Вы находитесь на странице: 1из 2

Nyatakan mesej yang terdapat dalam lirik lagu Negaraku.

F1 menggambarkan kesetiaan rakyat kepada tanah air


F2 menuntut supaya kita bersyukur
F3 menuntut supaya kita taat setia kepada negara
F4 sanggup berkorban demi mempertahankan negara
F5 menuntut supaya kita hidup bersatu padu
F6 membangkitkan semangat patirotik
F7 membangkitkan perasaan cintakan tanah air

Pada minggu lepas saya telah menghadiri satu majlis rasmi yang diadakan di sebuah pusat
membeli belah terkemuka di Johor Bahru. Apa yang saya terfikir ialah terdapat sebahagian
orang ramai yang langsung tidak menghormati lagu Negaraku apabila ianya dimainkan seolaholah ianya tidak mempunyai apa-apa signifikan kepada kita sebagai rakyat di negara ini.
Persoalannya apakah rakyat kita sudah tidak tahu tentang lagu kebangsaan ini atau memang
sikap sebahagian rakyat kita yang tidak tahu atau tidak mahu menghormatinya? Ini adalah satu
perkara yang mesti diberi perhatian. Tradisi memupuk genarasi muda untuk mengetahui,
menghayati dan menghormati lagu kebangsaan telah dilaksanakan sejak peringkat pra sekolah
lagi melalui upacara mingguan dan lain-lain upacara yang pastinya ada dimasukkan nyanyian
lagu kebangsaan ini. Tetapi adakah setelah keluar dari alam persekolahan dan menjadi
sebahagian daripada masyarakat impak terhadap menghormati lagu kebangaan kita ini sudah
semakin pudar?
Peranan Lagu Kebangsaan bukan sahaja untuk membangkitkan semangat patriotik terhadap
negara bahkan ianya melambangkan sosiobudaya serta mempaparkan cita-cita, hasrat dan
harapan bangsa negara berkenaan. Lagu Kebangsaan Malaysia dinamakan Negaraku. Maksud
lirik lagu Negaraku ialah menyeru rakyat dari berbagai bangsa, agama dan sosiobudaya hidup
bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan. Di samping itu lagu ini memohon rahmat dan
kebahagiaan dari Allah untuk kesejahteraan raja, rakyat dan negara tercinta Malaysia. Rakyat
Malaysia yang cintakan negara dan raja perlu mengetahui lebih dalam mengenai Negaraku
supaya lebih bersemangat patriotik.
Juteru, generasi mudah harus faham bahawa lagu kebangsaan kita ini adalah sebahagian
daripada jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Lagu inilah yang menyatukan kita dengan
kepelbagaian kaum dan etnik sebagai bangsa Malaysia yang bersatu. Sebab itulah lagu
Negaraku dikumandangkan dalam mana-mana festival sukan dan sebagainya di peringkat

antarabangsa kerana ianya melambangkan imej, maruah, harga diri dan jati diri sesebuah
negara itu. Lagu ini jugalah melambangkan semangat Malaysia yang mempunyai rentetan
sejarahnya yang juga perlu difahami oleh seluruh rakyat Malaysia.
Semangat Malaysia perlu difahami sebagai satu kejituan sikap, pandangan dan naluri terhadap
negara ini. Segala yang dibulatkan dan ditekadkan untuk negara ini, baik dari segi perlakuan,
pandangan mahupun falsafah hidup adalah untuk keamanan, kemakmuman dan perpaduan
masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Sudah tentulah untuk menanam semangat sedemikian rupa, remaja perlu faham mengenai
susur-galur sejarah negaranya. Remaja juga perlu memahami mengapa sesuatu perkara itu
terjadi dalam lipatan sejarah negara, di samping kronologi peristiwa dan dasar-dasar tindakan
penting yang diambil sejak awal negara ini wujud lagi. Dengan mengkaji sejarah bangsa dan
negaranya, remaja mampu memahami lantas menjuruskan tindakan yang bersesuaian dalam
kerangka zamannya. Kerana tidak mungkin kita kembali kepada sejarah silam dengan
memutarkan masa, maka kajian terhadap sejarah dilihat sebagai sumber yang berupaya untuk
memberikan kita kefahaman terhadap mengapakah kita berkeadaan begini pada hari ini dan
apakah yang perlu kita lakukan untuk masa hadapan.
Justeru, kita semua yang menggelar diri kita sebagai rakyat Malaysia yang masih tahu lirik dan
irama lagu ini, amatlah malu kalau ada di antara kita yang sudah lupa macam mana nak
menyanyikan lagu kebangsaan kita dan seterusnya menghormatinya.

Вам также может понравиться