Вы находитесь на странице: 1из 6

DRAMA MAHKAMAH

SINOPSIS
Latar tempat drama adalah di mahkamah.Dalam kes yang pertama Bulat bin
Leper selaku tertuduh, didakwa menyebabkan kematian seorang nenek tua.Pada
10 januari 1988 antara pukul 8 pagi hingga 9 pagi,tertuduh telah menyebabkan
seorang nenek tua tergelincir dan jatuh apabila terpijak kulit pisang yang
dicampak oleh tertuduh di jalan raya.Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek
patah dan dia mati dalam perjalanan ke hospital.
Bulat bin Leper tidak mampu mengupah seorang peguam untuk membelanya.
Jadi,dia diberikan seorang peguam percuma. Semasa perbicaraan, Bulat bin
Leper tidak mengaku bersalah.Peguam Bulat bin Leper membelanya dengan
mengatakan bahawa Bulat yang tidak lalu makan kulit pisang telah membuang
kulit pisang itu di dalam tong sampah yang kerosakan pintu.Ekoran itu, seeokor
kambing yang kurus dan kelaparan telah datang dan memakan sisa buangan di
dalam tong sampah itu sehingga kulit pisang tersebut tercampak keluar ke jalan
raya.Kemudian, nenek yang sedan berjoging terpijak kulit pisang dan jatuh lalu
mati.
Maka, kambing kurus itu yang menyebabkan kematian nenek tua itu bukannya
Bulat bin Leper.jadi, Bulat bin Leper tidak terbabit dalam kes ini.Akhirnya,hakim
telah memutuskan bahawa Bulat bin Leper tidak melakukan kecuaian dan
dibebaskan daripada tuduhan membunuh nenek tua itu yang bernama Mak teh
binti Jali, 99 tahun di Taman Gagak Putih.Hakim juga mengeluarkan perintah
supaya tuan kambing itu dicari dan pintu tong sampah itu dibaiki dengan
segera.Jika tiada sesiapa yang mengaku sebagai tuan kepada kambing itu,
kambinmg itu akan menjadi milik pihak yang berwajib.
Mahkamah pun berehat.
Dalam kes yang kedua.Akinomoto selaku tertuduh didakwa mencuri beruk
subsidi milik kerajaan malaysia dari stor JKK Ulu Dungun.Seorang penterjemah
telah dipanggil untuk membantu Akinomoto.Penterjemah mengatakan bahawa
Akinomoto tidak memahami makna beruk subsidi. Pendakwa raya menerangkan
maksudnya dalam bahasa Inggeris tetapi Akinomoto semakin tidak faham dan
meminta pihak pendakwa raya supaya menggunakan bahasa Melayu.Akhirnya,
Akinomoto memahami makna istilah beruk subsidi. Dia kemudiannya mengaku
bersalah.Mahkamah dimaklumkan bahawa ibu beruk sudah hamil.
Akinomoto ingin memulangkan ibu beruk itu tetapi mahu memelihara anaknya.
Akhirnya, hakim memutuskan agar Akinomoto memelihara ibu beruk itu
sehingga ibu beruk itu selamat melahirkan anaknya. Jika anaknya jantan, anak
beruk itu akan dinamakan "Mat Yeh".Jika anaknya betina, anak beruk itu akan
dianamakan "Mentesah".Hakim juga memerintahkan supaya ibu beruk itu
dipulangkan kepada yang berhak setelah tempoh pantangnya selama 40 hari.

Sebagai denda kepada Akinomoto, Akinomoto terpaksa memanjat pokok kelapa.


Anak beruk akan menjadi tuannya. hal ini akan berlarutan sehingga anak beruk
itu mencapai umur akil baligh.
Pemikiran
-Sesi perbicaraan rekaan di mahkamah yang melibatkan dua kes.
Persoalan
1.Persoalan tanggungjawab seseorang terhadap kesan tindak-tanduknya.
2.Persoalan kepentingan peranan pihak berkuasa untuk memastikan
kemudahan-kemudahan awam dipelihara.
3.Persoalan sikap profesional hakim,pendakwa raya, dan peguam bela di
mahkamah.
4.Persoalan kepentingan penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.
5.Persoalan tanggungjawab seorang hakim untuk mempertimbangkan kes-kes
dengan adil dan saksama.
6.Persoalan tanggungjawab seorang peguam bela berkhidmat untuk terttuduh
yang miskin.
Watak dan pewatakan
Watak Hakim
1.Duduk di meja tinggi
2.Menggunakan penukul di mahkamah apabila perlu.
Pewatakan
1.Seorang yang adil
-mengarahkan supaya Bulat bin Leper yang miskin dibela oleh seorang peguam
percuma. Hal ini supaya Bulat bin Leper diberi perbicaraan yang adil.
2.Seorang yang rasional
-Hakim mendengar hujah-hujah pendakwa raya dan peguam bela sebelum
membuat keputusan.
3.Seorang yang prihatin
-Mengarahkan Akinomoto untuk memulangkan ibu beruk setelah tempoh
pantang 40 hari. Hakim prihatin terhadap keadaan ibu beruk yang akan
melahirkan anak.
4.Seorang yang bertanggungjawab
-Menjalankan tugas sebagai seorang hakim dengan penuh tanggungjawab di
mahkamah. Beliau memastikan keadaan di mahkamah tidak kecoh.
Watak Pendakwa raya
1.Mensabitkan tertuduh di mahkamah.

