You are on page 1of 1

Tajuk : Menukarkan Cakap Ajuk atau Dialog kepada Cakap

Pindah
Perhatikan cakap ajuk di bawah :
"Kamu makanlah segera. Kamu jangan lupa basuh pinggan," pesan ibu kepada
Aini.
Untuk menukarkan cakap ajuk atau dialog di atas kepada cakap pindah, murid
hendaklah berpegang pada tiga elemen komunikasi, iaitu :
a. Kenali Topik Perbincangan
b. Kenali Persona
c. Kenali Konteks Komunikasi
Berdasarkan tiga elemen dalam komunikasi itu, murid akan mendapati:
a. Kenali Topik Perbincangan :
makanlah segera.
jangan lupa basuh pinggan.
b. Kenali persona :
Ibu
Aini
c. Kenali Konteks :
pesan
Berdasarkan unsur dalam elemen komunikasi itu, murid boleh membina ayat sendiri
dalam ragam cakap pindah. Misalnya,
i. Ibu berpesan kepada Aini supaya makanlah segera tetapi jangan lupa membasuh
pinggan.
ii.Ibu memberikan pesanan kepada Aini supaya Aini makanlah segera dan jangan lupa
membasuh pinggan.
iii. Ibu berpesan supaya Aini makanlah segera dan jangan lupa membasuh pinggan.
Berdasarkan tiga ayat di atas, semua unsur dalam elemen komunikasi dalam cakap
ajuk atau dialog itu tidak tertinggal dalam proses menukarkannya kepada cakap
pindah. Oleh hal demikian, wacana dalam cakap ajuk atau dialog itu tetap terpelihara
dalam cakap pindah.
Kaedah ini juga membolehkan murid menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk
atau dialog. Apabila murid mengenali unsur dalam elemen komunikasi tersebut, murid
hanya perlu menggunakan unsur tersebut dalam membina cakap ajuk atau dialog
sendiri. Proses membina cakap ajuk atau dialog ini adalah lebih mudah.