Вы находитесь на странице: 1из 4

SELOKA BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

MAKSUD
Rangkap 1
Raja memerintah empat orang pembesar membina istana yang dikelilingi parit dan
tembok. Keempat-empat orang besar yang setia dan taat terhadap perintah raja itupun
memang Pawang Raja. Kemudian Pawang Raja telah mengerahkan empat puluh
tukang yang mahir bekerja siang dan malam untuk menyiapkan sebuah istana
Rangkap 2
Setalah mengambil masa selama tujuh bulan dan tujuh purnama, akhirnya istana yang
dilengkapi dengan segala kemudahan itu siap dibina. Istana yang besar tersergam itu
mempunyai sembilan ruang utama, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong
dan dua belas anjung tinggi
Rangkap 3
Istanan yang dibina itu juga mempunyai tiga sudut yang menampatkan lapan orang
menteri. Sudut itu mempunyai reka bentuk dan seni ukiran yang amat unik iaitu bertiang
panjang maharaja lela dan bertiang tengah syukur menanti. Selain itu, galang-galang
istana bermotifkan ular berang, kasau kecil, puteri menyembah, kasau lentik serta
helang terbang.
Rangkap 4
Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan dindingnya yang
bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan unsur semula jadi. Ukiran seni bina Jawa
dan Cina turut digunakan di samping motif haiwan seperti ular

Rangkap 5
Sebaik-baik sahaja istana itu siap dibina, tukang yang ditugaskan untuk membina istana
itu telah meninggal dunia. Tiada seorang tukang yang lain yang dapat meniru
kehebatannya menghasilkan seni ukiran dan corak tersebut. Istana yang hebat itu telah
diserahkan kepada raja dan permaisur

TEMA
Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu bertemakan ketaatan dan kesetiaan rakyat
kepada pemimpin. Rakyat yang setia bersungguh-sungguh menjunjung titah raja
dengan membina dan menyiapkan istana raja yang mengambil masa tujuh bulan dan
tujuh punama untuk disiapkan.

PERSOALAN
1.
2.
3.
4.
5.

Kegigihan dalam melakukan sesuatu tugas


Kesetiaan rakyat tanpa berbelah bahagi kepada pemerintah
Kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina
Tanggungjawab seorang pemerintah terhadap rakyat
Ketelitian dalam reka bentuk istana

Bentuk Seloka
1. Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu ialah puisi berbentuk bebas
2. Terdiri daripada lima rangkap
3. Bilangan baris dalam rangkap pertama hingga rangkap ketiga ialah enam baris,
rangkap keempat ialah lapan baris dan rangkap kelima ialah tiga baris.
4. Setiap baris mengandungi dua hingga enam patah perkataan.
5. Rima akhir selokaa ini ialah
Rangkap pertama: abbbcd
Rangkap kedua: aabcde
Rangkap Ketiga: abcdeb
Rangkap Keempat: abcddefa
Rangkap Kelima: aba
GAYA BAHASA

1. Kata Arkaik (Kata Klasik)


Contohnya: Utas, Berbega
2. Perulangan atau repitasi
Contohnya: Empat puluh empat tukang dan utas; Tujuh bulan tujuh
purnama
3. Responsi
Contohnya: Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi
4. Anafora
Contohnya: Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
5. Personifikasi:
Contohnya: Lilit-melilit akar Cina; Tiang tangah syukur menanti
6. Metafora:
Contohnya: Tiang tengah; anjung tinggi
7. Inversi
Contohnya: Garam sebuku sisa jerangan
8. Asonansi:
Contohnya: a) Perulangan bunyi vokal a: Galang-galangnya ular berang
b) Perulangan bunyi vokal u: Tujuh bulan tujuh purnama
9. Aliterasi
Contohnya: a) Perulangan bunyi konsonan k: Kasau kecil puteri menyembah
b) Perulangan bunyi kondonan b: Berjenang berbatu kawi
NILAI
1. Ketaatan
Orang besar berempat menjunjung titah raja untuk membina dan
menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok
2. Kebijaksanaan
Raja mentitahkan orang besar berempat untuk membina dan menyiapkan
sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok untuk tujuan keselamatan

3. Tanggungjawab
Empat puluh empat tukang yang mahir bertanggungjawab untuk
menyiapkan istana
4. Kerajinan
Empat puluh empat tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan
istana raja dengan sanggup bekerja siang dan malam
5. Kasih Sayang
Raja membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok untuk
melindungi permaisuri daripada musuh
6. Kerjasama
Empat puluh empat tukang yang mahir berkerjasama dan saling
membantu untuk menyiapkan istana raja
7. Kegigihan
Empat puluh empat tukang yang mahir gigih menyiapkan istana raja
walaupun terpaksa bekerja siang dan malam
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah setia akan pemerintah yang berkuasa
2. Sebagai rakyat, kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau
pemimpin demi kehermonian sesebuah negara
3. Sebagai rakyat, kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah
diamanahkan dengan penuh integriti
4. Kita mestilah rajin bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan
segala perancangan yang dibuat berjaya membuahkan hasil.
5. Kita haruslah mengamalkan sikap kerjasama dan bantu-membantu
dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
6. Kita hendaklah gigih berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah

Вам также может понравиться