Вы находитесь на странице: 1из 24

A.

GARIS PANDUAN PEMBINAAN PAPAN IKLAN DI KAWASAN MAJLIS


PERBANDARAN SUBANG JAYA

1.

Semua kelulusan / perakuan yang dibuat oleh Jabatan Kerja Raya


melibatkan kawasan Rezab Jalan / Lebuhraya Persekutuan di dalam
kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah dirujukkan ke
PBT berkenaan untuk kelulusan permit paparan iklan.

2.

Semua paparan iklan di atas tanah hendaklah dilanskapkan dengan


cantik dan dipelihara oleh pengiklan-pengiklan. Adalah digalakkan
penanaman bunga raya merah kuning dan pokok puding merah kuning
di kawasan lanskap paparan iklan tersebut.

3.

Tidak dibenarkan paparan Free Standing biasa (saiz 10 x 40 dan 20


x 60 ) didirikan di mana-mana kawasan PBT dan paparan tersebut
hendaklah ditukarkan kepada Paparan Monophole dengan satu paksi.
Lampu penyuluh paparan hendaklah disorokkan agar tidak kelihatan
terkeluar dari struktur paparan iklan.

4.

Jarak antara satu Unipole dengan satu Unipole yang lain adalah
sekurang-kurangnya 500 meter dan tiada paparan-paparan iklan lain
boleh didirikan di dalam radius tersebut.

5.

Jarak antara satu monopole dengan monopole yang lain adalah 250
meter dan tiada paparan monopole lain boleh didirikan di dalam
radius 250 meter dari monopole yang telah didirikan; dan

6.

Paparan-paparan iklan tidak dibenarkan disusun dalam bentuk jajaran


di kawasan-kawasan persimpangan utama sebaliknya bilangan
paparan di persimpangan jalan utama hendaklah dikurangkan dengan
penggunaan paparan elektronik. Kaedah ini berkonsepkan minimize
but modernize.

7.

Kain-kain rentang adalah tidak dibenarkan sama sekali di


persimpangan-persimpangan utama dan jalan-jalan utama/protokol.

B. GARIS PANDUAN PEMASANGAN PAPARAN IKLAN DI DALAM


REZAB LEBUHRAYA / JALAN PERSEKUTUAN

a. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
1. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
Pemasangan struktur paparan iklan di rezab lebuh raya
dikuatkuasakan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987
(Akta 333), Pindaan Mac 1994. Seksyen 85 (A) memperuntukkan:
i)

Menteri Kerja Raya mempunyai kuasa memberikan hak


pendudukan bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian jalan
rezab itu kepada mana-mana orang bagi maksud mendirikan
struktur bagi iklan atau pengumuman awam lain bagi apa-apa
tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat, termasuk caj
pendudukan, sebagaimana yang Menteri atau pihak berkuasa
itu menentukan.

ii)

Tiada hak pendudukan sedemikian boleh diberikan melainkan


jika pelan yang mengandungi perincian penyusunan atur
struktur itu (termasuk butir-butir yang ditetapkan) telah
dikemukakan kepada dan diluluskan oleh Menteri atau pihak
berkuasa yang berkenaan itu, mengikut mana-mana yang
berkenaan, yang boleh mengkehendaki supaya dibayar deposit
jaminan dan diberi insurans liabilit awam, bagi apa-apa jumlah
wang yang Menteri atau pihak berkuasa itu memikirkan patut,
oleh pemohon sebagai sebahagian daripada syarat bagi
kelulusan. Menteri atau pihak berkuasa yang berkenaan,
megikut mana-mana yang berkenaan, boleh membuat kaedahkaedah untuk mengawal selia dan mengawal pembinaan
struktur itu.

2. Akta Perwakilan Kuasa 1956


Seksyen 5 memperuntukkan:
Menteri mewakilkan kuasanya di bawah Seksyen 77,84,85 dan 85A
Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkenaan jalan-jalan Persekutuan
kepada Ketua Pengarah Kerja Raya.

b. PRINSIP ASAS

3.