Pewatakan
1.Seorang yang bertanggungjawab
-Bertanggungjawab mendakwa BUlat bin Leper dan Akinomoto di mahkamah
berdasarkan bukti yang diperoleh.
2.Seorang yang berilmu pengetahuan
-Boleh menerangkan maksud istilah beruk subsidi dalam bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris dengan menggunakan kamus sebagai bahan rujukan yang
berasas.
3.Seorang yang bijak
-Dipuji oleh hakim setelah berjaya menerangkan maksud beruk subsidi di
mahkamah.
Watak Peguam bela
1.Seorang peguam
Pewatakan
1.Seorang yang tidak menepati masa
- Agak lambat masuk ke runang perbicaraan Bulat bin Leper.
2.Seorang yang bijak dan licik
-Berjaya melepaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan menyebabkan kematian
nenek tua.
3.Seorang yang tegas
-Beberapa kali mengingatkan pendakwa raya supaya tidak menganggunya
brhujah dan tidak menganggu perjalanan mahkamah. Hal ini telah menyebabkan
hakim mengeluarkan kad kuning kepada pendakwa raya.
4.Seorang yang baik hati
-Menjadi peguam percuma kepada Bulat bin Leper yang miskin.
LATAR
Latar masa:
1.Siang waktu pagi:Sesi perbicaraan rekaan berlangsung.
2.Pada 10 januari 1988, antara jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi: Kematian
seorang nenek tua Mek Teh binti Jali.
3.Pada 20 Mac 1988:Seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia telah dicuri
dari stor JKK Ulu Dungun.

Latar tempat:
1.Ruang mahkamah: Sesi perbicaraan rekaan berlangsung.
2.Taman Gagak Putih:Kulit pisang yang tercampak ke jalan raya menyebabkan
kematian seorang nenek tua.
3.Stor JKK Ulu Dungun:Seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dicuri.
Latar masyarakat
1.Masyarakat hakim yang adil dan saksama.
-hakim tidak menjatuhkan hukuman ke atas Bulat bin leper kerana sebenarnya
dia telah membuang kulit pisang ke dalam tong sampah dan bukannya di atas
jalan raya.
2.Masyarakat peguam yang bertanggungjawab.
-Pendakwa raya bertanggungjawab mensabitkan orang yang dituduh dengan
kesalahan yang telah dilakukan dan peguam bela memastikan Tertuduh tersebut
dibela dengan adil.
3.Masyarakat tertuduh yang jujur
-Akinomoto mengaku bersalah mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan
Malaysia.
PLOT
Permulaan
-Ketibaan hakim ke mahkamah dan perbicaraan bermula.
Perkembangan
-Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua , Mek teh
binti Jali 99 tahun di Taman Gagak Putih.
Konflik
-Peguam bela menolak dakwaan bahawa Bulat bin Leper bersalah dengan
mengatakan kambing kurus yang menyebabkan kematian nenek tua itu.Dalam
kes kedua, Akinomoto dituduh mencuri beruk subsidi.
Klimaks
-Akinomoto mengaku bersalah dan hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya.
Peleraian
-Perbicaraan di mahkamah selesai.
TEKNIK PLOT
Teknik pemerian
-Penterjemah masuk dengan agak lambat sambil membetulkan kain sarung dan

tali lehernya. ( hal.92)


Teknik Kejutan
-Hakim meminta supaya Bulat bin Leper dibela penguam percuma tetapi
memberikan mereka tampoh seminit sahaja untuk berunding ( hal.84)
Teknik Dialog
-Dialog antara hikim, pendakwa raya, peguam bela, dan tertuduh di mahkamah
Kes tertuduh sedang dibicarakan.
GAYA BAHASA
1.Simile
-Pegawai: ( Bernada selamba tetapi tidak keras seperti jekahan HAKIM tadi )
hal.92
2.Imejan
-HAKIM mengeluarkan kad kuning. ( hal.88 )
3.bahasa percakapan harian
-PEGUAM BELA: Tengah tengok gusti, tuan. ( hal.83)
4.Diksi bahasa Inggeris
-HAKIM:Well done...well done... Apakah kamu sudah faham Akinomoto...
( hal.94)
5.Sinkope
-HAKIM:Tak habis-habis dengan gusti... ( hal.83)
6.Repetisi
-HAKIM:Cakap...cakap...apakah kamu sudah ... ( hal.95)
NILAI
1.Nilai
2.Nilai
3.Nilai
4.Nilai
5.Nilai

adil
bijaksana
rasional
mementingkan ilmu pengetahuan
prihatin

PENGAJARAN
1.Kita patut menyelesaikan masalah yang didepani dengan adil dan saksama
supaya semua pihak berasa puas hati.
2.Kita mestilah prihatin dan membantu golongan miskin dengan menawarkan
khidmat secara percuma kepada mereka.
3.Kita perlulah bersikap rasional dan berfikir betul-betul sebelum memberi

pendapat.
4.Kita haruslah meluaskan ilmu pengetahuan supaya dapat meberi hujah-hujah
berasas dan pendapat yang bernas

Вам также может понравиться