Вы находитесь на странице: 1из 2

Cerita Kanak-kanak : Belalang

Salam Sejahtera.
Terima kasih saudara/saudari Pengerusi Majlis. Yang saya hormati tuan guru besar, para hakim, guruguru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Si Belalang.
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi dan menari. Ia berasa
gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagaibagai jenis bunga seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga itu
berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari
satu pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama,
kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi
bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain tetapi mereka semua
sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang
tidak percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah lama
menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu
belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.

Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya dalam hati. Belalang berbaring semula
dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana
tidak mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang
jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang sakit. Apabila hujan
berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat
terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.

Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang apabila melihat belalang terlalu lemah
dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang
sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Вам также может понравиться