Dalam mempertimbangkan sesuatu permohonan untuk mendiri /


memasang paparan iklan di rezab lebuh raya / jalan Persekutuan,
prinsip-prinsip berikut mesti dipatuhi:

a. Paparan iklan tidak menjadi traffic hazard kepada pengguna lebuh


raya.

b. Paparan iklan tidak menghalang atau melindungi papan tanda lalu


lintas (traffic signs) dan peralatan kawalan lalu lintas (traffic control
devices).

c. Paparan iklan tidak menghalang jarak pemandangan pemandu


kenderaan.

d. Mesej dan reka bentuk paparan iklan tidak mengelirukan pemandu


kenderaan. Struktur paparan iklan mesti diasingkan daripada papan
tanda lalu lintas dan peralatan kawalan lalu lintas.

e. Paparan iklan tidak menganggu perhatian pemandu kenderaan; dan

f. Paparan iklan tidak merosak dan mencemarkan keindahan alam


sekitar di lebuh raya / jalan raya.

c. KAWASAN YANG DIBENARKAN DIDIRIKAN PAPARAN IKLAN


4.

Paparan iklan boleh dibenarkan di kawasan-kawasan berikut:

a. Di dalam kawasan Rehat & Rawat ( Rest & Service Area) serta Hentian
sebelah (Lay By) yang berada dalam rezab lebuh raya / jalan Persekutuan
dan mengikut kesesuaian tapak;
b. Parapet Jambatan bagi jambatan yang melintasi lebuh raya atau jalan
raya dan mengikut kesesuaian tapak dan geometri;
c. Sepanjang lebuh raya/ jalan Persekutuan dalam Bandar di mana jarak
antara satu paparan iklan dengan yang lain hendaklah sekurangkurangnya 500 meter 1000 meter, serta bergantung kepada had laju
jalan dan kesesuaian tapak berkenaan;
d. Untuk jalan raya / lebuhraya antara Bandar (inter urban), jarak antara satu
paparan iklan dengan yang lain hendaklah sekurang-kurangnya 1 km 2
km. Serta bergantung kepada had laju jalan dan kesesuaian tapak
berkenaan; dan
e. Paparan iklan sementara seperti banner hanya dibenarkan diletakkan di
dalam kawasan pembahagi jalan dan digantung. Tiang yang kukuh harus
disediakan dan yang bersesuaian dengan saiz iklan tersebut boleh
digunakan. Banner yang dibenarkan tidak berorientasikan komersial.

d. KAWASAN YANG DILARANG DIDIRIKAN PAPARAN IKLAN


5.

Paparan iklan adalah dilarang di kawasan-kawasan berikut:


a. Kawasan sejauh tidak kurang daripada 300 meter sebelum dan tidak
kurang daripada 100 meter selepas dari satu-satu papan tanda lalu
lintas (traffic signs) (GAMBARAJAH 1);
b. Paparan iklan tidak dibenarkan pada jarak 500 meter sebelum manamana persimpangan mendatar (at-grade) (GAMBARAJAH 2);
c. Paparan iklan tidak dibenarkan pada jarak 500 meter sebelum dan di
dalam kawasan mana-mana persimpangan bertingkat (interchange)
(GAMBARAJAH 3);
d. Paparan iklan tidak dibenarkan dalam lingkungan 500 meter dari
kawasan Rehat & Rawat atau Hentian Sebelah (GAMBARAJAH 4);
e. Di tempat terdapat selekoh yang mengganggu jarak penglihatan
pemandu;
f. Di kawasan cerun-cerun yang tinggi dan terowong; dan
g. Permohonan pemasangan struktur paparan iklan jenis ekatiang
(unipole) di kawasan Lembah Kelang perlu dirujuk kepada
Kementerian Kerja Raya terlebih dahulu.

e. KEPERLUAN REKA BENTUK DAN SAIZ PAPARAN IKLAN


6. Semua reka bentuk struktur paparan iklan yang dicadangkan mestilah
direka bentuk dan disediakan oleh seorang Jurutera Profesional yang
bertauliah dengan Lembaga Jurutera Malaysia mengikut disiplin
kejuruteraan yang berkenaan. Reka bentuk yang dikemukakan mesti
mengandungi perincian dan mengambil kira keperluan beban, kelajuan
angin, asas dan sebagainya. Ia juga mestilah disahkan selamat dan
direka bentuk mengikut amalan kejuruteraan semasa di Malaysia.
a.

