Вы находитесь на странице: 1из 3

ASAL JURAGAN MENGAIL IKAN

SAMBIL BERSUKA DI TEPI KUALA


MASA JANGAN KITA TANGGUHKAN
TIRAI DIBUKA MAJLIS BERMULA
Assalamualaikum wth dan salam sejahtera diucapkan kpd
Yang berusaha Tn Hj Roslain b Omar, Pengetua SMKUB,
Yang berusaha YDP PIBG, Encik Mohd Pouzi b Mohd Rawi
En. Amnan b Sukiman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Hamli b Hasan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Abd Haris b Md Ihsan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan Guru Kanan Bidang, Guru2,
serta para pelajar SMKUB yang dikasihi sekalian

SELAMAT DATANG KE TEMASYA SUKAN SEKOLAH


MENENGAH KEBANGSAAN ULU BERNAM TAHUN 2016.
Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas
limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini
untuk menjayakan kejohanan sukan tahunan SMKUB kali ke .
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi
memeriahkan lagi kejohanan pada hari ini.

Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita sama-sama


menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Ramli Bin
Mantok.
Dipersilakan. .
(Bacaan doa)..
Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Ramli Bin Mantok. Semoga dengan bacaan
doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. InsyaAllah.

Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
menyanyikan lagi Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah.
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, jumlah acara yang dipertandingkan pada temasya sukan
kali ini ialah sebanyak 5 acara iaitu sepak takraw, bola tampar kategori lelaki dan perempuan,
futsal, bola baling dan bolj jaring

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha, en mohd pouzi b mohd rawi, ydp pibg
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Temasya Sukan smkub tahun
2016-. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

(perasmian)
Majlis merakamkan terima kasih kepada en mohd pouzi b mohd rawi di atas ucapan
perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan
Tahunan SMKUB kali ke-.
Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiah dan kepada Para
pemenang.

Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan tuan pengetua,
mengiringi yang
.menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.
Bagi acara
Pingat emas dimenangi oleh ..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adikdari rumah.
Pingat gangsa menjadi milik adikdari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada ................................................................. kerana
telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha En. ..............................
bagi menyampaikan cenderamata kepada ................................................... di atas kesudian
merasmikan kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. ................................................................. kerana sudi


menyampaikan cenderamata itu tadi.
Dan Johan keseluruhan bagi temasya Sukan Tahunan SMKUB Tahun 2016 jatuh
pada: rumah...................................
temasya Sukan Tahunan SMKUB Tahun 2016 kini tiba ke penghujungnya.
Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Oleh itu,
dijemput En. Mohamad Akhwan Bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk menyampaikan ucapan
penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan
melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan SMKUB kali ke- pada tahun ini
Maaf jika ada keterlajuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan Akhir kata dari saya,
Majulah Sukan SMKUB demi menjulang kecemerlangan
Sampai berjumpa lagi di tahun hadapan

Вам также может понравиться