Вы находитесь на странице: 1из 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.


MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
KALI KE EMPAT 2015
Tarikh :
Hari :
Masa :
Tempat:

9 Julai 2015
Khamis
2.00 petang
Bilik Wawasan

Kehadiran :
1. Pn. Aiza Salwa bt Alwi
2. Cik Charis Ding Sue Fei
3. Cik Nor Azwin bt Ahmad Tajuddin
4. En. Mohd Rozis b. Che Pa
5. EN. Murthy Sagar
6. Pn. Noor Aziyan Bt Aziz
7. Pn. Subhah Bt Ahamd
8. En. Zainuddin Bt Mohamad
9. Pn Siti Sarah Bt Abu Bakar
Perutusan Pengerusi
1. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Panitia kali
keempat ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.
Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu.
2. Pn. Subhah Bt Ahmad mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lalu
disahkan. Cadangan telah disokong oleh Pn. Siti Sarah Bt Abu Bakar
Perkara-Perkara Berbangkit
3. i) PAJSK
Tarikh untuk key in ke dalam Sistem Online ialah akhir bulan Oktober.
Tindakan :Semua guru Tingkatan
ii) SEGAK
Pengerusi memaklumkan kepada semua ahli panitia agar menyelesaikan Ujian
Segak pada akhir September kerana markah perlu diselaraskan pada akhir
November.
Makluman:Semua guru matapelajaran
1

iii) PERALATAN SUKAN


En Murthy mencadangkan untuk membeli tambahan untuk raket ping pong.
Penyediaan Perancangan Strategik Panitia (2016 -2020)
4. Perancangan Strategik Panitia untuk 5 tahun (2016 2020) mesti disediakan
dengan merujuk software dari GKM. Draft pertama sofcopy mesti dihantar
kepada GKM pada 20.12.2015. Setiap tahun mesti melaksanakan tiga program
berdasarkan TOV untuk mengatasi kelemahan pelajar
Tindakan:
Pn Nor Azwin bt Ahmad Tajuddin
5. Program peningkatan Panitia (2016) mesti diagihkan mengikut tingkatan.
Kontrak latihan dan Rancangan Pengajaran Tahunan mesti disediakan sebelum
sesi PdP tahun 2016 bermula.
Tindakan :
Semua guru
Pengagihan Jadual Waktu Panitia tahun 2016
9. Ketua Panitia telah menyediakan cadangan agihan jadual waktu bagi tahun 2016
untuk dipanjangkan kepada PK Pentadbiran untuk tindakan yang selanjutnya.
Makluman:
Semua guru
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
10. Semua guru mesti mengemaskini fail PBPPP untuk dinilai oleh Penilai ke 2
sebelum 30.11.2015.
Hal-hal Lain
11. Peralatan sukan untuk 2016 telah dilengkapkan di stor sukan 2. Mohon guru PJK
tidak menggunakan perlatan tersebut sehingga tahun depan
Tindakan:
Semua guru MP
12. Semua peralatan sukan mesti dibersihkan dan dikemaskan sebelum cuti bermula.
Tindakan :
Semua guru MP
13. Semua markah Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 1 dan 2 mesti dimasukkan ke
dalam teacher assist selewat-lewatnya 18.11.2015.
Tindakan :
Semua guru tingkatan 1 dan 2
2

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh

Disemak oleh

Pn. Cik Nor Azwin bt Ahmad Tajuddin


Setiausaha Panitia KHB

..
Pn. Aiza Salwa Bt Alwi
Ketua Panitia PJK

Вам также может понравиться