Paparan iklan jenis free standing hendaklah mempunyai dimensi


berukuran empat segi bujur dengan saiz lebar maksima 15.0 meter
dan tinggi 5.0 meter (GAMBARAJAH 5)

b.

Paparan iklan jenis ekatiang (unipole) hendaklah mempunyai


dimensi berukuran empat segi bujur dengan saiz lebar maksima 25
meter dan tinggi 9 meter.Ketinggian maksima tiang dari aras tanah
ke bahagian bawah paparan iklan hendaklah setinggi 8 meter
( GAMBARAJAH 6)

c.

Paparan iklan jenis parapet jambatan / jejantas hendaklah


mempunyai lebar yang bersesuaian dengan rentangan jambatan /
jejantas (bridge span) dan mempunyai ketinggian maksima 2 meter
(GAMBARAJAH 7) dan hendaklah dipasang sebelah atas supaya
tidak menutup pandangan orang berjalan dan juga untuk
keselamatan para pajalan kaki.

d.

Struktur paparan iklan hendaklah dibina paling hampir pada rezab


jalan atau mempunyai set-back tidak kurang dari 3.0 meter dari
bahu jalan atau pengadang iklan tidak dibenarkan melampaui
ruang udara kawasan bersebelahan atau di luar rizab jalan
Persekutuan / lebuhraya.

e.

Ketinggian bahagian bawah paparan iklan jenis free standing


mestilah tidak kurang dari 3.0 meter di atas paras permukaan jalan
atau bahu jalan yang mana lebih tinggi (GAMBARAJAH 8)

f.

Pengadang rel ( guardrails ) mestilah diadakan di tempat-tempat di


mana struktur paparan iklan itu dijangka membahayakan pengguna
jalan raya.

g.

Paparan iklan yang mempunyai lampu penyuluh atau bercahaya,


pencahayaan dari paparan iklan itu mestilah tidak mengganggu
penglihatan dan tidak, erlalu terang sehingga menyebabkan
kesilauan kepada pengguna jalan raya.

h.

Bahagian belakang struktur paparan iklan atau mana-mana


bahagian paparan iklan yang tidak terlibat dengan iklan mestilah
dicat dan dipastikan dalam keadaan yang bersih dan kemas
sepanjang masa.

i.

Bagi kes-kes di mana keperluan reka bentuk perlu dibuat


pengubahsuaian memandangkan keadaan dan kawasan tapak
yang terhad maka butir-butir reka bentuk, pelan kejuruteraan, saiz
paparan iklan dan keadaan tapak perlu diperjelaskan berserta
justifikasi yang kukuh oleh Jurutera Profesional yang bertauliah.

f. IKLAN YANG TIDAK DIBENARKAN


7.

Perkara-perkara berikut tidak dibenarkan pada paparan iklan:


a.

Penyeruan, penggalakan dan iklan jualan minuman keras dan


jenama minuman keras;

b.

Penyeruan, penggalakan dan iklan jualan rokok;

c.

Gambar manusia dalam keadaan menjolok mata;

d.

Penyeruan dan penggalakan kepada kelakuan yang melanggar


undang-undang;

e.

Penggunaan perkataan yang panjang, bentuk grafik yang terlalu


abstrak dan kefahaman yang tidak tepat boleh melekakan
pemandu; dan

f.

Lain-lain perkara yang tidak sesuai dengan adat resam, agama


dan nilai-nilai mulia masyarakat Malaysia.

g. PROSES PERMOHONAN
8.

a. Permohonan untuk mendirikan struktur paparan iklan mestilah dibuat


dalam borang permohonan seperti di Borang 1. Borang yang
dilengkapkan berserta pelan-pelan lokasi dan struktur perlu
dikemukakan kepada LLM/JKR dalam empat (4) salinan.
b. Jurutera Perunding bertauliah perlu mengesahkan pelan-pelan yang
disertakan dan memperakukan permohonan yang dikemukakan
adalah menurut kehendak-kehendak Garis Panduan Pemasangan
Paparan Iklan Di dalam Rizab Lebuh Raya/Jalan Persekutuan seperti
dalam Borang 1-A.
c.

