Вы находитесь на странице: 1из 1

Fadhilat Asmaul Husna Al Qayyumm

63. Al Qayyum
The Self Subsisting Sustainer Of All
Yang Maha Berdiri Sendiri-Nya / Maha Mandiri / Hidup Sendiri- Dialah yang memegang seluruh
alam semesta, iaitu baik ZatNya, SifatNya, AfalNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia.
DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
.
Fadhilat Al Qayyum.

Sesiapa yang mengulangi Ya Qayyuum, InsyaAllah tidak akan kecundang dalam kelalaian..

Jika dizikirkanYa Hayyu Ya Qayyuum daripada waktu Subuh sehingga terbit matahari,
InsyaAllah akan dapat menghilangkan keletihan dan kemalasan..

Sesiapa menyebut Ya Qayyuum sebanyak mungkin, InsyaAllah ia akan memperolehi kemuliaan


dan kehormatan..

Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi
sebanyak 1000 kali, InsyaAllah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan
dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga terserlahkewibawaannya..

Imam Ghazali berkata bahawa sesiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat,
ingin
dikasihi
oleh
setiap
manusia,
ingin
berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka zikir lah dengan Ya
Hayyu Ya Qayyuum sebanyak 1000 X setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya
secara berterusan, InsyaAllah akantercapai segala hajat.
.

Wallahu Alam bishowab

Вам также может понравиться