Вы находитесь на странице: 1из 13

PERNIAGAAN PENJAGAAN DAN PENCUCIAN KERETA

Pengenalan
Kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar
adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak
berseri.Tetapi, bagi mereka yang mengambil berat terhadap kereta dan rajin
membasuh sendiri, warna kereta anda akan sentiasa menawan, walaupun sudah
berusia lima hingga 10 tahun. Malah, usaha anda pasti tidak sia-sia kerana kereta
yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual
semula.Sesetengah pemilik kereta memang malas atau tidak ada masa untuk
membasuh kereta.
Punca-punca berlakunya kekotoran pada sesebuah kenderaan adalah kerana
kekotoran pasir halus yang melekat. Selain itu, kenderaan mungkin terkena najis
haiwan seperti burung, kelawar dan berkemungkinan terkena getah daun pokok
semasa meletakkan kenderaan. ketiga-tiga elemen ini akan mengakibatkan hakisan
pada cat kenderaan jika tidak dibasuh dengan teknik yang betul.
Selain itu, zaman sekarang ini, pelanggan yang memiliki kereta tidak sempat
mencuci kereta sendiri dan tidak mempunyai teknik yang betul semasa membasuh
kereta. Akan tetapi jika kereta tidak dicuci akan mengakibatkan kereta nampak
kotor, buruk, cat kereta makin luntur dan sebagainya.
Oleh itu, satu perniagaan yang berbentuk perkhidmatan mencuci kereta yang
cepat, pantas, dan murah dikenalkan oleh kami. Selain itu, mencuci kereta, kami
menawarkan khidmat polish dan wax secara percuma selepas mencuci kereta.
Selain itu, kami menawarkan khidmat vakum dan kilatkan dalam kenderaan anda.

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN PENCUCIAN KERETA.


Mengenali Perniagaan Pencucian Kereta
Perniagaan pencucian dan penjagaan kereta merangkumi perkhidmatan :
Mencuci bahagian luar kenderaan
Mencuci bahagian dalam kereta.
Mencuci bahagian enjin kenderaan
Menggilap kereta.
Membasuh kerusi dan permaidani kenderaan.
Perkhidmatan undercoat.
Tiga bentuk perkhidmatan perniagaan pencucian dan penjagaan kereta boleh
disediakan kepada pelanggan. Perkhidmatan tersebut adalah :
Layan diri
Perkhidmatan disediakan sepenuhnya oleh pengusaha (Ful Service).
Automatik

PROFIL PERNIAGAAN PENCUCIAN DAN PENJAGAAN KERETA.


Perkhidmatan Asas
Perkhidmatan asas yang ditawarkan adalah seperti berikut;
Mencuci bahagian luar kenderaan
Mencuci bahagian dalam kenderaan
Mencuci bahagian enjin
Menggilap (polish)
Membasuh tempat duduk dan karpet kenderaan
Perkhidmatan Sampingan
Perkhidmatan sampingan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Membaik pulih kereta
Menjual aksesori kereta
Perniagaan Lain.
Perniagaan ini mempunyai potensi dikembangkan dengan perniagaan lain seperti:
Kedai serba guna
Proses dan Aliran Kerja Perkhidmatan Pencucian dan Penjagaan Kereta.
Bagi memastikan pengurusan perniagaan berjalan dengan berkesan, setiap
kenderaan yang masuk dan keluar perlu direkodkan. Sistem rekod berkomputer
adalah digalakkan. Arah aliran kerja adalah seperti berikut:
Pendaftaran kereta masuk
Rekodkan jenis perkhidmatan yang diperlukan
Keluarkan, basuh dan keringkan pelapik lantai
Basahkan keseluruhan bahagian kenderaan
Syampu bahagian enjin kenderaan
Basuh/bersih, keringkan dan semburan bahan kimia
Hidupkan enjin untuk diuji
Syampu/sabun bahagian tayar dan rim
Syampu bahagian luar kenderaan
Basuh, bilas dan keringkan bahagian luar kenderaan
Kemasan bahagian cermin dengan menggunakan glass cleaner
Vakum bahagian dalam
Wax/kilatkan PVC, kulit bahagian dalam/luar kenderaan
Wax/kiltakan tayar dan rim
Kilatkan tempat lapik kaki (rubber mat)
Menggilap

PROSES MEMULAKAN PERNIAGAAN

Penubuhan Perniagaan
Sebelum memulakan sesuatu perniagaan bakal pengusaha perlu mendaftarkan
perniagaan yang hendak dijalankan. Syarikat Cempaka Sari Enterprise didaftarkan
di pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Perak. Perniagaan
didaftarkan atas nama perkongsian.
Penubuhan syarikat
Faktor yang dititikberatkan oleh kami ialah, pemilihan nama syarikat, jenis
perniagaan, prosedur pendaftaran perniagaan dan memilih bentuk perniagaan.
Pemilihan Lokasi dan Premis Perniagaan
Di sini kami memilih lokasi dengan menyewa tapak perniagaan di alamat Blok S1
Jalan SM 1C/4, Fasa 1C1, 32040 Seri Manjung Perak.