Sekiranya terdapat kes-kes di mana permohonan membina struktur


paparan iklan melibatkan pihak ketiga yang juga merupakan agensi
berkuasa jalan, maka pihak pengiklan mesti membuat rujukan terlebih
dahulu dengan agensi berkaitan. Pihak pengiklan mestilah
mengemukakan surat ulasan atau pandangan pihak ketiga kepada
LLM/JKR semasa permohonan dibuat. Syarat dan ulasan pihak ketiga
ini hendaklah diambil kira semasa memberikan kelulusan.
Kebiasaannya kes-kes ini wujud bagi lintasan yang berupa jambatan.

h. PERMOHONAN LANJUTAN TEMPOH KELULUSAN


9.

Permohonan melanjutkan tempoh kelulusan hendaklah dikemukakan


berserta dengan resit-resit bayaran yang telah dibuat semasa kelulusan
pertama. Permohonan lanjutan tempoh kelulusan dianggap sebagai
permohonan baru.

i. TEMPOH KELULUSAN
10.

Tempoh kelulusan mendirikan struktur paparan iklan adalah seperti


berikut:

A)

JENIS & TEMPOH

JENIS

TEMPOH

Paparan Iklan Sementara, banner dll

3 bulan secara kelompok

Parapet Jambatan/Jejambat

2 tahun setiap satu

Paparan Iklan Free Standing

3 tahun setiap satu

Paparan Iklan Ekatiang (Unipole)

5 tahun setiap satu

B)

Pemohon hendaklah mencatatkan nombor rujukan kelulusan oleh


LLM/JKR serta logo LLM/JKR di setiap paparan iklan yang
didirikan. Tempoh berkuat kuasa kelulusan juga perlu dicatatkan di
paparan iklan yang didirikan.

j. WANG CAGARAN / JAMINAN BANK


11.

Pengiklan hendaklah mengemukakan jaminan bank atas nama Kerajaan


Malaysia sebagai gerenti sekiranya pihak pengiklan gagal memenuhi
syarat-syarat kelulusan, gagal menurunkan papan iklan yang telah luput
tempoh atau penyelenggaraan paparan iklan tidak sempurna. Jumlah
jaminan bank yang dikehendaki adalah seperti berikut:

A)

JENIS & JUMLAH JAMINAN BANK

JENIS

JUMLAH JAMINAN BANK

Paparan Iklan Sementara, banner dll

tiada

Parapet Jambatan/Jejambat

RM 150,000

Paparan Iklan Free Standing (Menara)

RM 100,000

Paparan Iklan Ekatiang (Unipole)

RM 1,000.000

B)

Sekiranya pemohon gagal mematuhi mana-mana syarat atau


peruntukan yang telah ditetapkan, LLM/JKR berhak merampas
wang cagaran/jaminan bank di atas.

C)

Permohonan daripada syarikat-syarikat konsesi yang telah


diberikan hak eksklusif oleh Kerajaan untuk mendirikan paparan
iklan di lebuh raya yang telah diwartakan adalah dikecualikan
daripada bayaran wang cagaran. Bagaimanapun syarikat
konsesi berkenaan perlulah memasukkan struktur paparan iklan
dalam bon penyenggaraan.

10

k. INSURAN TANGGUNGAN AWAM


12.

A)

Pihak pengiklan hendaklah mengemukakan Insurans Tanggungan


Awam (Public Liability Insurance) atas nama Kerajaan Malaysia
bagi jenis struktur paparan iklan yang didirikan dengan had
tuntutan seperti jadual di bawah:

B)

JENIS & JUMLAH INSURAN TANGGUNGAN AWAM

JENIS

JUMLAH JAMINAN BANK

Paparan Iklan Sementara, banner dll

tiada

Parapet Jambatan/Jejambat

RM 150,000

Paparan Iklan Free Standing (Menara)

RM 100,000

Paparan Iklan Ekatiang (Unipole)

RM 1,000.000

l. PENYENGGARAAN PAPARAN IKLAN


13.

