Вы находитесь на странице: 1из 15

HASIL

KAJIAN
HARI RAYA
AIDILFITR
I
1. PERAYAAN TRADISI: HARI RAYA AIDILFITRI

Nama hari Raya Aidilfitri berasala daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-
Fitr.Nama lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra
atau Hari Lebaran. Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast,
Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan
Bayrami( Turki)

Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan ini ialah seluruh Umat
Islam di seluruh dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan
Aidilfitri ialah kaum Melayu yang beragama Islam.

Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini
bermula selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya
bermula melalui dua cara iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun
secara hisap( kiraan). Sekiranya melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan,
ini menandakan bermulanya bulan syawal, iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim
Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai
bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa tempat yang
strategik.

Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah
dapat mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan
sempurna.Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan
atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari
sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada
melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan
membatalkan puasa.

Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan


manusia balik kepada fitra yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu
permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih dari noda dan dosa.
2. LATAR BELAKANG

sejarah/asal usul perayaan

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda
mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila
Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab
bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun
temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari
raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau
Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini
bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah
satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat
puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama
sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada
melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah
menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan
itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah
yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya
bersih daripada dosa dan noda.

UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN


Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu
sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya,
maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat,
bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan
ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu
hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid
menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung
mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau
batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan
pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk
bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba
baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut
Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata:
"Kerana saya tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai
baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja
untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam
menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu,
digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang
tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk
membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti
mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana
masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin
tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya.
Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu.
Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan
harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan
prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya,
dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam
menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan
diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan
asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa
pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal
sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam
sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

SEBELUM

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum


perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-
pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara
besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-
rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis
perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat
kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri
bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik
Kampung.
BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang


bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu
syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."

Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui
kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan
menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
 

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali
ganda

Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang


berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah,
bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian
ketiga pembebasan dari api neraka

Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat
yang lain.

Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan


lain-lain

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang


berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir


Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul
Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

SEMASA
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.
Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya
Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya
Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka
dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan
berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan
melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira,
bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di
samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit
raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang
selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina
yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya
berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul
yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang
bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya
diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik
keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke
bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan
bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol
meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid
bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam
terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu,
tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan
membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t.
menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." , dan juga
riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah
akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. "

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan
Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan
kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah
cuti tamat.
PAKAIAN

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh
kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok
dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum
wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen
diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun
2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat
hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon
Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi.

AMALAN SAMPINGAN ATAU SUNAT

Amalan sunat di bulan Syawal :


 

 Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :


 

a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri

b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik

c) Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya

d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid

Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang


e)
menggunakan jalan yang lain

f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal


g)
hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.

   

Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)


Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di
bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka
perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

   

SELEPAS

Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan


merayakannya dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut
kedatangan bulan Islam seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah.

BULAN ZULKAEDAH

Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan
amalan sunat dan fardhu seperti biasa.

BULAN ZULHIJJAH

Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w
telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
 

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah.


Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan
oleh Allah
 

Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu


sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan
dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.
 

Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah.


Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan
diperkenankan oleh Allah
 

Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa
pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
 

Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang


berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa
kubur
 

Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan


kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan
dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat
 

Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu


sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan
dan dikunci 30 pintu kesulitannya
 

Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya


menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu
daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari
berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala
yang banyak oleh Allah
 

Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim


bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh
itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada


hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam
keadaan aman dan sentosa.

  Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :


 

a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.

Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai


b)
menunaikan solat Adha

Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang


c)
menggunakan jalan yang lain

d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10


Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah
e)
(Takbir Muqayyad)
 

Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah


selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib
pada malam pertama awal Muharram.

KESAN PERAYAAN

KELUARGA

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan


siraturrahim sesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan
bertambah erat. Anak-anak bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan
adik beradik.Semasa hari raya biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan
pulang untuk bersama-sama meraihkan hari kemenangan ini.Kegembiraan dan
kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.
PERPADUAN

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana


semua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai
perayaan masing-masing.Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan
kunjung mengunjugi menjadi amalan rutin.perayaan disambut
bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru itu perpaduan dan keeratan
hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.

PELANCONGAN

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan


berlangsung kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta
dalam perayaan ini kerana mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan
yang ada di Malaysia ini.secara tidak langsung menyumbang sumber
perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan negara.

KEAGAMAAN

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kerana


dapat menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita
meraikan Hari kemenangan iaitu menyambut Hari raya Aidilfitri selepas
sebulan menjalani bulan Ramadhan.

Вам также может понравиться