Вы находитесь на странице: 1из 6

AMALI 2

TAJUK

: Penghabluran semula sebagai satu proses penulenan

TUJUAN

: Untuk menulenkan dua jenis hablur garam iaitu kuprum (II) sulfat,
CuSO4 dan zink nitrat, Zn(NO3)2.

BAHAN

: Kuprum (II) sulfat, CuSO4, zink nitrat, Zn(NO3)2 dan air suling.

ALAT RADAS : Bikar 100cm3, mangkuk penyejat, rod kaca, spatula, kasa dawai,
tungku kaki tiga, penunu Bunsen, corong turas, kertas turas dan
kelalang kon
PROSEDUR : 1) Hablur kuprum (II) sulfat, CuSO4 dimasukkan ke dalam bikar.
2) Air suling ditambah sehingga semua hablur ditenggelami air.
3) Campuran itu dipanaskan sambil dikacau dengan rod kaca.
4) Air suling ditambah sedikit demi sedikit setakat dapat melarutkan
semua hablur kuprum (II) sulfat.
5) Larutan panas itu kemudiannya dituraskan dengan menggunakan
corong turas dan kertas turas yang telah dibasahi dengan air panas.
6) Hasil turasan ini dipindahkan ke dalam sebuah mangkuk penyejat
dan dipanaskan semula sehingga isipadu larutan menjadi separuh
daripada isipadu asal.
7) Larutan yang sangat pekat ini kemudian dibiarkan menyejuk pada
suhu bilik.
8) Hablur-hablur biru kuprum (II) sulfat yang tulen terbentuk di dalam
larutan.
9) Kandungan itu kemudiannya dituraskan untuk mendapatkan
hablur. Hablur biru dibilas dengan sedikit air suling.
10) Hablur kuprum (II) sulfat dikeringkan dengan kertas turas.

11) Dengan demikian, hablur kuprum (II) sulfat yang tulen telah
diperoleh.
12) Eksperimen diulang dengan menggantikan hablur kuprum (II)
sulfat, CuSO4 dengan hablur zink nitrat, Zn(NO3)2 pula.
PEMERHATIAN :

Hablur kuprum (II) sulfat, CuSO4 berwarna biru terang telah berjaya didapati
daripada proses penghabluran semula.

Hablur zink nitrat, Zn(NO3)2 berwarna putih telah berjaya didapati daripada proses
penghabluran semula.

PERBINCANGAN : 1) Penghabluran adalah kaedah penulenan untuk mendapatkan


hablur tulen daripada suatu larutan tepu bahan tersebut.
Contohnya, penulenan garam daripada larutan tepu garam.
2) Hablur atau kristal merupakan bahan pepejal yang terdiri
daripada gugusan atom, molekul atau ion yang tersusun dalam
ragam tertib yang menjangkau ketiga-tiga dimensi ruang.
3) Hablur yang terbentuk mempunyai sisi tajuk, permukaan yang
rata, bentuk dan struktur yang rata.
4) Proses penyulingan dan penghabluran sering digunakan
untuk memperoleh bahan-bahan tulen.
5) Penghabluran semula ke atas suatu garam dapat diulang
banyak kali untuk memastikan garam yang diperoleh pada
peringkat akhir adalah 100% tulen.
6) Kesan penghabluran semula boleh mengurangkan kekuatan,
meningkatkan kemuluran dan mengurangkan ketumpatan.
7) Semasa eksperimen dijalankan, kertas turas perlulah
dibasahkan dengan air suling terlebih dahulu supaya tidak
koyak apabila larutan garam yang telah dipanaskan dituang
melalui corong turas.
8) Penurasan dilakukan semasa larutan masih panas bagi
mengelakkan garam menjadi hablur.
9) Warna garam yang telah ditulenkan lebih terang, bersinar dan
berbentuk geometri.
KESIMPULAN : Garam kuprum (II) sulfat, CuSO4 dan garam zink nitrat, Zn(NO3)2
yang tidak tulen dapat ditulenkan melalui kaedah penghabluran
semula.

RUJUKAN

One Learning Solution. (2015). Proses Penghabluran. Diperoleh dari


http://onelearningsolution.blogspot.com/2015/06/aktiviti-makmal-472-prosespenghabluran.html

Tan, Y. T., Loh, W. L., Tan, O. T. (2013). Success Chemistry SPM.

Selangor,

Malaysia: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Helmenstine, A. M. (n.d.). Types of Crystals. Diperoleh dari


http://chemistry.about.com/cs/growingcrystals/a/aa011104a.htm

Soalan : Melukis, menama dan menyenaraikan sifat fizik jenis-jenis


hablur garam selain daripada hablur garam yang disediakan.

Sistem Hablur
Kiub

Model

Contoh
Natrium Klorida

Sifat-sifat fizik

Takat didih tinggi


Takat lebur tinggi
Larut dalam air
Dapat mengalirkan
arus elektrik

Tetragon

Stanum Putih

Mulur
Ketumpatan tinggi
Mudah tertempa

Ortorombus

Sulfur Rombus

Takat didih rendah


Takat lebur rendah
Rapuh
Mudah pecah
Ketumpatan rendah

Monoklinik

Sulfur Monoklinik

Takat didih rendah


Takat lebur rendah
Rapuh
Mudah pecah
Ketumpatan rendah

MENJAWAB
SOALAN

Вам также может понравиться