Вы находитесь на странице: 1из 10

BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN

NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


Definisi Imperialisme
Dasar sesebuah negarameluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara
lain untuk kepentingan tertentu.

Faktor-faktor Imperialisme

1. Keistimewaan Asia Tenggara


Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
Jaminan pasaran yang luas.
Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
Kaya dengan bahan mentah

2. Revolusi perindustrian.
Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara
besar-besaran.
Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.
Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya.

3. Pengangkutan dan Perhubungan


Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan.
Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.
Telegraf memudahkan perhubungan.

4. Persaingan kuasa-kuasa barat

Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.


Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan
5. Alasan Orang Barat
British & Belanda- Beban orang Putih
Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama
Kristian kepada penduduk di tanah Jajahan.

PERUBAHAN POLITIK DI INDONESIA

Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan


pentadbiran tempatan.
Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan
pengawasan pegawai Belanda.
Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian.
Penubuhan Dewan Tempatan
Penubuhan Volskraad yg merupakan Majlis Rakyat.

PERUBAHAN POLITIK DI THAILAND

Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai


jabatan.
Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis dari Britain.
Penasihat kastam dari Amerika Syarikat.
Penasihat ketenteraan dari Perancis
Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis
Mesyuarat tertinggi dan kabinet Menteri.
Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.
Kabinet Menteri mengetuai kementerian.
Juruaudit dari Britain

FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME

1. Dasar Penjajahan Barat


Sistem tanaman paksa di Indonesia
Sistem Polo di Filipina
Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
Dasar keterbukaan penjajah kemasukan imigran dari luar telah menguasai
ekonomi.
2. Pengaruh Agama
Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia penyatuan dunia Islam
menentang penjajahan.
Persatuan Belia Buddha di Burma.
Di Sepanyol penganut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding
penganut Kristian berbangsa Sepanyol.
3. Karya Kesusasteraan
Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.
4. Sistem Pendidikan
Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas
hati.

5. Kemunculan golongan intelektual


Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
Peringkat awal hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.

6. Pengaruh Media Massa


Vietnam- Tribune Indigine

Tanah Melayu al-Ikhwan, Saudara dan majlis


Menyebarkan idea-idea nasionalis
Menanam perasaan anti penjajah.

7. Sistem pengangkutan dan perhubungan


Perkhidmatan telefon dan telegraf
Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
Jalanraya dan jalan kereta api
Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.

8. Pengaruh Luar
Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
Perjuangan Mahatma Gandhi di India.
Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok
lapar.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA

Tahap Pertama
Dipimpin Jose Rizal
Bersifar sederhana
Bergerak cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El
Filibusterismo
Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
Matlamat perjuangan :
Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa
Sepanyol.
Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.

Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.


Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan
pemberontakan.
Tahap Kedua
Penentangan secara radikal
Pertubuhan Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifacio
Matlamat Katipunan
menyatukan bangsa Filipina
mencapai kemerdekaan melalui revolusi
Media cetak iaitu akhbar Kalayan
Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
Katipunan semakin lemh selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
Aguinaldo ditangkap.
Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui
perlembagaan setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih
liberal.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI INDONESIA

Tahap Pertama
Tumpuan isu pendidikan
Untuk ubah nasib penduduk Indonesia
Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
Karyanya : Habis Gelap Terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah
mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
Pertubuhan penting : Muhammadiyah
Matlamat Muhammadiyah
Menyebar Islam sebenar

Menghindari ancaman sekularisme barat


Menghindari ancaman agama kristian
Membina sekolah, klinik & masjid
Tahap Kedua
Perjuangan Parti politik radikal.
Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
PNI pimpinan Soekarno paling popular.
Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
Kerajaan Belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
PNI turut di haramkan.

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND

Tahap Pertama
Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan
sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan
rakyat tidak puas hati.
1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul
Songram
Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.
Tahap Kedua
Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan
orang Cina.
Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undangundang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.

1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang
bermaksud Tanah Bebas.
Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand
berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu
SUMBER

Perkembangan Nasionalisme di IndoChina


Tahap pertama

Lebih tertumpu di Vietnam .

Di pelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.

Memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.

Golongan menengah berpendidikan Barat memperjuangkan pendidikan Barat di


kalangan rakyat.

Ketua gerakan ialah Phan boi Chau memimpin gerakan revolusi tetapi gagal.

Kemudian menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan
pemberontakan di Tangkin dan gerakan dakyah di Vietnam.

Phan Boi Chau dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis

Tahap Kedua

Gerakan lebih radikal kerana gagal mendapat kerjasama daripada Perancis.

Gerakan tahap memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)
dan Parti Komunis Vietnam (PKV ).

Perancis bertindak menangkap pemimpin -pemimpin VNQDD termasuklah

membunuh Nguyen Thai Hoc..

Ho Chi Minh pemimpin PKV melarikan diri ke Hong Kong.

Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak


sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai.
Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao Dai bukan sahaja di sekat, malah
bagindan dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme

Perkembangan Nasionalisme di Burma


Tahap pertama
Memperlihatkan perjuangan golongan sami Buddha dan golongan elit bependidikan
Barat .

Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.

Penubuhan ini bertujuan untuk:-

i)

mengekalkan tradisi Burma

ii)

memajukan pendidikan rakyat Burma.

Pertubuhan ini menggunakan isu kasut untuk membangkit semangat nasionalisme


rakyat
Tahun 1916, Persatuan Belia Buddha dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal
seperti U Ba Pe dengan menubuhkan Maljis Persatuan Am Kesatuan-Kesatuan Burma
pada tahun 1920.
Tahap Kedua
Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsfor menyatakan Burma belum bersedia
untuk memerintah sendiri .

1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti untuk
mereka.
Gerakan juga dilakukan oleh golongan sami Buddha melalui Majlis Am Songha
Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San yang diketui oleh Saya San
iaitu bekas pongyi dan pemimpin di Tarawaddy.
Kemudian muncul Liga Anti Pemisahan yang menganggap pemisahan dengan India
akan melewatkan kemerdekaan Burma.
Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberi peluang ke arah berkeajaan
sendiiri.
Golongan Thakin( siswazah universiti ) menubuhkan Parti Dobama Asiayone untuk
menuntut kemerdekaan.
Pemimpin terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu mengelarkan diri mereka
sebagai Tuan.
Dr. Ba mau menang pilihanraya dan dilantik sebagai Perdana Menteri yang
pertama.

i) Cara kuasa Barat menangani gerakan nasionalisme radikal di


Asia Tenggara

Menangkap pemimpin radikal seperti Soekarno di Indonesia dan Jose Rizal di

Filipina.

Membuang negeri penentang seperti Jose Rizal

Dikenakan hukuman mati seperti Jose Rizal dan Emilio Aguilnaldo di Filipina

Mengharamkan parti-parti politik radikal seperti Parti Nasional

Indonesia di Indonesia dan Viet Nam Quang Phu Hoi(VNQPH) di Indochina

Membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana seperti tindakan Amerika di

Filipina

Di penjarakan seperti Soekarno dipenjarakan oleh Belanda pada tahun 1929 -1931

Вам также может понравиться