A)

Pihak pengiklan dikehendaki membuat penyenggaraan ke atas


semua paparan iklan supaya berada dalam keadaan baik, bersih,
kemas dan tidak membahayakan kepada pengguna-pengguna
jalan raya. Permohonan bagi membuat penyenggaraan oleh pihak
pengiklan adalah seperti Borang 2. Pemeriksaan dan perakuan
untuk memperolehi Sijil Kelayakan hendaklah dibuat oleh Jurutera
Profesional bertauliah mengikut kekerapan seperti dinyatakan
dalam jadual di bawah dan dikemukakan dalam Borang 2-A. Pihak
pengiklan dikehendaki mengemukakan laporan pemeriksaan ini
kepada LLM/JKR dalam tempoh dua (2) minggu selepas
pemeriksaan dijalankan.

11

B)

JENIS & KEKERAPAN PEMERIKSAAN

JENIS

JUMLAH JAMINAN BANK

Paparan Iklan Sementara, banner dll

tiada

Parapet Jambatan/Jejambat

RM 150,000

Paparan Iklan Free Standing (Menara)

RM 100,000

Paparan Iklan Ekatiang (Unipole)

RM 1,000.000

C)

Pihak pengiklan hendaklah mengemukakan permohonan bagi


mendapat surat pelepasan gerenti bank dan insurans liabiliti awam
sebaik sahaja tempoh permit tamat. Satu lawatan dan pemeriksaan
bersama akan dibuat bagi meninjau kawasan tapak berkenaan
telah dibersihkan dan dibaikpulih seperti sedia ada. LLM/JKR akan
mengeluarkan surat pelepasan dalam tempoh satu (1) bulan dari
tarikh pemeriksaan dijalankan dan kerja-kerja pembersihan dan
baik pulih diterima sepenuhnya.

D)

LLM/JKR berhak mengarahkan supaya paparan iklan dirobohkan


sekiranya sijil pemeriksaan seperti dalam Borang 2 dan Borang 2-A
tidak dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan atau tempoh
kebenaran struktur paparan iklan telah tamat tempoh. Sekiranya
pihak pengiklan gagal berbuat demikian selepas satu (1) bulan
notis dikeluarkan, maka LLM/JKR berhak merobohkan struktur
paparan iklan berkenaan dan segala kos yang terlibat akan
ditanggung oleh pihak pengiklan.

12

m. BAYARAN PEMPROSESAN
14.

Setiap permohonan untuk mendirikan paparan iklan dikenakan


bayaran pemprosesan seperti berikut:

JENIS

JUMLAH JAMINAN BANK

Paparan Iklan Sementara, banner dll

tiada

Parapet Jambatan/Jejambat

RM 150,000

Paparan Iklan Free Standing (Menara)

RM 100,000

Paparan Iklan Ekatiang (Unipole)

RM 1,000.000

n. BAYARAN SEWA TAPAK


15.

A)

Bagi syarikat-syarikat konsesi yang telah diberikan Hak


Eksklusif oleh Kerajaan untuk mendirikan paparan iklan di
rizab lebuh raya yang telah diswastakan, bayaran sewa
tapak adalah dikecualikan.

B)

LLM/JKR akan mengenakan bayaran sewa tapak terhadap


permohonan lain selain dari (a). Kadar sewa tapak adalah
bergantung kepada penilaian yang dijalankan oleh Jabatan
Penilaian Daerah masing-masing.

13

o. SYARAT-SYARAT LAIN YANG PERLU DIIKUTI SELEPAS PERMOHONAN


TELAH DILULUSKAN

16.

A)

Gangguan kepada trafik tidak dibenarkan semasa kerjakerja membina dan menurunkan struktur paparan iklan oleh
pihak pengiklan. Kawasan tapak dikehendaki pada setiap
masa bersih dan kemas setelah kerja-kerja pembinaan atau
penurunan struktur paparan iklan tersebut siap.