Mendapatkan Lesen
Di sini kami mendapatkan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT). Selepas itu, lesen perniagaan dikeluarkan oleh Majlis Tempatan iaitu Majlis
Perbandaran Manjung.
Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP)
Sebelum memulakan perniagaan kami telah menyediakan rancangan perniagaan.
Rancangan ini bertujuan:
Membolehkan kami melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan
praktikal.
Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
Mengkaji dan menilai sama ada projek yang dilaksanakan berdaya maju atau
sebaliknya
Menyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan
sebagai asas bagi cadangan pembiayaan
PENGURUSAN PERKHIDMATAN
Sistem dan Kaedah
Di sini kami menggunakan pendekatan operasi berasaskan intensif buruh,di mana
setiap peringkat pengeluarannya banyak menggunakan tenaga pekerja.
Peralatan
Lima peralatan asas yang kami akan gunakan untuk syarikat CHEMPAKA PRIMA
Enterprise ialah:
Water Pump

Snow wash Machine

Air Pressure

Wet & Dry Vacuum Cleaner

Polish machine

Di sini juga kami menggunakan beberapa peralatan yang lebih tinggi keupayaan
dan kecekapan. Di antaranya ialah:
Chemtrol pelbagai guna yang mempunyai fungsi untuk syampu, wax,
polishing dan glass cleaning.
Automatic met washer and dryer untuk membersih dan mengering rubber
mat.

Carpet Dry System membersihkan permaidani secara automatic.


Soil extractors membersihkan bahagian dalam kenderaan.
Interior Repair membersihkan/repair leather seat .
Car Wash System membersihkan bahagian luar kenderaan.

Bahan-bahan
Di antara bahan yang digunakan oleh CHEMPAKA PRIMA Enterprise ialah:
Syampu biasa

Wax

Snow wash powder

Car Polish

Selain itu, terdapat syampu/wax/pencuci yang dibuat khusus untuk digunakan


kepada sesuatu peralatan kenderaan bagi memastikan produk akhir yang
dikeluarkan berkualiti dan tidak memberi kesan sampingan kepada peralatan,
diantaranya adalah :
Carpet & upholstery syampu dan fabric plus anti stain protectant dibuat
khusus untuk mencuci permaidani dan peralatan berasaskan fibers.
Deodorizer spray pewangi yang tidak memberi kesan kepada peralatan
kenderaan.
Mink plus leather conditioner khusus untuk bahagian berasaskan kulit
Odor rid untuk mencegah pembiakan/mengeluarkan kulat pada kereta.

Bahan/Peralatan lain.
Selain daripada peralatan dan bahan yang dinyatakan di atas, komputer juga
penting untuk digunakan khususnya bagi kawalan pengurusan dan kewangan.

Keperluan-keperluan lain seperti kain, span dan sebagainya adalah dalam jumlah
yang kecil dari segi nilai dan ianya dapat diperoleh dengan mudah.

PENGURUSAN TENAGA KERJA


Jenis Pekerja
Untuk permulaan untuk syarikat kami, sekurang-kurangnya seorang pekerja mahir
diperlukan bagi mengetuai kumpulan pekerja lain. Bagi memastikan perniagaan ini
stabil beberapa pekerja tetap diperlukan. Bagi meminimumkan kos operasi, pekerja
boleh dilantik secara sambilan pada kadar 1:1 iaitu satu pekerja sambilan bagi satu
pekerja tetap. Kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran di peringkat awal penubuhan
diuruskan oleh kami bertiga.
Katogeri Pekerja
Antara katogeri pekerja di Chempaka Prima Enterprise ialah:
Pengurusan
Penyelia
Pekerja Am/Buruh
Gaji dan Imbuhan
Jadual di bawah menunjukkan gaji dan upah bagi pekerja di Chempaka Prima
Enterprise
Jenis pekerja
Pengurus
Penyelia
Pekerja Am

Gaji (RM)
2,000 3,000
1,500 2,000
900 1,500

Tahap Kemahiran
Keperluan tenaga pekerja boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:
Mahir
Kurang Mahir/Buruh Am

Kursus dan Latihan


Bagi memantapkan dan mengukuhkan lagi perniagaan kami mendapatkan latihan,
bimbingan keusahawanan, kursus asas perniagaan dan kursus kepimpinan. Latihan
kepada pekerja-pekerja kurang mahir juga diberikan seperti kursus teknik cucian
dan penjagaan kenderaan agar perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Selain itu,
kami memberikan latihan kepada pekerja-pekerja kami secara on the job training.

