cik Nur Fatin Nabilah binti Mohd Nazir


Cik Aini Fadzlina binti Hassan

PENUTUP
English Board SK Bukit Chempaka merupakan suatu inisiatif

kolaborasi antara guru internship IPG Kampus Dato Razali Ismail dan
Panitia Bahasa Inggeris SK Bukit Chempaka. English Board yang dirancang
ini

merupakan

cetusan

kreatif

dalam

menyediakan

pengetahuan

mengenai Bahasa Inggeris. Pembelajaran secara tidak langsung ini sedikit


sebanyak dapat membantu memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid sekaligus meningkatkan pencapaian Bahasa
Inggeris di sekolah ini. Adalah diharapkan kertas cadangan ini mendapat
kelulusan dari pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh:

______________________________
(NUR FATIN NABILAH BINTI MOHD NAZIR)
Pengarah program,
English Board Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka.

Disemak oleh:

____________________________
(RUSIMAH BINTI IBRAHIM)
Penasihat,
English Board Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka.

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

______________________________
(HAJAH FATIMAH BINTI EMBONG)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka.