Вы находитесь на странице: 1из 2

Novel yang telah anda kaji mengandungi beberapa persoalan utama.

Huraikan tiga
peristiwa yang mendokong persoalan kegigihan dalam novel tersebut.
Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Leftenan Adnan Wira Bangsa,
hasil karya Abdul Latip bin Talib terdapat beberapa persoalan yang dapat diperoleh daripada
novel ini. Antaranya persoalan kegigihan.Terdapat beberapa peristiwa dalam novel yang
menunjukkan Leftenan Adnan mempunyai nilai tersebut.
Antara peristiwa yang mengundang persoalan kegigihan adalah pada ketika anggota
tentera British sedang mencari rekrut. Pada masa tersebut, Adnan tetap menanam citacita untuk menjadi seorang askar walaupun ibunya menasihatinya supaya terus menjadi
guru dan mendidik anak bangsa. Adnan juga turut berusaha untuk mendapatkan pangkat
yang lebih tinggi dalam kerjayanya semasa berada dalam pasukan Regimen Askar Melayu
Diraja. Beliau berjaya dalam peperiksaan sehingga berjaya dinaikkan pangkat dengan
gelaran Leftenan.
Selain itu, terdapat juga persoalan kegigihan berjuang demi tanah air. Sepanjang
masa Tanah Melayu diserang oleh askar Jepun, Leftenan Adnan tetap berjuang demi tanah
air hingga ke titisan darah terakhir. Perjuangannya penuh dengan kegigihan walaupun
terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan dan susah payah menegakkan martabat dan
maruah bangsa yang sedang dicengkam dengan siri penjajahan melalui kependudukan
tentera Jepun.
Peristiwa lain yang menunjukkan persoalan kegigihan ialah peristiwa gigih
menghadapi cabaran hidup. Sophia, isteri Adnan gigih berusaha memelihara kedua dua
anaknya selepas kematian suaminya. Walaupun menjadi ibu tunggal, Sophia gagah
memimpin keluarganya selaku ibu dan ayah. Dia membesarkan anak-anaknya dengan
dengan penuh kepayahan lantaran kekurangan diri dari aspek fizikal, mental dan
kebendaan. Sokongan ahli keluarga yang lain serta tetangga menjadikan dia kuat memimpin
keluarga kecilnya itu. Sophia sangat gigih walaupun berdepan dengan masalah yang tidak
terjangka olehnya semenjak kematian suaminya itu.

Banyak peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita yang mencerminkan persoalan
yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan tiga
peristiwa yang mencerminkan persoalan berkaitan maruah.
Banyak peristiwa yang digambarkan dalam sesebuah cerita yang mencerminkan persoalan yang
ingin disampaikan oleh pengarang. Berdasarkan novel yang saya kaji iaitu Leftenan Adnan Wira
Bangsa, terdapat tiga peristiwa yang mencerminkan persoalan berkaitan maruah.
Antara peristiwa yang mencerminkan persoalan berkaitan maruah ialah peristiwa yang
mencerminkan persoalan memartabatkan maruah agama iaitu penduduk-penduduk Kampung
Sungai Ramal tidak bersetuju dengan tindakan Pak Saidi menghantar anak sulungnya, Adnan ke
sekolah Inggeris. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai penduduk tidak mahu anaknya bersekolah
Inggeris kerana takut akan anak-anak lupa asal usul diri mereka. Tindakan Pak Saidi tidak
menyenangkan seluruh penduduk kampung sehingga Abu mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya
meminta Pak Saidi tidak menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau mereka
sekiranya mereka masih berdegil.
Selain itu, terdapat juga peristiwa yang mencerminkan persoalan menjaga maruah diri dan
keluarga. Peristiwa yang dikatakan tersebut adalah apabila Adnan difitnah bertinju dengan Budin dari

Kampung Sungai Merab dan mencuri rambutan Pak Samuan. Akan tetapi, Adnan menafikan dan
menyatakan bahawa dia tidak bertinju dan dia tidak mencuri rambutan Pak Samaun.
Akhir sekali, peristiwa yang mencerminkan persoalan berkaitan maruah ialah peristiwa yang
mencerminkan persoalan mempertahankan maruah tanah air. Peristiwa tersebut ialah, ketika mana
pada suatu hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang
bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan
Askar Melayu. Adnan ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya kerana ibunya mahu Adnan
terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi tentera.
Apabila ayahnya, Pak Saidi merestui cita-cita anaknya itu barulah ibunya, Mak Milah
mengalah dan turut merestui pilihan anaknya itu. Adnan menjadi seorang tentera yang
memperjuangkan maruah diri, keluarga dan negaranya.

Вам также может понравиться