Вы находитесь на странице: 1из 4

CONTOH : PROGRAM MENTOR MENTEE

PROGRAM MENTOR MENTEE 2005


PENDAHULUAN
Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan.
Sejajar dengan misi dan visi sekolah yang menitikberatkan pencapaian cemerlang
murid-murid dari segi kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi
mencapai tujuan ini, semua pihak perlu menggembling tenaga bagi menjayakannya.
Perubahan dan kemajuan dalam bidang pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah
mengikut peredaran masa menuntut kita warga pendidik agar sentiasa bersedia
menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan dengan itu, salah satu program ke arah
kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee.
MATLAMAT
1. Membantu pihak sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berakhlak
mulia, berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek serta memenuhi keperluan negara menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2020.
2. Menjadikan Sk St Mark (M) Butterworth sebagai sekolah contoh di
daerah Butterworth yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah .

OBJEKTIF
1. Membantu dan membimbing murid-murid (mentee ) mengesan potensi dan
menanam keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
UPSR 2017.
2. Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar
mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Ketua Panitia ataupun sekurangkurangnya berada pada tahap lulus.
3. Mewujudkan perhubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru SKSM
dan seterusnya guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah mereka
khususnya yang berkaitan dengan pelajaran.
4. Melahirkan murid-murid SKSM yang mempunyai sahsiah yang terpuji.
5. Muwujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka,
guru-guru dan sekolah.

KUMPULAN SASARAN
Semua murid Tahun Enam seramai 38 orang.
PERSONALIA
Semua guru yang terlibat sebagai Mentor diminta dapat memberi kerjasama dan
komitmen terhadap tugas mereka dalam membimbing Mentee yang telah ditetapkan
terdiri daripada dua hingga tiga orang satu kumpulan.
TARIKH PERJUMPAAN
Bermula 21 haribulan Februari sehingga murid-murid menduduki Ujian Penilaian
Sekolah Rendah iaitu pada bulan September.

TATACARA
1. Perjumpaan mingguan diadakan pada setiap hari Rabu iaitu dari pukul 1.10
hingga 1.30 tengah hari.
i) Perjumpaan pertama ( Perjumpaan suai kenal )
ii) Perjumpaan seterusnya khusus untuk membincangkan masalah atau
perkembangan pelajaran Mentee.
2. Jika Mentee terlibat dengan sebarang urusan luar pada hari berkenaan,
bolehlah diubah ke tarikh lain pada minggu berkenaan. Mentor haruslah
memberitahu Mentee jika ada sebarang perubahan hari perjumpaan.
3. Tempat perjumpaan ditetapkan oleh Mentor.
PERANAN MENTOR
1. Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan
supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.
2. Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai
keazaman dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.
3. Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada
Mentee.

4. Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya


untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina.
Juga bertanyakan jika ada hal-hal peribadi Mentee yang mengganggu
pelajaran.
5. Perkara-perkara lain yang difikirkan dapat membantu mencapai objektif
program.
6. Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa Mentee.
PERANAN MENTEE
Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:
1. Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.
2. Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian
percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.
3 Membincangkan apajua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.
4. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan
hati yang terbuka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.
5. Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama
memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR.
PENILAIAN
1. Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian,
peperiksaan semester dan UPSR Mentee.
2. Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar
bilik darjah dan juga berdasarkan laporan guru-guru lain.
3. Berpandukan buku log semasa perjumpaan mingguan bersama Mentee.

DISEDIAKAN OLEH:
PN JAMILAH BT AHMAD
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

JAWATANKUASA PROGRAM MENTOR MENTEE SKSM 2017


PENASIHAT

: PN IZAFTAH BT IDRIS
Guru Besar SKSM

PENGERUSI

: EN NOOR MOHAMMAD B MAT ESAH


GPK HEM SKSM

NAIB PENGERUSI

: ENCIK MAZLAN B MANSOR


GPK Kokurikulum SKSM

PENYELARAS

: PN MAZLINA BT OMAR
GPK Kokurikulum SKSM

SETIAUSAHA

: PN JAMILAH BT AHMAD
Guru Bimbingan Dan Kaunseling

N/ SETIAUSAHA

: PN. NORHAYATI BTE. SULAIMAN

AHLI JAWATAN KUASA : TUAN HAJI ELIAS ZAIDY BIN MOHD YUSOF
PN. NORMAH BTE JARNO
UST. MOHAMMAD SANI BIN BIDIN
PN. CHE MAH BTE DAUD
PN. ROHANA BTE BAKAR
PN. RAMLAH BTE HASHIM
PN. ROZITA BT. ABU
PN. NORHASLINA BT. HJ. JUS
EN. ABD. MAJID BIN ABU BAKAR

Вам также может понравиться