B)

Tarikh penguatkuasaan pemasangan struktur paparan iklan


ini hanya bermula dari tarikh pengiklanan diperolehi dari
Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat. LLM/JKR hanya
akan meluluskan tempoh masa yang bersesuaian dengan
jenis struktur paparan iklan yang dipohon. Sekiranya pihak
pengiklan tidak memperolehi permit pengiklan dalam tempoh
tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan LLM/JKR maka
pihak pengiklan hendaklah mengemukakan rayuan bagi
mendapatkan lanjutan masa berdasarkan sebab-sebab yang
munasabah.

C)

Struktur paparan iklan yang dibina dan permukaan hadapan


paparan iklan mestilah menghala/menghadap ke arah lebuh
raya/ jalan Persekutuan yang terlibat seperti yang dipohon
oleh pihak pengiklan. Sebarang paparan iklan di bahagian
belakang struktur paparan iklan adalah dilarang.

D)

LLM/JKR
berhak
mengarahkan
pihak
pengiklan
mengalihkan struktur paparan iklan jika sekiranya tapak
paparan iklan berkaitan diperlukan untuk lain-lain kegunaan
dengan memberi notis. Sekiranya pihak pengiklan gagal
mematuhi notis tersebut maka LLM/JKR berhak untuk
merobohkan paparan iklan itu sebaik sahaja tempoh notis
yang diberikan tamat. Sebarang kos yang terlibat akan
ditanggung oleh pihak pengiklan.

E)

LLM/JKR berhak meletakkan syarat-syarat baru atau


tambahan atas kelulusan yang telah diberikan dari masa ke
semasa tetapi syarat-syarat berkenaan perlu dirujuk kepada
Kementerian Kerja Raya terlebih dahulu.

14

p. PEMAKAIAN GARIS PANDUAN

17.

Garis panduan ini mestilah dipakai di kesemua lebuh raya


LLM/jalan Persekutuan yang di bawah bidang kuasa dan
pengurusan sepenuhnya oleh LLM/JKR mulai tarikh ianya
dikeluarkan.

18.

Mana-mana garis panduan dan syarat-syarat bagi


permohonan pemasangan paparan iklan di dalam Rizab
Lebuh Raya LLM dan Jalan Persekutuan JKR yang
dikeluarkan terdahulu dengan sendirinya adalah terbatal.

15

GAMBARAJAH REKABENTUK
DAN
SAIZ PAPARAN IKLAN

16

TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG MENDIRIKAN PAPARAN IKLAN

100 M
MIN

TRAFFIC SIGN

300 M
MIN

GAMBARAJAH 1

17

TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG MENDIRIKAN PAPARAN IKLAN

500 M

500 M

GAMBARAJAH 2
18

TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG MENDIRIKAN PAPARAN IKLAN

500 M

500 M

GAMBARAJAH 3

19

TEMPAT-TEMPAT YANG DILARANG MENDIRIKAN PAPARAN IKLAN

KAWASAN REHAT DAN RAWAT


DAN HENTIAN SEBELAH

500 M

500 M

GAMBARAJAH 4

20

REKABENTUK DAN SAIZ PAPARAN IKLAN

FREE STANDING

MAX 5.0 M

MAX 15.0 M

JALANRAYA UTAMA PERSEKUTUAN

GAMBARAJAH 5

21

UNIPOLE

MAX 25 M

MAX 9 M

MAX 8 M

R.O.W FENCE

JALAN

MIN 3.0 M

GAMBARAJAH 6

22

PARAPET JAMBATAN

Lebar Bersesuaian Dengan Rentangan Jejambat

3.0 MAX

GAMBARAJAH 7

23

MIN 3.0 M

MIN 3.0 M

R.O.W FENCE

GAMBARAJAH 8

NOTA
PAPARAN IKLAN HENDAKLAH DIPASANG
SEJAUH MUNGKIN SEHINGGA KE TEPI R.O.W DAN
TIDAK MELAMPAUI RUANG UDARA BERSEBELAHAN

24

Вам также может понравиться