PENGURUSAN DAN STRATEGI PEMASARAN


Pemasaran adalah satu mekanisme untuk memberi pengetahuan tentang produk
atau perkhidmatan perniagaan kepada orang ramai. Namun pada yang sama, ia
juga bertujuan menarik orang ramai untuk menggunakan produk/perkhidmatan
yang ditawarkan. Ia merupakan proses perhubungan organisasi dengan pelanggan
dan orang ramai. Proses ke arah menjayakan strategi pemasaran perlu mengambil
kira beberapa perkara, iaitu :
Pasaran
Keperluan pelanggan
Pakej perkhidmatan
Pasaran
Di sini Chempaka Prima Enterprise telah membuat kajian pasaran bagi membantu
kami membuat keputusan berhubung strategi pemasaran. Antara aspek pasaran
yang kami kaji ialah segmen pasaran.
Segmen Pasaran
Segmen pasaran bagi perkhidmatan mencuci kenderaan boleh dibahagikan kepada
tiga iaitu
Individu
Syarikat swasta
Kerajaan
Jaringan
Untuk berjaya dan mengembangkan perniagaan Syarikat Chempaka Prima
Enterprise, kami menjalinkan hubungan baik dengan syarikat-syarikat perniagaan
pencucian dan penjagaan kenderaan dari luar negara. Kami memperoleh maklumat
mengenai penjagaan dan pencucian kereta menerusi internet iaitu melalui laman
web:
www.industrycarwash.com
www.thecarwashtime.com
www.carwashinvesting.com
melalui jaringan, banyak pengetahuan baru berhubung dengan produk di dalam
pasaran, teknologi terkini dalam industri serta panduan-panduan perniagaan bagi
mengembangkan perniagaan kami.

Keperluan Pelanggan
Setiap manusia mempunyai cita rasa yang berbeza antara satu sama lain.
Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh norma-norma hidup seperti tahap
pendidikan, pegangan agama, sosioekonomi, budaya dan juga masyarakat yang
berbeza. Bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza, kami telah
mendapatkan beberapa maklumat seperti berikut:
Jenis perkhidmatan yang diperlukan
Tahap kepuasan yang diharapkan oleh pengguna seperti:
Kualiti perkhidmatan
Keselesaan pengguna semasa menunggu
Jangka masa menunggu
Harga bagi setiap perkhidmatan
Peruntukan kewangan yang ditetapkan pelanggan bagi mendapatkan
perkhidmatan.
Masalah pelanggan yang berkaitan.
Pakej Perkhidmatan
Pakej Perkhidmatan yang ditawarkan
Beberapa bentuk pakej yang kami tawarkan kepada bakal pelanggan yang mencuci
di Chempaka Prima Enterprise iaitu:
Diberi diskaun 50% pada cucian pertama pada hari pembukaan Chempaka
Prima Enterprise
Diberi perkhidmatan polish dan wax secara percuma.
Pakej untuk pelanggan tetap melalui member card Chempaka Prima iaitu
diberi cucian kenderaan secara percuma setelah kenderaan telah dicuci
sebanyak lapan kali
Delivery washing service iaitu hanya melalui pesanan laman web kami
https://www.facebook.com/ChempakaPrima, pihak kami akan hantarkan
pekerja untuk mencuci kereta anda.
Perkhidmatan Lepas Jualan
Perkhidmatan lepas jualan adalah penting bagi Syarikat Chempaka Prima Enterprise
untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi keperluan pelanggan.
Pemantauan dari masa ke semasa dan juga khidmat nasihat mengenai teknik
penjagaan kenderaan boleh diberikan kepada pelanggan. Perkhidmatan yang
berkualiti dan hubungan yang baik dengan pelanggan dapat menarik pelanggan
untuk mendapatkan semula perkhidmatan yang diberikan. Secara tidak langsung
pelanggan akan memperkenalkan perniagaan ini kepada rakan-rakan mereka
.
Penentuan Harga
Harga bagi cuci kenderaan di Chempaka Prima Enterprise ialah bagi kenderaan
kereta ialah RM 10 manakala kenderaan bagi van dan mpv iaitu RM 13.
Tempat/Tapak Pelanggan
Tempat perniagaan merupakan elemen penting di dalam merangka strategi
pemasaran yang berkesan. Ini kerana tempat perniagaan yang sesuai banyak
membantu untuk mendapatkan pelanggan. Di sini, tapak Chempaka Prima

Enterperise adalah di Fasa 1C1 Seri Manjung iaitu berhampiran dengan restoran,
pusat pendidikan dan pusat membeli-belah

Вам также может понравиться