Вы находитесь на странице: 1из 3

Rujuk pada kamus dewan edisi ke-4, ini makna disiplin

1.

Latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan
patuh pada tatatertib: disiplin ketenteraan yang ketat;

2.

Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik:


guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang melanggar disiplin

3.

Kepatuhan kpd peraturan yang telah ditetapkan: mereka sentiasa menunjukkan disiplin yang baik untuk menjaga nama baik sekolah mereka

4.

Hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan:


tindakan disiplin akan dikenakan terhadap pemandu bas yang tidak cermat

5.

Bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu disiplin dalam bidang
linguistik; berdisiplin patuh (taat) pada (peraturan dll): tentera meriam Portugis
yang berdisiplin itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan sesuatu
usaha yg dilakukan bergantung pada kumpulan pekerja yang cekap,
berdedikasi dan berdisiplin; mendisiplinkan membuat supaya berdisiplin: ibu
bapa dan guru-guru bertanggungjawab mendisiplinkan kanak-kanak;
pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: pendisiplinan penulis kepada
tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg
mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg pendisiplin bagi
seseorang.

Untuk berjaya kena ada disiplin


Tentu anda pernah dengar ayat sebegitu. Saya juga selalu dengar peringatan
sebegitu. Tapi macam mana nak disiplinkan diri. kalau saya jenis yang tak ada
disiplin macam mana nak berjaya?
Satu lagi persoalan adalah, apakah orang yang berjaya itu semuanya berdisiplin?
iaitu sentiasa menahan diri daripada melakukan kesalahan dan sentiasa mengikut
tatatertib yang baik.
Bolehkah semua orang kekal berdisiplin sepanjang masa?
Paling penting, apakah anda seorang yang berdisiplin? dan kalau tidak apakah anda
tak ada harapan untuk berjaya?

Orang yang berjaya bukan sebab disiplin


Ramai orang yang berjaya bukanlah disebabkan disiplin. Mereka tak perlu kawal diri
agar sentiasa fokus. Orang yang berjaya juga tak perlu berdisiplin dan sentiasa
kawal diri untuk sentiasa menepati masa.
Orang yang berjaya juga tak perlu susah-susah kawal diri untuk sentiasa istiqamah,
bukan, bukan, mereka tak perlu kawal diri mereka.
Sebenarnya semua itu mereka lakukan tanpa kesukaran sedikitpun. Tanpa susahsusah kawal diri.
Mereka lakukan semua itu atas tabiat yang telah sebati dengan diri mereka.

Kenapa perlu ada disiplin


Disiplin hanya diperlukan sekadar tempoh masa tertentu sahaja dan bukannya
sampai menyusahkan diri.
Tak ada orang berjaya dengan melakukan sesuatu yang menyukarkan diri mereka
sendiri. Mereka berjaya kerana semua itu mudah bagi mereka kerana dah jadi
tabiat.
Maknanya, orang yang berjaya pada asalnya menggunakan disiplin sampai disiplin
itu mengubah diri mereka kepada tabiat. Itulah formulanya.
Ringkasnya mereka semua buat macam ini:

Kenal pasti apakah amalan yang diperlukan untuk berjaya. Antara amalan
untuk berjaya termasuklah istiqamah, fokus, menepati dan menghargai masa,
buat satu perkara sahaja dalam satu-satu masa, menambah pengetahuan dan
sebagainya.

Melatih diri untuk mengamalkan amalan tersebut dengan mendisiplinkan diri


dalam tempoh tertentu.

Berjaya menjadikan amalan itu sebagai satu tabiat diri yang sebati tanpa ada
kesukaran mengamalkannya.

Berapa lama tempoh disiplin


Berita baik bua anda yang nak berjaya, tempoh disiplin yang diperlukan untuk
menukar sesatu amalan menjadi tabiat tidak lama.
Anda hanya memerlukan sebanyak 66 hari sahaja untuk pastikan sesuatu amalan
itu bertukar menjadi tabiat. Dalam tempoh 66 hari anda disiplinkan diri
mengamalkan sesuatu, ia akan bertukar jadi tabiat.
Cara terbaik untuk jadikan sesuatu amalan sebagai tabiat, anda boleh gunakan
aktivit kegemaran sebagai titip mula tanam tabiat. Sebagai contoh, jika anda amat
meminati sukan bolasepak, gunakan sukan tersebut untuk tanam amalan menepati
masa.
Jadi sentiasa pastikan anda turun padang lebih awal pada masanya. Sudah tentu
tak jadi maslaah kerana anda suka sukan tersebut. Dengan latihan tubi selama 66
hari untuk sampai awal, tabiat yang sama akan berjangkit pada semua urusan lain
juga. Mudah bukan?

Jangan fobia dengan perkataan disiplin


Oleh itu mulai sekarang anda tak perlu fobia dengan perkataan disiplin. Sebaliknya
anda boleh gunakan aktiviti disiplin itu pada semua urusan yang anda suka terlebih
dahulu.
Buat sebanyak mungkin perubahan amalan pada perkara yang anda suka sedikit
demi sedikit kerana semua amalan itu akan berjangkit pada urusan lain yang anda
terpaksa lakukan. Selamat mencuba dan semoga berjaya saya ada di Sabah
sekarang sebab itu tak dapat kemas kini blog kerap.

Вам также может понравиться